FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Nasabnya Nabi
SallaLlahu ‘alaihi Wasallatn, keputeraannya dan penyusuannya.
Adapun nasabnya SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ialah;
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama
Syaibah A1-Hamd. bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama ‘Abdul Manaf ialah
Al
Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin Luai
bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah
bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.
Setakat itulah sahaja apa yang telah disepakati mengenai Nabi SallaLlahu
‘alaihi Wasallam. Adapun yang ke atas dan itu ada bersalahan pendapat, yang
payah hendak dipegang. Tetapi tidaldah ada sebarang khilaf atau bersalahan
pendapat mengenai Adnan itu adalah di antara anak cucu Nabi Ismail
‘alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘alaihissalam dan Allah telah memilihnya dan
sebaik—baik khabilah dan suku, tidak pernah diresapkan sesuatu daripada
kecemaran jahiliyyah kepada sesuatu dari nasabnya. Diriwayatkan oleh Muslim
dengan sanadnya, Sabda RasuluLlah SallaLlahu ‘alailii Wasallam.
“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di
antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy dan Kinanah, dan dipiihnya
Hashim dan Quraisy dan dipiihnya saya dari Bani Hashim”.
Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana
Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka
percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah. Namun demikian
percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah
Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera
dan memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan di dalam
Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan
kenyataan, baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 (dua belas)
haribulan Rabi’ul Awal.
Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat
ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir baginda
dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudian disusukan kepada seorang
perempuan dari puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah
mengikut adat resam orang—orang ‘Arab di kala itu.
Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung
Bani Sa’d ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke rumah Halimah dan menyusu darinya ketika itu
juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai menghijau,
kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dan ladang ternakan
kelihatan riang dan uncang—uncang susunya penuh dengan susu.
Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Muslim (salah Seorang
Imam Hadith Nabi) bahawa RasuluLlah telah dibedah perutnya semasa bersama Bani
Sa’d. Ketika itu baginda baru berusia lima tahun. Selepas itu dihantar kembali
ke pangkuan ibunya.
Bondanya telah wafat ketika baginda berusia enam tahun. Ini
membawa baginda menjadi seorang yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang
mengambil peranan mendidik RasulULlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tetapi tidak
berapa lama datuknya pula berpindah ke alam baqa’. Masa itu baginda berusia
lapan tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Dengan segala apa yang berlaku di peringkat
ini bolehlah kita mengambil beberapa kesimpulan pengajaran dan peng’ik tibaran:
1. Mengenai
nasab keturunan baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti yang telah kami
jelaskan, kedapatan beberapa dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa dalam
semua bangsa manusia, bangsa ‘Arab yang telah dipiih oleh Allah, dalam semua
bangsa ‘Arab, qabilah atau suku Quraisy pula dipiihnya, dalilnya itu jelas
kedapatan dalam hadith riwayat Muslim seperti yang telah kami sebutkan, malah
banyak lagi hadith yang sama maksudnya, antaranya ialah hadith riwayat Tirmizi:
(Bahawa Baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah saya ini Para sahabat
menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat atas engkau “. Ujar Baginda lagi: “Saya
Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan
makhluq (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka ia jadikan
saya dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka
beberapa qabilah, maka Ia jadikan dalam qabilah mereka yang paling balk,
kemudian Ia jadikan beberapa rumah (rumahtangga) maka Ia jadikan saya dalam
rumah yang paling baik, dan saya adalah orang yang paling baik di antara
mereka”.) Tirmizi: J. 9. H. 236. Kitabul Muflaqib.
Dan ketahuilah bahawa konsep kasih kepada Rasul SallaLalahu
‘alaihi Wasallam, ialah kasih kepada kaum yang dalam kalangan mereka lahirnya
Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, juga kasih kepada qabilah yang dalam
kalangan mereka diputerakan Baginda. Ini bukan kerana fanatik kepada
orang—orang bangsa itu, tetapi adalah kerana semata mata hakikat, kerana pada
hakikatnya bangsa ‘Arab Quraisy itu telah mendapat kemuliaan dan penghormatan
di sebabkan hubungan mereka dengan Rasul SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, dan ini
tidak boleh disangkal sama sekali.
