FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Seruan Islam semasa hidup RasuluLlah telah
menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu:
Peringkat pertama:
Seruan secara sulit memakan masa selama
tiga tahun.
Peringkat kedua:
Seruan secara terang—terangan tanpa
kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.
Peringkat ketiga:
Da’wah secara terang-terangan menggunakan
senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Makkah mukarramah.
Peringkat keempat:
Da’wah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap
mereka yang cuba menghalang perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah
dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun diturunkan.
SERUAN SECARA SULIT
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
pun telah memulakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan ke atas baginda
iaitu berda’wah secara sulit, menyeru manusia ‘Arab supaya menyembah Tuhan yang
Maha
Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara sulit
agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua
terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah yang pertama
diajaknya mereka yang karib dengan baginda sahaja atau mereka yang kenal dan
rapat dengan baginda.
Di antara mereka yang muh-mula menyabut seruan baginda
ialah Sayyidatina Khadijah RadiyaLlahu ‘anha, ‘Au bin Abi Talib, Zaid bin
Harithah (orang suruhan dan anak angkatnya), Abu Bakar bin Quhafah, “Uthman bin
‘Allan, Al Zubair bin ‘Awwam, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas dan
mereka yang lain RadiyaLlahu ‘anhum.
Semua mereka ini telah bertemü dengan RasuluLlah secara
sulit. Bila mereka hendak melakukan ‘ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong
Makkah yang jauh dan pandangan orang orang Quraisy maka di sanalah mereka akan
mengerjakan ‘iba dat.
Ketika pemeluk agama Islam meningkat tiga
puluh orang lelaki dan perempuan maka RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam pun
telah memilih satu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu di rumah A1-Arqam
bin Abi A1-Arqam dan di rumah itulah RasuluLlah menyampaikan segala ta’limat
tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan
di mana hampir empat puluh orang telah menyahut seruan Islam. Kebanyakan mereka
ini adalah terdiri dan golongan fakir miskin dan hamba sahaya yang tidak ada
tempat dalam masyarakat Quraisy.[ Untuk keterangan lanjut, rujuk Tahzib Sirah
Ibnu Hisyam vol. 1 halaman 75]
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
1. Rahsia berda’wah secara sulit di
peringkat permulaan.
RasuluLlah telah menjalankan tugasnya iaitu
berda’wah secara rahsia bukanlah kerana takut sesuatu yang akan menimpa ke atas
dirinya kerana baginda sedar ketika mana diturunkan ayat:
“Hai
orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!”. (Surah
AlMuddaththir 74:1 — 2)
Bahawa Tuhan tidak akan membiarkannya keseorangan tanpa
pertolongan dan perlindungan dariNya. Sesungguhnya kalaulah Tuhan menurunkan
ayat menyuruh baginda mara dengan apa yang telah disuruh sejak mula-mula lagi
nescaya RasuluLlah tidak akan berlengah sesaat untuk menjalankan da’wah secara
terang—terangan tetapi oleh kerana Tuhan telah mengilhamkan kepadanya ilham
bagi RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah sejenis daripada wahyu
supaya berda’wah di peringkat pertama ini dengan secara sulit dan tidak akan
mengajak sesiapapun kepada seruarmya kecuali setelah mempastikan bahawa orang
itu benar-benar cenderung dan minat kepadanya. Segala-galanya ini merupakan
pengajaran dan pengi’tibaran kepada penda’wah yang terkemudian dan sebagai
pertunjuk kepada mereka supaya berjaga-jaga dan berwaspada ketika menjalankan
tugas ini serta mengkajinya dengan penuh teliti untuk sampai kepada matlamat
dan tujuan da’wah, juga sebagai pengajaran supaya tidak akan menyerah
bulatbulat kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya kerana cara ini sedikit
sebanyak akan melemahkan dan meracuni asas iman kepada Allah Subhanahu
Wata’ala, lebih—lebih lagi cara ini bertentangan sekali dengan tabi’at seruan
Islam.
