Sufian al-Thauri berkata: Dua jenis
nikmat jika kamu diberi kedua-duanya maka bersyukurlah kepada Allah. Pertama,
jauh dari pintu raja dan yang kedua jauh dari pintu doktor.
Bakr
Abdullah al-Muzani berkata: Seorang Muslim jika sihat bererti telah
mendapat puncak kenikmatan dunia dan akhirat, sebab
pokok nikmat dunia ialah
sihat dan pokok nikmat akhirat ialah Islam.
Imam Syafie berkata : Perkara yang paling mulia ada tiga. Pertama, merasa kaya walaupun hartanya sedikit. Kedua, warak ketika sunyi (bersendirian). Ketiga, perkataan yang haq (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.
Berpalinglah dari kecemasanmu,
Serahkan urusan kepada qadha,
Nikmatilah lamanya keselamatan,
Akan menghiburmu atas apa yang silam,
Mungkin perkara yang kecil telah membesar,
Dan perkara yang besar telah mengecil,
Betapa banyak perkara yang dibenci,
Namun berakhir dengan keredhaan,
Allah berbuat apa yang dia kehendaki,
Janganlah kritik terhadap perbuatannya.
(LA TAHZAN)
Maimun bin Mahram daripada Ibn Abbas r.a berkata:
Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk pilihannya, iaitu mereka bila merasa
berbuat baik merasa gembira, jika membuat salah segera meminta ampun, bila
mendapat nikmat bersyukur dan jika menderita bala mereka sabar.
Sayidina Ali r.a dalam sajaknya:
Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
Tergelincirnya kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Ja'far bin Sulaiman Rahimahullah: Kecemasan terhadap dunia adalah kegelapan dalam hati. Sedangkan kecemasan terhadap akhirat adalah cahaya dalam hati.
Suatu Rahsia di sebalik Hikmah
bu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit.
Dalam tidurnya nabi itu bermimpi menerima perintah : “Esok egkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat : pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya”.
Pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke sebelah barat, seperti mana yang diarahkan. Kebetulan perkara pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Sambil kebingungan beliau berkata “Aku perintahkan memakan benda yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Nabi itu meneruskan perjalanan mendekati bukit itu. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebuku roti. Maka nabi itu pun mengambil dan memakannya. Bila ditelan rasanya sungguh manis bagaikan madu. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas nabi itu pun enggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali brturut-turut. Maka nabi itu berkata : ‘aku telah melaksanakan perintahmu’. Lalu nabi itu pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika meneruskan perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar burung kecil itu berkata : ‘Wahai nabi Allah, tolonglah aku. ‘mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan memasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri nabi itu sambil berkata : ‘wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dan rezekiku’.
Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan memberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan terbang bebas. Perjalanan diteruskan lagi. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk. Maka nabi itu terus lari meninggalkannya kerana tidak tahan bau busuknya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka nabi itu pun kembali ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa : ‘Ya Allah, aku telah melaksanankan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku. Maka jelaskanlah erti semuanya itu’.
Dalam mimpinya kali ini beliau telah diperjelaskan setiap perkara tentang pengalaman yang dilaluinya oleh Allah Ta’ala. ‘Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika besabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan (budi) walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat. Kelima, bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang), maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah’.
Hadis Qudsi, Allah swt berfirman:"Jika kamu tidak melihat aku, ingatlah namaku secara berterusan, kerana aku tidak pernah berpisah dengan namaku sedikit pun."
"ORANG MUKMIN YANG BERGAUL DENGAN ORANG RAMAI DAN BERSABAR DI ATAS KEJAHATAN MEREKA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG TIDAK BERGAUL DENGAN ORANG RAMAI DAN TIDAK PULA BERSABAR DI ATAS KEJAHATAN MEREKA" H.R BUKHARI