Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
يُوْشِكُ الأُمَمُ أَنْ
تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَهُ إِلَى قَصْعَتِهَا . فَقَالَ
قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَـحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ
كَثِيْرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ
صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمِهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللهُ فِي
قُلُوْبِكُمُ الْوَهْنَ . فَقَالَ قَائِلٌ يَا رسول الله وَمَا الْوَهْنُ قَالَ
حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتُ
"Hampir tiba waktunya
ummat-ummat itu saling seru menyeru untuk memerangi kalian, sebagaimana orang
yang akan makan saling menyeru untuk segera ketempat makannya. Seorang berkata
"apakah kerana jumlah kami sedikit pada ketika itu ?" Beliau
bersabda: “Tidak, bahkan jumlah kalian pada ketika itu banyak, namun kalian
ibarat buih yang dibawa oleh banjir. Dan benar-benar Allah akan mencabut dari
hati musuh-musuh kalian rasa segan mereka terhadap kalian, dan Allah akan
melemparkan dalam hati kalian 'al-wahn', seorang bertutur: "Wahai Rasulullah
apakah 'al-wahn' itu?. Beliau menjawab: 'Cinta dunia dan benci pada
kematian".
(Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Abi Dunya dan
disahihkan oleh Al-Albani dalam 'Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah)
Fitnah di zaman ini, apa yang diistilahkan oleh sebahagian orang dengan
"Fiqhul Waqi'" atau
"Memahami realita umat". Maka sebab
telah banyak ulama-ulama ummat yang memberikan berbagai jawapan digunakan untuk
mencari jalan keluar bagi bentuk kesulitan yang mereka hadapi dengan maksud dan
tujuan agar mengetahui dan mengenal realiti mereka. Maka itu juga terdengarnya
ungkapan :
الـحُكْمُ عَلَى
الشَّيءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
"Menghukumi sesuatu adalah bahagian (cabang) dari gambarannya"
Maka "Fiqhul Waqi' " adalah memahami
sesuatu yang menggelisahkan atau menyusahkan kaum muslimin yang berhubungan
erat dengan kepentingan-kepentingan mereka, atau tipu daya/makar musuh-musuh
mereka, yang akan mengingatkan mereka agar berwaspada dengannya dan bangkit
bersama secara nyata tidak hanya sekadar menganalisa atau menyibukkan diri
dengan berita dan informasi kaum kafir atau bersikap melampui batas terhadap
pemikiran-pemikiran mereka.
Mengenal sebuah realiti dengan tujuan agar sampai kepada hukum syari’at
adalah sangat penting dan merupakan salah satu kewajipan. Tugas ini harus
dijalankan oleh sekelompok khusus pelajar muslim yang memiliki kecerdasan
tinggi dari berbagai disiplin ilmu, baik syari'at atau kemasyrakatan
(sosiologi), ekonomi, keselamatan, dan ilmu apa saja yang dapat memberi manfaat
bagi ummat Islam, serta mendekatkan mereka untuk kembali kepada kehormatan dan
kemuliaan mereka. Terutama jika ilmu-ilmu ini terus berkembang sejalan dengan
perkembangan zaman dan tempat.
MANHAJ" BUKAN SEKEDAR PERBICARAAN SEMATA-MATA
Memang benar banyak yang membicarakan tentang Al-Quran dan as-Sunnah di
zaman ini, serta mengisyaratkan kepada keduanya, ini adalah sesuatu yang patut disyukuri. Namun demikian
yang wajib ianya bukanlah sekadar berbentuk penulisan dan ceramah-ceramah, akan
tetapi difahami keduanya dengan pemahaman yang benar sebagaimana yang terjadi
di masa generasi pertama (para sahabat), kemudian kita, menjadikannya sebagai
bingkai/batasan umum bagi setiap urusan, samada yang kecil mahupun yang besar.
Manhaj Al-Quran dan as-Sunnah hendaknya menjadi syi'ar (semboyan) dan
lambang bagi dakwah sejak permulaan hingga akhir. Dengan demikian diharapkan
dari mereka yang didakwahkan, samada generasi muda atau yang lainnya akan terus
berkesinambungan sejalan dengan "manhaj yang mulia" ini yang dengan
berpegang teguh dan berjalan di atasnya ummat akan menjadi baik.
Keberadaan ulama pada setiap disiplin ilmu yang telah disebutkan di atas
adalah sebuah keharusan. Terutama dalam memahami Al-Quran dan as-Sunnah sesuai
dengan pemahaman Salafus Soleh berdasarkan pada ketentuan/kriteria yang jelas
dan pokok-pokok kaedah yang telah diterangkan.
Namun betapa banyaknya jumlah pemuda dan pemudi muslim yang terperangkap
dalam permasalahan berkaitan Fiqhul Waqi' yang seakan-akan tidak ada jalan
keluar, mereka berpecah menjadi dua kelompok, sehingga sangat disayangkan kedua
kelompok ini sebahagian bersikap melampui batas terhadap masalah ini, dan sebahagian
lainnya lebih cenderung memperlekeh atau menganggap mudah serta tidak memiliki
kepedulian terhadapnya.
Bahawasanya akan termelihat dan terdengar
dari mereka yang memperbesarkan urusan Fiqhul Waqi', serta meletakkannya tidak
pada tempat yang semestinya, melebihi tingkatan pengamalannya yang tepat
(sesuai). Yang dikehendaki mereka bahawa setiap orang yang alim dalam masalah
syariat, harus alim pula dalam apa yang mereka namakan Fiqhul Waqi'.