Dan sini nyatalah kepada kita di mana dalam menjalankan
tugas da’wah mengikut polisi dan tektik yang diharuskan ini adalah satu polisi
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang sifatnya sebagai ketua dan imam,
bukanlah sifatnya sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan suruhan dan
larangan Allah Subhanahu Wata’ala semata—mata.
Oleh yang demikian adalah wajar sekali kepada para
penda’wah di setiap zaman menjalankan polisi dan tektik yang sesuai secara
rahsia atau berterus—terang menggunakan kekuatan atau berlemahlembut mengikut
keadaan dan suasana. Inilah polisi dan kesesuaian (fleksibiliti) yang telah
digariskan oleh syari’at iaitu empat garis dan corak dan perjalanan RasuluLlah.
Tidak boleh berda’wah bersembunyi-bunyian dalam keadaan yang memerlukan
terus-terang, tidak boleh bentolak ansur dengan seteru yang dipandang boleh
menggunakan kekerasan dan tidak boleh berdiam diri untuk menentang orang kafir
bila keadaan dan suasana membenarkan.
Kerana itu juga para jumhur fuqaha’ dengan ijma’
memutuskan; bahawa apabila muslimin berada dalam keadaan lemah kerana bilangan
anggotanya masih sedikit, dan berkeyakinan bahawa mereka akan dibunuh tanpa
dapat bertindak balas sesuatu terhadap musuh, maka dalam keadaan begitu
hendaklah diutamakan muslihah menjaga di kerana tipu muslihah dalam penjuangan
merupakan muslihah menjaga kepentingan agama, sama ada yang diijtihad itu tepat
atau tidak tepat.
A1-Izz Bin ‘Abd alSalam telah menetapkan bahawa mencebur
diri ke dalam jihad seperti ini adalah haram, katanya:
“Kalau sudah pasti kehancuran, pasti tidak dapat bertindak
balas, pasti kehilangan nyawa muslimin, dan dengan itu pihak kuffar akan merasa
senang hati, sebaliknya pihak muslimin akan berdukacita, maka sudah tentu di
situ kerosakan semata—mata, ia tidak mengandungi sebarang muslihah atau polosi
langsung.”
Saya (penulis) berkata: “Mengutamakan muslihah diri dalam
keadaan begitu, hanya pada zahir saja, tetapi pada hakikat dan matlamat jangka
panjang ia sebenarnya merupakan muslihah atau polisi agama, di mana muslihah
agama diperlukan dalam keadaan seperti itu, supaya nyawa muslimin kekal selamat
untuk menghadapi masa depan dengan jihad dalam medan perjuangan yang terbuka di
masa akan datang, jika tidak maka kemusnahan mereka dikira sebagai
memudharatkan agama Islam itu sendiri, dan ia dikira sebagai membuka jalan di
hadapan pihak kafir untuk membolehkan mereka merempuh halanganhalangan yang ada
di hadapan mereka.
Ringkasnya: Adalah wajib berdamai atau merahsiakan da’wah,
sekiranya da’wah cara terbuka atau berperang, boleh membawa kemudharatan atau
kerugian. Tetapi tidak harus pula merahsiakan da’wah jika keadaan membenarkan
dan memberi faedah. Tidak harus juga berdamai dengan orang orang zalim dan
orang-orang yang menunggu peluang untuk melakukan kezaliman, kalau sudah
berkemampuan dan sudah lengkap kemudahan kekuatan dan pertahanan, di saat itu
tidak harus mengundur diri dan berjihad (perang) terhadap kafirin bila sudah
cukup segala persiapannya.
2. Barisan pertama yang memeluk agama
Islam.
Mengikut apa yang telah disarankan oleh
Sirah RasuluLLah bahawa dalam peringkat pertama ini hanya mereka yang lemah dan
fakir miskin sahaja yang telah memeluk agama Islam. Dan apakah rahsia maka
terjadinya sebegini? Apakah hikmat dan rahsianya sehingga mereka-mereka ini
merupakan asas utama dalam penubuhan negara Islam?
Sebagai jawapan maka kita menegaskan, ini adalah hasil
daripada proses tabi’at dan ‘alam, di mana para Anbiya’ di masa yang lampau
telah menempuh dugaan dan cubaan seperti yang telah dirasai oleh Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri. Puak Nabi Nuh telah mengejek-mengejeknya
kerana pengikutnya terdiri dan golongan yang lemah seperti yang telah
dibentangkan oleh A1-Qur’an:
Maksudnya:
“Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang
kafir dan kaumnya: “Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang
manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti
kamu, melainkan orang-orang yang hina—dina di antara kami yang lekas percaya
saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami,
bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang dusta”.
(Surah Hud 11:27)
Begitu juga Fir’aun yang telah memandang sepi terhadap
pengikut-pengikut Nabi Musa ‘alaihissalam yang lemah sehinggalah Tuhan
menegaskan dengan firman yang berbunyi:
Yang bermaksud:
“Dan kami pusakakan kepada kaum yang telah
tertindas itu negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang
telah Kami beri berkat padanya”.
(Surah A1-A’raf (7): Ayat 137)
Begitu juga keturunan Thamud yang telah memperolok-olok
pengikut Nabi Saleh ‘alaihissalam yang hina pada pandangan mereka:
“Sekumpulan d kaum (Thamud) yang sombong telah
berkata kepada mereka yang lemah yang telah beriman; “Tahukah kamu bahawa Saleh
diutus (menjadi Rasul) oleh Tuhannya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami
beriman kepada wahyu yang Saleh diutus untuk menyampaikannya “. Orang-orang
yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak
percaya kepada apa yang kami iman itu.”
(Surah A1-A’raf 7:75 — 76)
Sebagai hikmat Ilahi yang terkandung di dalam hakikat agama
ini di mana penganut-penganut terdiri daripada orang-orang yang lemah ialah
suatu pengelakan daripada kekuasaan manusia kepada kekuasaan Allah Subhanahu
Wata’ala dan merupakan satu paluan yang hebat terhadap mereka yang
mempertuhankan manusia. Rahsia ini memang sesuai dan tepat untuk mereka yang
lemah yang diperhambakan dan yang telah dianiayai, seterusnya cabaran dan
tamparan yang paling hebat terhadap mereka yang mempertuhankan selain daripada
Allah ‘Azza Wajalla.
Ikutilah satu dialog di antara Rustam ketua turus tentera
Parsi dan Rub’i bin ‘Amir seorang askar biasa Islam:
Rustam: Apakah yang mendesak kamu berperang
dengan Kami?
Rub’i: Kami datang kemari untuk membebaskan
manusia dan penyembahan sesama sendiri kepada penyem bahan Allah yang Esa.
Kemudian beliau memandang kepada beberapa
barisan di kiri dan kanan Rustam yang tunduk menyembah kepadanya sambil
menambah cakapnya:
“Setahu kami kamu
semua bijak belaka tetapi di hari ini aku tidak pernah lihat suatu puak pun
yang paling bodoh dan kamu. Sesungguhnya kami orang Islam belum pernah lagi
memperhambakan sesama sendiri, yang aku sangka kamu ini bertolong-tolongan
antara satu sama
lain tetapi
sebaliknya terdapat penindasan dan perhambaan sesama sendiri.” Puak yang lemah
tadi berpaling ke arah Rub’i sambil berkata:
“Memang benar apa yang engkau ucapkan itu.”
Tetapi puak atasan pula bila mendengar ucapan Rub’i tadi suatu paluan yang
hebat yang telah di humbankan ke atas kepala mereka lantaran ucapan itu
menjunam tepat kepada tindakan mereka. Ucapannya tadi mengandungi satu kuasa
sakti yang akan menarik hamba suruhan kita ke arahnya”.
