FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith daripada
Saidatina ‘Aishah RadiyaLlahu ‘Anha tentang bagaimana ditemukan wahyu yang
pertama:
Daripada ‘Aisyah Ummil Mu’minin
RadiyaLlahu ‘anha dikhabarkan bahawa ia telah berkata;
“Permulaan wahyu yang dimulakan kepada
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah mimpi yang baik lagi benar di
dalam tidur, maka tiadalah Junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datanglah
mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan)
kepadanya untuk berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira’ lalu berta hannuth (beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalarn masa beberapa malam.
Setelah itu baginda SailaLlahu ‘alaihi
Wasallarn kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuthnya;
kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sarna seumparna
itu juga hingga datanglah
kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di
dalam Gua Hira’ maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata: Iqra’!
(Bacalah). Berkata Junjungan: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca).
Bercerita Junjungan:
“Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan
daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian
dilepaskan aku, lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Maka Aku berkata: Ma Ana
biqari’ (Tiada aku pandai membaca), kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya
ketat-ketat kali yang kedua hingga terasa kepada aku kepayahan kemudian itu
dilepaskan aku dan dia berkata: Iqra’! (Bacalah), maka berkata aku: Ma Ana
biqari’ (Tiada aku pandai membaca), setelah itu rnengambil ia akan daku buat
kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh hingga terasa aku eratnya
kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata:
Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang
rnenjadikan, yang menjadikan manusia daripada darah, bacalah derni Tuhan engkau
yang mulia.
(Surah al—’Alaq 96:1, 2, 3)
Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu
rnasuklah ia kepada Khadijah binti Khuwaiid seraya berkata: (Selimutkanlah aku!
selimutkanlah aku!) maka diselimutkan akan dia hingga hilang daripadanya rasa
ketakutan kemudian berkata ia kepada Khadijah setelah rnenceritakan khabar itu:
“Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku) lalu Khadijah pun berkata kepadanya
“Tidak sekali! demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau
sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau mernikul bebanan dan
engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu
tetamu dan engkau menolong atas menolak baja.” Kemudian pergilah Khadijah
bersamanya menemui Waraqah bin Naufal Ibnu Asad bin ‘Abdul ‘Uzza iaitu anak
bapa saudara Khadijah, Waraqah itu adalah seorang yang beragarna Nasrani di
dalam zarnan jahiiyyah dan pandai menulis kitab ‘Ibrani. Maka disalinnya
daripada kitab daripada kitab Injil itu dengan bahasa ‘Ibram apa yang
dikehendaki Allah bahawa ia menulis dan adalah ia seorang yang telah berusia
tua dan buta maka Khadijah pun berkata kepadanya “Ya anak bapa saudara! Cuba
dengarkan kepada anak saudara engkau ini”; kemudian bertanya kepadanya Waraqah:
“Wahai anak saudara ku! Apakah dia yang engkau lihat itu?” Lalu RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallarn menceritakan apa yang (dialami dan) dilihatnya.
Setelah itu Waraqah pun berkata kepadanya “Inilah Jibril yang pernah diturunkan
Allah ke atas Nabi Musa. Sekiranya aku rnasih muda remaja dan aku masih pula
hidup ketika dikeluarkan (diusir) engkau oleh kaum engkau... “Segera bertanya
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam: (Apakah mereka hendak rnengeluarkan
aku?) Jawabnya: (Ya! kerana tidak pemah datang seorang pun yang mernbawa
(risalah) Seumparna yang engkau bawa itu melainkan ia akan dimusuhi dan
sekiranya aku dapatilah hari engkau itu tentulah aku akan menolong engkau
dengan pertolongan yang sungguh sungguh), kemudian tidak berapa lama sesudah
itu Waraqah pun meninggal dunia dan wahyu pun berhentilah.
Para ‘ulama’ telah berselisih pendapat tentang masa waktu
dibekukan atau diberhentikan sementara waktu. Ada yang mengatakan tiga tahun,
ada yang mengatakan kurang dan itu dan yang paling hampir sepertimana yang
diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu enam bulan.
