الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    BERKHULWAH DI GUA HIRA’

    FIQH AL-SIRAH 

    Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

    Bila usia Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, Baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhulwah di Gua Hira’. Selalunya ‘amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira’ sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira’ sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi implikasi yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.
    Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keislamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlaq yang tinggi serta peribadatan yang tidak putus-putus terhadap Allah tanpa ia
    cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkan ia sampai kepada hakikat keagungan ILAHI.
    Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi penda’wah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.
    Sebagai hikmat Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri memperhitungkan dan menghisab diri sendiri di ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dan suasana dunia yang sombong, bongkak, hasad-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
    Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam jiwa manusia dan menguasai hati sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun amalan saleh dan ‘ibadat yang banyak.
    Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam manusia tadi dan ia tidak mudah dibasmikan kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan bertaqarrab dengan Allah Rabbul-Jahil dan masa ke semasa untuk mendapat taufiq hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah manusia yang mencari titik- kelemahannya di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala pencipta ‘alam sejagat seterusnya bertafakkur dan merenung terhadap bukti kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan mereka yang menginsafi tentang kewujudan Hari Akhirat, rahmat dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan merenung berulang-kali maka penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan tempatnya akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang abadi. Dengan itu tidak ada sesuatu apa pun lagi yang akan mempengaruhi ke hidupan manusia itu.
    Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang pentingnya di dalam penghidupan manusia umumnya dan para penda’wah khasnya ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subhanahu Wata’ala di dalam hati sanubari di mana ia merupakan sumber pengorbanan, perjuangan dan asas utama kepada da’wah yang memarak. Perasaan cintakan Allah ‘Azzawajalla tidak tercetus melalui kepercayaan kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu belum pemah lagi memberikan kesan kepada hati dan perasaan. Sebab kalaulah sedemikian maka para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya dan hati nurani adaiah hati yang begitu cekal mencintai Allah Subhanahu Wata’ala dan Rasuinya. Dan kita tidak pernah dengar langsung bahawa seseorang ‘alim bijak pandai telah mengorbankan jiwanya kerana beriman dengan sesuatu teori—teori matematik yang dicipta manusia atau teori—teori aljibra.
    Bahawasanya tidak ada jalan lain untuk cintakan Allah melainkan dengan cara merenung dan bertafakkur dengan segala ni’mat pemberiannya, merenung keagungannya dan kebesarannya. Kemudian membanyakkan bacaan—bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sungguhnya kesemuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan. Melainkan apabila seseorang muslim itu melaksanakan apa yang disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan amalan yang disebutkan Allah akan memutikkan bibit-bibit kecintaan yang berkilau terhadap Allah yang membawa ianya memandang kecil segalanya; tidak menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang ‘azab sengsara yang mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan senang. lnilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan tugas da’wah dan demikianlah senjata yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk baginda melaksanakan da’wahnya.
    Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berjaring-jaring di dalam hati manusia dan takut, berani, cinta suka—duka dan sebagainya akan menjalankan tugas yang mungkin dapat dilaksanakan oleh daya fikiran biasa manusia. Memang tepat sekali apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Sathibi Rahmatullah ‘alaihi di dalam kitabnya Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya muslimin awam di dalam melakukan segala takallif su ruhan Tuhannya kerana kelslamannya dan keduanya golongan muslimin yang tertentu di dalam melakukan takallif suruhan Tuhannya kerana suatu desakan yang lebih dan dengan kefahaman.
    Katanya: Golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana kelslaman dan keimanannya tanpa lebih dan itu, tetapi golongan yang kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan suatu tenaga desakan yang berlainan, iaitu desakan takut, harap dan cinta. Ketakutan adalah cemeti kepada gembala, harapan adalah parasakti kepada penganjur, kasih sayang adalah arusan kepada pelayar. Si penakut ketika melakukan pekerjaan yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manusia, yang berharapharap tidak akan menghiraukan susah payah dan harapannya itu membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala kepayahan. Sipencinta pula melipat-gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang terdapat demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya.
    Membakar segala tenaga itupun masih terfikirkan olehnya, bahawa ia belum lagi menyempurnakanjanji-janjinya dan budinya kepada yang dicintainya.
    Orang Islam seluruhnya telah bersependapat mengatakan bahawa menggunakan pelbagai kemudahan demi untuk mencapai dan menyalurkan tujuan ini ke dalam hati adalah suatu yang mesti dan wajib itu dikenal sebagai tasawwufatau dengan kebaikan (aI-Ihsan) atau dengan ilmu pekerti (ilmu al.Suluk) sebagaimana yang telah diertikan oleh Ibn Taimiyyah (R.a). 

    PENERIMAAN WAHYU 



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA