FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
PEMULAUAN EKONOMI
Melalui beberapa isnad hadith yang
berlainan dan Musa bin ‘Uqbah daripada Ibnu Ishaq dan selain daripada mereka
berdua menyebutkan bahawa pihak kafir Quraisy telah sebulat pendapat untuk
membunuh RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam. Keputusan ini telahpun
disampaikan kepada Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib tetapi mereka enggan
menyerahkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk tindakan nekad itu.
Setelah golongan Quraisy tidak berjaya membunuh RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai langkah yang telah dirancangkan sebelumnya
mereka bermuafakat pula untuk memulaukan baginda dan sesiapa saja orang Islam
yang bersamanya, demikian juga memulau Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib yang
mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan itu mereka telah menandatangani
satu perjanjian bertulis
di mana mereka tidak akan mengahwini, berjual-beli
dengan mereka yang diputuskan hubungan itu, menyekat sumber-sumber rezeki yang
mengalir kepada kalangan mereka, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak
akan berkasihan belas kepada mereka kecuali setelah Bani ‘Abdul Mutalib
menyerahkan RasuluLlah kepada mereka untuk dibunuh. Naskah perjanjian itu
digantung di dalam ruang Ka’bah.
Seluruh kafir Quraisy berpegang kepada perjanjian itu untuk
selama tiga tahun yang bermula dan bulan Muharram tahun ketujuh hingga tahun
kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai RasuluLlah. Ada pendapat yang
mengatakan pemulauan itu berjalan selama dua tahun sahaja.
Riwayat Musa Bin ‘Uqbah menunjukkan peristiwa itu berlaku
sebelum perintah baginda kepada sahabat-sahab berhijrah ke Habsyah malah
suruhan baginda untuk berhijrah ke Habsyah ialah semasa pemulauan ini berlaku
manakala riwayat Ibn Ishaq pula menunjukkan perjanjian pemulauan ini berlaku
selepas perintah berhijrah ke Habsyah dan selepas Islamnya ‘Umar bin Ibnu
Khattab RadhiyaLlahu ‘anh.
Bani Hashim, Bani ‘Abdul Mutalib dan orang yang bersama
mereka dan orang Islam termasuklah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah
dikepung dan dipulau di lorong Syi’ab Bani Al-Mutalib kerana Makkah terdiri dan
lorong-lorong, (Syi’ab) yang bercabang-cabang. Bani Hashim dan Bani ‘Abdul
Mutalib yang Islam dan yang kafir berkumpul di lorong-lorong itu. Orang-orang
Islam berkumpul kerana beragama, manakala yang kafir pula kerana semangat
hamiyyah kecuali Abu Lahab, (‘Abdul ‘Uzza bin ‘Abdul Mutalib) keluar menyertai
Quraisy dengan mencabar RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
sahabat—sahabatnya.
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama—sama orang
Islam bertungkus-lumus dan berjuang bersungguh-sung guh dalam masa tiga tahun
ini. Dugaan ke atas mereka terlalu berat. Dalam hadith sahih menceritakan
bahawa mereka bertungkus-lumus menghadapi suasana ini. Diceritakan bahawa
mereka terpaksa makan daun-daun dan pucuk kayu. Al-Suhaili menceritakan
kalaulah unta-unta perniagaan tiba di Makkah, datanglah salah seorang sahabat
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk membelikan bahan makanan untuk
keluarganya maka di kala itu Abu Lahab pun melaungkan dengan katanya: “Wahai
peniaga naikkan harga barang kamu ke atas sahabat—sahabat Muhammad supaya
mereka tidak mampu membeli sesuatu pun dan kamu Lantas peniaga—peniaga tadi pun
melipatgandakan harga jualan mereka sehingga sahabat RasuluLlah terpaksa pulang
dengan tangan kosong menemui anak-anak di rumah yang melolong dengan kelaparan.
Sebaik sahaja masuk tiga tahun dan tarikh pengepungan, satu
kaum dan Bani Qusai memarah sesama sendiri. Kelompok mereka bersepakat untuk
melanggar perjanjian mereka. Di masa yang sama Allah Subhanahu Wata’ala telah
mengutuskan anai-anai menggigit serta menggerit naskhah perjanjian yang
digantung di d ruang Ka’bah menggerit keseluruhan perjanjian. Tidak ada suatu
pun yang tertinggal kecuali ayat—ayat yang tersebut perkataan nama Allah
‘Azzawajalla sahaja.
Kejadian ini telah diceritakan oleh RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam kepada bapa saudaranya Abu Talib. Setelah ditanya balik oleh
Abu Talib, “Apakah Tuhan engkau telah memberitahu kepada engkau.” Jawab
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam “Ya”. Kemudian Abu Talib pun bersama
beberapa orang kaumnya pergi menemui Quraisy dengan meminta dan mereka membawa
datang naskhah perjanjian mereka dulu dengan mengisyaratkan kepada mereka yang
ianya seolah-olah tunduk kepada seteru-seteru mereka dahulu dan mereka pun
membawa keluar naskhah itu dengan keadaannya yang masih berlipat lantas
berkatalah Abu Talib “Anak saudaraku telah memberitahu aku dan hingga kini
beliau belum pernah berbohong, di mana Allah Ta’ala telah menghantar anai-anai
untuk menggerik naskhah perjanjian kamu ini dan memakan setiap nas perjanjian yang
zalim dan yang memutus kan hubungan silaturrahim. Sekiranya kata-katanya itu
benar, sedarlah kamu dan kembalilah semula dan jalan jahat kamu itu kepada
Allah. Kami tidak akan menyerahnya kepada kamu. Biar kami mati kesemuanya
tetapi kalau apa yang diceritakannya itu dusta maka kami akan serahkannya
kepada kamu dan lakukanlah apa yang kamu suka ke atasnya.” Lalu mereka
menjawab: “Ya kami setuju dengan segala apa yang kamu ucapkan itu. Dengan itu
mereka pun membuka naskhah perjanjian dan didapatinya tepat seperti mana yang
diceritakan oleh Al—Sadiq al-Masduq (yang benar lagi membenarkan) SallaLlahu
‘alaihi Wasallam. Tapi mereka menjawab: “Ini adalah sihir anak saudara kamu
itu.” Oleh itu mereka makin bertambah sesat dan bertambah bermusuh.
Selepas peristiwa itu lima orang pemuda Quraisy keluar
melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dahulu dan menamatkan pengepungan
pihak Quraisy. Mereka ialah:Hisham Bin ‘Amru Bin Al-Harith, Zuhair bin Umayyah,
Al Mut’am Bin ‘Adi, Abu A1-Bakhtari bin Hisham dan Zam’ah bin AlAswad.
Orang yang mula-mula bergerak melanggar perjanjian dan berterus—terang
mengajak ke arah itu ialah Zuhair Bin Ummayah. Beliaulah yang telah membelah
masuk di tengah orang ramai di Makkah sambil melaung; “Wahai penduduk Makkah
apakah layak kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hashim dan
Bani ‘Abdul Mutalib dimamah kebinasaan; tidak siapa berjual—beli dengan mereka,
demi Allah aku tidak duduk sahaja hinggalah aku menentang perjanjian pemulauan
yang kejam ini.
Kemudian empat orang yang lain pula bangun menyuara nada
yang sama di mana A1-Mut’am Bin ‘Adi bangun meluru ke arab naskhah perjanjian
dan mengoyakkannya. Lepas itu kelima—lima mereka bersama—sama dengan satu
jama’ah bergerak menuju ke hadapan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mu talib dan
orang-orang Islam lain yang bersama dengan mereka lalu menyeru agar mereka yang
dipulau itu keluar dan rumah mereka (supaya mereka bebas dan pemulauan kaum
Quraisy).
PENGAJARAN DAN PENGI’TIBARAN
Inilah operasi pemulauan yang kejam.
Cubalah saudara bayangkan kesengsaraan yang dialami oleh RasuluLlah SallaL lahu
‘alaihi Wasallam dan sahabat—sahabatnya selama tiga tahun. Kita telah
perhatikan di mana Musyrikin dan keturunan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib
telah turut menanggung akibat buruk bersama—sama orang—orang Islam dan mereka
tidak rela meninggalkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam keseorangan.
Kita tidak mempunyai cerita yang panjang mengenai golongan
musyrikin itu dan sebab pendirian mereka. Apa yang mendorongkan mereka ialah semangat
hamiyyah kekeluargaan dan keturunan di samping keengganan mereka menerima
kehinaan sekiranya mereka bertindak meninggalkan dan melepaskan Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke tangan Musyrikin Quraisy yang bukan dan
keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang akan bertindak membunuh dan
membina sakannya tanpa memperdulikan soal ‘aqidah dan ugama.
Di sini mereka telah mengutamakan untuk berpegang kepada
dua prinsip yang tertanam di dalam jiwa mereka.
Pertama: Kekal
dengan syirik dan keangkuhan mereka dan menolak kebenaran yang dibawa oleh
RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam.
Kedua: Tunduk
dan patuh kepada semangat hamiyyah kekeluargaan yang mengajak mereka
mempertahankan keluarga karib dan kekafiran dan kezaliman pedagang yang
merantau tanpa memperdulikan samada tindakan mereka itu berlandaskan kebenaran
atau kebathilan, manakala orangorang Islam pula yang dikepalai oleh RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, kesabaran mereka hanyalah kerana mematuhi suruhan
Allah dengan mengutamakan akhirat dan dunia, di mana dunia pada mereka ialah
dipangkuan keredhaan Allah ‘Azzawa jalla. Inilah yang perlu kita bincangkan di
sini.
Kemungkinan saudara mendengar suara golongan pendokong
kebathilan dan kalangan penyerang ideologi yang profesional menda’wa bahawa
semangat asabiyyah (kesukuan) Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib memainkan
peranan di belakang da’wah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Semangat
inilah yang mengawal, menjaga dan memagari perjalanan RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam. Dalilnya ialah sikap mereka yang negatif terhadap operasi
pemulauan Quraisy ke atas orang— orang Islam.
Kenyataan ini merupakan tuduhan yang tidak
berasas. Nampak sangat yang ianya tidak dapat dikaburi dengan tirai logika
walau dalam bentuk zahir sekalipun. Ini adalah satu perkara yang sangat
bersifat tabi’e di mana semangat jahiiyyah keturunan dan kekeluargaan Bani
Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib membawa pendokongan mempertahankan jiwa anak
saudara mereka ketika adanya tangan ganjil yang mengugut keselamatannya.
Semangat kekeluargaan jahiliyyah yang mendorong mereka ke
arah kefanatikan sebegini rupa tidak akan melihat sebarang prinsip dan tidak
pula terpengaruh dengan kebenaran atau kebathilan kerana ianya adalah asabiyyah
semangat kekeluargaan dan tidak ada yang lain dan itu. Oleh yang demikian
memang boleh terdapat pada keluarganya dua sifat yang berlainan dan
bertentangan secara zahir sifat takabbur dan angkuh serta ingkar terhadap
da’wahnya.
Yang kedua ialah memihak kepada baginda dengan penentangan
terhadap kafir Quraisy. Namun demikian apakah faedah yang diperolehi oleh Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam hasil penyertaan mereka bersama-samanya
itu. Mereka telah diseksa sebagaimana seksaan yang diterima oleh RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat-sahabatnya. Pihak Quraisy tetap juga
meneruskan rancangan pemulauan mereka terhadap kaum Muslimin dengan ganas dan
kejam sebagaimana yang mereka telah putuskan itu tanpa dapat diredakan óleh
Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib barang sedikitpun.
Yang penting ialah supaya saudara rnenyedari bahawa
perlindungan yang diberi oleh kaum keluarga RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam kepadanya bukanlah perlindungan kepada risalah yang dibawanya
itu tetapi perlindungan kepada diri RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang
berdagang keseorangan itu. Sekiranya perlindungan itu dapat dipenuhi oleh kaum
Muslimin dengan jalan jihad dan penguasaan ke atas kaum kafir serta dapat
menolong sebarang helah jahat dan perseteruan mereka alangkah bahagianya bagi orang
yang terpuji ini dan merupakan sebaik jalan yang sepatut mereka sedari.
Adapun RasuluLLah bersama-sama para sahabatnya yang Mu’min
pula, apakah sebab yang membawa mereka sanggup berhadapan dengan tekanan yang
mencekik ini? Dan apakah matlamat yang mereka harapkan di sebalik kecekalan
hati berhadapan dengan kepahitan ini? Dengan apakah untuk dijawab dengan
pertanyaan ini? Itulah pandangan mereka yang mentakwilka dan membayangkan
bahawa Risalah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan keimanan para sahabatnya
dengan Risalahnya itu adalah pemberontakkan kiri terhadap kanan atau dengan
ertikata yang lain tindakan itu merupakan pemberontakkan golongan tertindas
terhadap golongan atasan yang mewah.
Cuba saudara gambarkan rangkaian peristiwa yang telah kita
bentangkan itu. Rangkaian tekanan dan penyiksaan terhadap penbadi Rasulullah
dan kaum Muslimin. Lepas itu cuba saudara menjawabnya berdasarkan kepada
rangkaian penyiksaan tadi. Apakah benar da’wah Islamiyyah itu satu
pemberontakkan ekonomi yang didesakkan oleh kebuluran dan didorong oleh
hasad-dengki terhadap peniaga-peniaga Makkah dan pengusaha-pengusaha ekonomi?
Kaum musyrikin sebelum ini telah pun menawarkan kepada
baginda RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kekuasaan, kekayaan dan
kepimpinan dengan syarat baginda melepaskan diri dan da’wah Islamiyyah. Apakah
sebabnya baginda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam tidak menerima tawaran
itu? Dan kerana apa pula sahabatnya tidak melawan dan menentang RasuluLlah
sekiranya matlamat perjuangan mereka hanya sekadar untuk mengisi perut? Di hari
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama para sahabatnya berhijrah ke
Madinah mereka telah meninggalkan segala harta; tanah dan milikan mereka yang
lain menuju bulat ke Madinah Al—Munawwarah dengan merongkaikan diri mereka dan
sebarang tambatan harta yang biasanya tidak boleh dilakukan oleh orang yang
tamak.
Mereka memburu keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala
yang tidak boleh diganti dengan sesuatu yang lain, tanpa menilai sesuatu pun
terhadap dunia yang terlepas dan tangan mereka dan kekuasaan beredar dan
mereka. Apakah ini dalil bagi membuktikan gerakan mereka itu satu pemberontakan
kiri memperjuangkan sesuap makanan?
Boleh jadi alasan mereka pada sudut pandangan yang mereka
buat ini kerana dua perkara berikut:—
Pertama:
Golongan sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di Makkah terdiri
kebanyakan mereka dan golongan kafir miskin, golongan hamba ‘abdi dan golongan
tertindas. Ini membuktikan bahawa dengan mengikut Nabi Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam mereka boleh menyuarakan penindasan yang berlaku ke atas
mereka dan dengan harapan di suatu masa mereka boleh mencapai suatu taraf
ekonomi yang lebih baik di bawah lindungan agama baru ini.
Kedua: Golongan
para sahabat ini tidak lama kemudian menikmati pintu kekayaan dunia terbuka di
hadapan mereka, kesenangan datang menggolek. Ini membuktikan bahawa perencanaan
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memang bermatlamat pencapaian ini.
Sekiranya saudara mengamati cara penyimpulan alasan yang
mereka buat ke atas sudut pandangan mereka dengan dua hakikat di atas dapatlah
saudara menyelami betapa jauhnya khayalan yang menguasai ‘akal pemikiran dan
cara mereka berfikir.
Adapun kumpulan atau jama’ah pertama dan golongan para
sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terdiri dan pada lapisan
fakir-miskin dan hamba abdi. Memang benar tetapi kebenaran hakiki ini tidak ada
kena—mengena atau kaitan dengan khayalan mereka. Sebenarnya suatu syari’at itu
bertujuan menegakkan ke’adilan di kalangan semua manusia dan menghancurkan
setiap kekuasaan yang zalim, kejam dan sombong. Memang menjadi suatu kenyataan
yang boleh diterima bahawa golongan yang zalim, kejam dan sombong akan
memerangi mereka kerana golongan ini menelurkan kebencanaan lebih daripada
kemanfa’atan. Suatu hakikat yang nyata golongan tertindas dan mustadh’afin
mengalualukan RasuluLlah malah oleh setiap manusia yang tidak ada saham dalam
kezaliman—kezaliman, kerana mereka menerima kebaikan lebih daripada kebencanaan
atau mereka paling kurangnya tidak ada banyak sangat masalah dengan manusia
lain yang boleh menimbulkan kesan buruk terhadap diri mereka.
Kebanyakan orang yang di sekeliling RasuluLlah sudah yakin
bahawa RasuluLlah berada di atas landasan kebenaran dan baginda adalah seorang
nabi yang diutus. Jadi bagi golongan pemimpin dan penagih kekuasaan dan
kedudukan mendapati tabi’at dan suasana yang semulajadi yang ada pada mereka
menghalang mereka dan tunduk dan menerima kebenaran itu malah menolak
pencernaan ke dalam diri mereka. Ada pun golongan lain tidak ada suatu alasan
pun yang boleh menyekat mereka dan beriman. Sebab itu mereka beriman dan yakin
dengannya. Di sini apakah hubungan di antara hakikat ini yang boleh difahami
setiap pengkaji dengan apa yang disangka oleh golongan (seteru yang profesional)
itu.
Adapun perancangan da’wah Islamiyyah yang telah dilalui
oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah bertujuan supaya orang Islam
menguasai sumber kekayaan; menawan tempat pemerintahan beraja dan mencabut
kekuasaan mereka dengan alasan bahawa orang Islam telah mencapai kesemuanya
itu. Demi Allah sebenannya usaha ini bagaikan usaha mencantumkan timur dan
barat di suatu tempat.
Sekiranya kaum Muslimin telah berjaya
membuka negeri Rom dan Parsi di dalam tempoh yang singkat, setelah mereka
beriman dengan Allah melalui Islam mereka, apakah ini boleh menjadi alasan
bahawa mereka memeluk Islam kerana tamak haloba untuk menguasai tempat
pemerintahan Rom dan
Parsi.
Kalaulah mereka memeluk agama Islam dengan niat untuk
mencapai kepuasan hawa nafsu keduniaan dalam apa bentuk sekalipun, maka
cita—cita tersebut tidak akan dicapai dan maksud pembukaan negeri-negeri
tersebut juga tidak akan terlaksana.
Sekiranya persiapan bala tentera peperangan Al—Qadasiyyah
yang dibuat. oleh ‘Umar Radiya’Llahu‘anh dan mengucapkan selamat jalan kepada
pengerusi agongnya Sa’ad bin Abi Waqqas sebagai satu persiapan yang bertujuan
menawan gedung khazanah Kisra, melilih air liurnya mengidam dan terlalu
bercita-cita sangat untuk menguasai kesenangan dan kemewahan Kisra itu dan
keinginan sangat untuk duduk di atas kerusi ‘arasynya maka sudah pasti Sa’ad
tidak akan kembali kecuali dengan bebanan kekalahan dan kehinaan. Sebaliknya
persiapan dan pemergian itu adalah atas dasar keyakinan mereka dengan Allah
Subhanahu Wata’ala dalam jihad (mereka) untuk menegakkan agamaNya dan Allah
membenarkan mereka dengan segala apa yang telah dikurniakan kepada mereka
dengan menyerahkan kekuasaan pemerintahan kepada mereka dan memberi kesenangan
kepada mereka yang tidak pernah mereka khayalkan.
Sekiranya pengumpulan harta dan kesenangan hidup itu
menjadi angan-angan yang membuai perasaan orang Islam dalam peperangan
Al-Qadasiyah masakan sanggup Rub’i Bin ‘Amir Radiya’Llahu ‘anh ketika masuk ke
dalam singgahsana Rustam yang terhias dengan permaidani yang gebu, menikamnikam
dengan tombaknya sehingga carik-carik kemudian beliau berkata kepada Rustam:
“Sekiranya kamu memeluk ugama Islam kami akan tinggalkan kamu, bumi kamu dan
harta kamu!....” Apakah ini jawapan yang diberi oleh segolongan yang datang
untuk tujuan merampas kekuasaan bumi dan harta orang. Persoalannya tidak lain
daripada terlaksananya Qanun Allah yang telah ditentukan.
Yang bermaksud:
“Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang
orang yang tertindas di muka bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan
menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”.
(Surah Al—Qasas: 28:5)
Qanun ini mudah sekali difahami oleh ‘aqal iaitu apa jenis
‘aqal sekalipun tetapi dengan satu syarat iaitu hendaklah orangnya bebas dan
segala macam bentuk ‘ubudiyyah atau perhambaan kepada mana-mana tujuan dan
kehendak.
Allah Subhanahu Wata’ala telah memulia dan mengurniakan
mereka dengan segala kemudahan dunia kerana mereka tidak memikirkan dengan
segalanya itu tetapi seluruh pemikiran mereka hanyalah bagi mencari keredhaan
Allah Subhanahu Wata’ala semata-mata.
Sekiranya mereka bertujuan di dalam jihad mereka itu untuk
mencari kemewahan dan kemudahan dunia pasti tidak akan mereka sampai dan capai
sepertimana apa yang telah mereka capai itu.
HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM
Setelah RasuluLlah meihat penyiksaan puak Quraisy
terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak
sanggup lagi untuk melindungi mereka maka baginda sendiri mengemukakan
pendangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah
(Ethiopia) kerana rajanya di kala itu tidak kejam. Mereka dianjurkan tinggal di
sana buat sementara sehingga Tuhan membuka jalan dan ke lapangan di masa muka.
Kaum muslimm pun menerima baik pandangan RasuluLlah itu lalu mereka pun
berhijrah beramai-ramai untuk melindungi diri di sana. Di antara mereka yang
terkemuka yang turut sama ialah: ‘Uthman bin ‘Affan isterinya Ruqaiyah puteri
RasuluLlah, Abu Huzaifah dan isterinya, Al Zubair bin A1-Awwam, Mus’ab bin
‘Umair dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf. Jumlah kesemuanya lebih kurang dalam lapan
puluh orang.
Bila puak Quraisy melihat kejadian ini mereka terus
mengirimkan perutusan ke hadapan Najasyi maharaja Habsyah yang terdiri daripada
‘Abdullah bin Abi Rabi’ah dan Amru bin A1’Ash (mereka belum memeluk agama
Islam). Perutusan ini membawa cenderamata yang banyak kepada maharaja sendiri,
pengiring dan abli agamanya dengan harapan yang Najasyi akan menghalau semua
orang Islam, dari Habsyah dan menyerah kembali mereka kepada seteru Islam iaitu
puak Quraisy.
Tujuan mereka membawa hadiah-hadiah dan ganjaran yang
banyak itu ialah untuk menawan hati Najasyi dan dengan itu beliau akan menyerah
kepada mereka orang-orang Islam. Tetapi Najasyi enggan menyerah sesiapapun
melainkan sesudah bersoal jawab tentang agama baru yang mereka anuti itu. Orang
Islam pun masuk ke hadapan Najasyi di mana dua orang utusan Quraisy berada di
samping Najasyi, raja Habsyah. Najasyi pun meminta dan orang Islam supaya
menerangkan tentang diriereka dan agama baru mereka anuti itu.
Ja’far bin Abi Talib pun bangun dan berucap: “Kehadapan
maharaja, sebenamya kami ini di masa—masa dahulu iaitu di zaman jahiiyyah
menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi,
yang kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah mengutus seorang Rasul dan
kalangan kami juga. Beliau itu memang terkenal dengan kejujuran, amanah, suci
pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar, bersifat
dengan sifat yang terpuji, jujur, ikhlas dan beramanah, menyeru kami menyembah
Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan
jiran tetangga, meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta
segala sesuatu yang terkeji, seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala
yang di bawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk dua orang
utusan ini menyiksa dan menekan kami supaya kami balik semula kepada agama yang
lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar— benar di
dalam penyiksaan yang tidak dapat kami menanggungnya maka kami keluar dan ke
negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dan
penyiksaan dan kezaliman.”
Sekali lagi Najasyi meminta supaya mereka membentangkan
antara apa yang dibawa oleh utusan Allah (Nabi Muhammad) tadi daripada
Tuhannya. Ja’far bin Abi Talib sekali lagi bangun dan membaca ayat-ayat yang
pertama dan surah Mariam.
Setelah Najasyi mendengarnya beliau menangis sehingga
airmata mengalir membasahi pipi dan janggutnya dan kemudian beliau berkata:
Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dengan apa yang dibawa oleh ‘Isa
‘alaihissalam adalah dan sumber yang sama. “Lepas itu beliau berpaling kepada
dua orang utusan Quraisy dan katanya: “Beredarlah kamu dan sini dan sekali-kali
aku tidak akan menyerahkan mereka ini”.
Sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi
mereka menegaskan yang orang-orang Islam yang datang ke sini terlalu sangat
mengecam ‘Isa dan Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal orang Islam tentang
pandangan Islam terhadap ‘Isa dan Maryam. Buat pertama kalinya Ja’far menjawab
dengan katanya: “Tentang ‘Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang
Islam seluruhnya seperti mana yang dibawa oleh Nabi kami Muhammad SallaLlahu
‘alaibi Wasal lam, ‘Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh
dan kalimatnya ke dalam jiwa Maryam dara yang suci.
Najasyi pun menunjukkan persetujuan dan
sependapat dengan apa yang dikemukakan oleh Ja’far
tadi.
Al-Najasyi menyerah kesemua kembali hadiah yang
dipersembahkan kepadanya dan disebaliknya ia bertambah mesra dengan orang-orang
Islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka. Utusan Quraisy itu pulang
diburu kegagalan.
Setelah beberapa lama mereka tinggal di Habsyah di bawah
lindungan maharajanya maka sampailah berita kepengetahuan mereka yang penduduk
Makkah telah memeluk agama Islam, dan dengan pengkhabaran tersebut tanpa
berlengah mereka berundur diri dan Habsyah hendak pulang kepangkuan Makkah
tempat tumpah darah mereka. Tetapi alangkah buruk padahnya setelah mereka tahu
berita tadi adalah palsu. Sungguhpun yang demikian mereka terpaksa masuk ke
Makkah Secara sulit dan bersembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh pihak
Quraisy manakala sebahagian yang lain pula memasuki kota Makkah dengan meminta
perlindungan dan beberapa pembesar Quraisy, antara mereka ialah ‘Uthman bin
Maz’un di bawah perlindungan Al-Walid bin Al-Mughirah dan Abu Salamah di bawah
jagaan dan perlindungan Abu Talib. Adapun jumlah yang pulang ke Makkah masa itu
tiga puluh tiga orang.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Dan episod hijrah ke Habsyah dapat kita
simpulkan tiga petanda yang penting:
1. Pertama
— Berpegang teguh dengan agama serta menegakkan rukunnya merupakan asas segala
kekuatan dan perisai yang wajib untuk mempertahankan hak seseorang. Harta benda
negara, kebebasan dan kemuliaan diri yang demikian adalah menjadi kewajipan
tiap-tiap penganjur da’wah Islamiyyah dan para Mujahid hendaknya mengerahkan
segala tenaga dan kekuatannya demi mempertahankan kesucian agama ini dan
Sebarang pencerobohan. Negara juga menjadi tapak untuk menegakkan agama dan
harta kekayaan hidup pula sebagai senjata untuk mempertahankan kedaulatan dan kesucian
agama. Andaikata keadaan terpaksa menggadaikan segala sesuatu demi kesucian
agama maka di masa itu mestilah dilakukan apa saja bagi membolehkannya membela
agama.
Tidak ada erti hidup tanpa agama, tidak ada erti hidup
sekiranya agama sudah hancur, malah penghidupan tanpa agama lambat laun akan
musnah dan binasa. Sekiranya agama dapat mengambil tempatnya dalam tiap hati
sanubari manusia, suruhannya dapat dipraktikan di dalam masyarakat, percayalah
bahawa segala apa yang dikorbankan demi kesucian agama itu tidak hilang begitu
saja malah bangsa itu dianggap segagah-gagah bangsa dara dan kesucian agamanya
tidak dicerobohi.Ini adalah undang-undang Tuhan di muka bumi ini sejak dahulu
lagi, di mana kekuatan rohani merupakan bekalan pelindung dan ‘azimat untuk
mengawasi dan mengawal kedaulatan dan keutuhan kebendaan setiap bangsa yang
tinggi akhlaq, ‘aqidah kepercayaannya yang sihat dan penghidupan
kemasyarakatannya yang harmoni, maka suasana kebendaannya juga turut seimbang
dan kukuh. Bangsa yang pincang, masyarakat yang akhlaqnya sudah runtuh dan
‘aqidah pegangan sudah tidak ada lagi maka percayalah suasana material dan
sumber kekayaannya juga akan turut runtuh menjunam ke dasar kehancuran yang
menyeluruh.
Kemungkinan engkau akan bertemu dengan satu bangsa di mana
pemasyarakatannya sudah pincang dan perjalanan rohaninya sudah tempang tetapi
masih lagi tegak dan gagah ekonomi dan materialnya. Sebenarnya bangsa ini dalam
perjalanan kejurang kehancuran. Mungkin engkau tidak nampak dan rasa
perjalanannya ini kerana umur manusia terlalu singkat, perjalanannya menuju ke
jurang kehancuran ini dapat dilihat dan mata sejarah sahaja dan sejarah sahaja
yang menjadi saksi.
Kemungkinan juga engkau akan bertemu dengan suatu bangsa
yang begitu merosot ekonominya kerana mempertahankan ‘aqidah kepercayaannya
yang suci dan ingin membina sebuah masyarakat yang adil dan sihat. Percayalah
masa kemerosotan ekonomi ini tidak akan berlarutan dan di dalam beberapa masa
yang singkat sahaja, bangsa ini akan bangun menyuburkan penganjur ideologinya
akan membimbing tangan rakyat jelatanya untuk membangunkan semula kemajuan
ekonomi dan tidak berapa lama terlihatlah satu bangsa yang kuat pegangannya
dalam ‘aqidah dan ekonominya kembali stabil, iaitu satu bangsa yang lemah
tetapi kembali kuat dan makmur kerana mempertahankan kedaulatan agamanya.
Kita tidak akan dapat suatu contoh yang sihat tentang ‘alam
manusia dan penghidupan kecuali di dalam ‘aqidah kepercayaan Islam sahaja. Ini
ialah kerana Islam agama Allah untuk selunuh hambaNya, begitu juga kita tidak
akan dapat suatu sistem masyanakat yang tersusun rapi kecuali Islam saja yang
sanggup rnerangka dan rnenyusun sistem dan penencanaan masyarakat yang adil.
Oleh itu maka antara teras—teras da’wah Islamiyyah ialah mengorbankan harta
benda, negara dan penghidupan seluruhnya demi mempertahankan kedaulatan Islam.
Pengorbanan demikian akan memberi jaminan kepada keselamatan kekayaan negara
dan penghidupan rakyatnya.
Untuk yang demikian maka diadakan dan disyara’kan sistem
berhijrah dalam Islam di mana RasuluLlah telah menyuruh sahabatnya berhijrah ke
luar negeri setelah mereka menerima penghinaan dan penyiksaan yang amat sangat
dan puak Quraisy.
Penghijrahan yang berlaku itu bukanlah mengelakkan dan
penyiksaan dan sengsara tetapi ianya merupakan penukaran dan suatu sengsara
kepada yang lain, dan satu pançaroba kepada pancaroba yang lain sementara
menunggu kemenangan yang sejati.
Maka kerana itulah hijrah disyari’atkan, dan Rasul
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengarahkan sahabat-sahabatnya berhijrah ke
Habsyah, ini merupakan hijrah pertama setelah menghadapi berbagai derita dan
pihak musyrikin, hijrah ini bertujuan menjauhi fitnah yang akan menjejaskan
agama Islam, Rasul mengarahkan supaya sahabat-sahabatnya berhijrah keluar me
ninggalkan negara mereka sendiri.
Kita semua maklum bahawa Makkah di waktu itu bukanlah
sebuah negara Islam; hijrah ini ditimbulkan pertanyaan:
“Mengapa para sahabat Nabi meninggalkan negara Islam
(Makkah), mereka lari kerana menyelamatkannya ke negara kafir (Habsyah)?” Jawabnya:
“Di waktu itu sama ada Makkah atau Habsyah malah mana-mana negara pun adalah
sama, iaitu bukan negara Islam, jadinya di mana saja ada kemudahan bagi para
sahabat itu untuk menghayati Islam dan berda’wah untuk Islam, maka di situlah
sesuai untuk mereka tinggal.
Sementara berhijrah atau meninggalkan negara Islam,
hukumnya antara wajib, hams dan haram; wajib berhijrah sekiranya tidak ada
kemampuan kepada orang muslim untuk menegakkan syiar dan syariat Islam seperti
azan, salat, puasa, haji dan sebagainya , hams jika negara Islam ditimpa bala
bencana hingga menyempitkan hidup, maka hams (tidak wajib dan tidak haram)
keluar berhijrah ke negara Islam yang lain. Sebaliknya adalah haram berhijrah
dan negara Islam jika sekiranya dengan hijrah itu sudah pasti membuat orang
yang berhijrah itu lalai dan cuai terhadap walaupun satu di antara ke
wajipankewajipan Islam yang orang lain tidak mampu melak sanakannya. (Lihat Taf
Al-Qurtubi.J.5.H.350, dan Ahkamul Qur’an Ibnul ‘Arabi.J.2.H.887.)
2.
Kedua:
Menunjukkan titik percantuman dan inter grasi di antara dua agama iaitu, agama
yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan agama yang dibawa
oleh Isa ‘alaihissalam. Najasyi yang menjadi maharaja Habsyah negeri tempat
orang-orang Islam berhijrah dan tumpang berlindung adalah pemeluk agama Nasrani
yang sejati penuh kepercayaan dan keikhlasan terhadap Nasraninya. Sebagai bukti
keikblasan dan kepercayaan yang penuh beliau tidak akan memihak kepada
mana-mana pihak yang bercanggah dengan ‘aqi dah pegangannya yang dibawa oleh
Isa ‘alaihissalam.
Kalaulah benar seperti mana yang dihebubkan oleh segolongan
manusia yang menda’wa diri mereka adalah pengikut ‘Isa sejati, bahawa ‘Isa itu
anak Tuhan SubhanaLlah dan ianya adalah salah satu dari uknum yang tiga, maka
sudah tentu maharaja Najasyi juga seperti mereka ini, kerana setahu kita
Maharaja Najasyi adalah antara manusia yang paling ikhlas kepada agama Knstian.
Kalaulah keadaan begitu maka awal-awal lagi ia akan menghalau orang-orang Islam
keluan dari negerinya dan setelah mendengar seorang Islam yang mewaidli
pendapat orang Islam seluruhnya mengenai ‘Isa.
Apa yang kita nampak bahawa Najasyi adakalanya begitu
secocok dengan pandangan Islam malah ia sendiri menegaskan dengan katanya,
“Bahawa apa yang dibawa oleh ‘Isa dan Muhammad itu dari sumber yang sama.”
Penegasan ini diucapnya ketika paderi-paderi dan pembesar-pembesar agama
Kristian ada di sampingnya.
Kesemua ini membuktikan kepada kita bahawa apa yang dibawa
oleh para Anbiya’ seluruhnya adalah ‘Aqidah yang satu, tidak benlainan sebiji
padi pun. Pendapat abli kitab yang berbelah bagi tentang Islam itu adalah
disebabkan hasad dengki mereka terhadap Islam seperti yang mereka katakan dulu.
3.
Bila keadaan memaksa maka diharuskan kepada
Islam tumpang bernaung dan berlindung diri samada penaung itu ahli kitab
seperti Najasyi maharaja Habsyah. Patut diterangkan akhirnya ia telah memeluk
agama Islam.
Semasa kemangkatan maharaja Al Najasyi,
RasuluLlah telah menyampaikan berita sedih itu kepada sahabat Baginda dan
menyembah yang ghaib ke atas rohnya.
—diriwayatkan oleh Muslim—
Perlindungan boleh didapati dan orang-orang
kafir sepertimana yang dilakukan oleh setengah-setengah orang Islam ketika
mereka pulang dan Habsyah dan Ta’if jika keadaan memaksa.
Perkara ini dibolehkan asalkan ia tidak menjejaskan da’wah
Islamiyyah atau tergadai dan terombak hukum-hukum Islam. Kalau tidak dapat
dipenuhkan syarat—syarat ini tidak dibenarkan orangorang Islam meminta
pertolongan selain dan Islam dan sebagai dalilnya yang nyata ialah ketika RasuluLlah
dipujuk oleh bapa saudaranya yang dipengaruhi oleh Quraisy supaya menghentikan
kegiatan da’wahnya. Di kala itu juga RasuluLlah meminta mengundurkan diri dan
perlindungan bapa saudara baginda.
UTUSAN PERTAMA MENEMUI RASULULLAH
Dalam keadaan dan suasana yang pahit yang dihadapi oleh
RasuluLlah dan sahabatnya, satu perutusan dan luar Makkah telah datang menemui
RasuluLlah dengan tujuan hendak mem pelajari Islam secara dekat. Perutusan
seramai dua belas orang itu adalah pemeluk agama Nasrani negeri Habsyah yang
telah mengiringi Ja’far bin Abi Talib sekembalinya dan sana. Bila mereka
bersemuka dengan Nabi Muhammad ‘alaihi Wasallam dan melihat budi pekerti, serta
tingkah lakunya di samping mendengar beberapa potong ayat dan A1-Qur’an, dengan
tidak berlengah lagi mereka terus memeluk Agama Islam. Bila saja berita ini
sampai ke pengetahuan Abu Jahal, ia meluru datang menemui perutusan tadi sambil
berkata: “Belum pernah kami lihat perutusan yang didungu seperti kamu ini, kamu
dikirim untuk menyiasat tentang orang in belum sempat kamu meletak punggung ke
lantai sudah beriman dengannya”. Serentak mereka menjawab: “Selamatlah kamu,
kami tidak mahu mengikut jejak langkah kamu, kami mempunyai pendirian kami
sendiri, dan ikutlah apa yang kamu mahu, kami tidak mau melepaskan peluang
kebajikan ini”.
Untuk ini maka Allah telah menurunkan
ayat-ayat perihal mereka yang berbunyi:
Yang bermaksud:
“Orang-orang yang telah kami datangkan
kepada mereka Al-Kitab sebelumnya A1-Qur’an mereka beriman (pula) dengan
Al-Qur’an itu. Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an itu) kepada mereka, mereka
berkata:
“Kami beriman kepadanya, sesungguhnya
Ai-Qur’an itu adalah suatu kebenaran (yang datang) dan Tuhan kami. Sesungguhnya
kami sebelumnya adalah orang orang yang membenarkannya). Mereka itu diberi
pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan
kebaikan, dan Se bahagian dan apa yang telah Kami rezekikan mereka, mereka
nafkahkan. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanafa‘at,
mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: “Bagi karni amal-amal kami dan
bagimu amal— amalmu selamat tinggal buat kamu, kami tidak in gin bergaul dengan
orang— orang jahil.” (Surah Thaha 20:52 — 55)
PENGAJARAN
DAN RENUNGAN
Ada dua perkara penting yang menarik
pandangan kita mengenai perutusan itu:
Pertama:
Semasa umat Islam yang sedikit bilangan dan lemah telah mengalami tentangan
serta penyiksaan yang pedih dan golongan kafir Quraisy, ada juga perutusan yang
ingin menemui RasuluLlah dan mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi.
Segalanya ini memberi erti kepada kita bahawa walaupun para penda’wah umumnya
mengalami kepahitan perjuangan dalam da’wah, namun demikian bukanlah bererti
mengalami kekalahan yang total, dan tidak seharusnya berputus asa dan lemah
semangat, malah pengalaman yang seumpama ini harus dirempuh demi untuk kejayaan
yang lebih cemerlang.
Perutusan Habsyah yang semuanya terdiri dan penganut
penganut agama Nasrani seramai tiga puluh orang. Setengah pendapat mengatakan
empat puluh orang itu telah mengharungi lautan Merah semata-mata hendak menemui
RasuluLlah untuk memberi ikrar simpati dan ta’at setia, seolah—olah perutusan
ini telah membuat suatu permasyhuran dan pengisytiharan antarabangsa yang agama
Islam tetap akan berkembang ke merata pelusuk dunia walaupun ditindas dan
ditekan.
Sebenarnya ketika Abu Jahal dan kuncu—kuncunya mendedahkan
hasad dengki dan perut busuk mereka terhadap Islam dengan kecaman mereka ke
atas perutusan Habsyah itu. Peristiwa itu tidaklah memberi apa-apa kesan pun
terhadap perkembangan Islam. Tidak ada jalan lain untuk mereka kecuali
memperhebatkan perseteruan dan penyiksaan mereka ke atas orang orang Islam
untuk membendung perkembangan Islam, ini adalah satu usaha yang sia—sia
semata-mata.
Kedua:
Apakah baka dan jenis keimanan tiap perutusan? Adakah keimanan mereka dengan
Islam benarbenar iman yang memimpin mereka keluar dan kegelapan kufur kepada
cahaya?
Sebenarnya keimanan mereka ini adalah rangkaian siri
keimanan yang terdahulu dengan sedikit penyesuaian dengan ‘aqidah Islam. Mereka
ini ahli Kitab yang percayakan Al-Injil dan ber’amal dengan perintah ajarannya.
Mengikut apa yang telah dipinta oleh Al-Injil ialah supaya mereka beriman
dengan Rasul yang akan datang selepas ‘Isa ‘alaihissalam. Di dalam Injil juga
telah pun diperkatakan secara jelas tentang sifat—sifat Rasul itu maka yang
demikian, keimanan mereka adalah rangkaian keimanan yang lama, sambungan dan
‘Isa ‘alaihissalam kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Boleh kita katakan juga bahawa keimanan mereka ini bukanlah
berpindah atau melompat dan satu agama ke satu agama yang lain, kerana sesuatu
yang lebih baik di pihak yang kedua. Inilah yang dimaksudkan oleh Al-Qur’an
dengan ayatnya:
Yang bermaksud:
“Dan apabila dibacakan (A1-Qur’an) kepada
mereka, mereka berkata: Kami beriman dengannya, sesungguhnya A1-Qur’an itu
adalah suatu kebenaran (yang datang) dan Tuhan kami, sesungguhnya kami
sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(’Nya).”
(Surah Al-Qashash 28:53)
Ma’nanya kami ini telah pun beriman dan percayakan dengan
apa yang dibawa oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana tema da’wah
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu adalah persis dengan apa yang tersirat
di dalam kitab Injil.
Beginilah keadaannya bagi sesiapa saja yang beriman dan
percayakan sepenuhnya dengan apa yang dibawa oleh ‘Isa ‘alaihissalam ataupun
dengan apa yang dibawa oleh Musa ‘alaihis salam, beriman sepenuh dengan
Al-Injil dan Al-Taurat mem bawa kepada beriman dengan Al-Qur’an dan dengan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasaliam.
Oleh yang demikian maka Tuhan memerintahkan Rasul Nya
supaya menyeru ahli kitab dan meminta dan mereka supaya mengamalkan sepenuh apa
yang terdapat cli dalam Al-Injil dan Al-Taurat. Sebelumnya mereka telah
menghebuh-hebuhkan
Yang bermaksud:
“Katakanlah: “Hai ahli Kitab, kamu tidak
dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran ajaran Taurat dan
Injil.”
(Surah Al-Ma’idah 5:68)
Ini adalah penegasan terhadap apa yang kita terangkan ter
dahulu, di mana agama yang benar dan sejati adalah satu sejak Adam
‘alaihissalam hinggalah datangnya SalaLlahu ‘alaihi wasallam. Sering kita dengar
perkataan “Al-Adyan Assama wiyah” atau pun “agama—agama langit”. Sebenarnya
ta’rif ini salah.
Perlu disebut di sini iaitu mungkin kita tersasul di antara
syari’at dan agama, memang benar di sana banyak Syari’at Ilahi yang telah
diturunkan untuk umat-umat yang silam tetapi antaranya ada yang memansuhkan apa
lebih terdahulu darinya, tetapi agama Allah adalah satu dan unik tidak
berbilang, syani’at adalah diertikan dengan hukum-hukum yang bersangkutan
dengan ‘ibarat dan mu’amalat.
TAHUN PERKABUNGAN
Kemangkatan Siti Khadijah isteri RasuluLlah
dan Abu Talib bapa saudaranya di tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan
pengutusannya sebagai Rasul, merupakan saat yang pahit ditempoh oleh
RasuluLlah. Ibnu Sa’ad menceritakan:
“Bahawa selepas sebulan lima hari dan
kematian Khadijah maka Abu Talib pula turut wafat.”
Khadijah seperti mana yang diterangkan oleh Ibnu Hisyam:
Adalah menteri kebenaran dan kepercayaan bagi Islam, di mana RasuluLlah mengadu
hal perihal dirinya, dan Khadijahlah orang yang menghiburkan dan menghilangkan
kedukaan RasuluLlah, sedangkan Abu Talib pula adalah pem bantu dan penolongnya
membantu untuk menghalang pencerobohan kaumnya.
Ibnu Hisyam menceritakan: “Apabila Abu Talib meninggal
dunia maka puak Quraisy memperhebatkan penentangan mereka ke atas RasuluLlah
dan orang Islam yang lain, lebih dan masamasa yang lampau, sehingga orang biasa
Quraisy pun berani melumur selut ke atas kepala RasuluLlah. Apabila RasuluLlah
sampai di rumahnya dengan keadaan yang sebegim, salah seorang dan puterinya
bangun membasuh selut dan badannya sambil menangis kasihankan bapanya, kata
RasuluL lah: “Tak usahlah menangis hai anakku, sesungguhnya Allah akan menolong
bapamu.”
RasuluLlah menamakan tahun kematian Khadijah dan Abu Talib
dengan tahun penentangan dan penyeksaan
kaum Quraisy terhadap Islam dan Muslimin terlalu sangat, lebih dari tahun-tahun
yang silam.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Cuba perhatikan apakah rahsia dan hikmat Allah,
menghabiskan ajal dan umur Abi Talib di ketika mana umat Islam sangat memerIukan
kepada pertolongan (seperti pertolongan Abi Talib) memerlukan kepada kekuatan
dan tenaga yang lain bagi pertahankan din. Seperti mana yang kita ketahui
bahawa Abu Talib satu-satunya manusia yang cuba membenikan pertolongan rohani
dan jasmani, moral dan material di kala Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
dan Islam memerlukan kepada pertolongan yang seumpama itu. Apakah rahsia dan
hikmat Ilahi menghabiskan ajal dan umur Khadijah Radhi yaLlahu’ anha di ketika
mana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sangat memerlukan kepada manusia yang
dapat menghiburkan hati-nya yang serba dukacita dan meringankan bebanan dan
tanggungjawab da’wah dengan nasihat dan pe nawar hati yang melegakan.
Di sini ternampak kepada kita beberapa perkara bersangkut
dengan asas ‘aqidah Islamiyyah.
Andaikata Abu Talib itu panjang umur dan kekal di samping
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memberi saja apa jua pertolongan yang
diperlukan oleh Nabi Muhammad Se hingga terdininya negara Islam di Madinah dan
Nabi Muhammad pula boleh melepaskan dan menghindarkan dirinya dan bencana
penyeksaan Quraisy lantaran perlindungan dan bapa saudaranya, maka apa yang
ketara nanti ialah Abu Talib sebagai tokoh utama yang memainkan peranan penting
dalam da’wah ini dan dialah yang membimbing da’wah ini dengan menggunakan
pengaruh dan kedudukannya di kalangan masyarakat Quraisy walaupun ia tidak
beniman dengan nisalah Nabi Muhammad dan tunduk di bawahnya, maka di sinilah
nanti orang akan mengambil kesempatan untuk membuat huraian dan penafsiran untuk
memperkecil-kecilkan Nabi Muhammad dan perjuangannya di samping melemparkan
tuduhan yang Nabi Muhammad memang bernasib baik dan lebih baik dan muslimin
lain, biar orang lain diseksa tetapi ianya tetap selamat, biar orang lain
dianiayai tetapi ianya tetap terjamin keselamatan. Tidakkah bapa saudaranya
berada di sampingnya?
Segala—galanya ini adalah hikmat dan rahsia Ilahi belaka,
kematian Abu Talib, isterinya Khadijah binti Khuwailid dan sesiapa saja yang
memberi pertolongan kepadanya, semuanya meninggalkan Nabi Muhammad, sebenamya
kematian mereka mereka ini tersemat dua faktor yang terpenting:
Pertama:
Peliharaan, jagaan dan kemenangan tidak akan tercapai kecuali dengan
pertolongan Allah ‘Azza wajalla sahaja. Allah sahaja yang sanggup memelihara
RasulNya dan tentangan kaum Quraisy dan musyrikin umumnya, pendek kata ujud
atau tidaknyajagaan dan sokongan dan gangguan, maka da’wahnya tetap mencapai
kemenangan dan taufiq.
Kedua: Enti
peliharaan dan jagaan di sini bukanlah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak
akan diganggu sedikit pun tetapi apa yang dimaksudkan dengan ayat Qur’an:
Yang bermaksud:
“Dan Allah memelihara kamu dari (gangguan)
manusia. (ialah Allah akan memelihara kau dan sebarang ancaman bunuh dan dan
sebarang perseteruan yang member hentikan sama sekali perjalanan da’wah
Islamiyyah)”.
Adapun azab sengsara dan penyeksaan yang ditempuhinya
semasa berda’wah adalah menjadi lumrah dan tradisi perjuangan kepada semua
Rasul, kesengsaraan ini tidak bertentangan dengan ‘ismah atau peliharaan ilahi
yang dijanjikan Allah kepada para anbiya’ dan RasulNya. Oleh yang demikian maka
selepas firmanNya:
Yang bermaksud:
“Maka sampaikanlab olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dan
orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya kami memelihara kamu daripada
(kejahatan) orang-orang yang mernperolok-olokkan (karnu).”
(Surah A1-Hijr 15:94 — 95) barulah
Allah menurunkan ayat yang
Yang bermaksud:
“Dan kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa
dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbililah
dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orangorang yang bersujud
(sembahyang). Dan sembahlah Tubanmu sampai datang kepadamu yang diyakini
(ajal).”
(Surah A1-Hijr 15:97 — 99)
Sebagai hikmat ilahi yang terbesar dan mulia di mana
RasuluLlah selalu menemui rintangan dan percubaan di setiap lorong dan jalan
da’wahnya. Ini ialah kerana supaya orang Islam seluruhnya mengambil pelajaran
dan maha guru mereka Muhammad RasuluLlah di dalam mergalankan tugas berda’wah.
Andaikata Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam berjaya
dengan mudah dalam usaha da’wahnya tanpa diduga dengan sebarang dugaan, nescaya
kesemua sahabatnya dan orang Islam seluruhnya akan berleka dan berpoya—poya
tanpa usaha langsung dan akan terasa berat untuk menghadapi dan mengharungi
lautan da’wah Islamiyyah.
Tetapi segala pancaroba yang menghalang umat Islam dalam
usaha berda’wah mi tidak menjadi persoalan, lantaran RasuluLlah sendiri pun
telah dihalang dan hampir setiap langkah dan usaha baginda disekat oleh dugaan
dan cubaan.
Segala usaha umat Islam untuk berda’wah akan terdempak
dengan pancaroba dan pelbagai dugaan tetapi segala-galanya tidak menjadi hal
dan tidak akan melemahkan atau melunturkan semangat mereka, tidaklah RasuluLlah
manusia kesayangan Allah sendiri pernah dicampak lumpur ke atas kepalanya dan
dengan keadaan yang demikian baginda pulang ke rumahnya untuk dibasuh oleh
salah seorang puteri baginda.
Seperkara lagi yang bersangkut dengan peristiwa ini dan
sejarah hidup RasuluLlah, iaitu mungkin terdapat setengah setengah orang
menganggap apa yang clinamakan oleh RasuluLlah dengan tahun perkabungan
semata-mata kerana kehilangan bapa saudaranya Abu Talib dan isteri Baginda
Khadijah binti Khuwailid, dan dan sinilah mereka menganggap patut diadakan
perkabungan kerana kematian keluarga mereka berdasar kan kepada apa yang telah
berlaku kepada RasuluLlah.
Sebenarnya anggapan dan pendapat ini salah.
Nabi sendiri pun bukanlah berdukacita sangat-sangat kerana kematian bapa
saudara dan isterinya dan tidak pula menamakan tahun tersebut tahun berduka dan
perkabungan, lantaran pemergian dua orang yang dikasihinya tetapi perkabungan
yang dimaksudkan sebenarnya ialah kerana jalan dan usaha untuk berda’wah hampir
semuanya tertutup, sepertimana yang kita ketahui bahawa bapa saudara dan
isterinya adalah pembantu yang terkuat di dalam usaha berda’wah dan
mengembangkan agama baru. Di tahun itu, selepas kematian dua orang yang
dikasihinya tidak siapa pun yang mendengar dan beriman dengannya, malah apa
yang ditemuinya semata—mata cemuhan dan tentangan, di langsung tidak berhasil
berbanding dengan tahun-tahun yang terdahulu semasa ujudnya Khadijah dan Abu
Talib.
Apa yang membawa RasuluLlah berdukacita sangat-sangat ialah
kerana manusia tidak mahu beriman dengan kebenaran yang dibawanya, kesemua
mereka membatu tidak mahu mendengar da’wah dan seruannya. Untuk demikian maka
Allah menurunkan ayat-ayat buat mengingat rasulNya yang ianya diutuskan
semata-mata untuk menyeru dan menyampaikan suruhanNya sahaja, tidak lebih dan
itu, dan tidak perlu berdukacita sangat kerana keengganan kaumnya. Firman
Allah:
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawasanya
apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (janganlah kamu bersedih had)
kerana mereka sebenamya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang
zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. Dan sesungguhnya telah didustakan (pula)
Rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan
penganiayaannya (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami
kepada mereka. Tidak ada seorang pun yang dapat merubah kalimat-kalimat
(janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dan
berita Rasul-rasul itu. Dan berpalingan mereka (dari mu) terasa amat berat
bagimu, maka jika kamu dapat membuat lubang d bumi atau tangga ke langit lalu
kamu dapat mendatangkanmu kepada mereka (maka buatlah). Kalau Allah
mengkehendaki tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk, sebab
itu janganlah kamu sekali-kali termasuk orang-orang yang jahil).”
(Surah A1-An’am 6:33 — 35)
PERANTAUAN RASULULLAH KE TA’IF
Setelah RasuluLlah menerima tentangan dan
seksaan yang pahit dan kaum Quraisy maka baginda telah cuba keluar dan Makkah
merantau ke Ta’if untuk mencari perlindungan dan sokongan dan suku kaum qabilah
Thaqif dan semoga mereka akan menerima baik apa yang telah diturunkan Allah
kepadanya.
Ketika RasuluLlah sampai di Ta’if baginda telah
mengemukakan hasratnya kepada beberapa orang yang mula-mula ‘ditemüinya. Mereka
itu terdiri dan ketua-ketua puak Thaqif tapi rnalangnya sebaik sahaja
RasuluLlah menyeru mereka, seruannya ditolak mentah—mentah bahkan mereka
bertindak penuh kekerasan dan makian yang bertalu-talu. Dengan itu RasuluLlah
bangun mengundur din dan Ta’if dan meminta supaya mereka merahsiakan perkara
ini dan Quraisy tetapi harapan baginda itu tidak diindahkan. Tidak memadai
setakat itu malah ada di antara mereka hamba abdi, khadam dan anak nakal barn
Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu hingga luka-luka kedua belah kaki
baginda yang mulia itu. Zaid bin A1-Harithah yang mengiringi baginda ke sana
cuba melindungi RasuluLlah dari serangan dan lontaran anak-anak nakal itu
hingga luka beberapa tempat di kepalanya [Tabaqat Al-Kabir ooleh Ibn
Sa’id].Dengan keadaan sedemikian akhimya baginda sampai ke sebuah dusun yang
dimiliki oleh Atabah bin Rabi’ah di mana anak-anak tadi sudah tidak mengikuti
baginda lagi. Di dusun itu RasuluLlah berhenti di bawah pokok anggur di mana
dua orang anak lelaki Rabi’ah melihat baginda. Di situlah RasuluLlah menengadah
berdoa:
“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah
tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata
ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah,
Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang
jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku?
Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan
kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung
dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfa’at
dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dan kemarahanNya ke atasku dan
kemurkaanMu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara
dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”
Seketika RasuluLlah dalam keadaan begini dua anak lelaki
Rabi’ah yang telah nampak RasuluLlah terasa kasihan juga terhadap RasuluLlah
lalu mereka menyuruh budak suruhan mereka yang bernama “Edas” membawa buah
anggur yang diisi di dalam pinggan kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Semasa RasuluLlah hendak memakan buah-buah anggur tadi didahulukan dengan
sebutan “Bismillah” kemudian baru dimakannya buah anggur itu. Dengan penuh
kehairanan “Edas” menyoal RasuluLlah:
“Sebutan yang tuan hamba ucapkan sebentar
tadi belum pernah hamba dengarnya dan penduduk di sini.”
Kemudian Rasulullah menyoal balik.
“Kamu ini berasal dan mana?” Jawab Edas.
“Sebenarnya saya ini berugama Nasrani dan
berasal dan sebuah kampung di Al Musil iaitu Ninawa.” [Tahzib Sirah Ibnu
Hisyam] RasuluLlah pula:
“Jadi kamu ini sekampunglah dengan seorang
manusia yang saleh itu iaitu Yunus bin Matta?
“Bagaimana tuan hamba boleh kenal Yunus bin
Matta itu? tanya Edas pula dan dijawab oleh RasuluLlah.
“Ianya saudaraku, kerana ianya Nabi dan aku
pun Nabi juga.... dengan tidak membuang masa Edas pun menerpa ke arah
Rasulullah dan memeluk Rasulullah seeratnya [Tabaqat Al-Kabir oleh Ibn Sa’d]
lantas mengucup kepala, kedua kaki dan tangan Rasulullah.
Ibnu Ishaq telah menceritakan: Setelah itu RasuluLlah Sal
laLlahu ‘alaihi Wasallam beredar dan Ta’if pulang semula ke Makkah sebingga
apabila Baginda tiba di suatu dusun tamar baginda beristirehat dan bangun di
tengah malam melakukan salat malam kemudian beberapa orang dan kalangan mereka
seperti yang disebutkan oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala melintasi kawasan itu dan
mereka mendengar segala bacaan RasuluLlah. Setelah tamat Baginda membaca maka
mereka pun beredar dan situ menemui kaum mereka dengan menyampaikan berita
berupa peringatan yang menakutkan lantas dengan itu kaum mereka pun beriman
dengan apa yang mereka dengar dan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Sebenarnya Allah telah memperihalkan cerita
mereka dengan kataNya:
Yang bermaksud:
“Dan
ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan A1Qur’an,
maka tatkala mereka rnenghadiri bacaan (nya) lalu mereka ber kata: “Diamlah
kamu (untuk rnendengarkannya).” Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali
kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: “Hal kaum kami
sesungguhnya karni telah mendengarkan kitab (A1-Qur’an) yang diturunkan sesudah
Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi rnemirmpin kepada
kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaurn kami, terirnalah (seruan)
orang yang men yeru kepada Allah dan berirnan kepadaNya, nescaya Allah akan
mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dan ‘azab yang pedih.” (Surah
A1-Ahqaf 46:29 — 31) Allah berfirman lagi.
Yang bermaksud:
“Katakanlah (hai Muhammad): “Telah
diwahyukan kepadaku bahawasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan
A1-Qur’an), lalu rnereka berkata: Sesungguhnya kami telah rnendengar A1-Qur’an
yang menakjubkan.”
(Surah Al-Jin 72 : 1)
Semasa RasuluLlah bergerak hendak pulang ke Mekah Zaid bin
Al Harithah yang telah mengiringi Baginda sejak ke Ta’if bertanya kepada
RasuluLlah. Katanya:
“Bagaimana hendak pulang ke Makkah pula
wahai RasuluLlah! Tidakkah mereka telah pulau dan halau tuan hamba?” Maka jawab
Rasulullah:
“Wahai Zaid! Dengarlah! sebenarnya Allah
jua yang akan memberi luang dan kelapangan dan Allah jua yang akan menolong dan
membantu agamaNya.”
Bila sampai di perbatasan Mekah RasuluLlah mengirim seorang
utusan dan puak Khuza’ah ke hadapan Mat’am bin ‘Adi memberitahu yang Baginda
masuk ke Makkah di bawah perlindungan dan jagaannya. Harapan dan hasrat
RasuluLlah diterima baik oleh Mat’am dan dengan itu RasuluLlah pun masuklah ke
kota Makkah.
PENGAJARAN
DAN RENUNGAN
Sekiranya kita perhatikan dengan teliti tentang episod
perantauan RasuluLlah ke Ta’ifini, penderitaan dan ‘azab sengsara yang
ditemuinya di sana kemudian perkembaliannya ke Makkah pula maka dapatlah kita
simpulkan beberapa faktor penting:
(1) Segala pancaroba yang merintangi jalan
perjuangan RasuluLlah khususnya dugaan semasa ke Ta’if merupakan sebahagian dan
dugaan perjuangan tabligh dan da’wah.
Kedatangan dan kebangkitan RasuluLlah bukan sahaja
menyampaikan ‘aqidah kepercayaan yang benar kepada dunia dan ‘alam sejagat dan
soal ‘ibadat, akhlak susila, dan mu’amalat nialah antara tugasnya juga ialah
menyampaikan kepada kaum inuslimin bahawa mereka mesti bersabar ketika
menjalankan tugas—tugas dan menerangkan kepada umat Islam secara praktikal
tentang sabar yang sangat-sangat dituntut oleh Allah Sub hanahu Wata’ala:
Yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu
dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di— perbatasan
negerimu.)”.
(Surah Ali-Imran: 3:200)
Dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu berjaya.
RasuluLlah telah mengajar kita secara praktikal cara—cara menunaikan ibadat,
sabdanya:
Yang bermaksud:
“Sembahyanglah sepertimana kamu lthat aku sembah yang. Dan sabdanya
lagi.” Dan sabdanya lagi:
Yang bermaksud:
“Ambillah dariku ibadat-ibadat kamu.”
Apa yang boleh disaringkan di sini, bahawa segala warna
penderutaan dan ‘azab sengsara yang dialami oleh RasuluLlah seolah-olah hendak
berpesan kepada penda’wah selepasnya:
“Bersabarlah seperti mana kamu lihat aku sabar.” Antara apa
yang hendak dinyatakan kepada umat Islam bahawa sabar dan menghadapi aneka rupa
cabaran dan rintangan adalah antara prinsip-prinsip agama Islam yang dibawa
oleh Muhammad Sal laLlahu ‘alaihi Wassalam.
Bolehjadi ada orang ketika mengikuti peristiwa perantauan
RasuluLlah ke Ta’if mengatakan bahawa Muhammad Sal laLlahu ‘alaihi Wassalam
telah menemui jalan buntu, kehabisan ikhtiar dan terasa sempit dada dan oleh
yang demikian RasuluLlah tidak ada jalan lain hanya menadah tangan berdo’a
kepada Allah sebaik sahaja baginda sampai ke dusun dua orang anak Rabi’ah itu.
Sebenarnya RasuluLlah telah menyambut cabaran dan dugaan tadi dengan penuh
ketabahan hati, ketenangan dan kerelaan malah segala pancaroba tadi dihadapinya
dengan ke sabaran dan penuh perhitungan. Kalau tidak demikian awal awal lagi
RasuluLlah sudah menuntut bela dan membalas dendam di hari pembukaan kota Makkah
terhadap mereka mereka yang telah mengganas, melanyak dan menyeksa baginda
dahulu. Sebaliknya, sedikit pun tidak terlintas di hati baginda hendak berbuat
demikian; tegasnya apa yang telah di ceritakan oleh Bukhan dan Muslim dan
‘Aisyah RadhiyaLlahu ‘anha; suatu ketika pernah ‘Aisyah bertanya RasuluLlah;
“Wahai RasuluLlah! Pernahkah tuan hamba merasa lebih pahit
dan séngsara dan han Uhud?” jawab Baginda: “Bahkan, yaitu menghadapi bangsa kau
(‘Arab) dan yang paling dahsyat sekali ialah ketika aku memperkenalkan diriku
dan berda’wah di kalangan puak Ibnu Yalil bin ‘Abdi Kalal di mana tawaran dan
da’wahku tadi tidak diterima langsung dan aku terus beredar dan situ dengan
perasaan tak karuan. Bila sampai ke suatu tempat bemama Qiran Tha’alib barn aku
sedar, aku meng angkat kepala melihat ke atas, tiba-tiba sekumpulan awan
meneduhi daku dan aku nampak Jibril ‘alaihissalam memanggil aku katanya:
“Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla telah mendengar setiap perkataan bangsa kau
dan tindakan mereka terhadap kau dan Allah telah mengutuskan Malaikat segala
gunung untuk kau.” “Suruh sekehendakmu.” kata RasuluLlah lagi:
“Malaikat segala gunung tadi memanggil dan
memberi salam kepadaku dan katanya”:
“Wahai Muhammad sesungguhnya Allah telah mendengar perihal
kaum bangsamu dan tindak balas mereka terhadap seruan kau. Aku ini malaikat
segala gunung diutuskan oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa saja aku ini, untuk
apa yang engkau mahu. Kalau mahu aku boleh hempap ke atas mereka bukit
A1-Akhsyabin.” Jawab RasuluLlah: “Tapi apa yang aku mahu biar Tuhan melahirkan
dan sulbi mereka suatu golongan yang menyembahNya tanpa mensyirikkanNya. Itu
saja yang ku mahu.”
Ini menunjukkan yang RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi wasallam
mengajar sahabat-sahabat dan umatnya yang terkemudian agar bersabar dan tahan
menentang cabaran dan dugaan, malah mengajar kita cara—cara bersabar demi
menjalankan tanggungjawab ke jalan Allah ‘Azza wajalla.
Mungkin pula ada orang yang berkata:
“Tidakkah RasuluLlah sering menadah tangan ke langit
mengadu perihal dirinya dan kaum bangsanya? Tidakkah ini merupakan keluhan
menunjukkan yang RasuluLlah itu bosan dan terasa sempit dada lantaran usahanya
tidak memberi hasil, selain dan ‘azab sengsara yang kian hari kian bertambah?”
Sebenarnya keluhan dan mengangkat tangan ke langit mengadu
hal kepada Allah adalah satusatunya ‘ibadat dan sembahyang, mengadu hal kepada
Allah ketika kesempitan adalah menta’ati dan bertaqarrab kepada Allah. Tidak
ada pertentangan di antara bersabar dalam kesusahan dengan mengadu hal kepada Allah,
malah ini adalah salah satujalan yang terpuji yang diajar kepada kita oleh
RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam sendiri.
Perlu kita ingat bahawa manusia itu setinggi mana dan
semulia mana pun darjah dan pangkatnya, ianya tetap beredar di dalam ruangan
dan lingkaran bingkai-bingkai kemanusiaan dan keinsanannya sahaja; manusia
seluruhnya dijadikan penuh dengan perasaan sensitif, perasaan bahagia, senang
dengan ni’inat dan perasaan sedih atau duka bilamana disengat kesengsaraan.
Manusia akan terasa tenang dan puas hati dengan yang pertama dan gundah gulana
dengan yang kedua.
Faktur ini membuktikan kepada kita sejelasnya bahawa
RasuluLlah walau pun ianya Nabi dan utusan Allah tetap juga ditimpa bahaya dan
kesusahan di dalam usaha menjalankan tugas-tugas Allah. Setinggi mana
martabatnya ianya tetap beredar dan berkisar di dalam bidang fitrah
kemanusiaannya juga tetap akan perik dengan kesengsaraan dan akan lapang serta
tenang dengan kesenangan ni’mat.
Tetapi Baginda rela mengharungi lautan kesengsaraan dan
kepahitan demi mencari keredhaan Allah, tidak syak lagi ini adalah antara
jalan-jalan untuk mendapat pahala dan ganjaran dan Allah Subhanahu Wata’ala. Di
sinilah nyatanya al-taklif atau sifat tunduk dan menjunjung penntah-perintah
Allah kepada manusia.
(2) Bila kita perhatikan dengan teliti
setiap peristiwa sejarah hidup RasuluLlah bersama—sama kaum bangsanya, kita
akan temui pada tiap ‘azab sengsara yang ditempuh oleh Muhammad SallaLlahu
‘aaihi Wasallam diiringi dengan penawar yang melegakan. Ini adalah pemberian
dan ganjaran Ilahi kerana sanggup bersusah payah dahulu, iringan penawar tadi
ialah untuk menentang hati yang telah begitu banyak menempuh dan merempuh
kesengsaraan agar jangan dipecah-pecah atau dihancur-hancurkan oleh perasaan
putus asa dan kekecewaan.
Di dalam peristiwa perantauan baginda ke Ta’if membayangkan
betapa pahit dan sengsaranya perasaan jiwa ketika dihina dan diejek-ejek oleh
kanak-kanak nakal itu. Tetapi sebagainya ganjaran dan Allah Subhinahu Wata’ala
kepada RasulNya buat penawar terhadap ejek-ejekan itu kedapatan seorang Wasrani
(Kristian) ‘Edas ketika datang mempersembahkan sepinggan buah anggur memeluk
dan mengucup kepala dan tangan hingga ke kaki baginda sebaik saja RasuluLlah
menceritakan tentang keNabiannya kepada ‘Edas.
Seorang pengarang iaitu Mustafa Sadik Al-Rafi’ei
RahimahuLlah telah melukiskan kisah mi kepada kita, katanya: Betapa ‘ajaibnya
simbolik-simbolik Ilahi di dalam cerita ini, seolah-olah kebaikan, kemuliaan
dan penghormatan telah datang melutut meminta ma’af terhadap kejahatan dan
kenakalan yang telah berlaku dan kucupan mesra selepas kata-kata cemuhan yang
kesat.
Sebenarnya dua orang anak lelaki Rabi’ah itu adalah seteru
ketat kepada Islam, merekalah yang telah datang menemui Abu Talib bapa saudara
RasuluLlah meminta supaya melarang Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu
kepada mereka untuk dibereskan. Tiba-tiba naluri dan perasaan mengganas dan
liar itu bertukar corak kepada unsur-unsur kemanusiaan, di mana unsur-unsur
serupa ini adalah konsep dan asas utama kepada ugama ini kerana masa depan
untuk beragama adalah bergantung kepada fikiran dan bukannya kepada sentimen
dan perasaan yang melulu.
Sebagai simbul juga; agama Kristian telah memeluk againa
Islam serta memberi tunduk ta’zim, lantaran agama yang benar tetap dan yang
benar, tidak ubah seperti hubungan dua saudara. Kalaulah hubungan atau
pertalian dua saudara itu ialah darah maka hubungan agama dengan agama ialah
fikiran yang searus.
Sekali lagi taqdir Ilahi melukiskan satu simbolik yang
lain. Setangkai buah anggur yang mains dan melegakan tadi ialah tangkai dan
cambangan agama Islam yang teragung kuat dengan ikatan kasih mesra, tiap sebiji
buah anggur adalah sebuah pemerintahan. [Wahyul-Qalam: J.2.H.30]
(3)
Tindakan yang diambil oleh Zaid bin Al Harithah mendedahkan
dirinya tegasnya memperbentengkan dirinya kepada serangan anak-anak nakal agar
anak-anak batu yang diontar kepada RasuluLlah tidak merbahayakan RasuluLlah
sehingga terluka kulit kepalanya di beberapa tempat. Tindakan ini adalah sebaik
contoh yang mesti dicontohi dan dilakukan oleh setiap Muslim demi menjaga
keselatnatan diri penda’wah agung, walaupun tindakan ini memerbahayakan dirinya
sendiri.
Beginilah keadaan tiap sahabat RadhiyaLlahu ‘anhum di zaman
RasuluLlah demi menjaga keselamatan Baginda.
Oleh kerana RasuluLlah tidak hidup bersama kita di hari ini
maka tidak tergambar pula yang kita akan dapat melakukan dan bertindak seperti
mana yang dilakukan oleh para sahabat yang terdahulu dan ulung itu; tetapi ini
tidak menunjukkan yang kita tidak boleh melakukan sejajar dengan apa yang
dilakukan oleh para sáhabat itu, iaitu jangan kita cuba melarikan diri dan
pancaroba ‘azab sengsara dalam usaha da’wah Islamiyyah. Kita mesti turut
bersama menanggung sebarang bebanan dan kesusahan yang pernah dipikul oleh
junjungan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam.
Mesti diingat, bahawa mendukung da’wah Islamiyyah adalah
kemestian dan kewajipan yang wajib diujudkan di setiap masa demi mengganti dan
mengambil tempat pimpinan Nabi Muhammad ‘Alaihi Wasallam. Setiap Muslim wajib
mempunyai dan mempersiapkan angkatan tentera yang ikhlas dan sanggup
mengorbankan harta benda dan jiwa raga seperti mana yang pemah dilakukan oleh
Muslimin yang bersama RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam ketika itu.
(4)
Mengikut riwayat dan Ibnu Ishaq; mengenai
Sekumpulan jin yang mendengar dan mematuhi apa yang mereka dengar dan Nabi
s.a.w. di waktu baginda bersembahyang di hujung malam di kampung Nakblah;
riwayat ini merupakan satu dalil wujudnya jin, dan makhluq jin adalah mukallaf,
malah makhiuq jin ada yang beriman kepada Allah dan Rasul Nya, ada pula yang
kafir. Dalil-dalil ini sudah diakui kepastiannya kerana ada ceritanya dalam
Quran dalam surah Al-Jin dan surah A1-Ahqaf, antaranya:
“(Dan
[ingatlah] tatkala Kami hadapkan kepadamu sekumpulan jin yang mendengarkan
Qur’an; maka ketika mereka menghadhirinya, mereka berkata: “Diam lah;” dan bila
seksai, mereka pergi kepada kaum mereka memberi amaran [balasan azab kepada
orang tidak beriman]. Mereka berkata: “Wahai kaum kami! sesungguhnya kami telah
dengar sebuah kitab yang diturunkan sesudah Musa, yang mengakui yang di hadapannya
[yang scbelumnya], yang memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.
Wahai kaum kami! terimalah penda‘wah Allah itu, dan berimanlah dengannya, Allah
akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Allah lepaskan kamu dan azab yang pedih.)”
(Surah A1-Ahqaf Ayat 29-31)
Peristiwa ini, sepert yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan
ditulis oleh Ibnu Hisham dalam “Sirah”nya, disebutkan juga oleh Bukhari, Muslim
dan Tirmizi dengan mathum yang sama, walaupun berlaman huraian.
Lafaz hadits yang diriwayatkan oleh Bukhan dengan sanadnya
dan Ibnu Abbas adalah seperti berikut:
Mafhumnya: “Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sengaja pergi
ke pasar ‘Ukkaz bersama beberapa orang sahabatnya
Sesungguhnya para syaitan telah dihalang untuk sampai dan
melihat berita di langit, mereka dihalang dengan lontaran bintang, lalu
pulanglah mereka dan kata mereka: “Tidak dihalang kita pergi mendapatkan berita
di langit kecuali ada sesuatu yang telah berlaku, pergilah kamu periksa di
timur dan di barat bumi dan lihatlah apa yang berlaku,” lalu mereka pun
pergilah ke timur dan ke barat bumi untuk melihat apakah yang berlaku hingga
terhalang mereka untuk mendapatkan berita di langit, lalu pergilah mereka yang
menghala ke arah Tihamah kepada Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di Nakhlah,
baginda sengaja keluar ke pasar ‘Ukkaz dan bersalat fajar dengan
sahabat-sahabat nya. Manakala kedengaran bacaan A1-Qur’an mereka tumpu kan
mendengarnya, lalu kata mereka: “Inilah yang menghalang kamu dan mendapatkan
berita langit.” Lalu mereka pun pulang kepada kaum mereka dan berkata: “Wahai
kaum kami! sesungguhnya kami telah mendengar Qur’an yang ajaib, ia menunjuk
kepada jalan yang betul, maka kami pun beriman dengannya dan tidak kami
sekutukan sesuatu dengan Tuhan kami.” Kemudian Allah turunkan kepada NabiNya
ayat:
(Katakanlah: “Diwahyukan kepadaku, bahawa segolongan jin mendengar [teliti akan
Quran], lalu mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang
ajaib.) Al-Jin .1. Yang diwahyukan itu ialah mengenai jin.” Al
Bukhari.J.6.H.73.
Lafaz dan riwayat Muslim dan Tirmizi juga sama seperti
lafaz Bukhari, cuma sedikit tambahan, iaitu: “... tidak dibacakan oleh
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepada jin itu dan baginda tidak nampak
mereka, bagmda berangkat bersama kumpulan ...“ Hadith.
Kata pengarang “Al-Fath”: “Berkemungkinan Bukhan sengaja
menggugurkan lafaz: “tidak dibacakan oleh Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
kepada jin “ itu kerana Ibnu Mas’ud menyatakan pastinya bahawa Nabi SallaLlahu
‘alaihi Wasallam membaca Qur’an kepada jin, kerana ia mendahului penafian Ibnu
Abbas. Muslim juga menunjukkan mathum yang sama, di mana beliau mengemukakan
hadith Ibnu Mas’ud selepas hadith Ibnu Abbas, Sabda RasuluLlah, mathumnya:
“Datang kepada penda’wah jin, saya pun berangkat pergi
bersamanya, maka saya pun membaca Qur’an kepadanya.” Maka dengan dua hadith
tersebut boleh dibuat kesimpulan, bahawa peristiwa itu berlaku lebih dan
sekali.” Fathul-Bari.J.8.H.473.
Kemudian pastinya hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan
Bukhari itu, berlainan dengan hadith yang diriwayat kan oleh Ibnu Ishaq dari
dua sudut:
Pertama: Riwayat
Ibnu Ishaq tidak menyebut Nabi bersalat dengan sahabat—sahabatnya, ini
difahamkan bahawa bersalat sendirian, sedangkan riwayat lain menyebutkan Nabi
ber salat bersama sahabat—sahabatnya.
Kedua: Riwayat
Ibnu Ishaq tidak dikaitkan dengan sembahyang fajar, sedangkan dalam
riwayatriwayat lain menyatakan Nabi bersalat fajar.
Jadinya, maka riwayat Ibnu Ishaq tidak perlu dipertikaikan
lagi, tetapi riwayat-riwayat lain boleh dipertikaikan dari dua sudut:
Pertama: Bahawa
Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di waktu pergi ke Taif kemudian pulang, tidak
ada siapa bersama nya kecuali Zaid bin Haritsah seperti yang di ketahui maka
bagaimana pula baginda bersalat bersama satu kumpulan sahabatnya?
Kedua: Bahawa
lima waktu salat belum disyaratkan sebelum Isra’ dan Mi’raj, sedangkan Isra’
dan Mi’raj berlaku selepas pemergian baginda ke Taif mengikut keterangan yang
sahih, maka bagaimana pula baginda bersalat fajar [ubuh].
Jawab kepada yang pertama ialah: Berkemungkinan Nabi
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertemu dengan beberapa orang sahabatnya di waktu
tibanya di Nakhlah di waktu fajar, lalu baginda pun bersalat di situ.
Jawab kepada yang kedua pula: Bahawa Jin mendengar Qur’an
disebut berulang-kali dalam hadith riwayat Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud, kedua
hadith itu adalah sabih, juga peristiwa Isra’ dan Mi’raj berlaku selepas
pemergian Nabi ke Taif memang diakui oleh Jumhur (majority) ‘ulama’ yang
mengkaji sirah, namun ada juga yang mengatakan Isra’ dan Mi’raj berlaku sebelum
hijrah ke Taif, ia tidak boleh ditolak terus.[Lihat ‘Uyun al-Asir Ibnu Sayyid
al-Nas 1/118 dan Fath al-bari 8/473.]
Yang penting untuk kita mengetahuinya sesudah ini, ialah
bahawa setiap orang muslim hendaklah beriman kepada kewujudan jin, beriman
bahawa jin itu adalah makhluq hidup dan bertanggungjawab untuk beribadat kepada
Allah, sama seperti kita manusia, walaupun daya pancaindera kita manusia tidak
dapat sampai ke makhluq jin itu, adalah kerana Allah Ta’ala memang berkuasa
menjadikan kewujudan jin tidak mampu di lihat oleh daya penglihatan yang ada
pada mata kita manusia, kita tahu bahawa mata kita ini hanya dapat melihat
beberapa bahagian wujud-wujud yang tertentu saja di alam mi dengan kadar dan
syarat yang tertentu.
Tidak sepatutnya orang berakal boleh terjerumus ke dalam
kebodohan dan kelalaian yang begitu ketara sekali, iaitu dengan sikapnya yang
tidak mahu mempercayai sesuatu yang tidak secucuk dengan sains, maka ia
berbangga dengan mengata kan ia tidak percaya kepada wujudnya jin, kerana
semata-mata ia tidak melihat dan tidak bersentuh dengan jin.
Kalau pegangan sepel:ti mi ada pada golongan terpelajar,
maka mudah sekali mereka menafikan dan menidakkan banyak benar yang wujud yang
telah diyakini wujudnya, semata-mata kerana tidak melihatnya, pada hal qa’edah
ilmiyyah yang masyhur mengatakan: “Bahawa yang tidak dapat ditemui tidak
semestinya tidak wujud.” Ertinya, kerana anda tidak dapa melihat sesuatu yang
anda cari atau yang anda kaji tidaklah semestinya ia tidak wujud.
(5) Apakah kesannya kepada Nabi Muhammad dengan segala apa
yang telah diihat dan di’alaniinya ketika perantauan Baginda di Ta’if? Dan
apakah implikasinya pula dengan segala apa yang di’alaminya itu di dalam jiwa
Baginda?
Untuk jawapan selanjutnya ikutilah apa yang telah
diterangkan oleh RasuluLlah kepada Zaid sebagai menjawab pertanyaan beliau
tentang apakah Baginda akan pulang pula sedangkan kaumNya telah pun menghalau
Baginda keluar dan Makkah, dengan tenang baginda menjawab: “Wahai Zaid,
sesungguhnya Allah akan memberi kelapangan dan jalan keluar dan apa yang engkau
sebutkan itu dan sesungguhnya Tuhan jua yang akan tolong agamaNya dan
mengangkat NabiNya.”
Dan sini dapatlah kita perhatikan bahawa segala apa dilihat
dan di’alaminya oleh RasuluLlah di Ta’ifsana di samping segala macam kekejaman
dan penyeksaan di Makkah, sedikit pun tidak memberi kesan terhadap kepercayaan
dan keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala atau melemahkan tenaga
ke’azamannya yang positif di dalam jiwa Baginda.
Sebenarnya ini bukanlah ketabahan manusia biasa yang
mempunyai kekuatan bertahan yang lebih yang enggan tunduk di bawah paksaan dan
tekanan tetapi inilah yang dikatakan tekad keNabian yang telah menguasai hati
dan jiwa RasuluLlah dengan menyeluruh. Baginda sedar bahawa segala usaha dan
tindakannya itu semata-mata untuk melaksanakan dan menjalankan perintah Allah
dan merempuh atau mengharungi jalan-jalan yang disuruh oleh Allah. Oleh yang
demikian tidak syak lagi Tuhan itu tetap akan menjayakan perintahNya dan tiap
suatu itu adalah di dalam perhitungan dan QadarNya.
Sebagai pengajaran dan apa yang diperkatakan tadi ialah
supaya kita tidak gentar dan berundur bila berhadapan dengan ranjau di
sepanjang jalan da’wah Islamiyyah. Kejadian ini juga memberi pengajaran kepada
kita bahawa perasaan bosan dan lemah semangat tidak akan dapat menjalar masuk
ke dalam jiwa kita selagi kita mengikut suluhan cahaya keimanan dan Allah dan
taufiqNya. Sesiapa yang membekalkan tenaganya dan Allah Subhanahu Wata’ala maka
sudah pasti ia akan mengenal erti kekecewaan dan kemalasan, selagi sesuatu itu
menjadi penintahNya maka selama itulah Ianya akan memben pertolongan.
Kemalasan, kehampaan dan kekecewaan yang menghalang jalan
dan perjuangan sesuatu ideologi yang lain ialah jalan dan ideologi yang tidak
disuruh oleh Allah. Di dalam hal yang seumpama ini, yang digunakan hanyalah
kebolehan, ke upayaan dan tenaga yang tersendini. Apa yang kita fahami tenaga
manusia itu adalah terbatas. Dan sinilah selalunya, segala tenaga usaha dan
semangat berapi—api tadi terancam dan akan berubah menjadi putus asa serta
kecewa seandainya peijuangan itu memakan masa yang panjang dan mengalami pancaroba
yang banyak, kerana keupayaan manusia adalah sangat terbatas dan terhad.
MU’JIZAT ISRA’ DAN MI’RAJ
Dimaksudkan dengan Al-Isra’ di sini ialah
perjalanan yang mulia lagi bersejarah dan Masjid Al-Haram di Makkah ke Mas jid
Al- Aqsa di Al-Quds di Palastin, adapun Mi’raj pula ialah peristiwa naik
kelapisan langit tertinggi di mana Nabi Muham mad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
telah bertemu dengan Allah Rabbul Jalil, kesemuanya ini berlaku dalam semalam
sahaja.
Pendapat sejarah telah berbelah bagi tentang masa
berlakunya mu’jizat Isra’ dan Mi’raj iiii. Ada yang mengatakan benlakunya dalam
tahun kesepuluh selepas kebangkitan dan pengutusan baginda. Pendapat Ibnu Sa’d
yang telah diganiskan di dalam kitabnya “AT-TABAQAT AL-KUBRA” mencatitkan
bahawa mu’jizat ini berlaku sebelum lapan belas bulan hijrah RasuluLlah.
Terdapat satu persoalan yang lain pula telah ditimbulkan
iaitu apakah perjalanan RasuluLlah ini dengan ruhnya sahaja ataupun ruh dan
jasad sekali. Pendapat ramai orang Islam ialah nih disertai dengan jasad sekali
dan di sinilah baru ternampaknya mu’jizat pengembaraan baginda yang mulia yang
telah dikurniakan kepada junjungan kita Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Tentang kisah pengembaraan ini telah
dibidangkan oleh Imam Bukhani dan Muslim dengan selengkapnya. Di malam yang
bersejarah ini RasuluLlah telah menunggang “Buraq” sejenis binatang besar
sedikit dan keldai dan kecil sedikit dan baghal. Binatang ini melangkah kakinya
sejauh mata meman dang. Setelah baginda sampai dan masuk ke dalam Masjid
Al—Aqsa serta menunaikan sembahyang dua raka’at, Jibril membawa baginda dua
biji gelas, satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. RasuluLlah memilih
susu, lalu Jibril pun berkata:
“Engkau telah memilih yang fitrah dan semulajadi” Setelah
itu barulah RasuluLlah naik ke langit pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya
dibawa ke “Sidratul Muntaha” dan di situlah Allah menyampaikan kepada baginda
segala apa yang telah disampaikan. Antaranya Allah menyampaikan kewajipan
sembah yang lima waktu sehari semalam ke atas tiap—tiap Muslim lelaki dan
perempuan yang mana pada mulanya diwajibkan lima puluh raka’at sehari semalam.
Pada keesokan pagi baginda menceritakan segala-galanya dan
apa yang ternampak oleh mata kepalanya kepada umum. Cerita dan RasuluLlah SallaLlahu
‘Alaihi Wasallam menyebabkan orang Musyrikin semuanya bergelak ketawa dan
membawa berita yang pelik dan mengetawakan ini, kepada yang lain untuk
diketawakan. Di samping itu terdapat di antara mereka yang mencabar RasuluLlah
dengan meminta supaya menceritakan dan mernbuat satu gambaran tentang “Baitul
Muqaddis” yang telah dilihat oleh RasuluLlah kalaulah betul baginda telah pergi
dan sembahyang di dalamnya. Sebenamya untuk membuat gambaran atau laporan
memang sukar kerana di masa itu tidak terlintas di ruangan kepala dan ingatan
baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk meneliti sehalusnya berapa tiang,
berapa pintu dan sebagainya. Walaupun begitu Allah Subhanahu Wa ta’ala telah
menampakkan di mata kasar RasuluLlah gambar dan pemandangan Baitul Muqaddis
secara terperinci dengan tiga dimensinya. Ini membawa RasuluLlah dapat menjawab
pertanya yang dihadapkan kepada baginda dan dengan ini juga baginda dapat
menjawab cabaran mereka tadi dengan menjawab selengkapnya segala pertanyaan
mereka. Al—Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallarn, katanya: “Puak Quraisy telah mendusta segala cakapku, kemudian
akupun bangun ke anjung (Saidina Ismail). Lepas itu Allah pun menampakkan
kepadaku “Baitul Muqaddis”, membolehkan aku menceritakan segala—galanya tentang
tempat-tempat dan tanda-tanda keistimewaan pemandangan Baitul Muqaddis yang
dipaparkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
Beberapa orang Musyrikin yang telah mendengar cerita Isra’
dan Mi’raj itu berkejar menemui Sayyidina Abu Bakar dan menceritakan perihal
Nabi Muhammad yang dikatakan telah pergi ke Baitul Muqaddis dan naik ke langit
dengan harapan Sayyidina Abu Bakar terperanjat dan kebingungan tetapi dengan
tenang Sayyidina Abu Bakar menjawab; “Sekiranya itu yang diceritakan oleh
baginda maka semuanya adalah benar belaka. Sebenarnya aku telah mempercayai
Nabi Muhammad tentang perkara— perkara lain yang lebih dari itu”.
Pada subuh pagi hari Isra’ itu jibnil telah datang dan
mengajar Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam cara-cara, rukun-rukun dan
segala sesuatu mengenai fardhu sembahyang dan waktuwaktunya. Adapun RasuluLlah
sebelum diturunkan sembahyang itu padanya, baginda sembahyang dua raka’at pagi
dan dua raka’at petang. Segala—galanya adalah mengikut sepertimana yang dilakukan
oleh Sayyidina Ibrahim ‘alaihissalam.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Sepatah kata mengenai RasuluLlah dan
mu’jizat:— Setengah-setengah pengkaji sejarah RasuluLlah begitu gemar
memperbesar-besarkan sangat tentang penghidupan Nabi Muhammad sebagai manusia
biasa. Ini mereka lakukan ketika mengulas dengan panjang lebar bahawa kehidupan
seharian bagmda sebagai tidak berpaut dan bertaut dengan perkara—perkara luar
biasa iaitu mu’jizat. Mereka mengatakan bahawa baginda pernah menegaskan bahawa
ia tidak ada kena-mengena dengan mu’jizat. Pengulasan mereka itu bersandarkan
kepada sepotong ayat Al-Qur’an
“Katakanlah (hai
Muhammad) sesungguhnya perkara perkara mu’jizat itu berada di sisi Allah”.
Gambaran ini menyebabkan sipembaca sejarah Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaibi Wassalam akan mendapat gambaran di kepalanya bahawa
penghidupan seharian Nabi Muhammad itu memang jauh dan tidak berbau langsung
dengan perkara perkara yang selalunya dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala
kepada para anbiya’Nya yang terdahulu untuk menyokong dan memperkuatkan risalah
dan pengutusan mereka.
Bila kita perhatikan dan mengkaji dengan teliti tentang
pendapat dan teori ini nescaya ternampak tembelangnya kerana pendapat mi adalah
dianjurkan dan didokong oleh para orientalis seperti Gustov Lobon, Ojist Kont,
Hume, Gold Zihar dan lam-lain lagi. Timbulnya pendapat dan teori ini adalah
disebabkan oleh ketiadaan iman dan kepercayaan mereka terhadap pencipta
mu’jizat tadi iaitu Allah Subhanahu Wata’ala kerana apabila keimanan dengan
Allah tidak menetap di sanubari seseorang itu maka persoalan dan perkara yang
lain menjadi gampang belaka dan di kala ini tidak perlu lagi kepada mu’jizat
mu’jizat itu.
Malangnya pendapat ini telah disambut baik oleh
setengah-setengah orang Islam dan memang malang nasib dunia Islam di mana kalangan
orang Islam sendiri telah berusaha dan bertungkus-lumus untuk menyebarkan hasil
pemikiran asing ini. Usaha penyebaran yang merosakkan ini dilakukan tidak lain
kerana mereka tertawan dan tertipu dengan keindahan putar-belit barat,
terpesona dengan godaan kemajuan sains dan teknologi barat. Antara mereka yang
terpengaruh dengan ke indahan pesona kemajuan dan teknologi barat itu ialah
Syaikh Muhammad ‘Abduh, Muhammad Farid Wijdi, dan Hussain Haikal.
Dan bila penyerang ideologi dan seteru Islam yang profesional
mendapati ada juga orang Islam yang cuba melariskan pendapat-pendapat barat ini
maka semakin bertambah luas lagi jalan dan peluang baru kepada penyerang
ideologi ini untuk memasukkan dengan lebih banyak lagi racun-racun berbisa ke
dalam masyarakat ummat Islam dan tidak perlu lagi taktik yang tradisional untuk
melancar serangan terang-terangan terhadap ‘aqidah Islam dan menanam fahaman
athies di otak kepala orang-orang Islam.
Yang demikian mereka cuba memberi gambaran dan sifat-sifat
yang tertentu kepada RasuluLlah seperti keharuan, kepintaran, kepenganjuran dan
bermacam-macam lagi di dalam bentuk-bentuk yang menarik sekali dan di masa yang
sama mereka cuba membuat sesuatu gambaran penghidupan Rasu luLlah yang terpisah
dan mu’jizat dan luar biasa yang bukan bukan yang tidak boleh sampai oleh akal
manusia yang singkat.
Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya lama-kelamaan
akan tercipta suatu gambaran dan nama baru mengenai diri RasuluLlah di kalangan
umat Islam. Boleh jadi mereka menamakan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam
yang pintar atau Muhammad pemimpin atau Muhammad Perwira atau apa sahaja yang
boleh melenyapkan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam sebagai Nabi dan Rasul
di mana segala sifat dan faktor keNabian, wahyu dan sebagainya dan perkara—perkara
ghaib malah apa sahaja yang boleh menukarkan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wassalam dan alam keNabian dan keRasulan kepada metologi dan cerita-cenita
dongeng kerana keNabian berasaskan wahyu dan mu’jizat sedangkan manusia dari
dongeng metologi tidak sedemikian.
Akhirnya segala-galanya ini membawa kepada suatu tanggapan
dan kepercayaan bahawa sebab ramainya bilangan pengikut Nabi Muhammad tidak
lain tidak bukan adalah kerana kepintaran dan kecerdikanNya. Cubalah perhatikan
semuanya nampak dengan jelas dan nyata tentang maksud mereka menamakan penganut
ugama Islam dengan Nabi Muhammad di tempat ‘muslimin dan Muslim’.
Tetapi apakah tujuan sebenarnya di sebalik gambaran dan
lukisan tentang hakikat Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wassalam yang sebenarnya
itu? Sekiranya ingin kita menyingkap dan mendedah di bawah cahaya logik dan
kajian objektif maka ternyatalah kepada kita:—
i)
Sekiranya kita kembali meneliti sekali lagi
tentang zahiriyyah dan gejala wahyu itu dan telah pun kita memperkatakan
selengkapnya bahawa ia menjadi unsur utama dalam penghidupan seharian Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wassalam maka ternyata kepada kita bahawa sifat—sifat yang
lain tanpa ragu-ragu lagi. KeNabian adalah satu hakikat yang tidak dapat
disukat atau dipertimbangkan mengikut perasaan biasa manusia. Demikian juga
mu’jizat, yang merupakan anugerah istimewa dan unggul kepada peribadi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang tidak boleh dilucutkan atau dibenteras
‘mu’jizat’ dan perkara—perkara luar biasa ini kecuali setelah berjaya
melucutkan sama sekali sifat keNabian darinya atau akibat akhirnya ialah
mengingkarkan agama itu sendiri.
Meskipun tujuan maklumat ini tidak dinyatakan sejelasnya
oleh pengkaji-pengkaji dan kalangan orientalis umun dengan hanya menyebut
kepintaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, kecerdikan, keberanian,
kebijaksanaannya bermain politik dan sebagainya sudah cukup untuk membayangkan
dan menyatakan tujuan dan matlamat mereka itu kerana tujuan dan maksud biasanya
datang selepas pembayang.
Oleh kerana setengah-setengah mereka ini tidak sabar dan
sanggup menahan lebih jauh lagi maka tidak ada jalan lain melainkan meluahkan
isi hati mereka dengan menyatakan secara terang—terangan bahawa mempercayai
agama itu sama dengan mempercayai perkara mu’jizat yang mustahil.[ Dr. Shibli
Shamil mengatakan mi dalam muqaddimah terjemahan ke bahasa Arab sebuah buku
ulasan mengenai teori Evolusi Darwin.]
Bukankah engkau lebih mengetahui bahawa tidak ada erti
untuk memperkatakan sesuatu tentang keengkaran atau k imanan mereka terhadap
mu’jizat itu, sekiranya sejak awal—awal lagi mereka telah mengingkar agama itu
sendiri.
ii)
Andaikata kita meneliti tentang sirah kehidupan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kita dapati begitu banyak sekali Allah
Subhanahu Wata’ala menunjukkanmu ke atas Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam. Semuanya tidak dapat kita tolak kerana sirahnya adalah mengikut
sandaran hadith yang benar dan riwayatnya bertaut pula, yang membawa kita
percaya sepenuhnya malah mencapai peringkat kita meyakininya.
Antaranya peristiwa mengeluarkan air dari antara
jari—jarinya yang mulia. Peristiwa ini diceritakan oleh Imam Bukhari di dalam
kitab hadithnya di bawah tajuk ‘Air Sembahyang’, Imam Muslim pula
mencatitkannya di dalam bab sifat, atau tingkah laku, Imam Malik
meriwayatkannya di dalam kitabnya Al-Muwatta’ di bawah judul ‘Kebersihan’ dan
dan para imam hadith terkemuka yang lain mengikut aliran masing-masing.
Al-Zarqani sendiri yang mengambil dari Al Qurtubi menceritakan dengan katanya:
‘Sesungguhnya pengaliran air antara jari—jari Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam disebut beberapa kali di dalam beberapa tempat kejadian yang
bersejarah, sirahnya mengikut berbagai aliran yang kesemuanya membawa kepada
pengetahuan yang benar dan sahih terhadap peristiwa mi.
Dan di antara yang lain pula ialah hadith pembelahan bulan
di zaman RasuluLlah iaitu ketika itu puak musyrikin meminta baginda melakukan
sedemikian. Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam kitab hadithnya di dalam
fasal ‘Ahadithul Anbiya’ dan Muslim di dalam fasal ‘Sifatul Qiyamah’ begitu
juga para ‘ulama’ hadith yang lain. Ibnu Kathir berkata: ‘.... tentang ini
banyak hadith mutawattir dengan sandaran yang benar dan boleh dipercayai telah
memperkatakan seluruh ‘ulama’ sepakat memperkatakan tentang peristiwa yang
bersejarah ini berlakunya di zaman RasuluLlah, di mana ianya merupakan antara
mu’jizat-mu’jizat yang teragung.
Yang peliknya mereka tidak berhenti-henti memperhebohkan
dengan mencanangkan sifat-sifat kepintaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
di samping melucutkan dan mengenepikan segala sesuatu yang berupa mu’jizat dan
sesuatu yang luar biasa dan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan ketika
yang sama mereka sengaja melupakan segala hadith yang benar dan bertaut
(mutawattir), langsung tidak memberi sebarang perhatian. Positif pun tidak,
negatif pun tidak juga. Seolah-olah kitab- kitab hadith tidakpun mengandungi
perkara ini sedangkan apa yang dikemukakan lebih daripada sepuluh aliran dan
cara saranan.
Sebabnya mereka membisu ialah untuk
mengelak diri supaya tidak terjerumus kepada masalah yang rumit di mana mereka
terpaksa menghadapnya ketika bersekemuka dengan hadith-hadith tadi kerana
hadith— hadith ini amat terang bercanggah dengan prinsip-prinsip yang berputar
ligat di otak kepala mereka. [ ‘Antara mereka ialah pengarang Hayat Muhammad
SaLlaLlahu ‘alaihi Wasallam yang begitu terang sekali hendak melepaskan dari
ikatan hadith supaya teorinya begitu romantis dan tidak ditempelak oleh hadith
itu. Beiau ialah Hussain Haekal.]
iii) Perkataan mu’jizat ini bila diperhatikan dengan teliti
maka didapati ia tidak mempunyai satu definasi yang tersendiri dan apa yang
telah diertikan semata—mata makna dan pengertian yang nisbi atau relatif.
Mengikut apa yang telah dita’rifkan, perkataan mu’jizat ini bermakna
perkara-perkara yang luar biasa dan perkara ini pula sering bertukar dan
berubah mengikut peredaran masa, kadang-kadang berubah ertinya dan satu
kebudayaan ke satu kebudayaan dan kebolehan sesuatu umat. Biasa berlaku di
suatu masa yang lalu mu’jizat dan luar biasa bagi puak yang perimitif yang
tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Tapi yang sebenarnya mengikut orang yang berfikiran waras
bahawa ‘biasa dan luar biasa’ itu kesemuanya asal mu’jizat dan luar biasa
berlaku.
Cakrawala mu’jizat, peredaran planet mu’jizat, ‘akal fikiran
manusia mu’jizat, kuasa tarikan bumi mu’jizat, perjalanan darah mu’jizat, jiwa
dan roh manusia mu’jizat sehingga manusia sendiri pun mu’jizat juga. Memang
tepat sekali apa yang disifatkan oleh ahli flkir Peranchis Chateaubriand katanya:
“Manusia ini ialah penghidupan metafizika”
Malangnya manusia ini selalu terlupa nilai mu’jizat pada
keseluruhannya kerana setiap waktu berkisar dan bermain dengannya, entah kerana
mereka tidak tahu atau kerana bongkak, dikira mu’jizat itu hanya pada perkara
yang memeranjatkan sahaja.
Manusia sering membuat ukuran untuk mempercayai atau
tidaknya terhadap sesuatu perkara itu berdasarkan biasa atau luar biasanya
sesuatu perkara. Inilah kejahilan manusia yang paling aneh meskipun ianya telah
maju di bidang kemajuan dan pengetahuan.
Sekiranya manusia itu merenung dan memerhatikan dengan
penuh ketelitian ke arah ‘alam akan terhidanglah kepadanya suatu ciptaan yang
semuanya serba mu’jizat belaka dan akan tersinar di otak kepalanya bahawa Tuhan
yang mencipta alam ini tidak mengalami kesulitan dan kesukaran baginya untuk
menokok-tambah sebarang mu’jizat yang lain pula ke atas ‘alam ini ataupun
menukar-ganti setengahsetengah sistem yang biasa dikendalikan kepada suatu cara
yang lain pula. Seorang orientalis Inggeris “William Jones” pernah menyuarakan
hasil renungan beliau terhadap ‘alam ini dengan katanya:
“Tidak sukar bagi tenaga yang telah mencipta ‘alam ini
untuk menambah atau membuang sebahagian darinya. Memang senang untuk mengatakan
bahawa perkara ini tidak tergambar di kepala manusia. Yang sebenarnya orang
yang mengatakan demikian tidak tergambar di kepalanya gambaran sebenar tentang
kewujudan ‘alam ini”.
Ertinya kalaulah ‘alam ini tidak ada kemudian diceritakan
kepada orang yang engkar dan tidak percayakan perkara-perkara mu’jizat dan luar
biasa bahawa dunia ini akan ada, dengan serta merta dia akan menjawab bahawa
perkara ini tidak mungkin berlaku dan tidak terlintas di kepalanya kerana
keengkarannya terhadap mu’jizat.
Inilah apa yang harus difahami oleh setiap Muslim tentang
RasuluLlah dan segala yang telah dikurniakan Tuhan kepada baginda dan mu’jizat
yang luar biasa.
(2)
Rahsia berlakunya Isra’ dan Mi’raj dalam keadaan
RasuluLlah sedang mengalami cubaan:— Begitu pahit dan maung sekali segala
pancaroba yang dirasai oleh RasuluLlah dan pihak Quraisy dan yang paling
dahsyat sekali dialami oleh RasuluLlah ialah penghinaan di Thaif seperti yang
telah kita perkatakan dahulu. Di dalam do’a restu baginda ke hadrat Ilahi
ketika baginda berehat dan penat lelah di pokok-pokok di dusun anak-anak
Rabi’ah nampak sekali kelemahan dan keperluan manusia kepada pertolongan Ilahi
dan inilah pengakuan kehambaan manusia kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin; Di dalamnya
juga menampakkan pengaduan RasuluLlah kepada Allah Subhanahu Wataàla di samping
merestui pertolongan dan kurniaannya, juga terbayang kegelisahan apakah ini
suatu kemurkaan dari Allah kerana sesuatu perintah yang telah terlanggar. Oleh
yang demikian di antara do’a restu baginda “sekiranya ini tidak mendapat murka
maka tidaklah hamba hiraukan”.
Selepas itu disusuli pula dengan peristiwa Isra’ — Mi’raj
di mana peristiwa ini adalah kurniaan Allah kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam demi untuk memperkuatkan dan memperbaharui keazaman dan menerangkan
bahawa segala pancaroba yang dihadapi oleh RasuluLlah bukanlah suatu angkara
murka dari Allah dan dasar Ilahi dengan manusia tercinta dan demikian juga
sunnah dan dasar da’wah Islamiyyah di setiap waktu dan ketika.
(3)
Perjalanan Isra’ RasuluLlah ke Baitul Muqaddis
dan keberangkatan kelapisan langit ketujuh merupakan satu peristiwa yang besar
ertinya. Antaranya mempertandakan bahawa Baitul Muqaddis bukanlah satu tempat
biasa malahan ianya tempat qudus dan suci di sisi Allah dan mempertandakan
bahawa di sana tersemat satu pertalian yang erat di antara kebangkitan ‘Isa bin
Maryam ‘alaihissalam dengan risalah RasuluLlah, tegasnya wujudnya suatu
pertalian dan hubungan yang rapat dan erat di antara para Anbiya’ seluruhnya di
dalam siri pengutusan mereka ke’alam ini.
Peristiwa ini juga memberi suatu suluhan isyarat bahawa
setiap masa harus berwaspada dan menjaga keselamatan dan kehormatan tanah suci
ini serta menjaganya dari sebarang rupa pencerobohan dari luar dan dalam.
Inilah hikmat Ilahi yang seolah-olah telah memberi amaran agar setiap Muslim
tidak akan membelakangkan masalah Baitul Muqaddis yang telah dinodai oleh
tangan-tangan Zionis dan meminta dari setiap Muslim supaya membersihkan tanah
ini dan noda kecemaran yang telah melandanya.
Siapakah yang mengetahui bahawa peristiwa Isra’ yang
teragung inilah mendorongkan Salahuddin A1-Ayubi Rahimahullah bangun serentak
menyeru kaum Muslimin menentang dan menghalau musuh salibi durjana dan berambus
pulang ke Eropah semula dengan diselubungi oleh mendung kegagalan yang sial.
(4)
Susu ialah yang menjadi pilihan RasuluLlah
ketika Jibril membawa datang satu piala yang berisi susu dan yang satu lagi
berisi arak; ianya sebagai simbolik kepada Islam, agama fitrah dan semulajadi.
Jelasnya ‘aqidah dan hukum-hakam agama mi sesuai dan seiring dengan kehendak
semulajadi manusia seluruhnya, tanpa ada suatu apapun di dalam Islam bercanggah
dengan sifat—sifat semulajadi manusia. Andaikata ‘alam ini dan tabi’at
semulajadi diibaratkan dengan suatu badan dengan dimensinya maka Islam pula
ialah baju yang terpotong mengikut ukuran yang benar—benar menepati ukuran
badan tadi.
Inilah sebabnya mengapa Islam tersiar dengan meluasnya ke
merata tempat dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Walau setinggi mana
manusia mencapai tamaddun dan kemajuan kebendaan namun ia tetap mahu menjawab
laungan perasaan dalaman yang bersifat semulajadi dan untuk demikian sanggup
membebaskan dirinya dari belenggu rekaan yang kosot-moyot yang tidak berpijak
dan berpandukan neraca semulajadi. Hanya Islam sahaja satu agama dan sistem
yang unik yang boleh memberi keselesaan yang mendalam kepada neraca semula jadi
manusia.
