Apr 14, 2015

PENYERTAAN RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DALAM USAHA MEMBINA SEMULA KA’BAH

FIQH AL-SIRAH 

Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti


Ka’bah ini telah dibina oleh Sayyidina Ibrahim ‘alaihis salam untuk mengerjakan ‘ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ ala. Pembinaan dapat dilaksanakan selepas mengalami beberapa persengketaan dan permusuhan dengan penyembah penyembah berhala. Pembinaan ini diselenggarakan mengikut wahyu Ilahi seperti yang tersebut dalam Al—Qur’an:
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdo ‘a): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.” (Surah al-Baqarah 2:127)
Setelah beberapa ketika berlalu Ka’bah yang dibina oleh Sayyidina Ibrahim dan anaknya tadi pun mula retak-retak dan pecah. Di antara bencana yang telah melanda dan merubah Ka’bah ialah banjir, beberapa tahun sebelum dibangkitkan RasuluLlah. Kerosakan ini menyebabkan puak-puak Quraisy terpaksa berusaha mendiri semula binaan Ka’bah ini lantaran kehormatan dan kemuliaannya. Justeru Ka’bah ini telahpun di mulia dan dihormati sejak beberapa masa yang lampau yang telah diwarisi dari Ibrahim ‘alaibissalam.
Dalam usaha pembinaan semula ini RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah turut serta memberi sumbangan fikiran dan tenaga. Baginda sendiri telah berusaha mengangkut batu batu dengan tangan baginda sendiri.
Usaha RasuluLLah tadi telah memberi kesan begitu mendalam di mana baginda telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh puak-puak ‘Arab iaitu siapakah yang lebih utama meletak semula Hajarul Aswad ke tempat asalnya. Perbalahan ini dapat diatasi setelah mana semua puak yang berselisih setuju dengan apa yang dicadangkan oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana Baginda memang terkenal di kalangan orang-orang ‘Arab di masa itu dengan “Al Amin” yang mempunyai amanah dan disukai ramai.

PENGAJARAN DAN RENUNGAN

Dan potongan sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam ini kita cuba membuat komentar dan ulasan mengenai tiga perkara:
1. Keagungan dan kemuliaan Ka’bah sejak zaman berzaman. Ini dapat dipastikan dan usaha Sayyidina Ibrahim ‘alaihissalam yang telah meletakkan batu asas pembinaannya. Kesemuanya ini dilakukan mengikut apa yang telah disuruh dan diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk dijadikan rumah yang ulung dan pertama untuk menunaikan ‘ibadat kepada Allah dan sebagai tempat keamanan dan kesejahteraan umat manusia seluruhnya.
Walaupun Ka’bah itu agung dan mulia di sisi Allah tetapi ini tidak bererti pula bahawa Ka’bah ini boleh memberi sesuatu kesan dan pengaruh terhadap mereka yang melakukan tawaf di sekeliingnya kerana Ka’bah itu adalah batu yang tidak boleh memberi sebarang manfa’at atau mudharat. Allah mengutuskan Ibrahim ‘alaihissalam buat merubah berhala, kuil dan candi—candi malah menyapu licin sebarang kesán
penyembahan berhala. Ini semata—mata untuk membuktikan hikmat Ilahi bahawa rumah ‘ibadat Allah sahaja yang boleh tegak dan kekal sedangkan yang lain yang membawa unsur—unsur mensyirikkan Tuhan sudah tidak harus ujud lagi. Beberapa masa lampau manusia telah menghabiskan masa hidupnya dengan menyembah berhala buatan tangan mereka sendiri maka kini sudah sampai masanya kepalsuan tadi dibenteras dan dihapuskan sama sekali dan muka bumi serta digantikan tempatnya itu dengan satu lambang dan tema baru iaitu menyembah Tuhan yang Maha Esa bilamana manusia masuk ke kawa sannya akan bersua dan berdiri tunduk kepada Maha Pencipta ‘alam sejagat.
Sekiranya mereka yang beriman dengan Tuhan yang Esa dan percayakan kepada agama yang diturunkan memerlukan kepada ikatan yang menghubungkan dan mencantumkan mereka yang berselerak tinggal di merata pelusuk dunia maka Ka’bah tadi sudah sewajarnya mengambil tempat atau menjadi daya utama ke arah percantuman ini. Di sini Ka’bah melambangkan syi’ar perpaduan umat Islam dan tempat pancaran sinaran tauhid, Firman Tuhan :

“Dan ingatlah ketika kami menjadikan rumah (BaituLlah) itu tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikaniah sebahagian maqam Ibrahim tempat sembahyang.” (Surah Al-Baqarah 2:125)
Inilah tujuan yang dapat dilihat oleh mereka yang mengerjakan tawaf di Baitul Haram setelah hati nuraninya di pancan dengan.perasaan kehambaan kepada Tuhan demi melaksanakan suruhan-suruhan yang di ke atas meraka.
2.                  Sejauh manakah kebijaksanaan RasuluLlah dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah membereskan kes-kes yang timbul dan menghapuskan persengketaan. Selalunya perselisihan yang berlaku di antara dua puak akan berakhir dengan pertumpahan darah. Keupayaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mendamaikan puak-puak yang berselisih faham tadi adalah satu anugerah Ilahi kepada baginda sebagai seorang Nabi. Keupayaan ini bersumber dan keNabian bukan dan kepintaran semulajadi.
Dan sini dapatlah kita faham bahawa faktor utama dalam pembentukan diri Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah keRasulan dan keNabiannya sementara anasir—anasjr yang lain merupakan faktor tambahan sahaja.
3.                  Ketinggian dan kelebihan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di kalangan orang-orang Quraisy sehingga mereka pada umumnya mempercayai dengan penuh Segala percakapan serta menyanjung tinggi akhlaq dan pekerti Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam Sehingga Baginda digelar “Al-Amin”.
Kalaulah segala apa yang telah disebutkan tadi masih terdapat manusia-manusia Quraisy dan orang ‘Arab umumnya enggan beriman dengan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah menentangnya pula maka ini adalah membuktikan hasad dengki dan kedegilan mereka terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah menentangnya pula maka ini adalah membuktikan hasad dengki dan kedegilan mereka terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam dan terhadap kebenaran. 

BERKHULWAH DI GUA HIRA’