FIQH
AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang
sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
Semenanjung ‘Arab di
mana baginda hidup dan dipiih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba
menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpiihnya RasuluLlah dan bumi ini dan
bangsa ‘Arab pula sebagai pembawa ubor da’wah Islamiyyah.
Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti
mengetahui keistimewaan bangsa ‘Arab dan perangai serta tata penghidupannya
sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian
barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman
dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan
keistimewaan tamaddun mereka.
Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu
bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah ‘Arab sebelum Islam:
Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan
dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang
kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan
agama dan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan pemerintah pada
keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya
menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan
saudara perempuannya.
Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di
pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan
setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dan
garis-garis yang bersifat kemanusiaan.
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani
dalam kitabnya yang berjudul AlMilal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama
Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga
dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan
harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api
dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan.
Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dan
karangan mereka yang memang berhaluan demikian.
Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa
dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak
Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung penuh kepada kekuatan
angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam
rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk di sesuaikan dengan
matlamat mencapai citacita dan kemahuannya.
Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan
kucar-kacir dan negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu
kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata.
Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa
dan telah menjadi satu lumrah.
Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan
dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama
sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi
telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan
yang India dipermulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan
agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya
turut serta mengambil bahagian dalam rnemerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.
Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret
bangsa-bangsa ini kelembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamaddun
yang berasaskan kepada mata benda (material) semata—mata. Tamaddun ini telah
tidak mengambil contoh-contoh ma’nawi dan akhlak yang sempurna sebagai landasan
dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat
yang timbul darinya hanyalah tidak lebih dan satu jalan semata-mata iaitu satu
jalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan fikiran
yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati maka tamaddun
dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik
kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran
yang waras dan pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi
merupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arab kesenangan
dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir
kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.
Semenanjung ‘Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang
tenang, jauh dan terpencil dan gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung
tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa
mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagungagungkan
kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitarnya.
Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti
Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.
Tabi’at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu
“bahan yang mentah” yang belum pernah dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di
mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan mereka seorang
manusia semulajadi yang bersih mempunyai kemahuan yang kuat ke arab pembentukan
manusia yang terpuji yang mempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong
dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat
menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan
yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah
kemanusiaan yang sebenamya. Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga
maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan
berperang sama sendiri dengan tujuan memper tahankan kehormatan.
Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala di
dalam Al—Qur’an:
Yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan
orang-orang yang telah sesat”.
(Surah A1-Baqarah Ayat 198)
Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi
mereka daripada penghinaan ke atas mereka.
Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah
menggunakan tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan
sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian.
Di samping semuanya ini, Semenanjung ‘Arab di segi ke
dudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa bangsa tersebut (iaitu
Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.
Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir
telah mengutarakan pendapat dengan katanya:
“Orang yang memerhati dan memandang kepada
bangsa ‘Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa
silam di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah
kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba menciptakan gambaran dan
imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas
dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan
kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China
dan sebagainya.”
Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa ‘Arab
dan semenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang
mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah
hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung ‘Arab itu dan
bangsa ‘Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan—jalan ke arah
penyebaran obor seruan da’wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat
manusia di seluruh pelusuk alam.
Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-setengah
golongan yang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar
untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini
ta’sub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan kemusnahan yang
pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubati dan memberi tunjuk ajar
kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini
sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula
membanggakan atau bermegah-megah dengan basil tamaddun kerana mereka langsung
tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekali untuk diperbaiki dan
diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat
Ilahi, kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya tepat kepada mereka yang
mempunyai daya dan tenaga yang terbatas sahaja, memilih yang senang dan
meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.
Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da’wah Islamiyyah
di mana-mana bahagian di Parsi atau di Rome atau di India bersinar cemerlang
maka sudah pasti pula Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga
berjaya da’wahnya seperti mana yang berlaku di Semenanjung ‘Arab. Soal ini
tidak pula menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wata’alah Pencipta ‘alam
semesta. Namun hikmah Ilahiyyah memilih Semenanjung ‘Arab dan Rasul utusan itu
tadi (seorang yang buta huruf tidak boleh membaca dan menulis seperti mana yang
diterangkan oleh Allah dalam Kitab SuciNya) agar manusia seluruhnya tidak
merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.
Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah
suasana persekitaran tempat RasuluLlah diutuskan di mana di dalanmya wujud
suatu biah (suasana) buta huruf juga
dan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya
mereka juga belum pemah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran
dan kerumitan falsafah yang berserabut.
Di antara hikmat ilahi juga ialah menghindarkan perasaan
syak wasangka manusia apakah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini boleh
membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang mengandungi sejarah manusia purba
dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan buruk terhadap
Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia yang
bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi.
Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu
dari siri tarnaddun dan falsafah yang terakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen
serta kemas dengan perundangan yang lengkap.
Hikmah_hikmah Ilahi ini telahpun
diterangkan dengan tegas dan jelasnya dalam Al—Qur’an:
هُ
Yang bermaksud:.
“Dialah (A11ah) yang telah mengutuskan di
kelompok buta huruf seorang utusan daripada kalangan mereka ‘untuk,)
menyampaikan kepada mereka ayat dan menjauhkan mereka daripada syirik dan
mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya
dalam kesesetan yang amat sangat.”
(Al-Jumu’ah 62: 2)
Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf,
begitu juga bangsa yang akan timbul Rasul di kalangannya juga satu bangsa yang
kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian dan syan’at Islam itu
terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang
beranika corak.
Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain,
dan boleh diringkaskan seperti benkut:
1.
Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu
Wata’ala telah menjadikan Baitul Haram itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umat
manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untuk manusia beribadat
serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah
menjalan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya’ iaitu Sayyidina Ibrahim
‘Alaihi sallam. Tepat dan kena pada tempatnya di mana kawasan yang mulia ini
menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu agama
Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan
Nabi yang terakhir
Kenapa tidak?
Bukankah Nabi Muhammad ini dari keturunan
Nabi Ibrahim ‘Alaihi sallam.
2.
Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung
‘Arab ini telah dipilih untuk bebanan tanggungjawab da’wah Islamiyyah, kerana
situasi dan kedudukannya di tengah tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan
penyebaran da’wah Islamiyyah di kalangan bangsa—bangsa dan negara yang di
sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini ternyata sekali bila kita mengkaji
semula perjalanan da’wah Islamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa
al Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.
3.
Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan
bahasa ‘Arab itu sebagai media da’wah Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat
menerang dan mentafsirkan percakapan atau kalamullah ‘Azza wa jalla untuk
disampaikan kepada kita.
Kalau kita perhatikan dengan teliti tentang keistimewaan bahasa-bahasa
diikutidengan saW perbandingan dengan bahasa ‘Arab maka dengan jelas kita
dapati yang bahasa ‘Arab mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati
dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk menjadi bahasa yang
pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka berada.
MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM NABIYANG TERAKHIR
|