الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SUATU METAFORA AKHIR

     

    KHABAR DI BALIK TULANG DADA

     

    Perjalanan rata dan liku

    Menerobos teduhan dedaun reranting

    Kekadang tersangkut luka berbekas

    Kekadang terpancar senyum tanpa luka

    Lapan telapak kaki beriringan

    Menjadi sepuluh

    Si kereput tua melangkah hadapan

    Berulang satu dua dan tiga

    Empat yang berada di dada berganti-ganti

     

    Kedua tangan di belakang

    Mampu mempacul tanah

    Mampu mencedok sesudu gula


    Dalam sebiji cawan kaca

    Empat yang cuma mampu melambai kecil

     

    Terkadang perjalanan hujan

    Ada waktunya terik membakar

    Ada kalanya sejuk menggigit

    Menaiki sebuah gunung

    Hidup dan kematian

    Tergelincir dalam marah nasihat

    Terluka dalam kata hina nista

    Berkoreng dalam caci bungkam

     

    Lidah dikunci tanpa jawab

    Biarkanlah berlalu

    Peti emas tersimpan

    Anak kunci tenggelam di lautan

    Biarlah badai membawa ke sana sini

    Tertanam dalam lumpur pasir lautan

    Namun masih mengingati anak kunci peti emas.

     

    Ketika tinggal dua telapak kaki

    Mendaki gunung berbatu

    Tergelincir ke bawah namun setengah

    Mengulang semula langkah dengan rasa tua

     

    Poket  yang kosong tanpa apa-apa

    Melewati awan kadang tiada kadang tebal

    Adakalanya hitam dan acapkali tidak kelihatan

    Berselimut malam

     

     

    Lalu kembali ke tengah gunung

    Masih dua telapak kaki

    Dan menanti yang enam

    Kembali enam tanpa ke gunung

    Tidak melewati gunung si kerepot berdiri

    Namun langkah dua telapak juga menelusuri

    Dingin kaki dan tubuh di waktu gelap

    Dua mata terbuka maka telah tiba

    Enam yang berada di kawasan sejuknya lautan

    Yang jauh di kata kereput tiada mampunya

     

    Mendaki semula gunung yang tadi hampir setengah

    Jatuh di setengah

    Bangkit kembali dengan telapak dua belas

    Namun kembali tergelincir jua di tengah

    Terseret menjadi setengah di setengah

    Begitu payah mendakinya

    Ujian dan dugaan tetap dilalui

     

    Kosong dan sembilan

    Berlalu pergi si kerepot terusir arah

    Melalui denai sendirian mencari di mana

    Terkadang di hadapan mata

    Namun terhalang duri bisa yang amat berbisa

    Ada waktunya haramlah si kerepot

    Ada waktunya halal si kerepot

     

    Lapan telapak sudah menjadi besar

    Ada yang memandui hidup

    Ada yang bermula hidup

    Perkhabaran dari jauh entah di mana

    Ada waktunya benar

    Ada kalanya khayal

     

    Seabad ditambah seangka

    Ada kenangan di tengah gunung

    Telapak kaki yang lapan masih dicari

    Di mana telapak perginya

    Ke mana arahnya

    Bagaimana keadaannya

    Walau kini telapak yang lapan bertambah dua

    Tanpa sedar barangkali tanpa terima

    Telapak yang sepuluh dari si kerepot adalah sama

    Jejari tangan adalah sama

    Pun begitu dua telapak kaki akhir

    Sedang  melangkah

    Nantinya akan bersama lapan di hadapannya

    Mampu mengejar lapan untuk bersama

    Melangkah menggantikan si kerepot

    Sudah berkoreng kakinya

    Menjadi pemacak bendera di atas puncak

    Namun itulah harapan

    Walau barangkali si kerepot

    Tiada jemputan atas setiap kemenangan mereka

    Lahir dari balik dada

    Yang barangkali sudah bersatu bersama tanah

    Esok atau lusanya

    Apa yang dimiliki

    Sekadar dua telapak tangan

    Terangkat di dahi

    Tertunduk kepala

    Mendongak ke langit

    Walau terhalang pepejal di hadapan

    Agar sepuluh yang di hadapan

    Selamat dan terlindung

    Dari kegelinciran sakitnya perjalanan

    Menanti harapan

    Bisa melangkah

    walau bertatih merangkak

    Menjadi dua belas

    Di belakang.

     

     

     

     

    DI ZAMAN NOW


     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA