Syeikh Ahmad merupakan saudara dari Imam Al-Ghazali mengkisahkan,
"Pada hari Isnin ketika waktu subuh yang hening, saudaraku Abu Hamid Al-Ghazali berwudhu dan melaksanakan solat lalu dia berkata kepadaku
"Wahai saudaraku, ambilkan kafan untukku'. Lantas aku pun mengambilkan apa yang dimintanya untuknya. Ia pun mencium kain kafan itu dan menutupkannya di wajah seraya berkata, 'Saya mendengar dan saya taat untuk menemui Yang Maha Kuasa' ".
Syeikh Ahmad menceritakan lagi,
"Kemudian ia berbaring dan menghadap kiblat. Di saat sebelum langit menguning beliau pun wafat ".
(Thabaqat As Syafi'iyah Al-Kubra, 6/201)