Jun 23, 2023

JANGAN TUNGGANG AGAMA

 CARI IBRAH

Pada zaman Nabi Musa A.S, Bal’am bin Ba’ura, dari kaum bani Israel ialah seorang ulama yang ada pengetahuan luas tentang ilmu dunia dan ilmu ghaib berkaitan jin dan malaikat, serta ilmu berkenaan sebahagian Luh Mahfuz, arasy Allah SWT.

Doa Bal’am senang makbul sebab tingkat ilmunya yang cukup tinggi kerana beliau mampu memahami sifat-sifat nama Allah dengan sempurna. Bal’am bin Ba’ura ni dididik Nabi Musa A.S.

Nabi Musa hantar Bal’am untuk ajak kaum Madyan kembali kepada Islam ajaran Nabi Musa. Ketika diseru Bal’am, pemerintah Kaum Madyan mintak Bal’am doakan kecelakaan pada Nabi Musa sebab penduduk Madyan takut Nabi Musa datang bawa ajaran dan tenteranya.

Bal’am tak


nak tapi dipujuk dengan kemewahan dan kekayaan, Bal’am berkeras takkan doakan keburukan pada Nabi Musa dan tenteranya.

Bal’am dipujuk lagi dengan kemewahan harta dan diberikan padanya wanita-wanita sehinggakan isterinya sendiri pujuk gunakan doanya terhadap Nabi Musa. Akhirnya, Bal’am tewas dengan godaan.

Bal’am bin Ba’ura doakan keburukan kepada Nabi Musa dalam hatinya tapi lidahnya hanya keluarkan kata-kata murni mendoakan kesejahteraan gurunya Nabi Musa dan pengikutnya.

Orang lain hairan apasal beliau doakan kebaikan pulak, Bal’am kata tu apa yang Allah SWT nak dan dia tak mampu doakan keburukan pada Nabi Musa.

Bal’am dah dirasuk dengan kemewahan dunia, dia mintak pemerintah Madyan untuk kumpulkan perempuan-perempuan paling cantik dari kaum mereka untuk dihantar kepada tentera Nabi Musa yang majoritinya orang-orang musafir yang pasti mudah tergoda dengan wanita.

Rancangannya, Bal’am berharap Allah SWT takkan ampunkan tentera Nabi Musa yang berzina dan akan dilemahkan dengan mudah kerana tak tahan godaan nafsu syahwat.

Apa yang diharapkan tu berlaku memang betul-betul jadi sampaikan ramai tentera Nabi Musa tewas dengan godaan wanita-wanita yang dihantar pada mereka. Larangan Nabi Musa untuk pengikutnya tak dekati wanita-wanita langsung tak diendahkan.

Allah SWT turunkan wabak sebagai hukuman kepada tentera Nabi Musa yang melakukan zina sehingga 70 ribu orang mati dilanda wabak tu.

Bal’am bin Ba’ura teruskan kehidupannya di situ dengan dihujani kemewahan atas kejayaan menghalang kedatangan tentera Nabi Musa kepada kaum Madyan.

Lama-kelamaan Bal’am bin Ba’ura dan pengikut setia Nabi Musa yang ada ilmu melebihi manusia lain, ditinggikan darjatnya di sisi Allah SWT, menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan binasa dan bingung bila ilmunya ditarik satu per satu.

Kehidupannya dan matinya Bal’am tak ubah seperti seekor anjing yang tak tau lagi apa hala tujunya. Hidupnya hanya sekadar memuaskan nafsu seperti anjing yang hidupnya hanya mencari makan.