(5)
Perjalanan Isra’ dan Mi’raj berlaku dengan roh
dan jasad sekali, jiwa dan badan RasuluLlah sekali.
Sebilangan terbesar umat Islam di zaman lampau dan sekarang
bersependapat mengatakan demikian. Imam Al Nawawi di dalam mengulas kitab
Muslim menyatakan:
“Pendapat yang
sebenarnya seperti yang dipegang dan diperkatakan oleh sebahagian besar
(majoriti) orang awam dan para fuqaha’ Islam yang terdahulu dan yang terakhir
bahawa Isra’ Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berlaku sekali lagi dengan
jasad baginda. Kesan peninggalan sejarah juga membuktikan sedemikian dan tidak
dapat dan tidak mungkin kenyataan. Athar ini ditolak dan ditukar dengan yang
lama dan tidak boleb diengkar melainkan kalau dapat dibawa suatu penafsiran
yang lain”. [Al-Nawawi Al-Sahih Muslim & Fathul Bari Al-Sahih Al-Bukhari]
Imam Ibnu Hajar di dalam kitab pengulasan hadith Bukhari
menyatakan bahawa Isra’ dan Mi’raj itu berlaku kedua duanya di dalam waktu satu
malam, ketika Rasulullah masih sedar dan jaga dengan kedua-dua jasad dan rohnya
sekali. Inilah pendapat majoriti ‘ulama’ hadith dan fuqaha’ Islam dan ‘ulama’
tauhid. Berita peristiwa ini turut berpindah dari seorang ke seorang dan tidak
seharusnya menarik diri dari mempercayai centa ini kerana tidak ada suatu sebab
pun yang membolehkan akal fikiran menolaknya.
Di antara bukti-bukti yang menolak keraguan apakah
RasuluLlah berangkat dengan jasad dan rohnya ialah kehairanan kaum Quraisy,
kerana perkhabaran itu terlalu ganjil bagi mereka. Oleh yang demikian mereka
dengan serta merta mendustakan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Kalaulah
penstiwa ini setakat melibatkan roh sahaja maka tidak menjadi sebarang
kegemparan di kalangan kaum Quraisy kerana pemandangan dan gambaran yang
dilihat dalam tidur itu tidak ada sekatan dan batasan had. Kalau demikian maka
perkara ini sama saja bagi orang Muslim dan kafir. Kalau peristiwa ini berlaku
dengan roh sahaja mengapa puak Quraisy begitu bersunguh sungguh untuk mengambil
tahu dengan tepat tentang sifat-sifat Baitul Muqaddis, pintu, tiang dan
sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk menekan dan mencabar Muhammad SallaL
lahu ‘alaihi Wasallam.
Bagaimana boleh berlakunya peristiwa ini dan apakah boleh
tergambar di otak kepala manusia? Segala-galanya berlaku sepertimana
mu’jizat-mu’jizat yang lain boleh terjadi. Bukankah telah kita katakan bahawa
‘alam ini semuanya mu’jizat dan luar biasa belaka. Kalau semua ini dapat
diterima oleh akal fikiran mengapa pula yang ini tidak dapat diterima dengan
mudah juga.
(6) Berwaspada dan berhati—hati dalam mencari cerita Isra’
Mi’raj, agar jangan terperangkap oleh sebuah kitab yang bernama: “Mi’raj Ibni
‘Abbas” kitab ini penuh bersirat dengan hadith-hadith yang palsu yang tidak ada
asal dan sanadnya, memang pengarangnya yang bertujuan buruk ini cuba meletakkan
pembohongan-pembohongan itu kepada Ibnu Abbas r.a., sedangkan Ibnu ‘Abbas
bersih dari demikian seperti yang diketahui oleh orang-orang yang berakal, Ibnu
Abbas sebenarnya tidak pemah mengarang sebarang kitab mengenai Mi’raj Rasul,
sebenarnya kitab ini disusun dan muncul di zaman akhiran pemerintahan Umawiyah.
Bila kitab ini ditemui oleh penda’wah-penda’wah jahat,
mereka dapati banyak pembohongan yang dikaitkan kepada Rasulullah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam yang boleh menggoncangkan iman banyak manusia, mereka pun
memperkenalkan kitab ini, mereka tonjol-tonjolkan kitab ini, (Salah seorang dan
mereka yang menulis pujian dan mengagung-agungkan kitab ini, ialah Doctor Louis
Audh. Kenalkah anda siapa itu Louis Audh ??) di samping mereka tahu sebelum
semua orang tahu bahawa kitab ini didustakan atas nama Ibnu Abbas,
hadith-hadith yang terdapat dalamnya semua palsu dan salah, tetapi terbalik
songsang begitu cepat sekali yang dusta menjadi benar pada mereka, ini adalah
kerana bertujuan mengelirukan pemikiran orang-orang muslimin dan dengan tujuan
membuat kesamaran terhadap agama Islam.
RASULULLAH MEMPERKENALKAN DIRINYA KEPADA QABILAH-QABILAH DAN
PERMULAAN ANSAR MEMELUK ISLAM.
Di dalam musim haji ini, RasuluLlah cuba
memperkenalkan dirinya kepada qabilah-qabilah yang membanjiri Kota Makkah
(Baitullah) dengan mengemukakan agama baru. Baginda membaca beberapa ayat
Al-Quran dan menyeru mereka supaya beriman dengan Tuhan yang satu, tetapi tidak
seorang pun yang menyahut seruanNya.
Ahli sejarah Ibnu Sa’d di dalam kitabnya
menyebut begini:
“RasuluLlah mengikuti musim haji setiap
tahun. Baginda bertemu dengan pengambil-pengambil haji di rumah-rumah mereka
samada di Ukkaz, Mijannah mahupun di Zil Majaz, meminta mereka memberi sokongan
dan perlindungan kepadaNya supaya dapat baginda menjalankan tugas dari Tuhan
dan ganjarannya ialah syurga dan Tuhan. Malangnya tidak ada seorangpun yang
menerima permintaan baginda. Baginda berseru: “Wahai sekalian manusia,
berimanlah dan katakanlah sesungguhnya tidak ada Tuhan hanya Allah, dengan ini
nescaya kamu berjaya dan dengannya nescaya kamu akan menguasai bangsa ‘Arab dan
bangsa asing pun akan tunduk kepadamu, sekiranya kamu beriman maka kamulah raja
di dalam syurga”. Di masa itu juga Abu Lahab mengekori dan belakang membuat
seruan balas yang menyonsang dengan katanya: “Janganlah kamu ikutnya kerana ia
sudah mendurhaka dan seorang pendusta”. Oleh itu maka mereka menjawab seruan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan sekotor-sekotor jawapan di samping
menyakitinya.
Di dalam tahun kesebelas selepas pengutusanNya seperti
biasa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memperkenalkan dirinya kepada
qabilah-qabilah luar. Ketika berada di suatu tempat bemama “Al—’Aqabah”
(letaknya di antara Makkah dan Mina. Di situlah dilakukan lontaran Jamrah Al
‘Aqabah), Baginda telah sempat bertemu dengan beberapa orang dari puak Al
Khazraj. Tanya bagmda: “Siapakah kamu sekalian?” Jawab mereka: “Kami dari puak
Al Khazraj.”
Tanya baginda: “Jiran orang-orang Yahudi?”
Jawab mereka: “Ya.”
Kata baginda: Relakah duduk sebentar untuk ku bercakap
sepatah dua.” Maka Baginda pun tidak membuang masa menyeru mereka ke jalan
Allah dan menyeru kepada agama Islam, di sampingnya RasuluLlah pun membaca
beberapa potong ayat Al Qur’an.
Penghidupan mereka bersama-sama orang Yahudi telah merintis
jalan ke arah penerimaan Islam sebagai agama pegangan mereka. Seperti yang
diketahui bahawa orang Yahudi ialah ahlil-kitab dan ahli ilmu pengetahuan.
Bilamana berlaku persengketaan di antara qabilah khazraj atau puak lain dengan
Yahudi maka orang-orang Yahudi mengugut dengan kata mereka: “Sudah tiba masanya
seorang Rasul akan diutus, di kala itu kami akan mengikut ajarannya dan
bersama-sama akan kami hapus kamu sekalian sepertimana terhapus dan fananya
bangsa ‘Ad dan Iram’
Bilamana RasuluLlah memperkenalkan dirinya yang disusul
dengan seruannya agar mereka menganut agama Islam membawa mereka teringat
kembali akan ugutan Yahudi itu.
Kata mereka: “Kamu ingat tidak, inilah Nabi yang disebut
oleh orang Yahudi dahulu, jangan beri peluang kepada Yahudi mendahului kamu”.
Maka sekalian mereka pun menyahut seruan RasuluLlah. Sambung mereka:
“Kami telah tinggalkan kaum bangsa kami di Madinah sana di
dalam persengkitaan yang amat sangat. Moga—moga dengan berkat tuan akan bertaut
kembali kiambang yang bercerai. Sepulangan kami nanti akan kami kemukakan agama
ini kepada mereka. Andaikata Tuhan menyatukan kembali kami ini maka tuan
hambalah manusia teragung di kalangan kami.”
Merekapun bersurai dan sebelumnya mereka
telah berjanji untuk berjumpa kembali di tahun akan
datang.
PERJANJIAN AL-’AQABAH YANG PERTAMA
Islam pun mula berkembang di Madinah di
tahun tersebut. Seperti yang dijanjikan, sekumpulan orang Ansar pun tiba
seramai dua belas orang lelaki bertemu di Al—’Aqabah. Pertemuan ini dikenal
dengan Al Aqabah Al Ula atau “Aqabah Pertama”. Perjanjian pun dimetrikan
seperti perjanjian wanita juga (di mana artikel perjanjian kaum wanita adalah
tidak mengenai soal peperangan dan jihad). Di antara mereka itu ialah: As’ad
bin Zurarah, Rafia’ bin Malik, ‘Ubadah bin Al-Samit dan Abu Al Haitham bin Al
Tihan.
‘Ubadah bin Al-Samit menceritakan peristiwa ini:
“RasuluLlah telah menyeru kami yang seramai dua belas orang ini dengan katanya:
“Marilah bersama berjanji dengan hamba dan jangan sekali-kali mensyirikkan dan
menyengutukan Allah. Jangan mencuri. Jangan berzina. Jangan membunuh anak-anak
kamu dan janganlah kamu mendurhaka perintah ku ini kerana hendak melakukan ‘kejahatan.
Barangsiapa menunaikan segala janji-janji tadi maka terimalah ganjaran istimewa
dan Tuhan dan barangsiapa melanggar garis-garis tadi kemudian dibalas di dunia
ini maka itu adalah dendanya, dan barangsiapa melanggar perjanjian tadi Tuhan
melindunginya maka itu terserahlah kepada Allah, kalau kehendak Tuhan hendak
membalas atas perlanggaran itu maka itulah balasannya dan kalau kehendak Tuhan
mengampuninya kamu itu terserahlah kepada Allah jua”. Ubadah bin Al Samit
menyambung lagi dengan katanya:
“Kami sekalian pun mengiya dan berikrar
akan demikian (patuh)”.
Ketika mereka hendak beredar dari situ Rasulullah
mengirimkan bersama—sama mereka Mus’ab bin Umair untuk mengajar mereka membaca
Qur’an dan mengajar segala sesuatu mengenai Islam dan untuk mematangkan mereka
soal—soal agama. Beliau ini dikenal dengan “Muqri’ al Madinah” pembaca
al-Madinah.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Tidakkah kita perhatikan suasana yang
dihadapi oleh RasuluLlah selama ini yang sudah berubah, kesabaran telah
membuahkan sesuatu, usaha-usaha telah mula mengeluarkan hasil, da’wah yang
diusahakan oleh RasuluLlah kini mula menghijau dengan ranting-ranting dahan dan
batang-batang yang subur akan mengeluarkan hasil dan perolehan yang lumayan.
Ya! Sebelum kita memperkatakan dengan lebih jauh lagi
tentang hasil—hasil dan masa depan yang gemilang ini, marilah kita bersama-sama
sekali lagi merenung akan kesabaran yang paling pahit dirasai oleh penghulu
agung kita semasa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Di sini kita perhatikan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam sewaktu menjalankan usaha da’wahnya, bukan setakat menyeru kaum
puaknya sahaja dan qabilah Quraisy yang menentang perjuangan baginda tetapi
seruan da’wahnya menyeluruh kepada semua qabilah-qabilah yang mengunjungi Kota
Makkah dan penjuru-penjuru yang berasingan untuk mengerjakan haji. Baginda
memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk di mana baginda menyeru mereka kepada
agama dan ‘aqidah tauhid, berulang alik ke sana ke mari, tetapi tidak ada siapa
pun yang menyahut seruannya itu Imam Ahmad, Hakim dan para ahli hadith yang
lain meriwayatkan hadith sahih:
“Bahawa RasuluLlah SallaLlabu ‘alaihi Wasallam telah
memperkenalkan dirinya kepada pengunjung-pengunjung Makkah di musim-musim haji
dengan katanya siapakah di antara kamu yang sanggup membawa aku untuk bertemu
dengan kabilahnya, di sini puak Quraisy telab melarang aku dan menyampaikan
firman dan seruan Tuhanku.”
Dalam masa sebelas tahun demi sesungguhnya RasuluLlah telah
mengalami hidup dan perjuangannya yang gigih tidak tahu letih dan penat lelah,
di masa itu juga puak Quraisy begitu liar matanya untuk memerhati gerak geri
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan mencari peluang untuk membunuh
baginda. Berbagai corak dan cara penyiksaan yang dahsyat telah dihempap ke atas
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan tujuan hendak melemahkan semangat
perjuangan baginda.
Dalam masa sebelas tahun RasuluLlah merantau dan berdagang
di tengah-tengah kaum bangsanya sendiri. Merantau di segenap puak dan bangsa
yang melingkunginya, meskipun demikian sekali-kali tidak akan melemahkan
semangat perjuangan baginda dan sedikitpun tidak merunsingkan kepalanya atau
terlupa kepada TuhanNya.
Sebelas tahun dalam perjuangan tidak putus-putus dan
kesabaran menuju ke jalan Allah merupakan harga yang setimpal ke arah
penyibaran dan perkembangan raksasa ke timur dan barat. Satu demi satu empayar
dan dinasti tewas dan gugur di hadapannya. Rom dan Parsi tersungkur menarik
nafas terakhir di bawah landasan dan badai arus perkembangan Islam yang agong.
Demikian nilai yang setimpal kepada perjuangan yang gigih,
alangkah mudah dan gampang sekali bagi Tuhan menegakkan sesebuah masyarakat
Islam yang kukuh, tetapi bukan itu sunnah dan polisi Tuhan dengan hambaNya.
Biarlah berlaku penyembahan mereka kepada Tuhan mengikut selesa dan pilihan
masing-masing setelah berlaku dan terciptanya kehambaan mereka tanpa pilihan.
Tidak akan terlaksana penyembahan yang sebenar tanpa
pengorbanan tenaga yang ikhlas, tidak akan nampak yang jati dari yang palsu
tanpa dugaan dan tidak akan timbul yang benar dan yang munafiq tanpa sengsara
dan percubaan. Memang tidak adil dan saksama untuk mendapat habuan tanpa
membelanjakan tenaga dan usaha masing-masing.
Untuk ini semua maka Tuhan telah mewajibkan
manusia dua perkara:
1. Menegakkan
syari’at Islam dan masyarakatnya.
2. Perjalanan
ke matlamat tersebut adalah melalui liku liku jalan yang penuh dengan onak dan
dugaan.
Kalaulah demikian rupanya marilah kita perhatikan
sehalusnya tentang hasil yang mula menampak selepas sebelas tahun dalam perjuangan
berda’wah dan apakah sifat atau tabi’at dan cara perkembangannya:—
(Pertama)
Kejayaan yang diidamkan itu bukanlah dan pihak Quraisy tapi dan kelompok yang
jauh terpencil dan Makkah dan Quraisy, walaupun pergeseran dan permasyarakatan
dahulu lebih rapat dengan Quraisy. Apakah sebabnya hingga berlakunya sebegini
rupa?
Sepertimana yang kita tegaskan di pendahuluan kitab ini
bahawa sudah menjadi hikmat Ilahi agar pengkaji dan penatap sejarah perjalanan
da’wah Islamiyyah tidak merasa ragu—ragu dan syak wasangka terhadap sifat dan
sumbernya (yakni kebenaran). Dengan itu maka mudahlah orang beriman dengannya,
dan tidak akan berlaku kesasulan atau kekeiruan dengan da’wah-da’wah lain.
Untuk demikian juga maka RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diutuskan dalam
keadaan buta huruf, untuk demikian juga maka seruan dan da’wah Muhammad
SallaLlahu‘alaihi Wasallam timbul di tengah-tengah kalangan bangsa yang buta
kemajuan tak pernah merasa atau melihat dan mengambil kemajuan dan luar, untuk
demikian juga maka Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dijadikan contoh
unggul untuk budi pekerti, amanah dan peribadi suci dan untuk demikian juga
maka pengikut-pengikutnya yang pertama bukan dan anak biah suasananya atau kaum
bangsanya, supaya jangan disangka orang yang seruan Muhammad Sallallahu ‘alaihi
Wasallam mi adalah seruan kebangsaan dan kelompoknya semata—mata.
Sebenarnya inilah hikmat Ilahi yang telah memainkan peranan
dan segenap segi, buat menjaga seruan ini dan sebarang ancaman dan ugutan luar
yang ingin menusuk dengan tikaman beracun.
Perkara ini pun telah dibentang oleh penyelidik luar dalam
sebuah kitab berjodol “Dunia Islam di hari ini”.
“Sesungguhnya pihak orientalis begitu gigih membuat
kritik—kritik terhadap sirah RasuluLlah mengikut sistem kajian Eropah, mereka
bertungkus lumus selama tiga suku abad me nyelidik dan mengkaji mengikut
prasangka mereka demi untuk meroboh sama sekali pendapat yang telah
dipersetujui dengan sebulat suara oleh ‘ulama’ Islam mengenai sejarah Nabi
mereka. Sepatutnya usaha mereka yang begitu mendalam sudah lama telah meroboh
benteng pendapat orang Islam itu, dan apakah memang dapat mereka berbuat
demikian? Sebagaijawapannya:
Dengan terang-terang, sedikitpun mereka tidak boleh berbuat
apa-apa, malah kalau kita perhatikan dengan teliti mengenai pendapat baru yang
baru diproseskan oleh para onentalis. Perancis, Inggeris, Jerman, Belgium dan
Belanda tidak ada suatu apa pun, tidak lebih dan temukut bercampur hampa, tidak
memberi sebarang faedah, yang engkau dapati hanya tiap seorang dan mereka cuba
menegaskan apa yang telah dinafikan oleh yang lain.” (perhatikan kitab. ‘Hadzir
al’alam al-Islami, Jiid pertama muka surat 33)
(Kedua) Ketika
kita memerhati dengan teliti ternyata dengan jelas bahawa segala apa yang telah
kita paparkan tentang permulaan Islam untuk orang-orang Ansar di mana Tuhan
telah menyediakan suasana dan pengbidupan di Madinah untuk menenima da’wah
Islamiyyah, sebenamya memang sudah terdapat keselesaan dan persediaan jiwa
untuk menerima Islam. Apakah tanda—tanda persediaan jiwa itu?
Antaranya, Kota Madinah merupakan bandar kosmopolitan,
terdapat bangsa Yahudi mendatang di tengah-tengah rakyat bumiputera bangsa
‘Arab yang musyrik, bangsa ‘Arab ini pula terbahagi kepada dua kelompok yang
terbesar iaitu Al ‘Aus dan AJ—Khazraj.
Puak Yahudi yang mendatang pula terdiri dan tiga qabilah:
Bani Quraidzah, Bani Al Nadzir dan Bani Qainuqa’.
Bangsa Yahudi di Madinah ini telah begitu lama menghasut
dan menyalakan api perpecahan dan ini memang tabi’at semulajadi mereka di antara
dua puak bumiputra (bangsa ‘Arab) ini. Peperangan sering berlaka di antara dua
puak ini. Pengarang kitab: “Mukhtasar Sirah Al—Rasul SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam”, Muhammad bin Abdul Wahhab menegaskan dengan katanya: Peperangan
pernah berlarutan memakan masa seratus dua puluh lima tahun.
Di dalam masa peperangan yang memanjang ini puak ‘Aus telah
mengikat janji dengan Bani Quraidzah dan puak Khazraj pula mengikat janji
dengan Bani A1-Nadzir dan Bani Qairiuqa’. Pertempuran yang terakhir berlaku di
antara dua puak ini ialah pertempuran “Bu’uth” di mana sebilangan besar
pembesar-pembesar dan pemimpin mereka terkorban, pertempuran ini berlaku
beberapa tahun sebelum hijrah Al-Rasul ke Madinah.
Di dalam keadaan begitu andaikata berlaku peperangan di
antara bangsa ‘Arab dan orang-orang Yahudi maka orang Yahudi sering mengugut
mereka dengan kata mereka:
“Bahawa seorang Rasul akan diutuskan Allah ke dunia ini dan
masanya pun telahpun hampir tiba, dan kami (orang-orang Yahudi) akan turut
menjadi pengikutnya nanti, di masa itulah kami akan hancurkan bangsa ‘Arab
dengan pertolongan Nabi tadi bak terhancur keturunan ‘Ad dan Tram”.
Inilah suasana yang telah menggerak penduduk Madinah
tertunggu-tunggu dengan kedatangan seorang Nabi dan kelahiran suatu agama baru.
Dengan penuh harapan mereka menanti-nanti suatu hari kelompok bangsa ‘Arab
kembali bersatu padu, bak pepatah bidok lalu kiambang bertaut.
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Ibnu Qayyim dalam
kitabnya “Zadul Ma’ad” sememangnya inilah apa yang disediakan Allah untuk
utusanNya sebagai persediaan untuk berhijrah ke Madinah dan hikmat Ilahi agar
di sanalah menjadi tapak utama ke arab pelancaran dan perkembangan Islam ke
merata tempat di dunia ini.
(Ketiga) Di
dalam perjanjian Al-’Aqabah yang pertama telah dapat diIslamkan beberapa orang
kenamaan Madinah, seperti yang kita perihalkan, dan sejauh manakah pengislaman
mereka ini dan apakah tanggungjawab mereka yang telah dipertanggungjawabkan
terhadap Islam?
Seperti yang kita perhatikan bahawa Islam mereka ini bukan
sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah sahaja. Sebaliknya keIslaman mereka
ini adalah dengan suatu pegangan dan keyakinan yang teguh, mendalam serta
menyeluruh. Di samping mengucap dua kalimah syahadah mereka susuli pula dengan
perjanjian dan dimetrikan bersama dengan Rasulullah agar segala tingkah-laku
mereka, dan penghidupan seharian mereka mengikut Islam. Ada baiknya kita
menyebut kembali prinsip-prinsip utama dan piagam perjanjian mereka:
kepercayaan kepada Tuhan yang Esa tanpa menyengutuiNya, tidak mencuri tidak
akan berzina, tidak membunuh anak sendiri, tidak melakukan kejahatan dan tidak
melanggar perintab Rasulullah dengan tujuan hendak melakukan kejahatan.
Inilah keistimewaan masyarakat Islam yang terpenting di
mana diutusnya Rasulullah untuk menegakkannya. Bukanlah tugas Rasulullah
setakat mengajar manusia mengucap dua kalimah syahadah kemudian tinggal mereka
untuk mengucap-ngucapkannya sedangkan mereka tetap juga dengan kerjakerja yang
sesat dan perbuatan yang tidak senonoh lagi munkar. Sememangnya setiap yang
mempraktikkan dua kalimah syahadah, menghalalkan yang halal, mengharamkan yang
haram dan yang melaksanakan segala suruhan maka ianya dianggap Muslim.
Mempercayai keEsaan Tuhan dan keRasulan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
merupakan kunci dan langkah pertama ke arah pembentukan masyarakat Islam,
melaksanakan sistem dan prinsip-prinsip Islam dan beriman dengan kekuasaan
Tuhan dalam semua aspek. Dengan lain perkataan dapatlah dikatakan bahawa di
mana sahaja terdapat keimanan kepada Allah dan keRasulan Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam, maka keimanan itu akan diikuti pula dengan kepercayaan dan
keimanan kepada kekuasaan Allah disertai dengan perasaan mematuhi segala
syari’at dan dasarnya.
Yang ganjil sekali kita dapati masih terdapat beberapa
kerat manusia yang begitu terpengaruh dan dipengaruhi oleh undang-undang
ciptaan manusia, dan mereka ini tidak pula mahu berterus-terus menolak Islam ke
tepi. Manusia-manusia ini berusaha hendak melakukan tolak-ansur kehendak
manusia yang bebas dengan syari’at Ilahi.
Usaha mereka ini ketara sekali dalam tindakan mereka
membahagikan aspek hidup, sebahagian untuk mereka dan sebahagian yang lain
untuk Islam. Kata mereka; masjid dan segala sesuatu yang bersangkut dengan
penyembahan adalah untuk Islam. Itu pun kadang-kadang mereka memainkan tipu
helah supaya sesuai dengan kehendak mereka manakala sistem perundangan,
peradaban dan lain-lainnya adalah untuk mereka. Ini pun juga digubah, ditokok
atau dibuang agar sesuai dengan kehendak mereka juga.
Andaikata Rasul-rasul diutuskan kepada segolongan
pendurhaka yang mengingkari keRasulan Nabi dan mereka ketahui jalan
penyelesaian kepada masalah mereka adalah dengan cara bertolak ansur dengan
Islam, maka sudah tentu mereka tidak akan teragak-agak untuk memeluk Islam dan
tunduk di bawah Nya. Seandainya tindakan mereka itu tidak memaksa mereka
menarik diri dan takhta pemerintahan yang sedia ada atau keta’atan mereka di
bawah Islam itu tidak menjejaskan undang undang atau peraturan ciptaan mereka.
Apakah ruginya bagi mereka sekadar menyebut beberapa perkataan dan beberapa
kerja ‘ibadat untuk dilihat orang? Tetapi sebaliknya mereka sedar bahawa agama
ini akan mewajibkan mereka pertama-tamanya supaya tunduk dan patuh kepada suatu
peraturan dan perintah lain, iaitu Islam, secara menyeluruh di mana hukum
syari’at dan perintah telah mensyaratkan untuk tunduk hanya kepada Allah
sahaja. Inilah sebabnya mereka mengganggu dan menentang RasuluLlah dan berat
bagi mereka untuk memeluk Islam sebagai menyambut baik seruan Allah itu.
Untuk menerang hakikat ini di samping memberi ingat tentang
fahaman yang menuduh Islam itu hanya sekadar dua kalimah syahadah dan
sembahyang sahaja, Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang bermaksud:
“Tidakkah
kamu meihat orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepada kamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu. Mereka
hendak berhakim kepada taghut, pada hal mereka telah diperintah mengingkari
taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) sesatan yang
sejauh-jauhnya “.