Penegasan ini sama sekali tidak merupakan
suatu pendedahan mengenai golongan lemah yang telah memeluk agama Islam dengan
tujuan mencari perlindungan. Ini adalah suatu penafsiran yang salab kerana mutu
keimanan pembesar Quraisy dan golongan yang lemah adalah sama sebab kesemua
mereka ini beriman dengan Muhammad dan segala apa yang dibawanya dengan sepenuh
hati. Sebab apa pembesar dan orang atasan Quraisy tidak mahu ikut dan berikan
kepimpinan dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam? Ini adalah
disebabkan mereka menganggap diri mereka sebagai ketua dan penganjur Quraisy
dan tidak mahu tunduk menjadi pengikut-pengikut Nabi Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam. Sebagai bukti yang nyata sekali keangkuhan bapa saudara
baginda sendiri Abu Talib untuk beriman dengan risalah Nabi Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam sedangkan fakir miskin yang lemah tidak ada suatu apa pun yang
menghalang mereka daripada beriman, malahan mereka terasa suatu kemegahan pula
kerana dapat membebaskan diri daripada kekuasaan manusia. Perasaan yang
seumpama ini merupakan pati keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala yang
sering menambah dan memberi suatu tenaga keimanan yang barn di samping memberi
kelazatan dan kesegaran
Dan sini nyata sekali betapa kotornya canang yang dipalukan
oleh penyerang-penyerang pemikiran di masa ini yang mempropagandakan yang
da’wah Nabi Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam itu adalah hasil ilham
tempatan dan suasana bangsa ‘Arab semata—mata serta gerakan revolusi mental
bangsa sahaja.
Kalaulah sepertimana yang dida’yahkan oleh musuh musuh
Islam itu tadi maka mengapa pula da’wahnya mendapat sambutan yang hangat bukan
sahaja daripada bangsa ‘Arab malah Suhaib Al-Rumi adalah bangsa Rom, Salman
Al-Farisi keturunan Farsi dan Bilal Ibn-Rabah dan Habsyah.
Kita akan bertemu di masa muka dengan suatu kajian mengenai
suasana dan bi’ah bangsa yang telah memaksa Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaibi
Wasallam hijrah keluar dan tempat tumpah darahnya dan menganjurkan
pengikut-pengikutnya berpuak-puak melarikan diri. Antaranya keluar berhijrah ke
Habsyah kerana bangsa ‘Arab di kala itu bencikan da’wah dan seruan Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang oleh musuh Islam dicemuh sebagai
hasil ilham tempatan itu.
SERUAN SECARA TERANG – TERANGAN
Ibnu Hisham menceritakan; Seruan Islam
telah mendapat sambutan yang tidak putus-putus dan orang ramai lelaki mahu pun
perempuan sehingga menjadi buah mulut dan perbualan umum di kota Makkah.
Kemudian Allah Subhanahu Wata’ala pun meminta NabiNya supaya menjalankan tugas
secara terangterangan dengan membentangkan perkara ini kepada orang ramai serta
menyeru mereka beriman denganNyá. RasuluLlah telah menjalankan tugas da’wahnya
secara sulit lebih kurang tiga tahun sehingga turunnya ayat Qur’an yang ber
bunyi:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang—terangan
segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dan orang-orang yang
musyrik.” (Surah Al-Hijr 15:94) Dan firman Allah lagi yang
berbunyi:
Yang bermaksud:
“Dan
berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah
dirimu
terhadap orang orang yang mengikutmu iaitu
orang-orang yang beriman.” Dan firman Allah yang berbunyi:
“Dan
katakanlah; Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan.” (Surah
Al-Hijr 15:94)
Di ketika itulah RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam
melaksanakan perintah-perintah Tuhannya sebagai mematuhi seruan Allah yang
berbunyi:
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
telah mengumpul Bani Fihr dan Bani ‘Adi di atas bukit Safa. Kesemua mereka
turut hadir dalam perjumpaan itu. Bagi mereka yang uzur tidak dapat hadir
terpaksa menghantar wakil peribadi. Di situlah Nabi telah bangun lantas
berkata: Apakah kamu sekelian akan percaya atau tidak sekiranya aku ceritakan
bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh yang akan menyerang kamu.
