Apr 6, 2015

Himpunan Muktasar Tazkirah al Qurtubi

1. Riwayat Imam Muslim, kitab Imam hadis no 128:
Rasullulah bersabda, “ Ada tujuh puluh ribu dari umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab”. Lalu orang-orang  pun bertanya:
Siapakah mereka wahai Rasullullah?
Rasulullah s.a. w pun menjawab:  “ Mereka adalah orang yang tidak mencuri dengar, tidak meramalkan nasib buruk, tidak mempunyai dendam dan bertawakal kepada Tuhan mereka”
Riwayat oleh Tirmizi  kitab Sifat Hari Kiamat  no hadis 1437 dan Ibnu Majah no hadis 4286 :
“Aku pernah mendengar Rasulullah s.aa.w bersabda: Tuhanku telah menjanjikan kepada ku bahawa akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang dari umatku tanpa hisab dan setiap setiap seribu orang dari mereka akan menyebakan tujuh puluh ribu lainnya tidak di azab dan mendapat tiga kurnia Allah ‘Azza wa Jalla.”
ata-kata Ali bin al Hussain r.a [ Saya memahaminya sebagai cicit kepada Nabi s.a.w ia itu Imam ke 4 bagi orang Syiah] , ia bercerita:
“Pada hari kiamat akan di serukan : Yang manakah di antara kamu ahl fadhl ( orang yang mempunyai keutamaan), bangkitlah.”
Maka bangkitlah  tetapi hanya sedikit sahaja, lalu di seru “ Pergilah ke syurga” Mereka pun pergi sehingga bertemu pula dengan  Malaikat. Malaikat bertanya,” kamu hendak kemana?”. Lalu mereka menjawab,”Kami hendak ke syurga.”  Malaikat bertanya lagi ,” Sebelum kamu di hisab?”  Mereka pun menjawab, “Benar” . Malaikat bertanya lagi, “ Siapakah kamu ini?”
Mereka menjawab, “ Kami adalah orang-orang yang apabila datang orang bodoh kepada kami, kami berlemah lembut kepadanya. Apabila ada orang yang menyakiti kami, kami bersabar, apabila ada orang menzalimi kami, kami memaafkanya.”
Lalu Malaikat berkata,” Pergilah ke Syurga, itulah balasan paling layak bagi orang-orang yang berbuat soleh.”
Untuk kali kedua Allah menyeru lagi : “ Siapakah diantara kamu termasuk orang-orang yang penyabar?” Maka mereka pun diperintahkan  untuk memasuki syurga. Seperti golongan pertama, mereka ini juga bertemu dengan Malaikat.
Malaikat bertanya, “ Siapakah kamu ini?”
Mereka menjawab, “ Kami adalah  orang-orang  yang bersabar untuk tetap taat kepada Allah s.w.t  dan sabar untuk tetap tidak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.”  Lalu Malaikat berkata, “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat  balasan bagi orang yang soleh.”
Untuk kali ke tiga Allah menyeru: “ Hendaklah bangkit orang-orang yang berziarah kerana Allah s.w.t.  dengan menghadiri pengajian kerana Allah dan  (menyembelih)berkorban kerana Allah.” Mereka pun diperintah masuk ke syurga. Seperti golongan terdahulu mereka bertemu dan bersoal jawab dengan Malaikat, lalu Malaikat juga berkata,” “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat  balasan bagi orang yang soleh.”
2. Imam al Qurtubi di dalam kitabnya Tazkirah, memetik dua pandangan ulama mengenai lupanya manusia terhadap kematian:
Hasan al Basri Rahimahullah berkata, “ Lupa dan ajal adalah dua nikmat yang besar bagi manusia, kalau bukan kerana keduanya maka manusia tidak akan berjalan di jalan-jalan, dan tidak ada yang lupa untuk mencari nafkah yang akan menyebabkan datangnya bahaya yang dahsyat kerana tidak ada yang menangung kehidupan kelaurganya”
Mathraf bin Abdullah r.a pula berkata, “ Seandainya aku mengetahui bila datangnya ajalku, maka aku pasti berjaga-jaga agar akalku tidak hilang ( dari melakukan pekerjaan yang tidak patut), akan tetapi Allah s.w.t. memberikan nikmat kepada hambaNya, yakni berupa lalai akan kematian pada beberapa waktu agar mereka merasakan kesenangan dengan kehidupan, kalau tidak mereka tidak akan pernah merasa senang, dan akan tidak ada pasar.”
3. Do’a Baginda Rasulullah s.a.w:

“اللهم انى أسالك فعل الخيرات ، وترك المنكرات ، وحب المساكبن ، واذا أردت – ويروى أدرت – فى الناس فتنة فاقبضنى اليك غير مفتون”.

 Ertinya: “ Ya Allah, Ya Tuhan ku aku pohon kepadam Mu amalan yang baik,   meninggal yang munkar,   kasih terhadap orang   miskin,   jika sekirannya aku ditakdirkan berlaku fitnah dikalangan manusia ambillah nyawaku  tanpa sebarang ujian yang berat”.
Riwayat Imam Malik.
Saidina Umar r.a pernah berdo’a;   “Ya Allah sesungguhnya telah lemah kekuatanku, amat berat perjalanan hidupku, dan telah berlaku suasana yang buruk dilaklangan rakyatku, ambillah diriku kesisi Mu tanpa menghilangkan kebaikann dan tidak mengurankannya”.  Lepas itu   tidak  sampai  sebulan masanya. Baginda telah wafat. Khabar ini diriwayatkan oleh Imam Malik.
Umar bin Abdul Bar telah menulis dalam kitabnya “al-Tamhid wa-al-Istizkar” hadith dari Zaadan bin Umar, dari al-Kindi, katanya,” Ketika aku duduk bersama ‘Abis al-Ghifari diatas bumbung rumah tiba-tiba dia melihat orang ramai sedang mengurus jenazah yang mati disebabkan oleh ta’un lalu dia berkata; “ Hai ta’un amillah nyawaku, dia berkata sebanyak tiga kali, lalu Alim al-Kindi berkata kapadanya; kenapa kamu kata demikian? Apakah kamu tidak pernah mendengar  Rasul Allah s.a.w. telah bersabda;

“لا يتمنين أحدكم الموت فانه عند ذلك انقطاع عمله ولا يرد فيستعتب”

Ertinya: “janganlah seorang daripada kamu bercita-cita untuk mati, maka sesungguhnya ketika itu (mati) terputus amalannya dan tidak ditolak sesuatu daripadanya maka semuga  dia sempat untuk bertaubat”.

Ibnu Abas telah berkata; Aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda;

“بادروا بالموت ستا: امرة السفهاء ، وكثرة الشرط وبيع الحكم ، واستخفافا بالدم ، وقطيع الرحم ، ونشئا يتخذون القران مزامير ، يقدمون الرجل ليغنيهم بالقران وان كان أقلهم فقها”.

Ertinya; Segeralah   (lebih baik) kamu   mati   sebab enam perkara; ketika pemimpin dari orang yang bodoh, banyak syarat untuk beragama hingga menjual hukum-hakam, senanag berlaku pertumpahan darah, memutuskan silaturahim, al-Quran dibaca  umpama seruling, al-Quran digunakan untuk mencari kekayaan  walaupun mereka kurang kefahaman hukum-hakam”.
Bab Mengingati Mati, Kelebihan dan Persiapan Untuknya
Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.

 “اكثروا ذكر هادم اللذات”

Ertinya, “Perbanyakkan ingat  terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.