FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Puak Quraisy begitu melampau dan
bersangatan menentang RasuluLlah dan sahabat-sahabatnya. Antara apa yang
diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru bin A1’As: “Ketika Nabi SallLlahu ‘alaihi
Wasallam bersembahyang di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda
dengan bajunya, kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahunya sambil
menolaknya dan RasuluLlah dan berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia
yang mengaku dan mengucap “Tuhanku ialah Allah.” Satu lagi apa yang
diceritakan
oleh ‘Abdullah bin ‘Umar: “Ketika Nabi sedang sujud bersembahyang di tengah
tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan
melempar ke atas belakang RasuluLlah, menyebabkan RasuluLlah tidak mengangkat
kepalanya dan sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah radiyallahu‘anha
membuang najis-najis tadi sambil bertanya kepada ‘Ali siapa yang melakukan
demikian. Di ketika yang lain pula Baginda terpaksa menanggung berbagai-bagai
kejian dan maki-hamun ketika berjalan di tengah-tengah mereka dan diketika
melalui di hadapan kelab-kelab mereka.
Sahabat-sahabat RasuluLlah ridhwanuLlahi ‘alaihim ajma’in
telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehingga terdapat di antara mereka mati
kerana penyiksaan yang melampaui batasan manakala setengah yang lain pula buta
dan cacat anggota dan sebagainya. Penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit
pun melemahkan semangat keimanan mereka dengan agama Allah. Dalam soal ini
kiranya hendak kita memperkatakan secara mendalam mungkin tidak sempat,
memadailah Setakat membawa apa yang telah diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab
bin A1-’Arat: “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan
kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala
itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata
kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada
Tuhan untuk sekelian?” Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah
dan berkata:
“Sesungguhnya mereka yang terdahulu
daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan
urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara
mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak
mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam)
sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan
takut sesuatu melainkan Allah.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Apa yang terlintas di otak kepala mereka
yang membaca kisah penyiksaan RasuluLlah dan sahabatnya yang beranika rupa itu
ialah satu pertanyaan: “Kenapakah Nabi dan sahabatnya rela menanggung segala
azab sengsara dan penyiksaan sedang mereka ini dalam kebenaran? Kenapa pula
Tuhan tidak melindungi mereka? Tidakkah mereka mi askar-askarNya dan RasuluLlah
pula penda’wah dan pejuang ke jalanNya.”
Untuk jawapannya, sifat pertama bagi manusia sebagai
penghuni duma ini ialah “mukallaf” di mana dia mesti melaksanakan segala
perintah dan suruhan-suruhan Allah yang berat dan susah. Berda’wah di dalam
agama Islam dan berjihad untuk meninggikan kalimat Allah adalah sebahagian
daripada kerja kerja mukallaf. Suruhan taklif pula adalah di antara sifat-sifat
kehambaan terhadap Allah; tidak bererti kehambaan kita terhadap Tuhan tanpa
suruhan dan perintah daripadaNya. Kehambaan manusia terhadap Allah faktor yang
wajib bagi ketuhanan Allah Subhanahu Wata’ala, dan tidak bererti keimanan
seseorang tanpa mengetahui kehambaannya terhadap Allah.
Kehambaan membawa kepada taklif (iaitu tunduk kepada
suruhan) sedangkan taklif pula membawa kepada menanggung beban dan melawan hawa
nafsu. Untuk yang demikian maka kewajipan setiap hamba Allah di duma ini ialah
melaksanakan dua perkara yang terpenting:
Satu:
Berpegang dengan pengajaran Islam dan mendirikan masyarakat Islam yang sejati.
Dua: Mengharungi
sebarang kepayahan dan menghadapi segala kesusahan serta membelanjakan harta
kekayaan untuk mencapai tujuan di atas.
Allah Subhanahu Wata’ala mewajibkan kita mempercayai dan
beriman dengan tujuan matlamat dan saranan di samping itu juga dipinta melalui
jalan-jalan yang penuh dengan onak-onak dan merbahaya untuk mencapai tujuan dan
matlamat tadi.
Kalaulah Tuhan mahu nescaya mudah sahaja bagiNya untuk
menegakkan sebuah masyarakat Islam tanpa bersusah payah, tapi keadaan yang
seumpama ini tidaklah pula membuktikan perhambaan manusia akan dirinya kepada
Allah ‘Azza wajalla dan tidak menunjukkan yang ianya telah bersabung nyawa,
mengorbankan harta-bendanya di hari pertama ia beriman dengan Allah dan
tidaklah menunjukkan yang ianya telah mengenepikan segala hawa nafsunya demi
untuk memberi dedikasinya yang sepenuh kepada RasuluLlah. Tanpa ujud segala
galanya ini maka tidaklah wujud perbezaan di antara mu’min sejati dengan
munafiq dan di antara benar dengan dusta.
Segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan
penda’wah kalimah Allah demi untuk menegak satu masyarakat Islam yang sejati
adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak dipermulaan sejarah lagi, yang di
dalamnya tersemat tiga rahsia dan hikmat:—
Pertama: Sifat
kehambaan dan ke’abdian manusia terhadap Allah ‘Azza wajalla, seperti yang
ditegaskan oleh Allah:
“Dan tidak Aku
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka men yembahKu.”
(Surah A1—Zariyat 51:56)
Kedua: Sifat
taklif tanggungjawab adalah sebahagian dan sifat ke’abdian, setiap lelaki
mahupun perempuan yang sudah baligh berakal dan dewasa adalah bertanggungjawab
terhadap Allah Subhanahu Wata’ala untuk mempraktikkan syari’at syari’at Islam
ke atas dirinya dan melaksanakan peraturan— peraturan Islam di dalam
masyarakatnya. Dalam usaha mencapai tujuan ini ia terpaksa mengharungi lautan
penderitaan maka dengan ini barulah terlaksana apa yang dikatakan taklif itu
Ketiga:
Menampakkan kebenaran mereka yang benar dan kedustaan mereka yang mendusta,
kalau dibiarkan manusia mengaku Islam dan cintakan ALlah sekadar di lidahnya
sahaja maka tidak wujudlah perbezaan di antara sibenar dengan sipendusta,
tetapi kepahitan dan pencarobalah yang membezakan antara yang benar dan yang
berdusta. Memang benar apa yang telah ditegaskan oleh Allah di dalam kitab suciNya
A1-Qur’an
Yang bermaksud:—
“Aliff Laam Mum. Apakah manusia itu mengira
bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan
mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
(Surah A1-’Ankabut 29:1 — 3)
TegasNya lagi di dalam surah yang lain:—
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
syurga, padahal belum bagi Allah orangorang yang berjihad di antara kamu, dan
belum nyata orang-orang yang sabar”. (Surah Ali-’Imran 3:142)
Sekiranya inilah sistem dan sunnah Allah ke atas hambaNya,
hatta ke atas Anbiya’Nya sekali pun, justeru demikian maka tidak ada rombakan
dan perubahan keatas sistem dan sunnah Allah itu. Demi itu maka RasuluLlah
telah menempuh segala penyiksaan. Para Anbiya’ dan Rasul-rasul yang terdahulu
disiksa dan diduga, begitu juga para sahabat RasuluLlah diduga dan disiksa
malah di antara mereka ada yang mati dan ada yang cacat. Namun demikian mereka
ini begitu mulia di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.
Sekarang kita telah mengetahui kesengsaraan setiap Muslim
itu dalam usaha menegakkan sesebuah masyarakat Islam. Oleh itu ketahuilah
bahawa perkara itu bukanlah pancaroba dan sengsara yang menyekat
pejuang-pejuang dan mencapai matlamatnya seperti yang difahami oleh
setengah-tengah manusia. Tetapi pancaroba dan sengsara tadi adalah
galangan-galangan yang telah sediakan oleh Tuhan untuk mereka-mereka yang ingin
berjihad dan ingin membuktikan keimanannya; mereka yang telah ditentang dan
terkandas.mati syahid maka merekalah orang-orang yang sebenarnya telah mencapai
tujuan membuktikan keimanannya.
