Neraka berasal
perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang
dikhususkan
untuk golongan ingkar kepada perintahNya ketika di dunia.
Allah SWT dalam firman:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ
شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا
يُؤْمَرُونَ
“wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya” (surah at-tahrim: 6)
Pembahagian tingkatan
neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan
Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:
1. Neraka jahannam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke tingkat akhir paling bawah. Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT:
1. Neraka jahannam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke tingkat akhir paling bawah. Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT:
قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا سَتُغْلَبُونَ وَتُحْشَرُونَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
“katakanlah kepada orang kafir, nanti kamu akan dikalahkan oleh orang islam dan dihimpunkan kamu dalam neraka jahannam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.”
(Surah ali-imran:12)
إِلَّا طَرِيقَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّـهِ يَسِيرًا
Begitulah juga dalam (surah an-nisa: 169), Allah SWT berfirman:
“orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke neraka jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah SWT”.
2. Neraka Laza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajaranNya. Firman Allah SWT:
فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّىٰ
لَا يَصْلَاهَا إِلَّا الْأَشْقَى
الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّ
“sebab itu kami beri
khabar menakutkan kamu dengan neraka laza (neraka yang menyala-nyala). Tiada
yang masuk kedalamnya melainkan orang yang celaka, iaitu orang berpaling
daripadaNya.” (Surah al-lail: 14-16)
3. Neraka Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai mengerjakan perintah Allah SWT kerana dipengaruhi harta dunia.
4. Neraka Sair ialah tingkat keempat neraka dihuni oleh mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti jabal Uhud.
5. Neraka Saqor ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada hari pembalasan.
6. Neraka Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa-dasa besar iaitu berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan meminum arak.
7. Neraka Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, tapi apinya sangat panas. Firman Allah SWT :

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
﴿٨﴾
فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
﴿٩﴾
وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ
﴿١٠﴾
نَارٌ حَامِيَةٌ
﴿١١﴾
“siapa yang ringan timbangannya, dia dilemparkan ke neraka hawiyah.
Neraka hawiyah adalah neraka dengan api yang sangat panas.” Surah al-qariah:8-11