Sep 19, 2016

Tazkirah : Dahsyatnya Sabar

Al Quran tidak hanya memerintahkan bersabar, memuji orang yang melakukan dan menjadikannya sebagai prasyarat bagi mencapai segala bentuk kebaikan di dunia dan akhirat tetapi juga memperhatikan faktor yang dapat membangkitkan sabar dan mendorong kepadanya.

Sabar yang terpuji dalam al-Quran adalah sabar yang hanya kerana Allah SWT bukan untuk mendapat pujian atau kepahlawanan di sisi manusia. Oleh kerana itu al-Quran menyatakan :

وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ

"..Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!" (Al-Muddathir : 7)

Iaitu, jadikanlah sabarmu itu semata-mata kerana Allah, bukan kerana seseorang selain-Nya. Kerana itu sabar di sini merupakan ibadah dan qurbah (pengorbanan) kepada Allah SWT.

( Dr Yusuf Al Qaradhawi - Dahsyatnya Sabar )