Sebagaimana realitinya bahawa berbalik dari apa yang mereka inginkan
terjadi pada diri mereka. Sungguh mereka telah menanamkan sebuah anggapan
terhadap orang-orang yang mendengarkan ucapan-ucapan mereka atau orang yang
berada di sekeliling mereka, bahawasanya setiap orang yang mengetahui realiti
dunia Islam, sama dengan seorang alim yang memahami Al-Quran dan as-Sunnah
diatas pemahaman Salafus Soleh.
Telah diketahui bahawa Fiqhul Waqi' bukanlah sebuah kelaziman sebagaimana
yang telah di isyaratkan, tambahan pula tidak pernah tergambar/terbayang akan
keberadaan seorang manusia yang sempurna yang mampu memahami seluruh ilmu yang
telah disebutkan dan isyaratkan di atas.
TASFIYAH DAN TARBIYAH
Penerapan manhaj/kaedah "tasfiyah" dan "tarbiyah" yang
merupakan dua kewajban besar yang amat penting.
"Tasfiyah" (pemurnian) adalah:
1. Pemurnian aqidah Islamiyah
dari sesuatu yang tidak dikenali dan telah menyusup masuk ke dalamnya, seperti
kesyirikan, pengingkaran terhadap sifat-sifat Allah جلّ جلا له, atau
penakwilannya, penolakan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan aqidah dan
lain sebagainya.
2. Pemurnian fiqh Islam dari
segala bentuk ijtihad yang keliru yang menyelisihi Al-Quran dan as-Sunnah,
serta pembebasan akal dari pengaruh-pengaruh taqlid dan kegelapan sikap
fanatisme.
(Taqlid adalah: Sikap/prilaku menerima pendapat seseorang tanpa hujjah
dan dalil)
3. Pemurnian kitab-kitab tafsir Al-Quran,
fiqh, kitab-kitab yang berhubungan erat dengan raqa'iq (kelembutan hati), dan
kitab-kitab lainnya dari hadis-hadis lemah dan palsu, serta dongeng-dongeng
kisah israiliyyat dan kemungkaran-kemungkaran lainnya.
Manakala kewajiban kedua (tarbiyah), yang dimaksudkan adalah
pembinaan generasi baru muslim, di atas Islam yang telah dibersihkan dari
perkara-perkara yang telah disebutkan, dengan sebuah pembinaan secara
Islami yang benar sejak usia muda tanpa pengaruh oleh pendidikan ala barat dan
kekufuran.
Firman Allah :
وَلَـكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ
بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
"Akan tetapi hendaklah kamu menjadi orang-orang yang rabbani kerana
kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya"
(Ali-Imran: 79)
(Rabbani ialah orang yang bijaksana, alim dan penyantun serta banyak
ibadah dan ketakwaannya :Tafsir Ibnu Kathir)
Ramai di antara da'i-da'i mengetahui akar/pangkal penyebab keburukan yang
dialami kaum muslimin pada zaman ini, iaitu jauhnya mereka dari pemahaman Islam
yang benar, dalam perkara-perkara yang
merupakan fardhu 'ain (kewajipan atas perseorangan), dan bukan hanya pada apa
yang merupakan fardhu kifayah (kewajipan atas sebahagian orang).
Maka wajib bagi kita melaksanakan dan meluruskan serta membenarkan aqidah,
ibadah dan suluk (akhlak, perangai dan budi pekerti). Siapakah orang yang telah
melaksanakan kewajipan yang merupakan fardhu 'ain dan bukan sekadar fardhu
kifayah dari kalangan ummat ini? Kerana kewajipan melaksanakan fardhu kifayah
itu datangnya selepas (fardhu 'ain).
Oleh itu menyibukkan diri dan mencurahkan perhatian terhadap ajakan
segelintir manusia dari kalangan ummat ini untuk memperhatikan sebuah fardhu
kifayah iaitu Fiqhul Waqi', serta mengecilkan sebuah pemahaman yang sifatnya
fardhu 'ain bagi setiap muslim, yaitu memahami Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah
Rasulullah صلى الله عليه وسلم
merupakan perbuatan melampaui batas dan penyia-nyiaan terhadap suatu kewajipan
yang ditekankan kepada setiap orang dari ummat muslimin ini dan merupakan sikap
berlebih-lebihan dalam sebuah urusan (Fiqhul Waqi') yang keadaan sebenarnya
sebagai fardhu kifayah.
BAHAYA MEMFITNAH, MENGGELAR BURUK DAN MENUDUH ULAMA
Menikam, memfitnah dan menuduh sebahagian ulama atau para penuntut ilmu dan
mencela mereka kerana ketidak tahuan mereka tentang Fiqhul Waqi’, begitu juga lontaran
gelaran yang diberikan kepada mereka dengan sebutan yang tidak sepatutnya
disebutkan, adalah kesalahan dan kekeliruan yang amat jelas, yang tidak boleh
diteruskan, sebab merupakan sikap "tabaghudh" saling
memurkai/membenci, yang telah dilarang dalam sejumlah hadis dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, justeru
hadis-hadis itu memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat yang sebaliknya,
berupa sikap saling mencintai, saling berjumpa dan saling tolong menolong.
FIQHUL WAQI'
(Memahami Realiti Ummat)
(Memahami Realiti Ummat)
Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani رحمه
الله