Jawab mereka: Sudah pasti kami akan percaya kerana kami belum pernah mendengar
lagi percakapan dusta darimu. Kemudian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
menambah: Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu di
hadapanku ini suatu azab sengsara yang paling hebat. Abu Lahab pun bangun lalu
menjawab: “Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk ini sahaja yang engkau
kumpulkan kami?” Selepas itu maka turunlah ayat Al—Qur’an: Yang bermaksud:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan
sesungguhnya dia akan binasa. “ (Surah Al—Lahab 111:1)
[Dipersetujui ramai bahawa ayat ini
berhubung dengan peristiwa Abi Lahab tadi.]
Sebagai menyahut kepada firman Tuhan yang
berbunyi:
Maka Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun mengumpul
kaum kerabatnya yang hampir sambil berkata; “wahai Bani Ka’b bin Luai
bebaskanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Murrah bin Ka’b jauhkanlah
dirimu daripada api neraka, wahai Bani Hisyam selamatkanlah dirimu dan api
neraka, wahai Bani Abdul Manaf jauhilah dirimu dan api neraka, wahai Barn Abdul
Mutalib hindar kanlah api neraka dan dirimu, wahai Fatimah bebaskanlah dirimu
dan neraka. Sesungguhnya aku tidak upaya hanyalah setakat menghubung tali
silaturrahim yang abadi di antara kamu sekelian.” Pihak Quraisy telah menunjuk
reaksi mereka terhadap seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan
berpaling tadah dan mencemuh seruannya itu dengan alasan mereka tidak sanggup
meninggalkan agama yang diwarisi dan datuk nenek mereka yang telah sebati dan
menjadi darah daging. Untuk demikian Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
telah menegaskan yang mereka terpaksa dibebaskan dan direvolusikan mental dan
cara pemikiran mereka daripada belenggu taqlid dan turut membabi-buta ini dan
cuba menggunakan akal fikiran dan lojik serta menerangkan kepada mereka di mana
berhala yang diperbuat daripada batu kemudian disembah itu langsung tidak
memberi faedah atau membahayakan mereka.
Penyembahan mereka terhadap berhala-hala tadi semata-mata
bergantung kepada perasaan sentimen dan ta’sub yang melulu kepada datuk nenek
mereka yang terdahulu. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan
apabila dikatakan kepada mereka; Marilah (mengikut kepada apa yang diturunkan
Allah dan kepada Rasul. Mereka menjawab: Cukuplah untuk kami apa yang kami
dapati bapa-bapa kami mengerjakannya. Apakah mereka akan mengikuti juga nenek
moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan
tidak pula mendapat petunjuk.”
Bila Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengecam
berhala dan penyembahannya, memperhinakan cara mereka berfikir dan cara
pemikiran datuk moyang mereka lantas kecaman Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam tadi di tentang habis-habisan. Kecualilah mereka yang telah memeluk
agama Islam dan terkecuali juga bapa saudaranya Abu Talib yang telah
mempertahankan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan serangan-serangan
orang-orang Quraisy.[ Tahzib Sirah Ibm Hisyam Vol. I halaman 68.]
PENGAJARAN
DAN RENUNGAN
Dalam perenggan ini dapai kita bahagikan
tiga kenyataan petanda seperti berikut:
1.
Seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
terhadap puak Quraisy terang-terangan telah memeranjatkan bangsa Quraisy dan
umat ‘Arab umumnya. Ini dapat dilihat dengan nyata sekali iaitu penentangan Abu
Lahab semasa baginda menyeru mereka di Bukit Safa dan penyertaan puak Quraisy
seluruhnya dalam usaha menentang baginda.
