Firman Allah :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي
كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ
حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya bilangan bulan pada
sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan)
agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang
empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun
memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang
yang bertakwa.”
(At Taubah: 36).
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w
bersabda :
“Sesungguhnya Rajab adalah
bulan Allah, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan
adalah bulan umatku”.
Baginda Rasulullah s.a.w juga
bersabda :
“Semua manusia akan berada dalam
keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para Nabi,
keluarga Nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban
dan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan
haus bagi mereka”
Kata Rajab diambil dari kata At-Tarjib, yang
bererti pengagungan. Rajab disebut juga tercurah, sebab pada bulan ini Allah mencurahkan
rahmat Nya kepada orang-orang yang bertaubat dan mengabulkan
doa untuk
orang-orang yang beramal. Rajab juga bererti tuli,sebab pada bulan ini tidak terdengar suara
peperangan. Rajab juga disebut sebagai Al-Muthahhir, kerana orang-orang yang berpuasa
pada bulan itu akan disucikan dari berbagai dosa dan kesalahan.
Ada juga yang berpendapat bahawa
Rajab adalah nama sebuah sungai di syurga yang airnya lebih putih daripada
susu, rasanya lebih manis daripada madu, dan lebih dingin daripada es. Tidak
ada yang akan meminumnya, kecuali mereka yang berpuasa pada bulan Rajab. Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Pada malam mi’raj, aku
melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air
batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.:
“Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya
Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di
bulan Rajab ini”.
Dari Anas bin Malik r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda pula :
“Sesungguhnya di syurga
terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan
rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka
ia akan dikaruniai minum dari sungai tersebut”.
Dalam sebuah riwayat, Thauban r.a
bercerita:
“Ketika kami berjalan bersama
Rasulullah SAW melalui sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau
menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada Allah SWT. Lalu
saya bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Ya Rasulullah, mengapa
engkau menangis?” Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai Thauban,
mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka dan aku berd’a kepada Allah,
lalu Allah meringankan seksa kubur mereka”
Sabda Rasulullah
SAW lagi: “Wahai Thauban, kalau sekiranya mereka ini mahu berpuasa
satu hari saja dalam bulan Rajab dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan
Rajab, nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur”
Thauban bertanya:
“Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan
beribadah satu malam dalam bulan Rajab, sudah dapat
menghindarkan mereka dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Thauban,
Demi Allah Dzat yang telah mengutusku sebagai Nabi, tiada
seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat
malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana Allah,
kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan
mengerjakan solat malam satu tahun”
(Sahih
Riwayat Arba’)
Daripada Salman al-Farizi r.a, Rasulullah SAW bersabda
:
“Barangsiapa
berpuasa satu hari pada bulan Rajab, maka seolah-olah dia telah berpuasa seribu
tahun, dan seakan dia telah memerdekakan seribu budak. Dan barangsiapa bersedekah
pada bulan itu, maka seolah-olah dia bersedekah dengan seribu dinar, dan
ditetap dari setiap rambut yang ada pada tubuhnya dengan seribu kebaikan, an
diangkatnya seribu derajat, dihapuskan darinya seribu keburukan, dan
ditetapkannya baginya setiap hari yang dia gunakan untuk berpuasa dan
bersedekah itu dengan seribu haji dan seribu umrah, serta dibangunkannya
baginya seribu rumah, seribu istana dan seribu kamar.”
Dinamakan juga
sebagai bulan haram kerana pada bulan-bulan tersebut orang Islam dilarang
mengadakan peperangan. Tentang bulan-bulan ini, Al-Qur’an menjelaskan:
Imam Ghazali menulis dalam kitabnya, dikisahkan, seorang perempuan beribadah di Baitul Maqdis dan setiap hari selama bulan Rajab ia selalu mendekatkan diri kepada Allah. Perempuan itu selalu memakai baju jubah. Pada suatu hari, perempuan itu sakit tenat. Ia berwasiat kepada anaknya, jika ia meninggal agar jubahnnya disertakan di dalam kuburnya. Namun anak itu lupa melaksanakan wasiat ibunya. Pada suatu malam, ia bermimpi melihat ibunya. Ibunya berkata, “Anakku, aku tidak meredhaimu,kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku.”