(Surah Al-Nisa’ 4:60)
Kembali membincangkan tajuk perjanjian RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan orangorang Madinah (orang Ansar di
Al-’Aqabah Al-Ula) di mana artikel perjanjian tersebut langsung tidak menyentuh
tentang perjuangan ‘Jihad’ maka ini adalah disebabkan perintah tersebut belum
lagi diwajibkan di kala itu. Oleh kerana tidak wujud dan tidak disebut
perjuangan jihad’ di dalam perjanjian dengan orang dua belas ini maka ahli
sirah menamakan perjanjian ini sebentuk dan serupa dengan “perjanjian wanita”.
(Keempat) Tidak
syak lagi bahawa Rasulullah yang memikul tanggungjawab berda’wah untuk agama
Allah. Bagidalah utusan untuk segenap golongan manusia, maka semestinyalah akan
disampaikannya da’wah Allah itu.
Timbul satu pertanyaan, apakah hubungan da’wah ini dengan
mereka yang memeluk agama Islam ini pula?
Satu jawapan sudah pun tersedia untuk pertanyaan demikian,
iaitu dalam rangka pengutusan dan pengiriman Mus’ab Umair oleh Rasulullah
bersama-sama dua belas orang ke Madinah, untuk mengajar orang-orang di sana
mengenai Al Qur’an dan hukum—hakam agama. Dalam tugasnya ini ada kalanya beliau
pernah diserang oleh orang musyrik, mengangkat tombak mengancam jiwanya, tetapi
tidak ada apa yang dilakukan oleh Mus’ab untuk mempertahankan dirinya kecuali
dengan membaca beberapa potong ayat Al Qur’an serta menyebut beberapa
hukum-hukum Islam. Dengan lemah seteru yang menyinga itu meletakkan senjatanya
dan terus mengikuti kuliah Islam yang diberikan oleh Mus’ab itu. Dengan itu
agama Islam pun mula berkembang dengan pesatnya di Madinah di mana agama Islam
menjadi buah mulut dan maudhu’ (tajuk) perbincangan hangat kepada setiap
lapisan masyarakat.
Tahukah saudara siapakah Mus’ab bin Umair
itu?
Ia adalah satu-satunya putera ‘Arab yang hidup dengan serba
kemewahan, dengan pakaian yang serba mahal. Tapi bila saja beliau menganut
agama Islam maka segala—galanya ditolak ke tepi. Dengan penuh semangat
kelslaman beliau turut serta di barisan hadapan di belakang Rasulullah
berda’wah dan menyeru manusia ke jalan yang sebenar. Dengan relahati pula
beliau menerima siksaan kaum Quraisy dan beginilah keadaannya yang penuh
dedikasi berkorban untuk Islam hingga ke titisan dan nafasnya yang terakhir. Di
dalam peperangan Uhud ditaqdirkan beliau telah gugur syahid. Dengan pakaian
yang sehelai ditubuh sahaja, baju labuhnya tidak mencukupi untuk menutup ‘aurat
jenazahnya sehingga kalau ditutup di bahagian kepalanya maka kakinya akan
terjuntai keluar dan kalau ditarik ke kakinya maka kepalanya pula akan
terdedah. Akhirnya mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menangis,
teringat kembali betapa beliau sanggup menolak kemewahan duniawi semasa mudanya
dahulu. Rasulullah pun bersabda: “Litupilah bahagian kepalanya dengan baju
labuhnya itu dan tutuplah dua kakinya dengan daun kayu izkhur”.
Kewajipan berda’wah bukan tanggungjawab para Rasul dan
Anbiya’ sahaja atau pun para khalifah dan ‘ulama’ sahaja, tetapi da’wah
Islamiyyah adalah sebahagian dari Islam itu sediri; tidak dapat tidak setiap
muslim berkewajipan menanggung kewajipan ini biar apa jawatan dan urusan yang
diselenggarakan kerana hakikat defakto Islam ialah:
“YANG MENYERU KE ARAH
KEBAIKAN DAN MELARANG DARI KEMUNGKARAN”.
Bukankah anda lebih mengetahui yang mana perjuangan jihad
adalah fardhu dan kewajipan yang mesti dibeban oleh setiap muslim.
Dan sini dapatlah difaham bahawa perkataan atau istilah
‘ahli agama’ yang terkenal di kalangan masyarakat Islam untuk suatu gotongan
tertentu itu adalah suatu pengertian yang salah kerana setiap yang menganut
agama Islam telah berjanji dengan Allah dan RasulNya untuk berjuang dan
berjihad demi agama Islam, lelaki maupun perempuan ‘alim mahupun jahil tidak
kira apa pangkat dan bidang-kerja ikhtisasnya’
Orang Islam kesemuanya adalah ahli agama belaka dan Tuhan
menawar ‘syurga’ kepada mereka yang sanggup menegakkan agama Allah dengan
menggadaikan jiwa raga mereka dan harta kekayaan.
Memang menjadi pengetahuan umum bahawa bidang kerja
ikhtisas para ‘ulama’ mengenai masalah—masalah agama dan mengkaji hukum-hakam
Islam yang tersirat di dalam nusus atau teks AlQur’an dan hadith itu tidak ada
kena mengena dengan perkara yang disebut di atas tadi.
PERJANJIAN AL ‘AQABAH YANG KEDUA
Musim Haji di tahun selepasnya, Mus’ab bin Umair pun pulang
ke Mekkah bersama-samanya sebilangan besar orang Islam Madinah, curi keluar
bersama—sama keluarga mereka yang musyrikin.
Mengikut apa yang diceritakan oleh Muhammad bin Ishak yang
diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik, katanya, “Kami telah berjanji dengan
Rasulullah untuk bertemu di Al ‘Aqabah pada Hari Tasyrik. Selepas selesai kami
mengerjakan haji dan tepat pada malam yang telah kami berjanji itu, kami pun
tidur bersama-sama keluarga dan barang-barang kami. Bila sampai sepertiga malam
kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk menemui
Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Kami keluar perlahan—lahan bersembunyi
seperti burung qata sehingga kami bertemu kesemua berjumlah tujuh puluh tiga
orang lelaki dan dua orang perempuan keluarga kami iaitu Nasibah binti Ka’ab
dan Asma’ binti ‘Amru bin ‘Adiy’.
“Di lorong itu kami menunggu ketibaan Rasulullah, akhirnya
Baginda pun tiba dengan diiringi oleh bapa saudaranya Al ‘Abbas bin ‘Abdul
Muttalib. Sidang ramai pun berkata: “Ambillah dari kami apa saja yang engkau
mahu untuk tuan hamba dan Tuhan.” Kemudian Rasulullah pun berucap di samping
membaca beberapa ayat Al—Qur’an sambil menyeru ke jalan Allah dan mempelawa
mereka kepada agama Islam. Di akhirnya RasuluLlah menyuarakan hasrat baginda,
katanya: “Saya berjanji dengan kamu supaya sanggup mempertahankan diriku
seperti mana kamu mempertahankan anak isteri kamu.”
Al Barra’ bin Ma’rur memegang tangan RasuluLlah dan
berikrar: “Ya, demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran sebagai Nabi,
kami berjanji dan berikrar akan membela diri engkau sepertimana kami
mempertahankan diri sendiri, berjanjilah dan percayalah kami wahai RasuluLlah,
demi Tuhan, kami kesemua adalah juara peperangan dan persenjataan belaka, keistimewaan
ini kami warisi sejak turun temurun dari datuk nenek kami yang ulung.”
Semasa Al Barra’ sedang membuat ucapan dan penegasannya
itu, Abu Al-Haitham bin Al-Tihan menyampuk, kata beliau, “Wahai RasuluLlah,
sesungguhnya antara kami dan orang Yahudi termetri satu perikatan dan akan kami
putuskan perikatan tadi, andaikata Tuhan telah menolong tuan hamba mendapat
kemenangan yang membolehkan tuan hamba beredar pulang ke pangkuan keluarga dan
kaum puak sendiri, apakah rela tuan hamba berbuat demikian meninggal kami?
RasuluLlah senyum lantas berkata: “Tidakkah kita ini sudah
sedarah sedaging, kalau runtuh samasama runtuh, aku ini kamu dan kamu itu aku,
akanku perangi sesiapa yang memerangi kamu dan berdamai dengan sesiapa yang
kamu damaikan.”
RasuluLlah meminta dengan katanya: “Pilihlah dua belas
orang di antara kamu sebagai pengawas “Al Naqib” untuk kaum puaknya.” Mereka
pun pilihlah dua belas orang pengawas; sembilan dari puak Al-Khazraj dan tiga
dari ‘Aus. Sejurus selepas pemiihan, RasuluLlah pun beramanah dan berpesan
kepada pengawas yang dipilihnya itu: “Kamulah bertanggungjawab mengawas kaum
puak kamu sebagaimana pengikut ‘Isa ‘Alaihissalam, dan aku ini pengawas
kaumku.”
Al-Barra’ bin Ma’rur adalah orang pertama berjabat tangan
dengan RasuluLlah tanda bersetuju, lepas itu barulah peserta yang lain turut
berjabat.
Setelah kesemua mereka membuat perjanjian RasuluLlah pun
berkata: “Dan sekarang ini bolehlah kamu bersurai balik ke tempat
masing-masing”. Al ‘Abbas bin ‘Ubadah bin Naflah berkata: “Demi Allah yang
mengutus engkau dengan sebenarnya, sekiranya tuan hamba setuju besok akan saya
selesai keluarga saya dengan pedang-pedang kami.” Jawab RasuluLlah: “Kita tidak
disuruh bertindak demikian, dan bersurailah ke tempat masing-masing.
Kami pun pulang ke tempat tidur masing-masing, di mana kami
tidur sampai ke pagi hari. Bila pagi menyusur tiba, sebilangan puak Quraisy
datang ke tempat kami, mereka melaung: “Wahai sekelian kaum Khazraj,
sesungguhnya suatu berita hangat telah sampai ke pengetahuan kami, di mana kamu
merancang hendak membawa keluar saudara kami itu (Muhammad) dari sini, dan kami
telah dengar juga kamu telah berjanji dengannya untuk memerangi kami, demi
Tuhan sesungguhnya peperangan yang paling benci bagi kami ialah peperangan
dengan kamu sekelian.”
Keluarga kami yang musyrik dan kafir bangun
menyumpah-nyumpah kata mereka: “Sedikit pun kami tak tahu ...“ Perkara ini
memang benar tetapi mereka tidak tahu, kemudian Ka’ab bin Malik menyambung
ceritanya: “Setengah-setengah dari kami memerhati satu sama lain.”
Setelah semua orang pulang dari ‘Mina’ maka puak musyrikin
pun membuat siasatan lanjut mengenai berita yang dihebohkan oleh Quraisy itu,
di mana mereka dapati berita itu memang benar seperti yang diheboh-hebohkan.
Mereka pun keluar mencari kami, antaranya mereka berjumpa Sa’ad bin ‘Ubadah di
suatu tempat berhampiran dengan Makkah bernama ‘Azakhur’ dan Munzir bin Amru
kedua— dua mereka ini pengawas tetapi mereka tidak sempat menangkapnya. Ada pun
Sa’ad bin ‘Ubadah mereka telah mengikat kedua-dua tangan ke lehernya kemudian
diseret dengan binatang tunggangannya hingga sampai ke bandar Makkah. Di sana
mereka menyebat dan merabut-rabut rambutnya yang panjang.
Sa’ad sendiri telah menceritakannya: “Allah sahaja yang
mengetahui ketika aku di dalam tangan mereka, maka semasa aku diseret tiba—tiba
seorang di antara mereka datang sambil berkata: “Apa cerita awak ini tidak
adakah salah seorang dari Quraisy yang telah kamu meminta perlindungan?” Jawab
Sa’ad: “Oh Ya! Sebenarnya aku di sini di bawah perlindungan dan perjanjian
Jabir bin Mut’am dan Al Harith bin Umaiyah, seperti perlindunganku kepada
mereka bila mereka berada dalam negeriku” kata orang itu: Kalau begitu laung
dan pekikkan nama mereka. Akupun melaungkan nama mereka. Akhirnya mereka pun
sampai di mana mereka membebaskan aku dari tangan dan keganasan mereka.”
Ibnu Hisyam seorang penulis sejarah Rasulullah mencatat
begini: “Dimetrikan perjanjian peperangan (Bai’atul Harb atau Bai’atul ‘Aqadah
Kedua) tepat pada ketika Tuhan memberi arahan kepada RasulNya supaya berperang.
Perjanjian itu mengandungi beberapa syarat selain daripada syaratsyarat
perjanjian Al ‘Aqabah yang pertama dulu. Perjanjian yang pertama itu juga
dikenal dengan ‘perjanjian wanita’ di mana RasuluLlah belum lagi diarah supaya
berperang. Selepas RasuluLlah diarah dan diizinkan oleh Allah supaya berjihad
dan berperang maka RasuluLlah dan umat Islam pun berikrar di perjanjian Al
‘Aqabah yang kedua ini untuk berjuang ke titisan darah yang terakhir. Tuhan
pula telah berjanji kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan menepati akan
ikrar itu syurga nirwanalah sebagai balasan.”
‘Ubãdah bin Al-Samit menceritakan: “Kami telah berikrar di
dalam Al Bai’atul ‘Aqabah yang kedua atau Bai’ah Al Harb akan taat setia di
masa kesusahan mahupun di masa senang, di masa genting mahupun di masa tenang
berjanji tidak akan berpecah, berjanji akan bercakap benar di mana-mana saja
berada dan berjanji tidak akan takut sesuatu kerana Allah.”
Yang bermaksud:
“Telah diizinkan (berperang) kepada mereka
yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya
Allah adalah Maha Kuasa menolong mereka itu (iaitu) mereka yang telah diusir
dan kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, hanya mereka berkata: Tuhan
kami hanyalah Allah. Sekira Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia
dengan sebahagian yang lain tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani,
gereja-gereja rumah rumah ibadat Yahudi dan Masjid—masjid yang di dalamnya
banyak disebut nama Allah dan sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang
menolong (agamaNya) bahawasanya Allah sungguh Maha Kuat, Maha Perkasa”
(Surah Al-Hajj: Ayat 39 — 40)
Inilah ayat Al Qur’an yang julung-julung diturunkan
mengenai peperangan di mana dibenar dan diizinkan kepada RasuluLlah berperang
dan berjihad (Lihat Tabaqat Ibnu Sa’d dan Tahzib Sirah Ibnu Hisyam) yang
bererti:
PENGAJARAN
DAN RENUNGAN
Perjanjian ini adalah seperti dengan
perjanjian yang pertama dulu kerana kedua-duanya merupakan pengisytiharan iqrar
keta’atan dalam Islam di hadapan RasuluLlah, mengangkat sumpah ta’at setia dan
ikhlas demi agama Allah dan berikrar untuk menjunjung segala perintah
RasuluLlah.
Kalau macam mana pun perlu kita perhatikan dua titik
perbezaan yang penting terdapat di antara dua perjanjian ini yang patut kita
perhati dan teliti:
(Pertama):
Bilangan peserta di dalam perjanjian pertama seramai dua belas orang lelaki dan
di dalam perjanjian kedua telah meningkat kepada tujuh puluh lebih termasuk dua
peserta wanita.
Mereka yang dua belas orang iaitu peserta perjanjian
pertama telah pun pulang ke Madinah bersama—sama mereka Mus’ab bin ‘Umair bukan
semata-mata pulang untuk mengasing diri dari masyarakat atau tinggal berdiam
diri di rumah masing masing tetapi sebagai tanggungjawab, mereka telah berusaha
untuk mengembangkan agama Islam di kalangan masyarakat masing-masing, lelaki
dan perempuan. Mereka memperdengarkan potongan-potongan ayat Al-Qur’an,
menerangkan selengkapnya hukum-hakam dan peraturannya. Atas daya usahalah maka Islam
telah berkembang dengan pesat di Kota Madinah di tahun itu juga. Pendek kata
tidak ada sebuah rumah pun yang tidak dibenderangkan dengan cahaya Islam. Tajuk
perbincangan harian mereka ialah Islam serta keistimewaan hukum—hakamnya.
Inilah kewajipan dan tanggungjawab tiap muslim di kala dan
di mana juga mereka berada. (Kedua):
Artikel—artikel perjanjian pertama tidak menyebut sama sekali soal jihad dan
perjuangan. Sebaliknya di dalam perjanjian kedua dengan terus terang
menyuarakan supaya jihad, perjuangan dan mempertahankan keselamatan RasuluLlah
itu menjadi tanggungjawab tiap muslim dengan apa jalan sekalipun.
Berlakunya perbezaan ini disebabkan para peserta perjanjian
pulang ke Madinah setelah mengaku akan bertemu dengan RasuluLlah di tempat itu
juga di musim hadapan, dengan niat akan membawa bersama mereka bilangan lebih
ramai penganut-penganut Islam di samping memperbaharui sumpah setia mereka.
Jika demikian maka tidak perlu lagi diadakan ikrar jibad dan perjuangan kerana
kebetulan pula pada waktu itu perintah Allah belum lagi diterimanya, tambahan
pula para peserta semua akan bertemu kembali di musim hadapan.
Dengan itu dikatakan bahawa perjanjian ini hanya buat
sementara sah lantaran artikel_artikelnya yang tidak meliputi, malahan serupa
dengan perjanjian wanita yang dimetrikan selepasnya.
Perjanjian kedua pula merupakan faktor asas kepada
peristiwa hijrah RasuluLlah ke Madinah dan oleh yang demikian ianya begitu
lengkap dan merangkumi segala pninsip yang bakal dilaksanakan selepas hijrah
nanti. Antara yang terpenting ialah jihad dan mempertahankan Da’wah islamiyyah
dengan tenaga dan kekuatan, walau pun suruhan ini tidak diperintahkan oleh
Tuhan di Makkah tetapi Allah telah mengilhamkan kepada RasulNya yang suruhan
itu akan diwajibkan di masa hadapan nanti.
Dari sini dapatlah kita fahamkan bahawa perintah berjihad
dan berperang di dalam Islam tidak diwajibkan kecuali setelah berlakunya hijrah
ke Madinah, mengikut pendapat yang benar. Bukanlah sepertimana yang boleh
difahamkan dari Ibnu Hisyam, yang rnengatakan bahawa berjihad telahpun
diwajibkan sebelum hijrah iaitu ketika dimetrikan peijanjian Al ‘Aqabah yang
kedua. Sebenarnya tidak disebut langsung di dalam artikel perjanjian ‘Aqabah
yang kedua itu apa-apa perintah atau suruhan berjihad, kerana Nabi sendiri
ketika mengikat penjanjian dengan penduduk Madinah itu meminta supaya berjihad
hanya bila mana beliau hijrah ke sana nanti. Buktinya, RasuluLlah telah tidak
setuju dengan apa yang diutarakan oleh Al-’Abbas bin ‘Ubadah selepas perjanjian
yang katanya: “Demi Tuhan yang telah mengutus engkau dengan benar, andai tuan
hamba benar maka akan kami buat perhitungan dengan keluarga kami dengan mata
pedang pada besok hari.” Jawab RasuluLlah: “Kita belum lagi diarah berbuat
demikian, pulanglah ke tempat masing-masing.”
Mengikut pendapat yang dipersetujui bahawa ayat Al Qur’an
yang pertama yang diturunkan berhubung denganjihad ialah ayat:
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang
yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan Allah adalah Maha
Kuasa menolong mereka itu.”
(Surah Al-Hajj 22 : 39)
Mengikut apa yang diceritakan oleh Al Tarmizi, Al Nasa’i
dan yang lain yang diambil dan Ibnu ‘Abbas, katanya: “Semasa RasuluLlah dihalau
dari Makkah, Abu Bakar dengan kesal berkata: “Mereka telah menghalau Nabi
sendiri, sesungguhnya kita ini berserahlah kepada Allah dan sesungguhnya kepada
Nya jua kita akan kembali, sudah tiba masanya yang mereka akan musnah”. Ibnu
‘Abbas menambah kata: “Di kala itulah Tuhan menurunkan ayat Al Qur’an ini. Aku
sedar akan berlaku peperangan” tambah Abu Bakar RadhiyaLlahu ‘anh.
Adapun sebab dan kenapa maka terlewat suruhan berjuang dan
berjihad dengan tenaga kekerasan hingga saat ini, ini adalah kerana beberapa
hikmat:—
1.
Memang tepat dan kena pada tempatnya
memperkenalkan Islam itu kepada ramai kemudian baru diarahkan kepada perjuangan
dan peperangan. Berda’wah memberi penerangan selengkapnya, menyingkap segala
tabir yang membawa kepada kesamaran diikuti dengan pendedahan hakikat Islam
yang sebenar. Tidak syak lagi beginilah tenaga, cara dan peningkat perjuangan.
Sebab itulah maka tanggungjawab melaksanakannya adalah
menjadi kewajipan bersama, di mana tiap muslim disuruh menyumbang tenaga bakti.
2.
Sebagai rahmat Ilahi juga ke atas hambaNya. Ia
(Allah) tidak mewajibkan perang dan jihad itu sebelum umat Islam mempunyai
tempat tinggal sendiri. Telah wujud sebuah Negara Islam, yang merupakan benteng
kubu pertahanan mempertahan dan melindungkan diri di kala perlu, di sini maka
Madinah Al Munawwarahlah Negara Islam yang pertama di ‘alam ini.
PERBICARAAN UMUM TENTANG AL JIHAD DAN MENGAPA
DISYARA’KAN
Oleh kerana kajian ini telah mendesak kita
ke arah pembicaraan tentang Al Jihad dan perjuangan maka sewajarlah kita
perkatakan demi untuk mendapat suatu kesimpulan dan pendapat yang sihat
mengenai Al Jihad dan sebab diwajibkan serta peringkat-peringkatnya.
Tajuk perbicaraan ini menjadi sasaran penyerang ideologi
yang profesional, yang berusaha sedaya upaya mencampur-adukkan kebenaran dengan
kepalsuan, hak dengan bathil. Mereka menyingsing lengan mencari lubang-lubang
kelemahan dan mahligai keagungan Islam yang suci itu, tujuan mereka ialah
menyibarkan syak wasangka dan kesangsian terhadap Islam.
Tidak usah engkau hairankan tentang tujuan kegigihan
mereka, di mana mereka berusaha mengumpulkan riak tenaga demi untuk mengeliru
tentang kebenaran suruhan Al Jihad. Sekiranya kita tahu bahawa jihad dan
perjuangan merupakan satu rukun dan tenaga Islam yang paling ampuh dan strategi
mengikut kaca mata umat Islam mereka juga sedar sekiranya rukun atau tenaga ini
terus dibiarkan hidup berkobar di dada tiap Muslim maka ianya merupakan bahan
pemanas dan penggerak penghidupan umat Islam di setiap zaman. Ianya merupakan
satu tenaga dan kuasa raksasa yang tidak boleh disekat atau dibendung, suatu tenaga
yang menggugut kepentingan emperialis. Oleh yang demikian usaha untuk menyekat
sebarang arus kemaraan Islam haruslah dimulakan dengan menyekat arus ini
dahulu.
Di dalam sepatah dua kata di sini, ingin saya menerangkan;
pertama — makna atau erti Al Jihad perjuangan, tujuannya dalam Islam,
peringkat-peringkat yang dilaluinya dan peringkat yang terakhir; yang kedua
kita cuba menerangkan fahaman atau definasi yang salah yang telah meresap masuk
dan pemalsuan peranannya yang sengaja dicuba dan tidak langsung berkaitan
dengan hakikatnya. Pengertian Jihad
Definasi jihad yang sebenarnya ialah
mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah dan
mendirikan satu masyarakat Islam. Adapun tujuannya pula ialah mendirikan sebuah
masyarakat Islam dan mewujudkan sebuah negara Islam yang sihat.
Peringkat atau tahap perjuangan yang telah dilalui mereka
setakat yang kita tahu sebagai langkah yang pertama di permulaan Islam hanyalah
berdakwah secara rahsia dan sanggup menghadapi dugaan dan pancaroba. Selepas
itu baru diizinkan perjuangan dan peperangan setakat untuk mempertahankan diri.
Peringkat ini bermula bersama-sama bermulanya hijrah atau perpindahan ke
Madinah.
Kemudian barulah diizinkan supaya mengangkat senjata ke
muka penghalang dan petualang yang cuba menyekat dan mengganggu pembinaan
masyarakat Islam, tidak ada kompromi atau pemilihan untuk atheis, penyembah
berhala dan musyrikin (selain dari Islam) kerana tidak wujud titik persefahaman
dengan mereka untuk hidup bersama di dalam masyarakat Islam yang sihat.
Mengenai ahli-kitab pula mereka ini bolehlah tunduk dan patuh kepada masyarakat
Islam dan tinggal bersama di dalam negara Islam tetapi mereka mesti membayar
kepada negara, cukai jaminan al-jizyah di mana orang Islam membayar zakat.
Di peringkat terakhir, perintah berjihad pun diwajibkan di
dalam Islam, yang merupakan tanggungjawab dan kewajipan ke atas tiap muslim di
setiap masa sekiranya mereka mempunyai kekuatan kebendaan yang cukup; sebagai
penegasan daripada Allah i
“Hai orang-orang yang beriman, perangilah
orang orang kafir yang di sekitar kamu itu, hendaklah mereka menemui kekerasan
daripada kamu dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa.”
(Surah Al-Taubah : 9: 123) Dan sabda
RasuluLlah:
Yang bermaksud:
“Aku diperintahkan supaya memerangi manusia
(kafir) sehingga mereka mengucap dan mengaku tidak ada Tuhan melainkan Allah,
maka siapa yang mengucap La Ilaha Illallah maka selamatlah harta dan jiwanya” (Hadis
dipersetujui ramai)
Di sini fahamlah kita bahawa tidak ada erti dikategorikan
Al Jihad itu kepada defensif atau ofensif, lantaran perintah dan suruhan Al
Jihad itu bukan untuk defensif semata-mata untuk mempertahankan sahaja atau
agresif semata—mata yang menyerang sahaja, tetapi isipadu suruhan tersebut
ialah mendirikan masyarakat Islam disertakan dengan segala peraturan dan
konsep-konsep Islam, tidak perlu dan tidak bererti disebut yang ini defensif
dan yang itu ofensif.
Tentang peperangan membela diri, harta, kehormatan, tanah
dan jiwa pula adalah sejenis peperangan yang tidak kena mengena dengan Al Jihad
yang diertikan di dalam fiqh Islam itu. Peperangan ini dikenal sebagai
‘pertarungan’. Para fuqaha’ sendiri telah mengemukakan soal pertarungan membela
diri dalam satu fasal yang berasingan di dalam kitab feqah.
Demikianlah ringkasan erti Al Jihad dan
tujuannya di dalam syari’at Islam.
Tentang kesilapan, kekeliruan dan anasir-anasir yang boleh
merosakkan ini sengaja diseludup masuk ke dalam pengertian Al Jihad. Kesemuanya
ini boleh disimpulkan ke dalam dua teori yang direkarekanya, yang begitu kontra
di antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya adalah untuk mencapai tujuan
yang satu, iaitu menghapus dan membasmikan ‘suruhan Al Jihad’.
Pendapat atau teori yang pertama melaungkan yang Islam
telah berkembang dengan mata pedang Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam
dan para sahabatnya RadhiyaLlahu’anhum Ajma’in telah membuat tekanan dan
paksaan, pembukaan negeri-negeri baru adalah dengan kekerasan, paksaan dan
kezaliman dan bukanlah secara diplomatis.