Segala-galanya ini adalah jawapan yang tajam kepada
mereka-mereka yang mengatakan yang agama Islam ini adalah karya ilham tempatan
ataupun saranan faham kebangsaan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam demi untuk mencapai cita-cita bangsa ‘Arab.
Tidak perlu lagi mengkaji dan berpenat lelah mencari
jawapan dan alasan yang tegas sebagai jawapan kepada segala tipu-helah yang
mengetawakan yang sering disuarakan oleh seteru-seteru Islam dan oleh mereka
yang cuba melariskan tipu-helah kotor terhadap Islam tetapi untuk tujuan busuk
dan muslihat mereka maka terpaksalah mereka lakukan walaupun segala-galanya ini
langsung tidak menjejaskan hakikat dan kebenaran yang begitu nyata sekali.
2.
Seharusnya tidak perlu lagi diturunkan suatu
ayat yang khusus untuk menyeru dengan terang-terangan akan keluarga RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah untuk berda’wah kepada mereka memadai
dirangkumkan sekali maksudnya ke dalam sahaja tanpa dikhususkan dengan suatu
ayat dan serua yang lain. Maka apakah rahsia yang terkandung di dalam
pengkhususan ini?
Sebagai jawapannya maka ini telah memberi suatu gambaran
yang terang mengenai peringkat tanggungjawab yang dibebankan ke atas tiap
Muslim dan para penda’wah secara khusus.
Peringkat pertama
ialah tanggungjawab seseorang terhadap dirinya yang demikian maka masa
penurunan wahyu yang pertama merupakan suatu masa yang dilalui oleh RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang memberi ketenangan dan keyakinan bahawa ianya
Rasul yang benar telah diutuskan oleh Allah dan segala apa yang diwahyukan
kepadanya adalah dari Allah Subhanahu Wata’ala. Segala-galanya ini memberi
keyakinan yank penuh ke arah mempercayakan apa yang telah diturunkan itu serta
menanamkan kepercayaan ke dalam diri sendiri terhadap apa yang diturunkan oleh
Allah adalah peringkat pertama dari senarai tanggungjawab.
Peringkat kedua
ialah tanggungjawab setiap Muslim terhadap kaum keluarganya kerana tiap Muslim
adalah bertanggungjawab menyampaikan seruan da’wah kepada kaum keluarganya.
Untuk yang demikianlah maka Tuhan telah meminta RasulNya supaya menyampaikan
seruan da’wah ini kepada kaum keluarganya secara khusus. Ini bukanlah suatu
tanggungjawab yang khusus kepada RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah
kepada setiap Muslim.
Peringkat ketiga
ialah tanggungjawab ‘alim ‘ulama’ terhadap kawasan daerahnya dan tanggungjawab
pemerintah terhadap negara dan rakyat jelatanya. Kedua-dua mereka ini mengambil
tempat selepas RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana kedua—duanya
adalah warisan yang sebenar dalam Islam seperti mana yang telah ditegaskan oleh
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“AIim ‘ulama’ adalah
warisan para Anbiya”.
Pemerintah atau kepala negara adalah
Khalifah. Adapun khalifah yang dimaksudkan di sini ialah
Khalifah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam yang bererti “pengganti bagi RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam”.
Mempelajari ilmu pengetahuan dan hukum-hakam Islam adalah
suatu yang wajib dilengkapkan oleh tiap pemimpin, penganjur dan pemerintah
masyarakat Islam sebab tidak ada perbezaan antara kewajipan RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan kewajipan yang dipertanggung jawabkan kepada
mereka ini. Perbedaannya sekadar RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
menerima wahyu dan langit sedangkan mereka ini pula menjalankan mengikut apa
yang telah diturunkan itu dan dan sunnah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
sendiri.