Anak itu terbangun dengan
perasaan cemas kemudian ia bergegas menuju kuburan ibunya lalu mulai
menggalinya kembali untuk menguburkan jubah ibunya. Betapa terkejutnya ia kerana
jenazah ibunya tidak ada. Lalu terdengarlah suara, “Apakah engkau tidak tahu bahawa
barangsiapa yang taat kepada Kami pada bulan Rajab, Kami tidak akan
membiarkannya sendirian di dalam kubur…”
Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Hajar
Al-Asqalan berkata :
“Nama lain bulan Rajab dengan 18 nama. Yang
terkenal adalah "Al Ashamm"(Yang tuli), kerana tidak terdengarnya
gemerincing pedang yang saling beradu, disebabkan kerana Rajab itu termasuk
bulan yang diharamkan adanya peperangan. Nama unik lainnya "Munashil al-Asinah"(keluarnya
gigi), dengan maksud makna senada dengan nama pertama disebutkan, yakni anak
panah besi yang diputuskan seperti mencabut gigi. Nama
lainnya"Al-Ashabb"(limpahan), kerana limpahan rahmat yang banyak
diturunkan pada bulan ini.
Peristiwa di dalamnya
Di dalam bulan Rajab terdapat beberapa peristiwa
bersejarah dalam islam, iaitu Perang Tabuk, Penaklukan Jurusalem oleh
Salahuddin Al-Ayubi, dan Keruntuhan Khilafah Uthmaniyah di .
Pada bulan Rajab tahun 9 Hjirah, Rasulullah s.a.w bersama 30 ribu pasukan kaum muslimin pergi
meninggalkan Madinah menuju Tabuk di wilayah Syam (Suriah). Ekspedisi
ini bertujuan untuk menghadapi pasukan Romawi yang sudah bersiap di sana.
Pasukan kaum muslimin bergerak di bawah panasnya cuaca yang pada ketika itu melewati ratusan kilometer di gurun pasir.
Mendengar kedatangan pasukan yang sedemikian besar dan pantang menyerah serta
dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri,
pasukan Romawi merasa sudahpun kalah. Mereka berkecut hati dan mundur ke
benteng mereka. Akhirnya, kaum muslimin berhasil menguasai Tabuk tanpa
pertempuran. Dengan kemenangan dalam Perang Tabuk ini, maka kekuatan
islam memperkukuh kedudukannya di seluruh Jazirah Arab.
Di bulan Rajab juga, pada tahun 583 Hinrah (1187 Masihi), Salahudin
Al Ayubi memimpin pasukannya berangkat ke Jerusalem untuk
membebaskannya dari cengkaman pasukan perang salib yang telah menguasainya
selama hampir satu abad. Beberapa bulan sebelumnya, pasukan Salahudin
juga
telah mengalahkan dua pasukan perang salib dalam Perang Hittin. Kemenangan
Salahudin sangatlah istimewa kerana berhasil mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj
dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan islam. Selain itu,
kemenangan ini juga mencegah penguasaan kaum kristian atas tanah dan negeri
kaum muslimin.
Selain kemenangan bersejarah, bulan Rajab juga menjadi
saksi kekalahan dan kemunduran kaum muslimin. Tujuh ratus enam puluh tahun
kemudian, pada 28 Rajab 1342 Hijrah (3 Mac 1924 M), Khilafah Islamiyah
dihapus secara resmi oleh Mustafa Kamal Pasha di Turki. Institusi
yang menyatukan seluruh kaum muslimin di dunia ini hancur pada ketika itu.
Tidak ada lagi satu institusi yang menjadi pelindung bagi kaum muslimin secara menyeluruh.
Tidak ada lagi institusi yang menjamin terlaksananya syariat islam dan
hukum-hukum Allah di muka bumi. Sebagai pelindung jiwa, kehormatan, harta dan
kekayaan kaum muslimin telah dilenyapkan sehingga kaum muslimin hanya menjadi
santapan lazat yang direbutkan oleh kaum kolonialis dan kapitalis. Khilafah itu
kini berganti menjadi negara-negara sekuler yang bercerai berai di seluruh
dunia.
