Jul 17, 2014

AL-QURAN : KETETAPAN ALLAH


Berapa banyakkah jumlah Surah Makkiyyah dalam Al-Quran? 
 86 Surah. 

Berapa banyakkah jumlah Surah Madaniyyah dalam Al-Quran? 
 28 Surah. 

Berapakah jumlah ayat  Makkiyah dalam Al-Quran? 
 4,475 ayat.

Berapakah jumlah ayat Madaniyyah dalam Al-Quran?
 1,761 ayat.

Berapa kalikah perkataan ‘Allah’ disebutkan dalam Al-Quran? 
 2,697

Berapakah jumlah perkataan ‘Muhammad’ dalam Al-Quran?
Sebanyak 4 kali, iaitu dalam :
1) Surah Ali-Imran ayat 144
2) Surah Muhammad ayat 2 
3) Surah Al-Fath ayat 29
4) Surah Al-Ahzaab ayat 40.

Berapa kalikah perkataan ‘Al-Quran’ diulang-ulang dalam 
Al-Quran? 
 68 kali.

Berapakah jumlah perkataan ‘Injil’ dalam Al-Quran?
 12 kali.

Berapakah jumlah perkataan ‘Taurat’ dalam Al-Quran? 
 18 kali.

Berapakah jumlah perkataan ‘yahudi’ dalam Al-Quran? 
 8 kali 

Berapakah jumlah perkataan ‘nasoro’ (nasrani) dalam Al-Quran?
 14 kali 

Berapa kalikah nama Malaikat Jibril disebut dalam Al-Quran? 
 3 kali iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 97 dan 98, dan 
Surah At-Tahrim ayat 4.

Apakah perkataan yang terletak di tengah-tengah Al-Quran? 
 ‘walyatalattof’ dalam Surah Al-Kahfi ayat 19

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak 
jumlahnya dalam Al-Quran iaitu sebanyak 168 kali?
Perkataan ‘Solihaat’ (Baik) dan ‘Sayyi’aat’ (buruk). Setiap perkataan 
diulangi sebanyak 168 kali dalam Al-Quran.

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama 
banyak jumlahnya dalam Al-Quran iaitu 88 kali?
Perkataan ‘Malaikat’  dan ‘Syaitan’.

Apakah perkataan lawan makna yang diulang-ulang sama banyak 
jumlahnya dalam Al-Quran iaitu sebanyak 145 kali?
Perkataan ‘Mauta’ (kematian) dan ‘Hayaat’ (kehidupan)

Berapa kalikah perkataan ‘Sab’a Samawaat’ (7 lapis langit) 
diulang-ulang dalam Al-Quran? 
7 kali 

Berapa kalikah perkataan ‘Syahr’ (bulan) diulang-ulang dalam 
Al-Quran?
 12 kali 

Berapakah jumlah perkataan ‘dunya’ dan ‘akhirat’ dalam Al-Quran?
 114 kali  

Berapa jeniskah jumlah binatang, burung dan serangga disebut 
dalam Al-Quran? 
27 jenis binatang, burung dan serangga yang pelbagai jenis 
disebut dalam Al-Quran.

Apakah angka yang terbesar dan terkecil disebut dalam 
Al-Quran?
Angka terbesar ialah 100,000 ribu (Surah Sooffat, 147) sementara 
angka terkecil ialah Satu persepuluh (Al-Mi’syar) dalam Surah Saba’ 
ayat 45.

Apakah jenis warna yang ada disebut dalam Al-Quran?
Terdapat 5 jenis warna yang disebut dalam Al-Quran iaitu :
1) Merah (Al-Ahmar)
2) Kuning (Al-Asfar) 
3) Putih (Al-Abyad)
4) Hitam (Al-Aswad)
5) Hijau (Al-Akhdar)

Apakah nama bulan-bulan islam yang ada disebut secara jelas 
dalam Al-Quran? 
2 bulan iaitu nama bulan Ramadhan dan bulan Muharram.

Apakah hari yang disebutkan namanya dalam Al-Quran?
Hari Jumaat (dalam Surah Jumu’ah ayat 9) dan hari Sabtu (dalam 
Surah An-Nahl ayat 124).

Siapakah perempuan yang namanya disebutkan secara jelas 
dalam Al-Quran? 
Maryam anak Imran iaitu ibu Nabi Isa A.S. Namanya disebut dalam 
Al-Quran sebanyak 34 kali 

Tahukah anda nama 8 jenis angin dalam Al-Quran? 
Dalam Al-Quran, 8 jenis angin itu digelar sebagai : 
1) An-Nasyirat (Surah  Al-Mursalat, 3) 
2) Mubasyyirat (Surah  Ar-Ruum, 46) 
3) Mursalat (Surah  Al-Mursalat, 1)
4) Zaariyat (Surah  Az-Zariyat, 1)
5) Al-Aqiim (Surah  Az-Zariyat, 41)
6) Sorsor (Surah  Al-Haaqah, 6)
7) Al-Aa’sif (Surah  Al-Mursalat, 2)
8) Al-Qoshif (Surah  Al-Isra’, 69)

Apakah ‘doa’ permintaan Iblis yang telah dimakbulkan Tuhan? 
Dipanjangkan umur hingga hari Kiamat. Rujuk Surah Al-A’raf, ayat 14.