Oleh yang demikian maka tidak seharusnya setiap Muslim itu
terasa putus asa sekiranya bertemu dengan halangan dan dugaan di dalam
perjalanannya untuk mencapai matlamat jihadnya, malah sebaliknya harus setiap
Muslim merasa hampa dan putus asa sekiranya perjuangannya tidak menempuh
sebarang cabaran dan halangan.
Perhatikanlah ayat ini baik—baik:—
“Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga
dan tidak didatangkan (diujikan) kamu sebagaimana (diuji) mereka-mereka yang
terdahulu dan kamu, mereka ditempuh kesusahan dan kesulitan, terasa (bumi ini)
bergegar sehingga mereka yang beriman bersama sama Rasul berkata: “Bila lagi
pertolongan dan Allah? Rasul berkata: Bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu
dekat.”
(Surah A1-Baqarah 2:214)
Kita dapat melihat kenyataan ini dengan jelas sekali
mélalui peristiwa Khabbab bin Al-’Arat RadhiyaLlahu ‘anhu ketika mengadap
RasuluLlah setelah disiksa di mana anggota badannya hangushangus meminta
daripada RasuluLlah supaya berdo’a dan meminta pertolongan Allah agar mereka
berjaya dalam perjüangan’ Apa yang telah dijawab oleh RasuluLlah (yang
bermaksud)
“Kalau engkau terasa pelik dan ganjil
tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika kejalan Allah maka
percayalah itulah jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian
hambaNya yang beriman denganNya, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah
dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi, tetapi keimanan mereka tetap
tidak berganjak.”
Memang salah sekali sekiranya engkau menyangka yang azab
sengsara itu tanda dan alamat kehampaan, putus asa dan kegagalan tetapi yang
sebenarnya itulah kemenangan yang bersalurkan dugaan dan pancaroba. Allah akan
menolong agama sehinggalah dapat seseoragn itu berjalan dan San’a’ ke
‘Hadhralmaut tanpa takut sesuatu kecuali Allah sahaja.
Inilah rahsia mengapa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam pernah menyampaikan berita baik kepada sahabatnya, iaitu Allah membuka
negeri Rom dan Farsi untuk mereka. Sungguhpun demikian dua empayar tadi tidak
terbuka kecuali setelah wafatnya RasuluLlah beberapa ketika. Andaikata
RasuluLlah itu semulia dan sekasih-kasih makhluk di sisi Allah mengapa pula
tidak dibuka dua Empayar tadi semasa hidup baginda, tanpa memberi peluang
kepada salah seorang sahabatnya mencatat namanya di dalam sejarah perjuangan
lantaran berjaya membuka Farsi dan Rom itu?
`Sebenarnya orang Islam seluruhnya di masa
itu belum lagi menggadai nyawa mereka sepenuhnya untuk menawan negeri Syam dan
‘Iraq dan nilai kemenangan mesti dibayar dengan harga yang setimpal. Persoalan
yang sebenar, kemenangan (membuka sesebuah negara itu bukanlah di tangan
RasuluLlah atau di bawah arahannya atau kerana Tuhan kasih dan sayangkan
baginda. Bukan sedemikian, sebaliknya persoalannya ialah setiap Muslim yang
mengaku dirinya Muslim beriman dengan Allah dan RasulNya wajiblah membuktikan
keimanannya dengan usaha dan tenaga, rela menerirna tawaran Tuhan untuk menukar
syurga dengan jiwa raga dan harta benda mereka: Firman Allah :
:
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mu‘min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau terbunuh.”
(Surah A1-Taubah 9:111)
RUNDINGAN DAN TAWARAN
|