Berkata Ibnu Syihab: Dan telah dikhabarkan kepada aku oleh Abu Salamah
bin ‘Abdul Rahman bahawajabir Ibnu ‘Abdullah Al Ansari telah berkata semasa
bercerita tentang terputusnya wahyu: seterusnya junjungan bersabda di dalam
percakapannya itu”:
“Sedang aku masih berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran oleh ku suara
daripada langit, lalu aku angkatkan pandanganku, sekoyong-koyongnya Malaikat
yang datang kepada aku di Gua Hira’ itu sedang duduk di atas kerusi yang
terletak di antara langit dan bumi menyebabkan aku pun terperanjat melihatnya
lalu aku pun balik, maka aku katakan: ‘(Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku!)
maka diturunkan Allah ‘Azzawajaila. Erti nya: “Wahai orang yang berselimut!
bangunlah, maka berikanlah peringatan, dan Tuhan engkau hendaklah engkau
agungkan dan pakaian engkau bersihkanlah dan perbuatan dosa tinggalkanlah.”
(Surah Al-Muddaththir: Ayat 1 — 5)
Dengan itu wahyu pun mula diturunkan dan ia
datang secara berturut-turut.
PENGAJARAN
DAN RENUNGAN
Hadith permulaan penurunan wahyu ini
merupakan masa utama yang memberi implikasi terhadap seluruh hakikat dan de
facto ‘aqidah dan Syari’ah Islamiyyah, memahami serta mempercayai dengan penuh
yakin. Ia merupakan titik permulaan dan pengenalan yang semestinya ke arah
mempercayai segala apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam seperti perkhabaran ghaib dan suruhan syari’at lantaran hakikat wahyu
itu adalah jenis yang tunggal yang memisahkan di antara manusia yang berfikir
merangkakan undang undang itu dengan otak pemikiran yang bersifat serba
kemanusiaan dengan manusia yang menyampaikan segala sesuatu yang telah
diturunkan oleh Tuhannya tanpa menukar, menokok tambah dan sebagainya.
Oleh yang demikian seteru-seteru Islam yang professional
menimbulkan persoalan-persoalan tentang wahyu yang diturunkan dan
melipat-gandakan segala tenaga pemikiran mereka demi untuk memutar-belitkan
atau mengelirukan Ummat Islam agar syak-wasangka di antara kebenaran, wahyu dan
ilham, serta inspirasi biasa kerana mereka meyakini bahawa objek hakikat wahyu
itu merupakan sumber kepercayaan dan keyakinan orang Islam terhadap apa yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan Allah Subhanahu
Wata’ala. Kalaulah mereka dapat mempesonakan dan menyuntikkan jarum hasad dengki
mereka dengan syak-wasangka kepada hakikat wahyu tadi maka tidak syak lagi
mereka dengan mudahnya dapat menjadikan orang Islam itu mengingkari sebahagian
daripada kepercayaan dan hukum. Begitu juga mereka dapat memasukan racun-racun
yang begitu bisa yang pernah dicanangkan iaitu segala Syari’at prinsip
kepercayaan Islam adalah ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasailam sendiri.
Untuk mencapai matlamat mereka yang tersebut tadi maka puak
penyerang idealogi mi akan berusaha gigih dengan menterjemahkan dan menganalisa
wahyu itu mengikut kehendak hati mereka sendiri dan cuba memisahkan atau
mendustakan akan hakikat kebenaran wahyu itu. Di antara mereka pula ada yang
cuba memberi tafsiran mengikut nilaian khayalan dan lamunan mereka masing-masing.
Ada juga yang menuduh RasuluLlah itu cuba memerah segala tenaga fikirannya
terjalin ke dalam jiwa dan pandangan batinnya suatu anutan dan pegangan yang
dipandang logik dalam penyembahan berhala.
Puak yang lain pula menuduh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah mempelajari Al— Qur’an dan prinsip ajaran Islam daripada paderi
Buhaira dan ada pula yang menuduh, RasuluLlah itu seorang yang terganggu urat
sarafnya atau telah diserang penyakit jiwa. Andaikata kita memerhatikan kepada
tuduhan-tuduhan dan tafsiran-tafsiran yang melulu ini maka ternampaklah kepada
kita bahawa manusia tersebut tidak boleh menerima segala—galanya malah
segala—galanya itu sebagai helah mereka untuk menjauhkan diri Umat Islam
daripada mengakui kebenaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai Nabi.
Segala-galanya dapat diperhatikan dengan terang dan jelas segala kebenarannya
semasa pendedahan hadith mengenai penurunan wahyu.
— Kenapakah RasuluLlah dapat melihat
Jibrail dengan niata kepalanya sendiri? Tidakkah boleh disampaikan wahyu itu di
sebalik tabir sahaja?
— Kenapakah Tuhan meresapkan perasaan takut
dan kagum di dalam hati RasuluLlah ketika menerima dan membaca wahyu?
— Tidakkah sewajarnya diresapkan perasaan
tenang dan tenteram ketika itu kerana ini merupakan tanda sayangnya Tuhan
terhadap RasulNya.
— Sehingga baginda tidak gentar dan merasa
takut kerana apabila RasuluLlah berasa saksi yang mendatanginya di Gua Hira’
dulu adalah jin dan langsung baginda tidak menyangkakannya sebagai malaikat
utusan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
— Kenapakah wahyu telah terputus
penurunannya buar beberapa ketika? Peristiwa im telah menyebabkan RasuluLlah
merana dan keluh kesah yang amat sangat, malah RasuluLlah pergi mendaki ke
kemuncak bukit untuk menunjukkan dirinya seperti mana yang diriwayatkan oleh
Al-Imam Bukhari.
Ini adalah beberapa pertanyaan yang biasa sahaja mengenai
rupa bentuk wahyu yang pertama kali diturunkan. Bagi orang yang berfikir untuk
mendapatkanjawapan ini ia akan bersua dengan beberapa rahsia dan hikmah-hikmah
yang terang lagi nyata, iaitu orang—orang yang berfikiran bebas akan bertemu
dengan hakikat yang paling nyata tanpa dipersonakan oleh racun dan ganja.
Penyerang-penyerang dan golongan orientalis yang
profesional yang mendakyahkan bahawa wahyu ini adalah hasil renungan dan
fikiran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di cetuskan dan lubuk hatinya
sendiri.
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diperanjatkan di Gua
Hira’ dengan ketibaan Jbrail ‘Alaihissalam dengan mata kepalanya yang telah
menyeru kepadanya, “Bacalah oleh mu.” ini ialah supaya ternyata bahawa pintu
sinar wahyu itu bukanlah suatu perkara dan dalam jiwa atau jeritan batin,
tetapi yang sebenarnya ialah menerima suatu hakikat dari suara yang tidak ada
kena mengena dengan dorongan jiwa dalam. Jibrail ‘Alai hissalam telah memeluk
baginda seerat—eratnya sebanyak tiga kali dan membebaskan dan pelukan itu
sebanyak tiga kali, dan telah menyerui baginda, “Bacalah olehmu” sebanyak tiga
kali juga merupakan penegasan dan gambaran hidup tentang wahyu yang datang dari
luar bukanlah rekaan khayalan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah serba ketakutan
dengan apa yang telah didengar dan dilihat, dengan serta—merta beliau telah
berhenti dan pertapaan di gua itu dan bergegas pulang ke rumah dengan hati yang
berdebar-debar, kesemuanya ini supaya ternampak kepada tiap-tiap yang berfikir
bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidaklah mengharap-harapkan hendak
menjadi pembawa Risalah yang akan disebarkan ke seluruh alam sejagat. Dan bukan
pula wahyu itu untuk memberes atau menyempurnakan apa yang telah dirangka dan
difikirkan di otak kepalanya. Tidak! Malah kedatangan wahyu itu kedatangan yang
mendadak dengan tidak disangka-sangka mempengaruhi kehidupannya. Perkara ini
tidak syak lagi sungguh berbeza dengan mereka-mereka yang telah berlatih
merenung dan berfikir dengan jalan renungan hingga terbentuk suatu dogma
kepercayaan untuk di seru ke arahnya nanti.
Soal ilham, inspirasi atau jeritan batin jiwa atau renungan
ke alam atas tidak akan diserang perasaan takut, kagum dan pucat badan.
Tegasnya tidak ada titik pertemuan atau hubungan di antara renungan mencari
ilham dan diserempak dengan perasaan takut yang berturut—turutan.
Anda sendiri pun lebih mengetahui bahawa perasaan takut,
gerun dan menggeletar seluruh anggota badan disertai dengan pucat warna tubuh
badan adalah perasaan-perasaan yang tidak boleh dibuat-buat atau
dipura-purakan? Kalau hendak diandaikan bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah cuba sedemikian maka ini suatu andaian (hypothesis) yang
mustahil di mana perangainya telah begitu berubah corak dan satu keadaan kepada
suatu keadaan yang terlalu berbeza dan berlainan sangat selepas pengutusan.
Kegemaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini dapat
diperhatikan dengan lebih jelas bila baginda menyangka yang mendatanginya di
gua itu yang memeluk dan menyuruh baginda membaca adalah sejenis jin. Ini dapat
dikesan dan apa yang diceritakan kepada Khadijah Radhiyállahu ‘anha.
Katanya; “Aku takut ke atas diriku” tegasnya dari jin
tetapi Khadijah telah menenangi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
memberi penawar bahawa ini bukanlah rasukan jin syaitan kerana baginda
berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.
Memang mudah bagi Allah menenangkan dan mencekalkan jiwa
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bahawa yang mendatanginya itu tidak lain
dan Jibrail salah seorang dan malaikat suruhan Allah yang membawa perkhabaran
wahyu dan berita-berita Ilahi tentang pengutusan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam sebagai Rasul untuk manusia sejagat tetapi hikmat Ilahi yang nyata
mahu mendedahkan pertentangan dua peribadi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
yang paling nyata perbezaannya; laitu Muhammad sebagai manusia biasa sebelum
pengutusan dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul selepas pengutusan dan untuk
menerangkan lebih lanjut lagi bahawa prinsip ‘aqidah Islamiyyah atau
perundangan Islam belum pernah dicanai di otak kepala RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam dan belum pernah tergambar di kepalanya mengenai da’wah itu.
Suatu kehendak Ilahi yang telah mengilhamkan Khadijah agar
membawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menemui Waraqah bin Naufal
dan membentangkan perkara ini kepada beliau. mi merupakan suatu sudut yang lain
ke arah memperkuatkan lagi bahawa apa yang memeranjatkan Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam semasa di gua sana tidak lain dan wahyu dan Allah yang pernah
disampaikan kepada para Anbiya’ lain yang terdahulu dan untuk menyingkap
perasaan dan kesangsian yang menakutkan, yang menyelubungi jiwa Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. (yang kelak akan membawa kepada pentafsiran dan
penganalisaan)
Mengenai pemberhentian sementara penurunan wahyu, kemudian
disambung semula selepas enam bulan atau lebih itu mengandungi mu’jizat Ilahi
yang mendalam. Tanya merupakan suatu tempelak kepada penyerang-penyerang
‘aqidah (Islam) yang profesional yang telah cuba menganalisakan wahyu yang
diterima oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu dengan mengatakan ianya
silauan ma’rifat diri hasil dan menungan dan renungan yang panjang yang
bersumber dan dalam jiwa.
Sebagai rahsia dan hikmat ilahi malaikatJibrail yang
ditemui oleh baginda di Gua Hira’ dahulu telah menghilangkan diri buat beberapa
ketika. Lantaran itu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diselubungi oleh
perasaan was-was kemudian bentukar pula menjadi takut dan bimbangkan Tuhan
telah melucutkan pemberian dan kumiaan wahyu serta pengutusan kerana suatu
kesilapan yang telah dilakukan oleh baginda sehingga terasa oleh baginda bahawa
dunia ini sempit baginya. Penasaan dalam dirinya sering membisii kepadanya
ketika baginda menerimanya hingga disuatu ketika yang lain baginda telah
melihat sekali lagi malaikat Jibrail ini yang bentuk-rupanya telah memenuhi
ruangan di antara langit dan bumi serta melaungkan dengan katanya “Hai Muhammad
engkaulah utusan kepada manusia”.
Perasaan takut dan gerun sekai lagi menguasai seluruh diri
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Dengan keadaan sedemikian baginda terus
kembali ke rumahnya di mana Tuhan telah menurunkan ayat-ayat Al-Qur’an yang
lain pula yang berbunyi:
“Wahai orang yang berselimut (Muhammad)
bangunlah untuk menyampaikan perkhabaran yang menakutkan.”
(Surah Al-Muddaththjr 74:1 — 2)
Dengan keadaan dan suasana yang dilalui oleh RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasailam itu orang yang berfikir dan berpendapat bahawa
wahyu itu sama dengan inspirasi dalam jiwa manusia lain adalah dianggap
pendapat yang gila kerana dengan berfikir secara ringkas pun kita mendapati
bahawa pancaran inspirasi dan dalam tidak perlu menempuhi segala keadaan dan
suasana itu.
Hadith mengenai penurunan wahyu ini merupakan satu—satunya
senjata untuk mempertahankan malah untuk merobohkan segala cemuhan dan serangan
yang dibuat oleh seteru—seteru Islam terhadap penurunan wahyu dan terhadap
keNabian yang dikurniakan kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Dari
sini maka dapatlah kita fahami sejauh manakah dan betapa agungnya hikmat ilahi
yang terkandung di dalam penerunan wahyu itu tadi. Boleh jadi seteru Islam akan
kembali bertanya kalaulah wahyu itu diturunkan kepada Muhammad SallaLLahu
‘alaihi Wasallam dengan perantaraan Jibrail ‘Alaihissalam kenapa pula para-para
sahabat yang lain tidak melihat?
