Jul 17, 2014

TAMBAHKANLAH LAGI

Firman Allah swt: 

يَوْمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ امْتَلَأْتِ وَتَقُولُ هَلْ مِنْ مَزِيدٍ

(dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) kami bertanya kepada Jahannam: "Adakah kamu sudah penuh?" dia menjawab: "Masih ada tambahan?". 
Sekadar ilustrasi
( Surah Qaaf: 30) 

2. Dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

لاَ تَزَالُ جَهَنَّمُ يُلْقَى فِيْهَا وَتَقُوْلُ: هَلْ مِنْ مَزِيْدٍ. حَتَّى يَضَعَ رَبُّ الْعِزَّةِ فِيْهَا قَدَمَهُ فَيَنْزَوِيْ بَعْضُهَا إِلَى بَعْضٍ وَتَقُوْلُ قَطُّ قَطُّ بِعِزَّتِكَ وَكَرَمِكَ. وَلاَ يَزَالُ فِى الْجَنَّةِ فَضْلٌ حَتّى يُنْشِئَ اللهُ لَهَا خَلْقًا آخَرَ, فَيُسْكِنَهُمْ فَضْلَ الْجَنَّةِ.

"Sentiasa neraka Jahanam dilontarkan kepadanya (para penghuni neraka) dan ia terus berkata:" Masih adakah tambahan ". Sehingga Rabb Yang Perkasa meletakkan kaki-Nya, sehingga sebahagiannya mengecut kepada bahagian yang lain seraya berkata: "Cukup, cukup, demi keperkasaan dan kemurahan-Mu". Dan sentiasa syurga itu melebihi (jumlah penghuninya) sehingga Allah swt menciptakan makhluk lain baginya, lalu meletakkan mereka pada syurga yang lebih itu. "
(Riwayat Muttafaqun 'alaih)