Pendapat yang kedua pula mencanangkan bahawa Islam ini
ialah satu-satunya agama muhibbah, bertolak ansur dan tidak menyuruh berjihad,
kalau terdapat pun alakadar menentang serangan luar sahaja, penganutnya tidak
akan berperang kecuali kalau terpaksa sangat iaitu kalau diserang dahulu.
Meskipun dua pendapat yang dilaungkan ini ternampak begitu
kontra antara satu sama lain, namun begitu, hakikat sebenar, ialah kedua-duanya
menyampaikan kepada tujuan yang sama. Untuk penjelasan selanjutnya sila
perhatikan:
Pertama mereka
mencanangkan dakwaan yang Islam itu satu agama savage, bengis, keras dan hasad.
Akhirnya dakwaan mereka ini mendapat tentangan dan reaksi yang hebat dan keras
dan umat Islam yang memprotes dakwaan ini.
Di dalam usaha mencari bukti dan jawapan terhadap dakwaan
palsu tadi tiba-tiba segolongan pengeliru cuba mengabui mata umum, muncul ke
hadapan secara olok-olok mempertahankan Islam dan hasil kajian ilmiyyah dan
research mereka yang kononnya objektif. Mereka cuba membela dan menarik balik
tuduhan yang melulu ini, kata mereka: “Islam bukanlah seperti yang disuarakan
oleh mereka yang ianya berkembang dengan mata pedang dan kekerasan, tetapi
sebaliknya agama Islam ialah suatu agama muhibbah, cintakan keamanan, bertolak
ansur dan tidak disuruh berperang kecuali sekadar menahan pencerobohan dari
luar saja, langsung tidak berjihad selagi masih terdapat jalan-jalan
perdamaian.
Penganut-penganut Islam yang cetek iman dan dangkal fahaman
kelslamannya, dengan serta merta tepuk memberi sokongan hangat kepada laungan
tadi, selepas mereka terluap luap marah dengan tuduhan yang pertama. Bukan
setakat itu saja malah laungan ini telah disambut dan dicanangkan pula oleh
mereka, disokong dengan alasan-alasan yang menguatkan pendapat itu “... agama
Islam: agama lemah lembut, bertolak ansur, muhibbah tidak berjuang kecuali
kalau tetpaksa iaitu kalau diserang dan dicerobohi kehormatannya atau diganggu
tidurnya.”
Mereka ini tidak dapat memahami tujuan maksud yang tersirat
di sebalik ucapan pujian oleh golongan yang ingin memukul Islam. Justeru inilah
titik pertemuan di antara dua teori dan pendapat yang pada lahirnya dulu
bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya mereka
adalah satu.
Tujuan mereka menghulurkan berbagai
pendapat dan jalan yang sudah dikaji in ialah supaya pada hujungnya mereka
berhasil membenteras idea Al jihad dan fikiran umat Islam serta memupuskan roh
kemaraan dan cita-cita perjuangan dan dada kaum Muslimin.
Di sini kita cuba memperturunkan
bukti-bukti mengenai perkara tersebut dan seorang saudara kita Professor Dok
Wahbi Al-Zihaili yang telah disajikan di dalam bukunya “Kesan-kesan peperangan
di dalam feqah Islam” yang dipetik dari seorang orientalis Inggens ‘Anderson’
yang berbunyi:
“Ada orang-orang Barat terutamanya Inggeris takut akan Al
Jihad ini timbul dan hidup di kalangan umat Islam, yang akan membawa mereka
bersatu menghadapi musuh dan seteru-seteru mereka. Oleh yang demikian mereka
berusaha menabur kan pendapat pemansuhan ‘Aljihad’. Memang tepat sekali apa
yang telah disifatkan Allah tentang mereka yang tak beriman ini:
Yang bermaksud:
“Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan
disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu ithat orang-orang yang ada penyakit
dalam hatinya memandang kamu seperti pandangan orang pengsan kerana takut
mati.”
(Surah Muhammad 47: 20)
Saya telah bertemu dengan orientalis
Inggeris, Anderson sendiri pada petang hari Jumaat 1960 tanggal 3 haribulan
Jun. Saya terus bertanya pendapat beliau mengenai maudhuk ini beliau menjawab
yang berupa nasihat katanya: Al Jihad hari ini tidak wajib lagi kerana mengikut
kaedah yang berbunyi:
“HUKUM AKAN BERUBAH KERANA BERUBAHNYA MASA”
“Aljihad ini mengikut pendapatnya
sudah tidak sesuai lagi dengan kedudukan dunia antarabangsa hari ini kerana
umat Islam sendiri terikat dengan pertubuhan-pertubuhan dunia dan perjanjian
antarabangsa, dan oleh kerana Al Jihad itu merupakan suatu jalan menekan
manusia supaya memeluk agama Islam lebih-lebih lagi kebebasan dan taraf
pemikiran sudah meningkat menyebabkan ia tidak dapat menerima pendapat atau
ideologi secara paksaan” (Dipetik dan Kitab Aharu’l Fi’l Fiqh Al—Islami).
Berbalik kepada tajuk asal, mengenai
perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua: memang ada sesuatu yang dikehendaki Allah
hingga berita perjanjian ini sampai ke pengetahuan musyrikin Makkah. Begitu
juga tentang persetujuan yang dicapai antara Nabi Muhammad dan penduduk
Madinah.
Mungkin sebagai hikmat Ilahi, ialah
menyediakan alasan atau sebab-musabab untuk berhijrah, kita dapati berita ini
suatu paluan hebat dan kesan yang begitu mendalam yang dapat dilihat dan
usaha-usaha kafir Quraisy mengganggu dan akhirnya merancang untuk membunuh
Baginda.
Walau bagaimanapun perjanjian Al
‘Aqabah yang kedua ini merupakan pendahuluan kepada perpindahan dan hijrah
‘alaihissalatu wasallam ke Madinah Al Munawwarah.
KEIZINAN RASULULLAH KEPADA
SAHABATNYA UNTUK BERHIJRAH KE MADINAH
Ibnu Sa’d di dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al
Kubra’ menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh ‘Aisyah RadhiyaL lahu
‘anha: “Setelah bilangan pengikut-pengikut RasuluLlah meningkat tujuh puluh
orang, baginda terasa tenang dan lega hati, yang dijadikan Tuhan sebagai
benteng kepadanya. Mereka ini adalah satu kaum yang berkeahlian di dalam
peperangan, persenjataan dan pertolongan. Di samping tekanan dan penyiksaan
makin menjadi-jadi ke atas orang Islam kerana orang’ Musyrikin tahu tentang
perhubungan mereka dengan puak Khazraj, mereka melipat-gandakan penyiksaan ke
atas sahabat nya, siksaan lebih kejam dari yang dahulu, pernah maki hamun,
celaan dan berbagai tindakan yang tidak boleh dihitung lagi. Akhirnya mereka
pun mengadu hal nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada RasuluLlah
sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab RasuluLlah: “Sesungguhnya aku telah
pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa
sahaja yang ingin berpindah bolehlah berpindah ke sana.”
Kemudiannya mereka pun bersiap-siap dan mengemaskan
barang—barang masing-masing serta tolong menolong sesama sendiri, akhirnya
mereka pun perlahan—lahan keluar secara sembunyisembunyi. Orang yang pertama
keluar ialah Abu Salamah bin ‘Abdil Asad, diikuti oleh ‘Amir bin Rabi’ah dan
isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah kumpulan yang pertama tiba di
Madinah. Lepas itu berturut—turutlah para sahabat sekalian sampai di Madinah,
kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama sahabat—sahabat dan golongan
Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala bentuk pertolongan, kemudahan,
dan layanan yang baik kepada saudara-saudara mereka dan golongan Muhajirin.
Para sahabat RasuluLlah sekalian berhijrah bersembunyi sembunyian kecuali ‘Umar
bin AlKhattab RadhiyaLlahu ‘anhu seorang yang keluar secara terang-terangan.
Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib RadhiyaLlahu ‘anhu menceritakan tentang Sayyidina
‘Umar ketika hendak keluar hijrah; beliau membawa pedang, panah dan anak-anak
panah dan tongkatnya, berjalan menuju ke Ka’bah di mana puak Quraisy berada di
tengah-tengah halamannya. Dengan megah dan berani beliau mengelilingi Baitul
Haram tujuh kali dan bersembahyang, di maqam Ibrahim sesudah itu beliau berdiri
sambil melaung: “Durjanalah sekalian muka. Inilah muka-muka yang akan
dikalahkan Tuhan nanti. Sesiapa yang ingin ibunya keseorangan, atau hendak
meyatimkan anaknya atau hendak menjandakan isterinya silalah bertemu dengan aku
di belakang lereng bukit itu.”
“Tidak ada sesiapa pun yang berani bertemu hanya orang
orang yang lemah dan tua-tua sahaja yang telah dibentahu dan berjanji dengan
beliau, Sayyidina ‘Umar pun pergi sekehendaknya tanpa diganggu,” tambah
Sayyidina ‘Ali.
Kemudian orang Islam yang lain pun ikut berhijrah ke
Madinah, yang tinggal di Makkah hanyalah RasuluLlah, Abu Bakar dan Sayyidina
‘Ali atau mereka-mereka yang diseksa dalam kurungan atau yang sakit yang tidak
berdaya untuk keluar.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Dugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat
RasuluLlah di Makkah ialah penyiksaan, hamun dan cela yang dilemparkan oleh
kaum Musyrikin. Dan bila mereka diberi keizinan berhijrah maka satu dugaan yang
lain pula melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta benda,
rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.
Sesungguhnya mereka ini benar-benar jujur kepada agama dan
setia kepada Tuhan mereka di hadapan dugaan pertama dan kedua yang disebut
tadi. Mereka ini menghadapi dugaan dan pancaroba dengan penuh kesabaran yang
waja dan tekad keazaman yang penuh. Sehingga apabila RasuluLlah memberi isyarat
keizinan untuk berhijrah ke Madinah barulah mereka bergerak ke sana membelakangkan
dan meninggalkan tanah tumpah darah, juga harta kekayaan mereka. Itupun mereka
terpaksa keluar secara sulit dan bersembunyian. Cara ini tidak boleh dilakukan
kecuali setelah meninggalkan segala peralatan dan barang-barang kemas. Mereka
tinggalkan segala-galanya ini semata-mata untuk menyelamatkan agama. Di Madinah
sana sudah ada orang yang akan mengganti segala apa yang ditinggalkan di
Makkah. Golongan Ansar menunggu-nunggu ketibaan mereka, untuk memberi segala
pertolongan dan segala kemudahan bagi memulakan penghidupan baru di Madinah.
Inilah sebuah contoh unggul Muslim sejati yang begitu jujur
terhadap agamanya. Bagi mereka tanah tumpah darah dan harta kekayaan tidak
mempunyai apa—apa erti asalkan dapat menyelamatkan agama yang dianutinya.
Inilah perihal keimanan, sikap dan
kesetiaan para sahabat RasuluLlah dan Makkah.
Adapun cerita orang-orang Madinah lain pula, mereka dengan
penuh ikhlas telah menyambut kedatangan Muhajirin Makkah ke rumah
masing-masing, memberi layanan dan pertolongan yang sewajibnya. Pendek kata
merekalah manusia pertama yang telah memberi tauladan dan contoh yang unggul ke
arah persaudaraan ukhuwwah Islamiyyah yang menyeluruh dan saling cinta
mencintai kerana Allah ‘Azza wajallah semata— mata.
Bukankah engkau lebih mengetahui yang Allah menjadikan
persaudaraan dalam Islam itu lebih kuat dan erat daripada ikatan keturunan
darah. Oleh yang demikianlah maka perwarisan harta benda di permulaan Islam
dahulu berasaskan pertalian agama dan persaudaraan atau berhijrah kerananya. sekalian
sampai di Madinah, kesemua mereka ini tumpang tinggal bersama—sama
sahabat—sahabat dan golongan Al—Ansar. Pihak Ansar telah memberikan segala
bentuk pertolongan, kemudahan, dan layanan yang baik kepada saudara-saudara
mereka dan golongan Muhajirin.
Kanun perwarisan harta ini tidak diubah kepada sistem
ikatan keturunan darah kecuali setelah mana agama Islam lengkap iaitu semasa di
Madinah dan umat Islam pun mempunyai negaranya sendiri yang kuat dan teguh.
Firman Tuhan:
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang beriman dan
berhijrah serta berjihad dengan harta dan nyawanya pada jalan Allah dan
mereka-mereka yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada
orang-orang Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan
terhadap mereka-mereka yang beriman tetapi belum berhijrah maka tidak ada
kewajipan sedikit pun atas kamu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah.” (Surah
Al-Anfal: 8 : 72)
Dan perintah berhijrah ini bolehlah kita
memetik dua hukum:
(Pertama):
Wajib berpindah dan berhijrah dari negara kafir ke negara Islam. Al-Qurtubi
telah meriwayatkan dan Ibnu Al ‘Arabi katanya: “Berhijrah di zaman RasuluLlah
adalah wajib dan fardhu — ianya tetap akan kekal ‘wajib’ hingga ke hari Kiamat
— yang putus atau dimansuhkan kerana pembukaan Makkah, itu semata—mata untuk
Nabi sahaja. Kalau seseorang itu tinggal menetap di negara kafir maka dianggap
durhaka — Tafsir Al- Qurtubi.
Begitu juga tempat-tempat lain dianggap sama ta’rifnya
dengan negara kafir, andaikata orang Islam tidak dapat mempraktikkan suruhan
agamanya seperti sembahyang, puasa, sembahyang berjama’ah, mengazan dan
sebagainya demi suruhan yang lain. Dalil yang menunjukkan sedemikian ialah
firman Tuhan yang berbunyi:
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka-mereka yang diwafatkan
Malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) Malaikat
bertanya: “Dalam keadaan bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab: “Adalah kami
orang-orang yang tertindas di negeri Makkah.” Para Malaikat berkata: “Bukankah
bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?” Mereka itu
tempatnya ialah Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali
mereka yang tertindas lelaki atau wanita atau kanak—kanak yang tidak mampu,
berdaya upaya dan tidak rnengetahui jalan (untuk hijrah”. (Surah Al-Nisa’ 4
: 97 — 98)
(Kedua):
Selagi terdaya maka wajiblah umat Islam memberikan pertolongan sesama Islam
walaupun berlainan tempat tinggal dan negara. Para ‘ulama dan a’immah (Imam)
Islam seluruhnya sepakat menegaskan, sekiranya berlaku masalah untuk
membebaskan tawanan atau memberi pertolongan kepada yang lemah yang teraniaya
daripada orang-orang Islam tetapi masalah ini telah diabaikan dan ditinggalkan
begitu sahaja maka sekalian Muslimin telah melakukan angkara murka dan dosa
besar.
Abu Bakar bin Al—’Arabi berkata: Sekiranya ada di antara
kaum Muslimin ditawan atau pun lemah maka wajib dihulurkan tangan pertolongan
untuk membebaskan mereka, wajib dikorbankan habis—habisan, kita mesti tampil
keluar menyatukan suara dan mengembelingkan tenaga sekiranya bilangan cukup
atau pun membelanjakan harta kekayaan demi membebaskan mereka, biar jangan
tertinggal sesen pun di dalam kocek.
Seperti yang dikatakan bahawa kaum Muslimin wajib tolong
menolong antara satu sama lain demi kepentingan bersama, dan sebaliknya tidak
harus bertolongan atau bermuhibbah dengan bukan Islam. Ini ialah apa yang
ditegaskan oleh Allah dálam kitabNya:
Yang bermaksud:
“Sekali lagi Ibnu A1-’Arabi menegaskan:
Allah memutus dan melarang persaudaraan antara kafir dengan Mu’min, sebagai
gantinya ialah persaudaraan sesama Islam dan pihak kafir pula bersaudara sesama
mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka sendiri.”
(Surah Al-Anfal 8: 73)
Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwwah
dan bantu-membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam setiap
masa, sebaliknya kecuaian pada menjalankan perintah Allah, inilah punca
kemerosotan umat Islam dan perpecahannya yang boleh dikoyak-koyakkan oleh
seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.
Adapun orang-orang yang kafir sebahagian mereka menjadi
pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (orang Muslimin) tidak
melaksanakan apa yang tidak diperintahkan Allah itu nescaya akan terjadi
kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.
HIJRAH RASULULLAH (SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM)
Mengikut apa yang terdapat di dalam
kumpulan hadith hadith sahih yang diriwayatkan oleh ‘ulama’ Sirah Rasulullah,
Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh telah datang menemui Rasulullah meminta izin hendak
berhijrah, setelah mana beliau dapati ramai orang Muslimin telah berturut-turut
hijrah ke Madinah, jawab Rasulullah: “Bersabarlah dahulu, sebenarnya aku
menanti-nanti hingga datang keizinan dari Allah dahulu.” Tanya Abu Bakar
“Apakah memang begitu yang tuan hamba nanti-nantikan?” “Ya, memang begitu,”
jawab Rasulullah. Dengan itu Abu Bakar pun berhenti menyoal Rasulullah, dan
beliau faham yang beliau kawan menemani Rasulullah nanti, dan untuk tujuan itu
beliau menyediakan dua kenderaan, memberi makanan dan minuman yang secukupnya
dalam masa empat bulan. (Lihat Hadith Bukhari juzu’4 muka surat 355).
Pihak Quraisy begitu berhati-hati dan mengikuti
pèrkembangan-perkembangan yang terakhir ini, lebih-lebih lagi setelah mereka
dapat pengikut-pengikut Rasulullah makin bertambah ramai. Paling menarik sekali
ialah pengikut-pengikut itu bukan dan Quraisy dan bukan pula anak tempatan.
Perkembangan ini menyebabkan mereka lebih berhati-hati serta timbul persoalan
apakah Rasulullah akan keluar dari Makkah, kemudian membuat persiapan di sana
untuk membuat pukulan yang hebat ke atas mereka di waktu yang munasabah.
Pihak Quraisy telah bertemu dan bermesyuarat di kelab
mereka (iaitu di rumah Ubai bin Kilab), dan sebarang ketetapan yang disepakati
akan dilaksanakan. Mereka membincangkan apakah langkahlangkah yang patut
diambil terhadap Rasulullah. Pendapat dari kalangan terbanyak dari mereka
bersetuju memilih dari setiap puak seorang pemuda yang tahan lasak bagi
mewakili puaknya. Kemudian tiap seorang dari mereka diberi sebilah pedang yang
tajam, lalu kesemuanya akan pergi ke rumah Rasulullah untuk membunuh baginda
dengan satu tetakan, dengan harapan bahawa tindakan demikian menyebabkan
keturunan ‘Abdul Manaf tidak sanggup menuntut bela kepada semua puak yang
terlibat itu. Untuk tujuan itu mereka pun menetapkan suatu ketika yang tertentu
tetap Jibrail ‘Alaihis salam telah mendahului mereka, menemui Rasulullah
menceritakan pakatan jahat itu, sambil menyuruh Rasulullah berangkat untuk
berhijrah dan melarang baginda tidur di tempatnya pada malam tersebut.
Di dalam Sahih Al Bukhari, Saiyidatina ‘Aisyah
menceritakan: “Pada suatu masa ketika kami berada di rumah Abu Bakar di mana
udara siang begitu membakar, tiba-tiba ada orang melaung Abu Bakar, katanya:
“Hai, tengok itu Rasuluilah dengan pakaian menyamar diri, selalunya baginda
tidak pernah datang di waktu-waktu ini.” Abu Bakar berkata: “Demi Tuhan,
kedatangan Rasulullah di waktu ini, adalah untuk sesuatu yang penting.” ‘Aisyah
menambah kata lagi: “Bila sampai di hadapan rumah, baginda meminta izin, Abu
Bakar pun mempersilakan Rasuluilah masuk di mana baginda turut masuk ke dalam
yang kemudian Rasuluilah berkata: “Mari kita bercakap di luar,” jawab Abu
Bakar, “Mereka di dalam ini semua keluarga RasuluIlah belaka,” kemudian barulah
-Rasulullah menceritakan. Katanya, “Sekarang ini aku telah pun diizinkan untuk
keluar berhijrah” “Bolehkah tuan hamba turut menemani tuan hamba,” tanya Abu
Bakar, jawab Rasuluilah, “Ya memang” Pinta Abu Bakar “Ambillah wahai Rasulullah
salah seekor dari dua ini.” Kata Rasulullah “Dengan harga.”
Cerita ‘Aisyah lagi: “Kami pun sediakan segala persiapan
secepat mungkin, begitu juga bekalan yang telah dimasukkan ke dalam luan
(uncang). Di mana Asma’ bmti Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma telah mengoyak
kainnya untuk mengikat mulut luan tadi, akhirnya dikenal dengan “Zatun
Nitaqain” pemilik kain pinggang.
Lepas itu Rasulullah berkejar menemui Sayyidina ‘Ali bin
Abi Talib Radiyallahu ‘anhu, menyuruhnya tunggu di Makkah buat beberapa ketika
selepas baginda berangkat hijrah, agar baginda dapat memulangkan kembali
barang-barang dan amanah yang diamanahkan kepada baginda dahulu, kerana
penduduk Makkah biasanya, kalau ada sesuatu yang hendak diamanahkan maka
Rasuluilah menjadi tempat demikian, kerana mereka tahu benar tentang kejujuran
baginda dan beramanat.
Abu Bakar pula menyuruh anaknya ‘Abdullah mengintip apakah
yang diperkatakan tentang mereka berdua oleh Quraisy di siang hari dan
melapurkan segala-galanya itu kepada beliau di waktu senja. Begitu juga beliau
telah menyuruh orang suruhannya ‘Amir bin Fuhairah membawa kambing ternakan ke
tempat ternakan, dan bila petang di bawa berhampiran ke pintu gua untuk mereka
mengambil susu, dan puterinya Asma’ dipinta supaya membawa makanan untuk mereka
berdua kesana pada tiap petang.
Bila malam pun tiba maka berhimpunlah pemuda tahan lasak
Quraisy melingkungi rumah Rasulullah untuk membuat perkiraan terakhir. Di dalam
masa itu Rasulullah keluar dari rumahnya sambil memukau mereka semua hingga
terlena. Sebelumnya baginda meminta Saiyyidina ‘Ali supaya tidur di tempat
baginda dan baginda menenangkan Saiyyidina ‘Ali dengan mengatakan bahawa tidak
ada suatu kecelakaan pun akan datang kepadanya.
Rasulullah SailaLlahu ‘alaihi Wasailam dan sahabatnya yang
akrab itu Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh bekejar ke gua “Thur” untuk melindungi
diri buat beberapa hari. Mengikut pendapat yang terkuat bahawa penstiwa ini
berlaku pada 2hb. Rabi’ul Awwal bersamaan 20hb. September 631 T.M. tiga belas
tahun, selepas pengutusan baginda sebagai Rasul. Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anh
mendahului Rasuluilah ke gua Thur, meraba-raba dan merasa—rasa kalau—kalau ada
binatang buas atau ular yang merbahaya, asalkan Rasulullah selamat. Mereka
berada di dalam gua itu selama tiga hari. ‘Abdullah putera Abu Bakar RadiyaLlahu
‘anhuma turut tidur bersama mereka, tetapi bila hampir siang dia beredar dari
situ, pulang ke Makkah seolah-olah di kota Makkah, tugasnya membawa lapuran dan
berita-berita dari Makkah dan Amir bin Fuhairah orang suruhan Abu Bakar membawa
kambing ternakan melalui jalan-jalan yang dilalui ‘Abdullah supaya kumpulan
kambing itu menghapuskan kesan tapak kaki ‘Abdullah ke pintu gua itu.
Pihak Musyrikin pula telah menyusun beberapa kumpulan untuk
mencari Rasulullah setelah mereka mengetahui bahawa Rasulullah telah melarikan
diri. Masing-masing mengesan jalan-jalan ke arah Madinah dan di mana sahaja
yang mereka rasa ada Rasulullah bersembunyi. Akhirnya mereka sampai ke Gua
Thur, di mana Rasulullah dan Abu Bakar mendengar dengan jelas langkah tapak
kaki mereka, Abu Bakar merasa takut dan cemas sambil berkata: “Kalau mereka
perhatikan dari bawah sudah pasti akan nampak kita berdua. Untuk menenangkan
perasaan Abu Bakar, Rasulullah telah menjawab:
“Wahai Abu Bakar, apa katamu bahawa di samping yang berdua
itu ada yang ketiga iaitu Allah! (Hadith ini dipersetujui ramai).
Allah telah memukau dan membuta sejurus mata sekelian kaum
musyrikin supaya tidak teringat mengalih pandangan ke gua itu dan tidak
terlintas di kepala mereka persoalan mungkinkah wujud manusia bersembunyi di
dalam gua itu.
Setelah tidak siapa lagi mencari mereka, barulah mereka
keluar dengan dipandu oleh ‘Abdullah bin ‘Uraiqat seorang musyrikin yang telah
diupah untuk menunjuk jalan rahsia dan tersembunyi dari mata ramai menuju ke
Madinah setelah mereka memastikan yang Abdullah ini boleh dipercayai. Mereka
pun menunggang kenderaan masing-masing melalui jalan tepi pantai mengikut
panduan ‘Abdullah tadi.
Pihak Musyrikin telah mengumumkan satu tawaran bahawa
siapa-siapa saja yang dapat menangkap Rasulullah dan Abu Bakar mereka akan
menerima ganjaran (diyah) untuk kedua—duanya.
Di suatu hari seorang lelaki telah datang menemui
sekumpulan Bani Sudlij di suatu majlis perhimpunan dan di antara mereka
“Suraqah bin Ja’syam” sambil melaung; “Aku telah melihat kenderaan di tepi
pantai dan aku percaya mereka itu adalah Muhammad dan sahabatnya.” Di masa itu
Suraqah percaya bahawa kenderaan itu ialah Muhammad dan sahabatnya tetapi
dengan tujuan hendak melemahkan semangat orang lain kerana ia sendiri hendak
memburu Muhammad dan sahabatnya agar ia mendapat ganjaran yang ditawar itu maka
ia bertanya, “Betulkah yang awak lihat itu pulan sipulan; kalau begitu cepatlah
beritahu pada orang-orang kita untuk mengesan mereka.” Lepas sebentar ia pun
bangun dari situ dan terus memacu kudanya mengikut jejak Rasulullah dari
belakang dengan tujuan hendak menangkap baginda dan sahabatnya; tetapi kudanya
telah tersungkur, kemudian bangun sekali lagi memburu Rasulullah sehingga
sampai dekat sekali dengan Rasulullah dan terdengar olehnya apa yang dibaca
itu, di mana baginda tidak menoleh ke belakang sekali pun, tetapi Abu Bakar
sebentar sebentar menoleh ke belakang. Sekali lagi kuda yang dipacu oleh
Suraqab terbenam kedua kakinya ke dalam pasir sampai ke lutut dan setelah
disebatnya kuat-kuat bangunlah sekali lagi kuda itu tetapi belum sempat
terkeluar semua kakinya, Sunaqah ternampak kepulan debu berterbangan di langit
dari belakang mereka berdua seperti asap yang tebal. Dengan itu barulah ia
tahu, itulah benteng keselamatan Rasulullah, maka perasaan takut mula terasa,
lantas ia melaung dari belakang meminta pertolongan dan perlindungan.