Ringkasnya RasuluLlah bertanggunggjawab terhadap dirinya
sebagai seorang mukallaf, bertanggungjawab terhadap keluarganya sebagai kepala
keluarga dan bertanggungjawab ‘terhadap manusia umum sebagai seorang Rasul yang
diutuskan Allah Subhanahu Wata’ala.
3. RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
telah memperolok-olokkan kaumnya yang telah membelenggukan segala tenaga
fikiran kepada adat tradisi datuk nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala
dan melakukan perkara munkar yang lain tanpa memikirkan apakah berhala itu
boleh memberi sesuatu kebaikan atau membahayakan kalau tidak disembahnya.
Seterusnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaibi Wasallam rnenyeru mereka agar
membebaskan diri dan pemikiran perhambaan dan cengkaman tradisi yang lapuk yang
sedikit pun tidak berbau dengan logis dan mantiq. Dari sini dapatlah kita
simpulkan iaitu agama ini dan segala ahkamnya adalah sejajar suluhan fikiran
dan mantiq. Oleh yang demikian maka di antara syarat-syarat yang terpenting
untuk menentukan sah iman dengan Allah Subhanahu Wata’ala ialah keyakinan dan
fikiran bebas tanpa bertaut dengan sebarang adat resam atau ‘tradisi’ yang
lain. Penyusun ilmu tauhid menyatakan dalam puisi tauhidnya yang berbunyi:
“Tiap orang yang beriman secara taqlid
imannya tidak dapat tidak dikuasai oleh was—was dan syak wasangka”.
Dari sini terang sekali kepada kita bahawa agama Islam
menentang habis-habisan taqlid dan meniru buta tuli ataupun dipengaruhi oleh
adat lapuk seperti yang ditegaskan tadi kerana prinsip dan ajaran agama Islam
semuanya berdasarkan akal fikiran yang sihat dan logik. Sebaliknya Islam
melarang mengikuti tradisi lapuk yang langsung tidak berbau unsur-unsur fikiran
yang bebas dan logik. Perkataan ‘Tradisi’ (1) mengikut apa yang diertikan oleh
ahli sosiologi ialah sekumpulan adat resam yang diwariskan dan datuk nenek yang
terdahulu ataupun hasil pergeseran di dalam sesuatu bi’ah suasana dan segala
apa yang dilakukan oleh manusia mengikut tatasusila penghidupan dalam
masyarakat, seperti upacara—upacara keramaian dan perkabungan ataupun
penyedutan secara spontan di kala pergeseran antara satu sama lain.
Segala—galanya ini dikenal dengan ‘adat tradisi’ mengikut istilah bahasa dan
ilmu kemasyarakatan.
[‘Tradisi’ — Kalimat tradisi yang digunakan
dalam terjemahan ini bukanjah merujuk kepada pengertian yang asal sebagaimana
yang biasa digunakan iaitu yang bermaksud satu warisan agama yang bersifat
samawi. Sebaliknya penggunaan kalimat ‘tradisi’ dalam teijemahan ini adalah
mengikut makna yang biasa digunakan dalam bahasa moden yang membawa maksud
warisan lapuk, karut dan kepercayaan yang melulu.]
Sekiranya kita faham segala—galanya ini, justeru itu
dapatlah kita pastikan yang Islam itu tidak mungkin diertikan sebagai suatu
‘tradisi’ samada yang bersangkut—paut dengan ‘aqidah kepercayaan mahupun
peraturan-peraturan dan hukum-hakam kerana ‘aqidah berasaskan akal fikiran dan
logik sedangkan hukum-hukum pula berasaskan muslihat dan kepentingan dumawi dan
ukhrawi. Untuk mencapai dua kepentingan ini akal fikiran dan perhitungan diri
sendiri merupakan perantaraan yang penting walaupun pada setengah-setengahnya
otak biasa manusia tidak boleh mengetahui sebab-sebab dan hikmatnya.