Selain daripada itu terdapat bebarapa peristiwa
penting yang berlaku di dalam bulan Rajab antaranya :
1. Hijrah Pertama ke Negeri Habsyah
(Ethiopia)
Ketika pihak musyrikin Mekkah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada kaum muslim dan Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat untuk berhijrah ke negeri Habsyah (Ethiopia). Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih oleh Rasulullah s.a.w kerana rajanya (Raja Najasyi) dikenal dengan toleransi dan sikap terbukanya. Di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah adalah Sayidina Uthman bin ‘Affan ra dan isterinya Ruqayah puteri Rasulullah s.a.w.
2. Peristiwa Isra' Mi'raj Rasulullah s.a.w
Isra’ Mi’raj termasuk di antara mukjizat khusus yang Allah berikan hanya kepada Rasulullah s.a.w, tidak kepada nabi-nabi yang lain. Isra’ ialah perjalanan malam Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Mi’raj ialah dari Masjidil Aqsa, Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanannya ke alam langit menuju Sidratul Muntaha. Ketika di Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w hanya bersendirian dan malaikat Jibril hanya sampai di bawah Sidratul Muntaha kerana sudah tidak mampu untuk naik bersama Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha. Di Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w menerima perintah secara langsung dari Allah untuk melaksanakan Solat Fardhu lima waktu dalam sehari semalam. Setelah itu Rasulullah s.a.w kembali lagi ke Masjidil Haram di Makkah. Menurut suatu riwayat, semua rangkaian peristiwa yang luar biasa menakjubkan tersebut hanya ditempuh dalam waktu sepertiga malam.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ
لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي
بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
" Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "
(Al-Isra’ : 1).
Allah juga menjelaskan peristiwa Mi’raj dalam
surah An-Najm ayat 1 hingga 18 yang berbunyi.
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
(4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى
(5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى (6) وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَى (7) ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى (8) فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ
أَدْنَى (9) فَأَوْحَى إِلَى
عَبْدِهِ مَا أَوْحَى (10) مَا
كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى (11)
أَفَتُمَارُونَهُ عَلَى مَا يَرَى (12)
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13)
عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14)
عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15)
إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16)
مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17)
لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (18)
Sesungguhnya dalam peristiwa Isra’
Mi’raj ini banyak sekali kejadian-kejadian hebat yang dialami Rasulullah s.a.w,
demikian juga pemandangan-pemandangan sangat menakjubkan yang Allah memperlihatkan
kepada hamba tercinta Nya. Rasulullah s.a.w melakukan Isra’ Mi’raj tersebut
dengan ruh dan jasadnya. Jika hanya dialami oleh ruhnya saja tentu tidak akan
menjadi satu mukjizat yang tinggi, sebab manusia lain pun memiliki kemungkinan
untuk mengalami peristiwa seperti itu. Misalkan ketika mimpi terbang ke langit
ke tujuh, sebab kejadian mimpi hanya dialami oleh ruh seseorang.
Dalam menentukan tarikh peristiwa Isra’ Mi’raj tersebut para ulama berbeza pendapat, sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rabiul Akhir; sebahagian 17 Rabiul Awal; sebahagian 29 Ramadhan; sebahagian 27 Rajab dan sebahagian 7 Rabiul Awal. Tetapi yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada 27 Rajab, sekalipun tidak disertai alasan yang kuat. Bahkan tahun kejadiannya juga terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun pertama diutusnya Nabi), sebahagian tahun ke 12 dari Bi'tsah, sebahagian pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian tahun ketiga sebelum hijrah Nabi s.a.w ke Madinah dan sebahagian pula berpendapat lain dari semuanya itu. Tetapi Ibnu Sa’ad dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", berpendapat baahwa peristiwa Isra’ Mi’raj Rasulullah s.a.w terjadi pada lapan belas bulan sebelum Rasulullah s.a.w hijrah ke Madinah.
3. Kelahiran Sayidina Ali bin Abi Talib di dalam Kaabah
Terjadi peristiwa ajaib yang menggemparkan sejarah umat manusia. Sebab peristiwa ini tidak pernah terjadi sebelumnya, demikian Nabi s.a.w bersabda. Pada hari Jumaat 13 Rajab, 23 tahun sebelum hijrah telah lahir seorang bayi suci di dalam Kaabah.
Fatimah binti Asad, ibunda Ali bin Abi Talib yang merupakan seorang wanita solehah, mukminah dan pengikut agama tauhid, pada suatu hari ia memperoleh ilham dari Allah supaya pergi ke Baitullah untuk bertawaf. Ketika sedang mengelilingi Kabah, tiba-tiba ia merasakan sakit akan melahirkan. Lalu Fatimah binti Asad memegang kain penutup Kaabah sambil bersimpuh ke dindingnya, kemudian berdoa:

"Ya Allah, wahai Tuhan Pemilik
rumah suci ini, sesungguhnya aku ini seorang wanita yang beriman kepada Mu. Aku
juga beriman kepada agama yang dibawa datukku Ibrahim a.s., kepada para nabi
yang telah Engkau utus serta kitab-kitab suci yang telah Kau turunkan. Ya
Allah, demi kemuliaan rumah ini dan demi kesucian bayi yang sedang aku kandung
ini, maka permudahlah kelahiran ini".
Tiba-tiba suatu keajaiban benar-benar terjadi, terdengar suatu guruh kerana dinding Kaabah di hadapan Fatimah binti Asad terbelah. Fatimah masuk ke dalam Kaabah, kemudian dinding Kaabah yang retak itu tertutup kembali. Abbas bin Abdul Mut alib dan kawan-kawannya yang menyaksikan kejadian itu segera memberitahu suami Fatimah binti Asad, iaitu Abu Talib. Mereka berusaha membuka pintu dan dinding Kabah, tetapi tidak berhasil. Akhirnya mereka hanya menunggu, sambil berdoa dan cemas. Tiga hari kemudian dinding Kaabah terbelah lagi, Fatimah binti Asad keluar dengan memangku bayi (Ali bin Abi Talib) yang telah lahir di dalam Kaabah.
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada yang aku miliki dan tidak
dimiliki Ali, dan ada yang dimiliki Ali namun aku tidak memilikinya. Yang aku
miliki dan tidak dimiliki Ali adalah bahawa aku seorang nabi dan rasul terakhir
yang diutus oleh Allah, sedangkan yang dimiliki Ali namun aku tidak memilikinya
ialah bahawa ia satu-satunya manusia yang lahir di dalam Kaabah".
Ali bin Abi Thalib yang merupakan salah seorang Ahlul Bait Nabi s.a.w yang telah disucikan oleh Allah sesuci-sucinya sepertimana firman Allah :
Ali bin Abi Thalib yang merupakan salah seorang Ahlul Bait Nabi s.a.w yang telah disucikan oleh Allah sesuci-sucinya sepertimana firman Allah :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ
تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ
وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ
الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan
taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan
dosa dari kamu, hai ahlul baitdan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
(Al-Ahzab
: 33)
Sayidina Ali lahir di dalam Kaabah
(Baitullah) yang suci, besar dalam buaian dan pangkuan Nabi paling suci iaitu Rasulullah
s.a.w, dan pada malam Lailatul Qadr yang suci (19 Ramadhan 40 H) ketika sedang
melakukan sujud di Masjid Kufah ia dihentam oleh pedang si manusia paling
terkutuk dan paling celaka yang bernama Ibnu Muljam, akhirnya pada malam
Lailatul Qadr berikutnya (21 Ramadan 40 H) ruh manusia suci ini terbang menemui
Allah. Kalimah terakhir yang keluar dari lisannya yang suci ialah: "Fuzhu
wa rabbilka'bati." Sungguh aku telah meraih kemenangan, demi Tuhan pemilik
Kabah.”
Puasa Rajab
Hadis-hadis Nabi yang menganjurkan atau memerintahkan berpuasa dalam bulan- bulan haram (Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab) itu cukup menjadi hujjah atau landasan mengenai keutamaan puasa di bulan Rajab.
Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda :
"Puasalah pada bulan-bulan
haram."
(Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, dan
Ahmad). Hadis lainnya adalah riwayat al-Nasa'i dan Abu Dawud (dan disahihkan
oleh Ibnu Huzaimah): "Usamah berkata pada Nabi Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah,
saya tak melihat Rasul melakukan puasa (sunnah) sebanyak yang Rasul lakukan
dalam bulan Sya'ban. Rasul menjawab: 'Bulan Sya'ban adalah bulan
antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan oleh kebanyakan orang.'"
Menurut Imam As-Syaukani dalam Nailul Authar, dalam bahasan puasa sunnah, ungkapan Nabi, "Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan kebanyakan orang" itu secara implisit menunjukkan bahwa bulan Rajab juga disunnahkan melakukan puasa di dalamnya.
Keutamaan berpuasa pada bulan haram juga diriwayatkan dalam hadis sahih imam Muslim. Bahkan berpuasa di dalam bulan-bulan mulia ini disebut Rasulullah sebagai puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Nabi bersabda : “Seutama-utama puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan-bulan al-muharram (Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram, dan Rajab).
Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumid-Din menyatakan bahwa kesunnahan berpuasa menjadi lebih kuat jika dilaksanakan pada hari-hari utama (al-ayyam al-fadhilah). Hari- hari utama ini dapat ditemukan pada tiap tahun, tiap bulan dan tiap minggu. Imam Ghazali menyatakan bahawa Rajab tergolong-asyhur al-fadhilah di samping dzulhijjah, muharram dan sya’ban. Rajab juga terkategori al-asyhur al-hurum di samping dzulqa’dah, dzul hijjah, dan muharram.
Disebutkan dalam Kifayah Al-Akhyar, bahawa bulan yang paling utama untuk berpuasa selepas Ramadhan adalah bulan- bulan haram iaitu dzulqa’dah, dzul hijjah, rajab dan muharram. Di antara keempat bulan itu yang paling utama untuk puasa adalah bulan al-muharram, kemudian Sya’ban. Namun menurut Syeikh Al-Rayani, bulan puasa yang utama setelah Muharram adalah Rajab.
Hukum puasa dan ibadah pada Rajab, Imam An-Nawawi menyatakan, telah jelas dan sahih riwayat bahawa Rasulullah s.a.w menyukai puasa dan memperbanyak ibadah di bulan haram, dan Rajab adalah salah satu dari bulan haram, maka selama tidak ada larangan khusus puasa dan ibadah di bulan Rajab, maka tidak ada satu kekuatan untuk melarang puasa Rajab dan ibadah lainnya di bulan Rajab”

(Syarh Nawawi ‘ala Sahih
Muslim).
Hadis Keutamaan Rajab
Diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w memasuki bulan Rajab beliau berdoa:
Hadis Keutamaan Rajab
Diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w memasuki bulan Rajab beliau berdoa:
“Ya, Allah berkahilah kami di
bulan Rajab (ini) dan (juga) Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan
Ramadhan.”
(Riwayat Imam Ahmad, dari Anas bin
Malik).
"Barang siapa berpuasa pada bulan Rajab sehari, maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya tujuh pintu neraka Jahim, bila puasa lapan hari maka dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan bila puasa sepuluh hari maka digantilah dosa-dosanya dengan kebaikan."
Riwayat Imam At-Tabrani dari Sa'id bin Rasyid:

“Barangsiapa berpuasa sehari
di bulan Rajab, maka ia laksana berpuasa setahun, bila puasa tujuh hari
maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka jahanam, bila puasa lapan hari
dibukakan untuknya lapan pintu syurga, bila puasa sepuluh hari, Allah akan
mengabulkan semua permintaannya....."
"Sesungguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikurniakan minum dari sungai tersebut".
Riwayat Abul Fath dari Al-Hasan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Rajab itu bulan Allah, Sya'ban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku."

(Hadis mursal)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi :
Sabda Rasulullah s.a.w lagi :
“Pada malam mi’raj, saya