Sebagai jawapannya kita boleh mengatakan bahawa tanda wujud
dan adanya sesuatu itu tidak semestinya dapat dilihat oleh mata kasar manusia
kerana tenaga dan penglihatan manusia itu terbatas. Apakah suatu benda yang
telah pergi jauh dan pandangan manusia dan tidak dapat dilihatnya bererti
zatnya sudah tidak ada lagi?
Memang mudah bagi Tuhan memberikan sesuatu tenaga
penglihatan yang luar biasa kepada seseorang itu hingga dapat melihat segala
apa yang tidak terlihat oleh, manusia lain.
Di dalam soal ini Malik bin Nabi menegaskan buta warna itu
telah memberi suatu contoh kepada kita untuk menunjukkan bahawa ada di antara
beberapa warna yang tidak dapat dilihat oleh mata sipesakit buta warna. Dan di
sana terdapat beberapa silauan cahaya infra merah (infra red ray) dan cahaya
altera ungu (ultra voilet ray) kedua—duanya ini tidak dapat dilihat oleh mata
kasar manusia, tetapi kenyataan ilmiah rnenegaskan bahawa bukan semua mata yang
tidak dapat melihat malah ada manusia yang matanya kurang atau tenlalu sensitif
melihat cahaya itu.
Sebagai kenyataan waqi’i menunjukkan kebenaran wahyu ialah
penurunannya yang berturut-turut bukannya suatu petanda penyakit jiwa yang
dialami oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti mana yang pernah
dianalisa oleh seteru seteru Islam. Di sini kita cuba membuat kesimpulan
tentang bukti-buktinya ini:
i. Terdapat perbezaan di antara Al—Qur’an
dan Al Hadith al-Sharif. Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah menyuruh dan
meminta para sàhabatNya supaya menulis Al-Qur’an selepas diturunkan. Sebaliknya
Al-Hadith memadai dengan hafalan mereka, kerana A1-Qur’an merupakan kalam Allah
yang diwahyukan dengan makna dan perkataannya sekali, sedangkan Al-Hadith pula
maknanya dan Tuhan dan perkataannya dan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Ini dilakukan supaya Nas dan teks Al-Qur’an tidak bercampur aduk dengan nas Al
Hadith. ii. Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak menjawab semua
pertanyaan yang dikemukakan oleh para sahabatNya dengan serta merta dan mungkin
berlalu beberapa ketika yang agak panjang tidak diberi jawapan Se hingga
turunnya ayat Al-Qur’an di mana baginda menjemput si penyoal tadi, kemudian
dibacakan ayat-ayat Al Qur’an yang baru diturunkan. Kadang kala RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertindak dengan sendirinya terhadap sesuatu
perkara yang tertentu. Kemudian diturunkan ayat yang tertentu menerangkan lagi
sesuatu hal yang lain yang lebih wajar dan kadang kala pula mengandungi
teguran. iii. Seperti diketahui Rasulullah ‘alaihi Wasallam adalah seorang yang
buta huruf dan tidak mungkin manusia itu dapat mengetahui peristiwa dan faktur
sejarah dengan jalan “medition (retrocognition) perantaraan (clair yoyance)”
seperti cerita Nabi Yusof ‘Alaihissalam…..peristiwa menghanyutkan Nabi Musa
‘Alaihissalam di dalam sungai..., dan cerita mengenai Fir’aun yang kesemuanya
itu membuktikan bahawa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam buta huruf.
Lantaran itu Allah Subhanahu Wata’ ala berfirman:
Yang bermaksud:
“Dan tidak engkau membaca terdahulu
daripadanya sebarang kitab dan tidak pemah pun engkau menulis dengan tangan kanan
engkau. Kalau tidak sedemikian sudah tentu memberi syak kepada
penentang-penentang”. (Surah Al-Ankabut 29:48)
Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
terkenal di kalangan kaumnya sebagai seorang yang amanáh selama empat puluh
tahun. Lebih-lebih lagi dengan diri sendiri baginda lebih teliti sewaktu
menerima wahyu dan mengkaji secara mendalam agar tidak langsung berbau syak
wasangka. Yang bermaksud:
“Maka
jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang kami turunkan
kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca Al-Kitab sebelum
kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dan TuhanMu sebab itu
janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu ragu.”
(Surah Yunus 10:94)
Seolah-olah ayat ini merupakan jawapan kepada penelitian
dan kajian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap wahyu dan
diriwayatkan bahawa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah menegaskan
selepas penurunan ayat ini dengan katanya, “Aku tidak syak dan waham lagi dan
aku tidak akan bertanya-tanya lagi.”
PERINGKATDA’WAH ISLAMIYYAH |