Di sini nyata sekali kepada kita betapa salahnya mereka
yang menganggapkan ‘ibadat, hukumhakam syari’at dan susila itu adalah ‘tradisi
Islam’, ini adalah satu pengertian yang salah. Menyebarkan anggapan seumpama
ini Semata—mata untuk memburukkan agama Islam kerana akan dicap dan dituduh
bahawa tatasusila, akhlak yang luhur yang memberikan kesenangan kepada manusia
ini bukannya daripada Tuhan Rabbil ‘alamin tetapi hasil ciptaan manusia yang
diwariskan daripada manusia yang silam. Hasil daripada anjuran yang salah ini
menyebabkan sebilangan besar manusia terasa tidak senang dengan tradisi yang
lama ini untuk dipraktikkan di dalam sesuatu masya rakat yang lebih maju dan
progressif.
Sebenamya usaha menyebarkan slogan-slogan yang seumpama ini
adalah sebahagian daripada siri penentangan terhadap Islam.
Tujuan utama daripada penyebaran slogan yang salah ini
‘tradisi Islam’ ialah supaya di suatu masa yang akan datang manusia seluruhnya
akan terlupa bahawa peraturan dan perundangan Islam itu sebenarnya dan Tuhan
sebaliknya apa yang akan terbayang di otak kepala mereka ialah segala—galanya
adalah tradisi manusia. Dengan demikian mudahlah bagi seteru—seteru Islam
memasukkan segala jarum dan kuman-kuman yang merbahaya demi merobohkan
keagungan Islam.
Tidak syak lagi apabila umat Islam terjaga dan sedar dan
tidurnya yang nyenyak mereka akan melihat sebahagian besar daripada
prinsip-prinsip dan hukum-hakam Islam seperti soal nikah cerai, soal hijab dan
kesusilaan Islam telahpun dirombak dan ditukar dengan definasi dan pengertian
‘tradisi’ maka dan sinilah akan timbul segolongan manusia (Islam) menganjur dan
menyeru agar membebaskan diri dan apa yang dikatakan ‘tradisi’, terutamanya di
zaman ini di mana terdapat suara—suara melaung-laung ke arah pembebasan fikiran
dan revolusi mental.
Sebenarnya di dalam Islam tidak ada apa
yang dimaksudkan dengan ‘tradisi’ ini.
Sesungguhnya agama Islam ini diturunkan demi untuk
membebaskan otak manusia dan cengkaman ‘tradisi’ seperti mana yang dapat kita
lihat dalam da’wah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di peringkat pertama.
Segala apa yang telah dibawa oleh Islam dan peraturan dan
perundangan yang kesemuanya merupakan prinsip prinsip dan usul-usul. Adapun
prinsip dan usul adalah berasaskan fikiran yang logik untuk mencapaikan suatu tujuan
yang tertentu. Sekiranya prinsip dan rukun-rukun yang diciptakan oleh manusia
selalunya mengalami kesalahan kerana ketumpulan otak pencipta dan penggubalnya
maka prinsip dan usul Islam langsung tidak berbau dengan kesalahan dan
kekurangan sebab prinsip ini adalah daripada Allah pencipta alam sejagat
termasuk otak manusia yang serba lemah dan tumpul.
Apa yang dikatakan ‘tradisi’ pula hanyalah sekadar arus
kecenderungan manusia yang terbawabawa oleh segolongan manusia kerana ingin
meniru dan mengikuti manusia lain.
Adapun prinsip dan usul itu ialah landasan di mana keadaan
dan perubahan zaman mesti mengikutinya dan bukan sebaliknya.
Apa yang dikatakan ‘tradisi’ itu diibaratkan sebagai
tumbuhan-tumbuhan liar yang tumbuh di tengah-tengah pemikiran masyarakat yang
merupakan rumput-rumput yang merbahaya yang mesti dicabut dan dikikis
sebersihnya dan kepala pemikiran manusia.
PENYIKSAAN |