FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Bila usia Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
mencapai empat puluh tahun, Baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk
beribadat dan berkhulwah di Gua Hira’. Selalunya ‘amalan ini memakan masa
beberapa hari dan malam dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah
keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berulang alik di antara
rumah baginda dan Gua Hira’ sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira’ sebelum
pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat
mendalam dan memberi implikasi yang begitu penting kepada seluruh penghidupan
umat Islam dan agama Islam khususnya.
Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan
sempurna sifat keislamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlaq yang
tinggi serta peribadatan yang tidak putus-putus terhadap Allah tanpa ia
cuba
mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala
sesuatu yang membolehkan ia sampai kepada hakikat keagungan ILAHI.
Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap muslim yang mahu
menempatkan dirinya sebagai seorang muslim sejati terutamanya kepada mereka
yang mahu menjadi penda’wah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.
Sebagai hikmat Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri
manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat
diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri memperhitungkan dan menghisab
diri sendiri di ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dan suasana dunia
yang sombong, bongkak, hasad-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam
jiwa manusia dan menguasai hati sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat
kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun amalan saleh dan ‘ibadat yang
banyak.
Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam manusia tadi dan
ia tidak mudah dibasmikan kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan
bertaqarrab dengan Allah Rabbul-Jahil dan masa ke semasa untuk mendapat taufiq
hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah manusia yang
mencari titik- kelemahannya di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala pencipta ‘alam
sejagat seterusnya bertafakkur dan merenung terhadap bukti kekuasaan Ilahi,
Hari Akhirat dan mereka yang menginsafi tentang kewujudan Hari Akhirat, rahmat
dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan merenung berulang-kali maka
penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan tempatnya
akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang abadi. Dengan itu tidak ada
sesuatu apa pun lagi yang akan mempengaruhi ke hidupan manusia itu.
Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang
pentingnya di dalam penghidupan manusia umumnya dan para penda’wah khasnya
ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subhanahu Wata’ala di dalam hati
sanubari di mana ia merupakan sumber pengorbanan, perjuangan dan asas utama
kepada da’wah yang memarak. Perasaan cintakan Allah ‘Azzawajalla tidak tercetus
melalui kepercayaan kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu
belum pemah lagi memberikan kesan kepada hati dan perasaan. Sebab kalaulah
sedemikian maka para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman kepada
Allah dan RasulNya dan hati nurani adaiah hati yang begitu cekal mencintai
Allah Subhanahu Wata’ala dan Rasuinya. Dan kita tidak pernah dengar langsung
bahawa seseorang ‘alim bijak pandai telah mengorbankan jiwanya kerana beriman
dengan sesuatu teori—teori matematik yang dicipta manusia atau teori—teori
aljibra.
Bahawasanya tidak ada jalan lain untuk cintakan Allah
melainkan dengan cara merenung dan bertafakkur dengan segala ni’mat
pemberiannya, merenung keagungannya dan kebesarannya. Kemudian membanyakkan
bacaan—bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sungguhnya kesemuanya
ini tidak akan dapat dilaksanakan. Melainkan apabila seseorang muslim itu
melaksanakan apa yang disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan
amalan yang disebutkan Allah akan memutikkan bibit-bibit kecintaan yang
berkilau terhadap Allah yang membawa ianya memandang kecil segalanya; tidak
menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang ‘azab sengsara yang
mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan
senang. lnilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan
tugas da’wah dan demikianlah senjata yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk baginda melaksanakan da’wahnya.
Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berjaring-jaring
di dalam hati manusia dan takut, berani, cinta suka—duka dan sebagainya akan
menjalankan tugas yang mungkin dapat dilaksanakan oleh daya fikiran biasa
manusia. Memang tepat sekali apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Sathibi
Rahmatullah ‘alaihi di dalam kitabnya Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih
lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya muslimin awam
di dalam melakukan segala takallif su ruhan Tuhannya kerana kelslamannya dan
keduanya golongan muslimin yang tertentu di dalam melakukan takallif suruhan
Tuhannya kerana suatu desakan yang lebih dan dengan kefahaman.
Katanya: Golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya
kerana kelslaman dan keimanannya tanpa lebih dan itu, tetapi golongan yang
kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan suatu tenaga desakan yang
berlainan, iaitu desakan takut, harap dan cinta. Ketakutan adalah cemeti kepada
gembala, harapan adalah parasakti kepada penganjur, kasih sayang adalah arusan
kepada pelayar. Si penakut ketika melakukan pekerjaan yang berat dan susah,
tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar
terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manusia, yang berharapharap tidak akan
menghiraukan susah payah dan harapannya itu membawa ia meneroka segala
kepahitan dan menanggung segala kepayahan. Sipencinta pula melipat-gandakan
segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang terdapat demi untuk
sampai kepada orang yang dicintainya.
Membakar segala tenaga itupun masih terfikirkan olehnya,
bahawa ia belum lagi menyempurnakanjanji-janjinya dan budinya kepada yang
dicintainya.
Orang Islam seluruhnya telah bersependapat mengatakan
bahawa menggunakan pelbagai kemudahan demi untuk mencapai dan menyalurkan
tujuan ini ke dalam hati adalah suatu yang mesti dan wajib itu dikenal sebagai
tasawwufatau dengan kebaikan (aI-Ihsan) atau dengan ilmu pekerti (ilmu
al.Suluk) sebagaimana yang telah diertikan oleh Ibn Taimiyyah (R.a).
PENERIMAAN WAHYU
|