May 9, 2015

Renungan

Aku mencintai orang-orang yang soleh meskipun aku bukanlah salah seorang daripada mereka,
Mudah-mudahan aku mendapat syafa'at melalui mereka,
Aku benci memperdagangkan perbuatan maksiat,
Meskipun kita sama-sama memiliki barangan dagangan.
(Imam Syafi'e Rahimullah)

"Janganlah engkau melihat kepada maksiat yang kecil melainkan engkau melihat betapa besar maksiat yang telah engkau lakukan terhadap orang lain."
(Ulama Sufi)

Ibnu Mas'ud r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Seorang mukmin itu bukanlah orang yang mencela, bukan pula orang yang melaknat, bukan juga orang yang berkata-kata keji dan kotor.'

Rasulullah saw bersabda:
"Janganlah kamu semua menjadi penolong Syaitan terhadap saudara kamu."
(Riwayat Imam Bukhari)

Ibnu Abbas r.a berkata, bahawa:
"Rasulullah saw melaknat para lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Pada riwayat lain, disebut dengan lafaz:
"Rasulullah saw melaknat para lelaki yang berperangai lembut dan perempuan yang berperangai seperti lelaki. Baginda saw bersabda:  "Keluarkanlah mereka dari rumah kamu."
Ibnu Abbas berkata lagi:
"Lalu Nabi saw telahmengeluarkan seorang lelaki (dari rumah keluarganya), dan Sayidina Umar ra pernah mengeluarkan seorang perempuan (dari rumah keluarganya)."

"Didiklah keluarga, ajarkanlah kepada mereka, dan perintahkan mereka supaya mentaati Allah, dan laranglah mereka daripada melakukan perbuatan maksiat. Kerana hal ini adalah merupakan kewajipan bagi kamu."
(Imam Az-Zahabi:  Kitab Al-Kaba'ir :  syarah surah At-Tahrim ayat 6)

Para lelaki yang diteladani pergi dengan pekerjaan mereka,
Dan orang-orang yang berbuat ingkar mengingkari semua perkara,
Aku berada di belakang,
Sebahagian daripada mereka menghiasi yang sebahagian yang lain,
Agar sesuatu kecacatan dapat menghapuskan kecacatan yang lain,
Mereka melalui celah-celah jalan sehingga mereka menjauhi jalan yang lebih besar,
Wahai saudaraku, adakah di kalangan lelaki terdapat haiwan ternakan?,
Yang muncul dalam bentuk seorang lelaki yang mendengar dan melihat?
Dia hanya menyedari dan mengetahui setiap musibah yang menimpa hartanya,
Dan jika sesuatu keburukan menimpa agamanya maka dia tidak merasakannya.
(Abdullah bin Mubarak :  Pesanan buat BAPA, SUAMI, WALI, ADIK BERADIK LELAKI)