Namun demikian, tidakjuga boleh dinafikan bahawa adanya
keburukan pada orang-orang ‘Arab atau orang Quraisy itu kerana penyimpangan
mereka dan jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala atau menyeleweng dan garis-garis
panduan yang telah dipilih oleh Allah untuk hamba-hambanya, kerana penyimpangan
dan pemesungan dan garis panduan tersebut bererti tersingkir terputus dan
hubungan dengan Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
2. Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dilahjrkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah ttu
datuknya pula meninggal. Penstiwa ini menyebabkan RasuluLlah hidup di peringkat
kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dan ibu dan jagaan serta perhatian yang
sewajar dari bapa. Kesemuanya ini bukan berlaku secara kebetulan sahaja tetapi
segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah
Subhanahu Wata’ala untuk masa depan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
ini adalah sebahagian dan hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan
buruk bahawa seruan Nabi Muhammad ini adalah dan ilham dan latihan ibunya
semasa menyusu ataupun hasil dan tunjuk ajar dan bapa dan neneknya kerana
neneknya ‘Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan kaumnya,
lebih-lebih lagi soal pembekalan makanan dan minuman untuk jama’ ah haji adalah
di bawah kelolaan dan tanggungjawabnya.
Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan
menurunkan warisan kepada cucu atau anak di bawah jagaan mereka.
Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada
mereka yang engkar dan bertujuan jahat, kerana RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah dibesarkan dan dipe lihara jauh dan jagaan dan peliharaan ibu
bapa. Demikian juga di masa baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi
Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan Bani Sa’diah. Selepas
datuknya meninggal dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa
saudaranya pula, Abu Talib. (Umur ‘Abdul Mutalib pun tidak panjang buat
memelihara RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam). Datuknya sempat memikul
tanggung jawab itu hanya buat masa tiga tahun sahaja.
Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi
dengan penolakan dan keengganan Abu Talib menerima dan memeluk agama Islam,
agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit sebanyak memain peranan
penting dalam usaha mengasuh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke arah
da’wahnya itu kerana semuanya ini me rupakan plot perkembangan yang berjangkit
antara satu sama lain yang membawa kedudukan dalam puak kepada kedudukan di
dalam kaum dan seterusnya kepada penganjuran yang lebih luas dan pangkat
kedudukan yang Iebih tinggi.
Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam hidup dengan keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan
Ilahi sahaja dapat men jauhkan tangan-tangan yang cuba memanjanya, menjauh
wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya
jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Oleh itu
Segala-galanya tidak mendorongkan baginda ke arah kepenganjuran, yang mana
mungkin mengelirukan di antara KENABIAN dengan KEPENGANJURAN dunia yang akan
disangka orang kelak sengaja dibuat-buat yang pertama (keNabian) demi untuk
mencapai yang kedua (kepenganjuran).
3.
Mengikut apa yang diceritakan oleh ahli sirah
(sejarah hidup Nabi) bahawa rumah dan perkampungan Halimah Al Sa’diyyah telah
dilanda kemarau yang dahsyat tetapi kedatangan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah merombak segala-galanya. Tanaman kembali subur menghijau,
biribiri dan unta yang kurus kering dengan hanya kulit yang melekat di
tulang-tulang berubah menjadi binatang yang sihat dan gemuk berlemak.
Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaibi
Wasallam di sisi ALlah semasa baginda masih bayi lagi. Sebagai contoh
penganugerahan Ilahi yang nyata kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam ialah pengurniaan dan limpahan rahmat kepada Halimah Al Sa’diyyah yang
telah memelihara baginda. Ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik dan
ganjil. Tidakkah pernah kita meminta supaya Tuhan menurunkan hujan di musim
kemarau dengan berkat para salihin dan berkat keluarga RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam agar do’a dan permintaan kita itu dikabulkan Tuhan dan
bagaimana pula kalau satu tempat itu RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam
sendiri berada di dalamnya, maka perkampungan tadi sudah sewajarnya menerima
ganjaran dan rahmat Ilahi yang telah sanggup menerima, memelihara dan menyusu
RasuluLlah. Kehijauan rumput dan tanah menyubur adalah berkat Baginda
RasuluLlah yang lebih berkesan daripada hujan.
Kalaulah sebab-musabab itu di tangan Tuhan, maka sudah
sewajarnyä RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mendahului segala
sebab-musabab dan limpah kumiaNya. Lebih jelas lagi RasuluLlah ini adalah
rahmat Allah untuk manusia sejagat. Tegasnya Allah sendiri telah menyebut di
dalam AlQur’an:
وَمَا أَرْسَلْنَاَكَ ِإلا رَحْمَةً
للْعَالَمِيَنَ (107)
Yang bermaksud:
“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad)
melainkan sebagai rahmat untuk ‘alam sejagat”. (Surah Al-Anbiya’ 21: 107)
4.
Peristiwa pembedahan perut RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam semasa Baginda tinggal bersama Halimah Al Sa’diyyah merupakan
salah satu tanda keNabian dan tanda pemiihan Tuhan terhadapnya untuk sesuatu yang
mulia.
Peristiwa ini telah diperihalkan dengan betul dan benar
melalui beberapaorang sahabat. Antaranya Anas bin Malik (RadiyaLlahu’anh)
Perihalnya terdapat dalam kitab Hadith Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah didatangi Jibril ketika Baginda sedang bermain-main dengan
sekumpulan kanak-kanak. Jibril ‘alaihi sallam telah merebahkan dan membelah
betul-betul dengan hati dan mengeluarkannya kemudian dikeluarkan seketul darah
sambil berkata, inilah sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di
dalam tas dan emas dengan air zam-zam barulah dimasukkah semula ke tempat
asalnya dan kanak-kanak yang lain berkejaran la menemul ibu penyusunya Halimah
melaung laung; Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arab Nabi
Muhammad dan didapati pucat lesu.
Hikmat llahi di sini bukanlah membuang
buli-buli kejahatan. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan tubuh badan
RasuluLlah kerana kalaulah di sana terdapat buli-buli kejahatan yang merupakan
sumber kejahatan maka sudah tentu boleh dirubah manusia jahat menjadi baik
dengan cara pembedahan. Tetapi hikmat Ilahi yang jelas di sini ialah mengilklan
dan mengisytiharkan keRasulan baginda dan menjadikannya ma’sum dan
mempersiapkan baginda untuk menerima wahyu dan kecil lagi dengan cara yang
boleh dilihat dengan mata kasar kerana dengai jalan ini membawa orang percaya
dan beriman dengan risalah pengutusannya dengan mudah. Pembedahan tadi adalah
pembersihan rohani dengan suatu cara yang boleh dinampakkan oleh pancaindera
supaya inmi menjadi canang Ilahi kepada manusia seluruhnya dengan boleh dilihat
dan didengar.
Sebab yang membawa kita percayakan peristiwa pembedahan
ialah kerana kebenaran dan sahnya cerita ini. Kalaulah perkara ini sudah jelas
bak di tengahari maka tidak ada sebab—sebab yang boleh kita larikan dan
kebenarannya. Tetapi bagi mereka yang lemah iman kepada Tuhan perkara ini
membawa kepada kelemahan iman mereka terhadap keNabian dan keRasulan Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Orang yang seperti ini tidak ada bezanya sama ada
mereka mengetahui atau tidak akan hikmat-hikmat Ilahi dan sebab-sebabnya.
PERJALANAN YANG PERTAMA KENEGERI SYAM DAN USAHA MENCARI REZEKI HALAL
|