May 7, 2015

Adu Domba

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: لا تحاسدوا، ولا تناجشوا، ولا تباغضوا، ولا تدابروا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه، ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ها هنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات، بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه رواه مسلم 

Apakah adu domba?

Adalah "Menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah."

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan
-kata-kata atau dengan
-tulisan atau dengan isyarat atau dengan
-gerak-geri,
samada yang disampaikan itu daripada
-perbuatan atau
-percakapan,
samada ianya tentang
-keaiban atau
-kekurangan
pada diri orang yang dikatakan.

Dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bermaksud mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

"An-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik."
( Kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah)

Maka mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara hal orang lain hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah saw telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi saw bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Riwayatkan  Ibnu Abbas , bahawa Rasulullah saw berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. 

Maksudnya: “Rasulullah saw bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) diseksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda saw bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Riwayat Bukhari)

Perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.
(Imam Ghazali)

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujurat: 6)

Nas-nas dari Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Ayat suci di atas secara jelasnya mengecam mereka yang suka mereka-reka cerita lalu menyebarkan pada orang lain dengan ancaman siksa yang amat dahsyat. 

Secara kebiasaannya fitnah yang timbul disebabkan perasaan sangka buruk terhadap seseorang yang dibenci atau tidak disukai, maka timbullah idea untuk memburukkan seseorang itu dengan melontarkan fitnah dan tuduhan ke atasnya. Oleh kerana itu, Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi amaran agar menjauhi sifat begini, sepertimana hadith meriwayatkan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَحَاسَدُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا “. متفق عليه

Abu Hurairah RA meriwayatkan dari Rasulullah saw, bahawa baginda saw telah bersabda, “Berhati-hati dengan syak wasangka, kerana syak wasangka adalah sepalsu-palsu cerita, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan mengintip, jangan saling berhasad dengki, jangan kamu putus hubungan antara satu sama lain, jangan saling marah memarahi(membenci) dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara(di antara kamu). ” ( riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Selalu sebahagian masyarakat mudah mempercayai sesuatu cerita lalu menyebarkan ia pada orang lain. Perkara sebegini sering menyebabkan fitnah atau cerita palsu mengenai seseorang tersebar dengan mudah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran akan perbuatan ini, sepertimana sepotong hadith ada menyebut:

حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ, رواه مسلم في مقدمة صحيحه, باب النهي عن الحديث بكل ما سمع

Hafs bin ‘Asim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah bagi orang itu disebut sebagai pembohong jika ia membicarakan dengan setiap apa yang dia dengar”. ( riwayat Imam Muslim.)

Dalam riwayat lain menyebut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ. رواه أبو داود في كتاب الأدب, باب في التشديد في الكذب 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Cukuplah bagi orang itu berdosa jika ia membicarakan dengan setiap apa yang dia dengar”.
( riwayat Imam Abu Daud.)

Imam Ali al-Qari menjelaskan maksud hadith di atas di dalam kitabnya ‘Mirqah al-Mafatih Syarh Miskah al-Masabih’:

لو لم يكن للمرء كذب إلا تحديثه بكل ما سمع من غير تيقن أنه صدق أم كذب ، لكفاه من الكذب أن لا يكون بريئا منه ، وهذا زجر عن التحديث بشيء لم يعلم صدقه

“Seseorang itu tidak dikira menipu melainkan jika dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengan tanpa rasa yakin samaada perkara itu benar atau tipu. Seseorang itu dikira sebagai penipu jika dia tidak berlepas tangan darinya(menyampaikan apa sahaja yang didengari). Ini adalah larangan menyampaikan sesuatu yang dia tidak mengetahui kebenarannya.”

Hukum.

Kesepakatan Ulama
Mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar.
Imam al-Ghazali  menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ { مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ ، فَقَالَ : إنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا : فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ ، وَأَمَّا الْآخَرُ : فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ فَأَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً ، فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ ، فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا ؟ قَالَ : لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا. رواه البخاري في صحيحه, كتاب الجنائز, باب الجريد على القبر 

Dari Abdullah Ibnu Abbas RA, “Suatu hari Nabi saw melalui dua buah kubur, lalu bersabda, ‘Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur diazab di dalam kubur, kedua-duanya tidak diazab kerana dosa besar. Salah seorang dari mereka tidak istibrak dari kencing, manakal seorang lagi berjalan menyebarkan fitnah dan umpatan’. Maka baginda saw mengambil pelepah tamar dan mematahkan kepada dua bahagian dan menanam setiap satu pada setiap kubur. Lalu para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah , mengapa kau lakukan begitu?’ Lalu baginda bersabda, “Moga-moga ia dapat meringankan azab mereka selagimana ia tidak kering””.

همام بن الحارث قال: كُنَّا جُلُوسًا مَعَ حُذَيْفَةَ فِي الْمَسْجِدِ فَجَاءَ رَجُلٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَيْنَا فَقِيلَ لِحُذَيْفَةَ إِنَّ هَذَا يَرْفَعُ إِلَى السُّلْطَانِ أَشْيَاءَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ إِرَادَةَ أَنْ يُسْمِعَهُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ. رواه مسلم, كتاب الإيمان, باب بيان غلظ تحريم النميمة

Hammam bin al-HaritH berkata, “Kami pernah duduk-duduk bersama Hudzaifah RA di dalam masjid, maka seorang lelaki datang sehingga duduk menghadap kami. Lalu dia berkata kepada Hudzaifah RA, ‘Sesungguhnya orang ini menyampaikan suatu berita kepada penguasa.’ Maka Hudzaifah RA berkata dengan maksud agar lelaki itu mendengarnya, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba’.” ( riwayat Imam Muslim.)

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَأَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلًا يَنُمُّ الْحَدِيثَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ. رواه الإمام أحمد في مسنده, في باقي مسند الأنصار, حديث حذيفة بن اليمان عن النبي صلى الله عليه وسلم 

Abu Wa’il meriwayatkan dari Hudzaifah RA bahwa telah sampai berita kepadanya, bahwa seorang laki-laki mengadu domba suatu pembicaraan, maka Hudzaifah RA berkata, “Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba’.”

Akhir sekali, jika anda difitnah dan dituduh dengan pelbagai tomahan dan berita yang tidak benar mengenai anda, maka pujuk lah diri anda dengan ucapan, “Ssesungguhnya saya berpuasa”. Sabda Rasulullah saw:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ. رواه البخاري في صحيحه, كتاب الجنائز, باب هل يقول إني صائم إذا شتم

Maksudnya: “Apabila hari seseorang itu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan janganlah dia menengking. Sekiranya ada orang yang memakinya atau mahu bertengkar dengannya maka hendaklah dia memberitahu bahawa saya sedang berpuasa.” ( riwayat Imam Bukhari.)

Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi saw. (masuk ke rumah). Lalu nabi saw. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

“Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi saw. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi saw. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi saw. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)