1. Berjihad
عن أنس رضي الله عنه ، أن النبي صل الله
عليه وسلّم قال
جاهدوا المشركين بأموالكم ، وأنفسكم ،
وألسنكم .
(رواه احمد و النسائي
وصححّة الحاكيم )
“Daripada Anas r.a
menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Birjihadlah kamu melawan
orang-orang musyrik samada dengan harta, jiwa mahupun lisan kamu.””
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i : dinilai sahih oleh Imam Al-Hakim dan
sahih menurut Syeikh Al-Albani)
2. Solat di kenderaan
Amir Ibnu Rabi’ah berkata :
“Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w solat di atas unta
kenderaannya dengan menghadap ke arah manapun yang ditempuh oleh unta
kenderaannya.”
(Riwayat Bukharin dan Muslim)
Imam Bukhari dalam riwayatnya menambah : “Baginda Rasulullah s.a.w
hanya berisyarat dengan kepalanya namun solat yang dilakukan itu bukanlah solat
fardhu.”
(Sahih menurut Syeikh Al-Albani)
3. Ketaatan kepada Rasul
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan.”
Sahabat bertanya :”Siapakah mereka yang enggan itu wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab : “Seiapa yang taat kepadaku dia pasti
akan masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka bererti dia enggan.”
(Riwayat Bukhari)
“Taat kepada Rasul bererti taat kepada Allah. Maksiat kepada Rasul
bererti maksiat kepada Allah. Sesungguhnya jalan selamat dan benteng daripada
kesesatan adalah berpegang teguh kepada Al-Quran.”
(Manhaj Salafus Soleh)
4. Ketinggian ilmu
perubatan
“Aku tidak pernah melihat ilmu yang mulia selepas ilmu syar’i lebih
daripada ilmu perubatan.”
“Ilmu itu ada dua :
1. Ilmu syari’at untuk akhirat dan
2. Ilmu perubatan untuk anggota badan.”
(Imam As-Syafi’i)
5. Persahabatan
“Janganlah kalian bersahabat dengan mereka yang tidak mampu
mempamerkan kebaikan akhlak rohaniah mereka dan mereka yang tidak mampu menegur
dengan lidahnya supaya kita mengingati Allah.”
(Al-Imam Sayyidi Ibn Ata’ilah)
6. Pertanyaan
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidak bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang
empat perkara :
1. Tentang umurnya. Untuk apa ia habiskan.
2. Tentang ilmunya. Untuk apa ia amalkan.
3. Tentang hartanya. Dari mana ia perolehi dan ke mana ia
belanjakan.
4. Tentang badannya. Untuk apa ia gunakan.”
(Sunan At-Tarmizi)
7. Syaitan dan hantu
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan bahawa :
“Sesungguhnya hantu pernah mereka sebutkan di sisi Sayidina Umar
Al-Khattab. Maka beliau berkata : “Bahawasanya tidak ada yang mampu untuk
merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah pada mulanya. Namun mereka
mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir yang berada di antara kamu.
Apabila kamu melihat perkara itu, maka ucapkanlah azan kepada mereka.”
(Ibnu Hajar Al-Asqalani : Fathul Barri)
“Tidak ada kemampuan bagi syaitan untuk mengubah penciptaan mereka
dan berubah bentuk. Namun Allah boleh sahaja mengajarkan kepada mereka beberapa
kalimah dan perbuatan. Jika mereka mengucapkan kalimah-kalimah tersebut atau
melakukan perbuatan-perbuatan tersebut, Allah akan mengubahnya dari satu bentuk
ke bentuk yang lain.”
Dikatakan : Syaitan mampu untuk mengubah bentuk dan membuat
khayalan dengan maksud bahawa ia mampu untuk satu perkataan yang jika ia
mengatakannya atau melakukannya, maka Allah akan mengubahnya daripada satu
bentuk kepada bentuk yang baru sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Adapun
jika ia mengubah dirinya sendiri, maka hal itu adalah msutahil kerana berubah
dirinya dari satu bentuk kepada bentuk yang lain akan menguraikan struktur dan
merombak bahagian-bahagiannya. Apabila hal itu terjadi, maka musnahlah
kehidupan.
(Al-Qadhi Abu Ya’la Muhammad bin Al-Husain bin Al-Fara’ : Aakam
Al-Marjan)
8. Iman
Abul Qasim Al-Hakim ketika ditanyakan pertanyaan apakah dosa yang
menyebabkan tercabutnya iman?
Dia menjawab : “ Ya, ada tiga dosa yang memungkinkan tercabutnya
iman :
1. Jika tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman,
2. Jika tidak khuatur (takut) akan tecabutnya iman, maka
kemungkinan imannya tercabut,
3. Jika berlaku zalim terhadap orang-orang islam.”
“Ya Allah, sesungguhnya yang sangat menggembirakan aku aialah
kerana Engkau memberiku iman, tetapi aku takut kalau-kalau iman itu Engkau
cabut daripadaku, maka selama perasaan takut ini ada padaku, aku mengharapkan
janganlah Engkau mencabut iman itu daripadaku.”
(Doa Yahya bin Mu’adz Ar-Razi)
Hasan Al-Basri berkata :
“Akan ada seorang yang diseksa dalam neraka selama seribu tahun
kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. “Aduhai sekiranya akulah
orang itu”.
Ia berkata sedemikian kerana ia khuatir dari su’ul khatimah.