Siapakah 2 perempuan yang telah dijadikan contoh dalam        
Al-Quran akan keteguhan iman mereka?
Asiah isteri Firaun dan Maryam ibu Nabi Isa A.S. Rujuk Surah  
At-Tahrim ayat 11-12.

Apakah ayat yang elok dibaca untuk menghilangkan kesedihan? 
Doa yang pernah diucapkan Nabi Yunus A.S iaitu dalam Surah         
Al-Anbiya’ ayat 87 :
    : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) 
melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah 
daku)! Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Apakah ayat yang elok dibaca sebagai doa untuk menghilangkan 
sakit?
Doa yang pernah dipanjangkan Nabi Allah Ayyub A.S iaitu dalam 
Surah Al-Anbiya’ ayat 83.
      : "Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih Mengasihani 
daripada Segala (yang lain) yang Mengasihani".


Apakah binatang yang telah menjadi mangsa fitnah dalam 
Al-Quran?
Serigala. Ia telah difitnah membunuh Nabi Yusuf oleh saudara -
saudaranya. Lihat Surah Yusuf ayat 17. 

Semua perkataan ‘salawat’ dalam Al-Quran bermaksud ibadah 
atau rahmat, kecuali 1 tempat yang bermaksud ‘rumah ibadah’. 
Dimanakah ayatnya? 
Perkataan ‘salawat’ dalam Surah Al-Hajj ayat 40 :

Menurut Al-Quran, nafsu terbahagi kepada beberapa jenis.           
Sebutkan 3 jenis pembahagiannya. 
1) Nafsu ‘Ammarah bissu’ : nafsu yang sentiasa menyuruh kita 
berbuat jahat dan dosa. Lihat Surah Yusuf ayat 53.
2) Nafsu ‘Lawwamah’ : Nafsu yang menyesali dirinya sendiri. 
Lihat Surah Qiyamah ayat 2.
3) Nafsu ‘Muthma’innah’ : nafsu atau jiwa yang tenang. Lihat 
Surah Al-Fajr ayat 27.
'Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran kepada Rasulullah 
S.A.W? 
Ia diturunkan beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran di Makkah?
Selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari.

Berapa lamakah tempoh penurunan Al-Quran di Madinah?
Selama 9 tahun 9 bulan dan 9 hari.


Pendapat :



JUMLAH HURUF DALAM AL QUR’AN‎ : iaitu bilangan huruf-huruf dalam al-Qur'an yang dikira berdasarkan satu-satu huruf hija'iayah. An Nasafi dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi ‎dalam mukaddimah al-Futuhuat al ‎Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur’an diurut ‎sesuai dengan banyaknya:‎ ‎ ‎

Alif ‎ ‎: 48740 huruf, ‎ Lam ‎ ‎: 33922 huruf, ‎ Mim ‎ ‎: 28922 huruf, ‎ Ha’ ‎ ‎: 26925 ‎huruf, ‎ Ya’ ‎ ‎: 25717 huruf, ‎ Waw ‎ ‎: 25506 huruf, ‎ Nun ‎ ‎: 17000 huruf, ‎ Lam alif ‎ ‎: 14707 huruf, ‎ Ba’ ‎ ‎: ‎‎11420 huruf, ‎ Tsa’ ‎ ‎: 10480 huruf, ‎ Fa’ ‎ ‎: 9813 huruf, ‎ ‎‘Ain ‎ ‎: 9470 huruf, ‎ Qaf ‎ ‎: 8099 huruf, ‎ Kaf ‎ ‎: 8022 ‎huruf, ‎ Dal ‎ ‎: 5998 huruf, ‎ Sin ‎ ‎: 5799 huruf, ‎ Dzal ‎ ‎: 4934 huruf, ‎ Ha ‎ ‎: 4138 huruf, ‎ Jim ‎ ‎: 3322 huruf, ‎ ‎Shad ‎ ‎: 2780 huruf, ‎ Ra’ ‎ ‎: 2206 huruf, ‎ Syin ‎ ‎: 2115 huruf, ‎ Dhadl ‎ ‎: 1822 huruf, ‎ Zai ‎ ‎: 1680 huruf, ‎ Kha’ ‎ ‎: ‎‎1503 huruf, ‎ Ta’ ‎ ‎: 1404 huruf, ‎ Ghain ‎ ‎: 1229 huruf, ‎ Tha’ ‎ ‎: 1204 huruf ‎ Dza’ ‎ ‎: 842 huruf. ‎ ‎Jumlah huruf dalam al-Qur’an sebanyak 1,027,000 (satu juta dua puluh tujuh ribu). ‎Jumlah ini sudah termasuk ‎jumlah huruf ayat yang di-nasakh. Al-Quran mempunyai 604 mukasurat. 


Ini bermakna setiap muka surat hurufnya berjumlah sekitar 1700 huruf. Jika Allah memberi pahala untuk satu huruf bermakna setiap pembaca al-Qur'an yang menbaca 1 juzuk sehari (1700 X 20 ms ) sebanyak 34000 X 10 = 340,000 pahala. ‎