Rasulullah dan sahabatnya yang lain pun berhenti dengan
demikian barulah Suraqah dapat menghampiri mereka. Dengan segera ia meminta
ma’af dan ampun diikuti dengan tawaran untuk memberi bekalannya kepada mereka.
Jawab mereka berdua, “Kami tidak perlu itu, hanya satu sahaja, rahsiakan
perjalanan kami.” Jawab Suraqah; “maka sangguplah aku untuk itu.”
Dengan itu Suraqah pun pulang ke Makkah sambil berusaha mengelirukan
pandangan ramai mengenai Rasulullah dan sahabatnya. Demikianlah ceritanya. Di
sebelah paginya ia begitu gigih berusaha memburu dan ingin membunuh Rasulullah,
setelah petang ia pulang dengan hasrat ingin melindungi dan menyelamatkan
baginda dan sahabatnya.
Ketibaan Rasulullah telah disambut baik dan meriah sekali.
Buat sementara waktu baginda telah singgah di rumah Kaithum Bin Hudm di mana
Sayyidina ‘Ali telah sempat bertemu dengannya setelah beres menyelenggarakan
segala amanah yang diperamanahkan kepada kepada Rasulullah di suatu masa
dahulu. Di Quba’ ini Rasulullah telah mengasaskan sebuah masjid, masjid inilah
yang pertama dibina di bumi ‘Arab. Tuhan telah menggambarkan di dalam
Al-Qur’an:MaksudNya;
“Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar
taqwa (masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang
di dalamnya.”
Rasulullah menyambung semula perjalanannya ke Madinah.
Mengikut keterangan yang disebutkan oleh Al Mas’udi di dalam kitabnya Muruzu
al-Zahab katanya: “Rasulullah mula menjejak tanah Madinah pada dua belas
haribulan Rabi’ul Awwal. Sekelian orang Ansar mengerumuni baginda
memegang-megang tali kenderaan baginda, di mana tiap orang mempelawa dan
mempersilakan Rasulullah ke rumah masing-masing, tetapi Rasulullah menjawab
kepada mereka, “Biarkan saja binatang ini, dia mengikut perintah.” Binatang
kenderaan Rasulullah tadi berjalan terus di jalan-jalan dan loronglorong
Madinah hinggalah sampai ke suatu tapak pengering buah tamar yang dimiliki oleh
dua orang anak yatim Barn Al-Najjar berhadapan dengan rumah Abu Ayyub Al
Ansari. Rasulullah pun berkata: “Insya Allah di sinilah saya akan singgah.”
Dengati serta-merta Abu Ayyub pun menjemput dan memper silakan Rasulullah ke
rumahya. Ibnu Hisham menceritakan; “Sekumpulan kaum wanita (orang suruhan) Bani
A1-Najjar telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Rasulullah dengan
nyanyian nasyid. Rasulullah bertanya kepada mereka; “Apakah kamu kasihkan
daku?” Jawab mereka, “Ya. Sambung Rasulullah; “Hanya Allah yang mengetahui hati
sanubariku, yang aku kasihkan kamu sekelian.”
PERSPEKTIF
MENGENAI PERSINGGAHAN RASULULLAH DI RUMAH ABU AYYUB
Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Hisyam telah
menceritakan apa yang telah diperihalkan oleh Abu Ayyub tentang hari-hari
Rasulullah bersamanya; “Ketika Rasulullah menumpang bersama kami baginda telah
memilih tingkat bawah, aku dan isteriku di tingkat atas. Sebelum itu aku telah
meminta kepada Rasulullah; “Wahai Nabi Allah demi sesungguhnya kami merasa
berat hendak tinggal di tingkat atas dan tuan hamba di sebelah bawah. Marilah
kita tukar biarlah tuan hamba di atas dan hamba sekeluarga menetap di sebelah
bawah.” Jawab Rasulullah; “Wahai Abu Ayyub, adalah lebih selesa bagi kami dan
bagi orang yang menolong kami seandainya kami tinggal di tingkat bawah.”
Beliau menceritakan lagi; “Begitulah halnya kami anak
beranak di atas dan Rasulullah sekeluarga di tingkat bawah. Entah macam mana di
suatu hari, buyung air terpecah, dengan segera aku dan isteriku bangun
mengambil sehelai kain kebetulan tidak ada yang lain lagi, untuk mengesat air
yang tercurah ke lantai itu, kalau—kalau ada air yang mengalir ke bawah ke atas
Rasulullah di tingkat bawah nanti, sesudah itu aku turun dan meminta juga
supaya Rasulullah berpindah ke atas sehingga baginda pindah ke atas.
Katanya lagi; “Biasanya kami memasak makanan malam kemudian
menghantarnya kepada Rasulullah, bila baginda menghantar balik setelah memakan
sebahagian, kamipun menjemput makan makanan bekas dan kesan tangan baginda
untuk mendapat berkat. Di suatu malam seperti biasa kami berikan kepada
Rasulullah makanan malam antaranya ada yang tersaji dengan bawang dan bawang
putih, Rasulullah memulangkan balik makanan itu dan kami tidak nampak kesan
tangan baginda, dengan segera aku datang menemui baginda: “Wahai Rasulullah,
demi sesungguhnya makanan yang tuan hamba pulangkan itu hamba lihat tidak ada
tanda kesan tangan tuan hamba, sebenarnya begini tiap kali tuan memulangkan
kembali makanan yang tidak habis itu, kami menjemput bekas-bekas jari tuan
hamba, demi mengharapkan berkat semata—mata. Jawab Rasu lullah, “Kerana aku
dapati makanan itu berbau daun sebab aku ini selalu berkhalwat dan bermunajah,
tapi buat kamu semua makanlah tidak mengapa.” Jawab Abu Ayyub; “Kami pun
makanlah makanan itu. Selepas itu kami tidak sajikan lagi bawang dan bawang
putih ke dalam makanan untuk baginda.”
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Di muka-muka yang lepas telah kita bicarakan tentang erti
hijrah dalam Islam, iaitu di dalam mauduk hijrah dan perpindahan orang Islam ke
Habsyah. Ringkasnya lebih kurang begim: Tuhan telah meletakkan kesucian agama
dan ‘aqidah itu lebih dari yang lain. Tidak ada erti bagi tanah, negara, harta
kekayaan dan pangkat kebesaran sekiranya ‘aqidah dan syi’ar agama terancam,
musnah dan disusuhi. Oleh yang demikian maka Allah mewajibkan ke atas setiap
hambanya agar mengorbankan segala-galanya sekiranya keadaan memaksa demi
kepentingan ‘aqidah dan Islam.
Telah kita tegaskan di sini juga, sesungguhnya memang
menjadi sunnah Allah di bumi ini telah menjadikan kekuatan rohani yang ternukil
di dalam ‘aqidah kepercayaan yang sihat dan agama yang benar itu sebagai
pengawal kepada kekuatan maddi dan material. Suatu umat yang begitu tebal dan
kaya dengan akhlak susilanya yang sihat, begitu teguh berpegang dengan ajaran
agama di kala itu juga kekuatan materialnya. seperti negara, hartabenda dan
pangkat akan kekal lebih utuh dan kukuh. Andaikata ia papa dan miskin dan segi
akhlaq, tidak senonoh dalam kepercayaan ‘aqidahnya, maka kekuatan materialnya
juga turut lemah dan tergugat. Telah kita tugaskan bahawa sejarahlah yang
menjadi saksi utama tentang kebenaran perkara ini.
Untuk demikian maka Allah ‘Azza wajallah telah mewajibkan
dasar mengorbankan harta dan negara demi kepentingan ‘aqidah dan agama
sekiranya keadaan memaksa. Dengan berbuat demikian akan terjamin keselamatan
harta benda, negara dan jiwa, walaupun pada mulanya nampak merugikan segala-
galanya.
Perpindahan Rasulullah sudah cukup untuk memberi satu bukti
yang nyata tentang apa yang ditegaskan di atas. Secara kasar, tindakan meninggalkan
negara itu bererti menghilang atau melenyapkannya. Pada hakikatnya, itulah
sebenamya bentuk pengorbanan dan pemeliharaan yang sejati. Boleh jadi pembelaan
dan pengorbanan itu nampak seolah—olah peninggalan dan pembelakangan. Baginda
telah pulang setelah berada di dalam buangan (hijrah) beberapa tahun ke bumi
pertiwinya yang penduduknya pemah menghalau baginda dengan penuh kemegahan dan
kekuatan tanpa diganggu oleh sesiapapun. Sedangkan dahulunya semua orang
menanti-nanti sahaja peluang baik untuk memusnahkan diri baginda. Tercapai
segala-gala ini adalah hasil dan tertegaknya agama dan keagungannya.
Berbalik kita kepada cerita yang telah kita lukiskan tadi,
kemudian cuba perhatikan dengan penuh hemat agar dapat kita ambil beberapa
petanda penting untuk panduan kepada setiap Muslim:
(1)
Yang paling nyata sekali dan kesan perpindahan
baginda ‘Alaihis salatu Wasallam, ialah tentang tawaran dan pelawaan kepada Abu
Bakar untuk menyertai bersama-sama baginda sebagai teman di dalam perjalanan
yang mulia itu.
Para ‘ulama’ seluruhnya telah mengambil kesimpulan tentang
betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu.
Beliau adalah sahabat yang paling akrab sekali. Oleh yang demikian maka beliau
lebih utama memegang tampuk pemerintahan dan jawatan khalifah selepas baginda
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam wafat. Untuk menguatkan lagi hujah ini masih
terdapat beberapa peristiwa lain yang antaranya ialah pemilihan yang dibuat
oleh Rasulullah terhadap Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhu buat menggantikan baginda
menjadi imam sembahyang bersama orang ramai semasa baginda sakit. Di sana
beliau enggan menyuruh orang lain. Begitu juga hadith yang bermaksud:—
“Kalaulah hendakku jadikan teman kesayangan maka Abu Bakarlah teman
kesayanganku”.
Dari mula lagi kita dapat melihat atau perhatikan di
samping keistimewaan-keistimewaan yang mulia, yang telah dianugerahkan
kepadanya oleh Allah Subhanahu Wata’ala, beliau juga contoh tauladan seorang
sahabat setia dan jujur malah mengorbankan segala-gala apa yang termiik olehnya
jiwa, raga dan seluruhnya demi perjuangan Rasulullah. Bukankah sudah kita
perhatikan di mana beliau enggan melepaskan Rasulullah masuk dahulu ke dalam
gua, sebaliknya beliau sendiri mendahuluinya bagi memastikan apakah terdapat
binatang buas, ular yang bisa atau bahaya yang lain yang akan mengancam
keselamatan Rasulullah. Biarlah beliau yang musnah asalkan Rasulullah selamat.
Kita perhatikan lagi di mana beliau telah mengatur serta mengerahkan tenaga
putera-puteri beliau. orang suruhan dan gembala kambingnya demi menggabungkan
tenaga bakti dan pengorbanan untuk dicurahkan demi kepentingan Rasulullah dan
melicinkan perjalanan yang mulia lagi jauh itu.
Demi sesungguhnya itulah kewajipan yang mesti ditauladani
oleh setiap Muslim yang telah beriman dengan Allah dan RasulNya. Sebagai
sokongan kepada tindakan Abu Bakar ini, Rasulullah telah bersabda yang
bermaksud: “Tak beriman seseorang itu kecuali setelah aku ini (Rasulullah)
lebih kasih kepadanya dan anak, ibu-bapanya dan manusia seluruhnya”. (Hadith yang
dipersetujui ramai).
(2)
Mungkin terlintas di sanubari kita untuk membuat
perbandingan di.antara hijrah ‘Umar bin Al Khattab RadiyaLlahu ‘anh dengan
hijrah Rasulullah di mana akan timbul pertanyaan; “Kenapa Saiyyidina ‘Umar
berhijrah secara terang terangan malah mencabar puak Quraisy dan Musyrikin pula
tanpa takut dan gentar sesuatu pun, sedangkan Rasulullah pula keluar
bersembunyian serta berjaga-jaga. Apakah Saiyyidina ‘Umar lebih berani dan
lebih gagah dari Rasulullah?”
Sebagai jawapan, tindakan ‘Umar bin A1-Khattab dan orang
Islam yang lain selain dari Rasulullah adalah tindakan perseorangan
semata-mata, tidak boleh dijadikan hujjah dan dalil dalam syari’ah tiap seorang
bebas untuk memilih cara dan jalan untuk ia bentindak keselesaan jiwanya
seimbang dengan keberanian dan keimanannya dengan Allah Subhanahu Wata’ala.
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah suruhan dan
perintah. Segala tindakan baginda berhubung dengan agama adalah syari’ah. Oleh
yang demikian maka Sunnah dan Hadith Rasulullah iaitu cabangan dan ucapan,
tindakan, perangai dan persetujuannya menjadi sumber kedua dalam syari’ah
Islam. Andaikata Rasulullah telah bertindak seperti mana yang telah dilakukan
oleh Sayyidina ‘Uman, maka manusia melihat dan mengira inilah cara yang
diwajibkan, tidak harus berjaga-jaga, berwaspada dan bersembunyi di kala
bahaya; sedangkan Allah ‘Azza Wajalla, telah menegakkan syari’atNya di dunia
ini mengikut musababnya. Sebenarnya segala-galanya itu adalah Allah yang
menyebabkan demikian.
Untuk demikian itulah maka Rasulullah telah menggunakan
sebab-sebab dan cara—cara yang nyata, yang terdaya difikirkan oleh akal fikiran
manusia di waktu-waktu seumpama ini agar tidak tertinggal suatu jalan pun tanpa
dipergunakan, ‘Ali bin Abi Talib RadiyaLlahu ‘anh tinggal di tempat tidur serta
menyelimut dengan kain selimut. Baginda juga mengambil salah satu orang
Musyrikin setelah dipastikan kejujurannya untuk menunjukkan jalan-jalan yang
tidak disangka oleh pihak seteru. Kemudian baginda tinggal bersembunyi di dalam
gua selama tiga hari dan seterusnya. Segala apa sahaja yang dapat dipergunakan
untuk keselamatannya yang terfikir oleh ‘akal manusia, telah dipergunakan
dengan tujuan menerangkan kepada manusia umum bahawa untuk beriman kepada Allah
‘Azza Wajalla, tidak salah atau bertentangan untuk mengambil kesempatannya
menggunakan alasan dan sebab-sebab yang wajar, yang memang merupakan iradat
Tuhan menjadikan sebab—sebab dan upaya ikhtiar itu untuk manusia.
Berteduh dan berselindung di dalam gua bukanlah membuktikan
yang baginda takut atau pengecut takut jatuh ke tangan Musyrikin sebelum sampai
ke Madinah. Sebagai buktinya, bila saja helah-helah pengeliruan yang boleh
dipergunakan sudah tidak ada lagi (iaitu dikatakan sebab—sebabnya tadi) dan
orang—orang musyrikin merayau—rayau di keliling gua Sekiranya mereka perhatikan dari bawah akan
ternampaklah mereka berdua yang tersembunyi itu, di kala itu Abu Bakar terasa
takut dan curiga maka di masa itu Rasulullah menegaskan pada Abu Bakar untuk menenangkan
hati beliau dengan katanya: “Apakah perasaan tuan hamba bahawa Allah berada di
samping kita berdua.” Kalaulah benar-benar Rasulullah bergantung sepenuhnya
kepada helah semata-mata sudah pasti akan terasa takut bilamana helah dan cara
pengeliruan tadi sudah tiada lagi.”
Dan sini dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan
helah-helah dan kewaspadaan tadi adalah salah satu tugas yang disuruh oleh
agama. Setelah helah-helah tadi sudah tidak ada atau tidak guna lagi maka hati
dan jiwa kembali menyerah kepada Allah ‘Azza Wajalla dengan penuh harapan
dengan pembelaan dan taufiqnya. Segala peristiwa ini adalah untuk seluruh kaum
Muslimin mengambil pengajaran bahawa untuk menggantungkan harapan di dalam
segala urusan tidak harus diharap dan diarahkan kecuali kepada Allah ‘Azza
Wajalla sahaja dan perlu diingat bahawa tindakan ini tidak bertentangan dengan
usaha menggunakan sebab musabab, usaha ikhtiar atau helah daya manusia yang
dijadikan Allah di seluruh ‘alam.
Di antara bukti yang nyata tentang apa yang kita katakan
tadi ialah perasaan Rasulullah ketika Suraqah pemburu yang cuba membunuh
baginda sudah begitu hampir maka di masa itu baginda akan terasa gentar dan
takut kerana baginda semata— mata bergantung kepada helah semata-mata saja.
Tetapi apa yang kita lihat Rasulullah tidak menoleh langsung ke belakang untuk
melihat apakah pemburu itu sudah hampir atau masih jauh lagi. Apa yang
dilakukan oleh Rasulullah di masa itu ialah membaca, berzikir dan memohon restu
dan Tuhannya kerana baginda yakin, Allah Subhanahu Wata’ala yang telah
memerintahkannya berhijrah maka Allah jua yang melindunginya dari manusia
durjana dan kejahatan mereka.
(3)
Kelewatan Saiyyidina ‘Ali di Makkah ialah untuk
membereskan segala amanah yang telah diamanahkan orang orang Makkah kepada
baginda di masa sebelumnya. ini menunjukkan suatu petanda yang terang tentang
pertentangan yang ganjil di kalangan kaum musyrikin, dalam masa mereka menuduh
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini sebagai seorang penipu, pendusta,
tukang tenung dan sebagainya. Mereka tidak berjumpa dengan seorang yang lebih
amanah dan jujur dan Nabi Muhammad, harta dan barang—barang yang hendak
ditinggalkan mereka amanahkan kepada Rasulullah...Inilah yang menunjukkan
kekufuran ketidakpercayaan mereka dengan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
bukanlah kerana sangsi dan syak wasangka mereka terhadap Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam, tetapi kerana bongkak senta takabbur dengan apa yang dibawa
oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, juga kerana takut-takut akan hilang
kuasa dan tangan mereka.
(4)
Dapat kita perhatikan juga kesungguhan ‘Abdullah
bin Abu Bakar RadiyaLlahu ‘anhuma melakukan segala apa yang diperlukan oleh
Rasulullah. Antaranya berulang-alik antara Makkah dan gua tempat persembunyian,
mengintip rahsia dari kalangan kaum musyrikin Makkah dan membawa kepengetahuan
Rasulullah dan bapanya. Begitu juga kakaknya Asma’ RadiyaLlahu ‘anhuma yang
bertungkus lumus menyediakan makanan dan kenderaan serta keperluannya. Semuanya
ini memberikan kita suatu gambaran yang wajib dibeban oleh setiap Muslim lelaki
maupun perempuan ke jalan Allah demi untuk melaksanakan seluruh prinsip Islam
dan menegakkan sebuah masyarakat Islam sejati. Tidak memadai setakat untuk diri
sendiri atau setakat beribadat sahaja. Malah mestilah dicurahkan segala daya
dan tenaga yang terdapat dengan penuh kesungguhan ke arah kepentingan Islam.
Itulah kelebihan dan keistimewaan setiap pemuda demi Islam dan Muslimin di
setiap masa.
Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama
sebilangan besar adalah terdiri dari kasteria yang belum melewati batas usia
keremajaan. Mereka ini tidak akan membuang masa dengan percuma tanpa suatu
malah mereka menggunakan segala tenaga, daya dan usaha yang terdaya demi
menegakkan Islam dan mendirikan masyarakatnya.
(5)
Tentang apa yang terjadi ke atas Suraqah dan kudanya
ketika memburu Rasulullah tidak harus diihat begitu sahaja tanpa mengambil
suatu pengajaran bahawa itulah mukjizat luar biasa kepada Rasulullah. Perkara
ini dipersetujui oleh semua imam hadith tentang kebenaran dan sahihnya. Di
antara mereka ialah Al-Bukhari dan Muslim. Mu’jizat ini adalah salah satu di
antara kejadian mu’jizat yang pernah kita perkatakan dahulu.
(6)
Di antara peristiwa mu’jizat yang telah temampak
ialah ketika Rasulullah hendak keluar dari rumahnya yang telah dilengkungi oleh
Musyrikin yang bertujuan jahat, iaitu membunuh paduka Rasulullah tetapi
gerombolan dan pemuda yang tahan lasak yang berniat jahat itu telah terlena
sejurus yang kemudian disusuli dengan tempelak yang lain iaitu menabur tanah ke
atas kepala mereka semasa Rasulullah keluar berlalu dan rumahnya itu sambil
baginda membaca sepotong ayat Al Qur’an yang bermaksud: “Dan Kami adakan di
hadapan mereka dinding dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat
melihat.”
Peristiwa mu’jizat ini dianggap sebagai pengisytiharan
Allah Ta’ala kepada seluruh kaum Musyrikin untuk setiap masa dan di mana mereka
berada, bahawa segala macam penyiksaan dan gangguan yang sengaja dilakukan ke
atas baginda kerana agama yang dibawanya itu, tidaklah bererti yang Allah
Subhanahu Wata’ala telah membelakangkan atau meninggalkan baginda keseorangan
tanpa pertolongan. Bagi pihak Musyrikin dan kuncu-kucunya mereka tidak harus
bergelak ketawa dengan penyiksaan dan penganiayaan mereka itu kerana
pertolongan Allah terlalu hampir dan pasti. Kemudahan Ilahi untuk memberi
kejayaan itu akan terlaksana bila—bila masa sahaja.
(7)
Sambutan yang meriah yang ditunjukkan oleh pihak
Madinah mempamirkan kepada kita suatu gambaran betapa cintanya mereka kepada
Rasulullah dan betapa geloranya perasaan kasih dan cinta orang Ansar penduduk
Madinah lelaki mahu pun perempuan, tua mahupun muda, dewasa dan kanak-kanak
terhadap RasuluLlah; betapanya hebat perasaan sayang mereka sehingga setiap
hari mereka keluar beramai-ramai menanti-nanti ketibaan Rasulullah, dengan tidak
menghiraukan panas bahang matahari yang membakar. Bila matahari membenamkan
diri di ufuk barat dan siang menghilang diri baru mereka menyusur pulang dengan
membawa harapan untuk bertemu baginda di esok hari. Setibanya Rasulullah dengan
kuda baginda yang mula melangkah masuk ke pangkuan bumi Yathrib (Al-Madinah)
maka hatihati yang begitu lama diayak oleh gelombang perasaan dengan suara
seirama dan senada mengumandangkan lagu-lagu dan qasidah menggambarkan
keriangan mereka dengan ketibaan Rasulullah, perasaan dan kejujuran mereka
dibalas dengan perasaan dan kejujuran yang sama. Nabi Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam dengan senyum bertanya kepada wanita-wanita Barn Al-Najar yang
mengalunkan nasyid dan lagu-lagu menyambut kedatangan baginda: “Apakah kamu kasihkan
daku?
Demi Tuhan sesungguhnya hatiku kasihkan
kamu sekelian.”
Segala-galanya ini membuktikan kepada kita bahawa kasih
Rasululiah bukanlah semata-mata mengikutinya, tetapi perasaan cinta itu ialah
asas dan motif ke arab mengikut dan menta’ati segala suruhan yang lain.
Andaikata tanpa perasaan cinta yang berakar-umbi dari dasar hati maka, tidak
akan timbul keinginan untuk menjalankan suruhan yang lain.
Alangkah sesatnya segolongan yang menganggap apa yang
dikatakan cintakan Rasulullah itu semata-mata mengikut dan berpandu dengan
ajaran atau ‘amalan baginda sahaja dengan tidak disertai suatu perasaan pun.
Mereka sudah terlupa bahawa mengikut dan menta’ati yang sebenarnya tidak akan
wujud tanpa didorong oleh suatu perasaan atau didesak oleh tekanan hati
sanubari, tidak akan wujud keinginan untuk mengikuti dan mematuhi suruhan tanpa
cinta yang menggoncang seluruh perasaan. Oleh yang demikian maka Rasulullah
telah memperkenalkan kepada kita sukatan atau ukuran keimanan dengan Allah itu
ialah kasih dan cintanya itu mengatasi segala cinta, mengatasi cinta terhadap
anak, ibubapa dan manusia lain. ini menunjukkan yang perasaan cintakan
Rasulullah itu setaraf dan sejenis dengan perasaan cinta kepada anak atau
ibubapa. Tegasnya dua perasaan cinta ini mengalir dari perasaan yang sama.
Sekiranya tidak demikian maka tidak sahlah penegasan dan perbandingan di antara
keduanya.
(8)
Satu lagi gambaran yang kita dapat perhatikan
ialah mengenai persinggahan Rasulullah di rumah Abu Ayyub Al Ansari. Peristiwa
ini merupakan satu simbul lagi yang mendedahkan kepada kita betapa kasih dan
cintanya para sahabat Rasulullah kepada baginda.
Apa yang perlu kita titik-beratkan di sini ialah Abu Ayyub
dan isterinya yang telah mengambil berkat jari Rasulullah yang terdapat di
makanan yang dikembalikan oleh Rasulullah kepada mereka. Kesimpulannya ialah
mengambil berkat bekas-bekas Rasulullah itu adalah antara ajaran yang disuruh
oleh syara’ dan Islam.
Al Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan
kisah-kisah sahabat Rasulullah yang mengambil berkat dengan bekas-bekas yang
telah digunakan oleh baginda untuk berubat, mendapat jagaan dan taufik dan
sebagainya.
Antara kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari di dalam bab
pakaian di bawah tajuk “perihal uban”, di mana Ummu Salamah isteri Rasulullah
telah menyimpan beberapa helai rambut baginda di dalam botol atau sebagamya,
sekiranya salah seorang kena sakit mata atau sakit, mereka akan dikirimkan
sebekas air kepada Ummu Salamah yang kemudian beliau memasukkan helaian rambut
tadi ke dalam air yang dikirim, kemudian mereka meminum air itu dengan harapan
akan sembuh dan berkat.
Muslim pula telah membawa suatu riwayat di dalam satu bab
di bawah judul “Keharuman peluh Rasulullah” selalunya baginda menziarahi rumah
Ummu Salim dan sering berbaring serta tidur. Pada suatu hari Rasulullah masuk
tidur ke tempat tidurnya, selepas itu Ummu Salim pun pulang, didapati badan
Rasulullah berpeluh, lantas beliau mengambil sekeping kulit membiarkan peluh
baginda meleleh ke atasnya, dan mengambil sesuatu dan peti simpanannya untuk
mengesat peluh yang mengalir itu yang kemudian diperah masuk ke dalam botol.
Bila Rasulullah tersedar dan tidur, baginda bertanya: “Apa yang kamu buat ini
wahai Ibnu Salim? Jawabnya “Wahai Rasulullah aku mengharap untuk mendapat
berkat untuk anak cucu kami”. Jawab Rasulullah, “benar apa yang kamu lakukan.”
Begitu juga perihal-perihal yang terdapat dalam kedua dua
kitab hadith mengenai para sahabat yang sering mengambil baki air wudhu’ (air
sembahyang) baginda yang tidak habis untuk mendapat berkat. Begitu juga
bekas-bekas lain seperti pakaian dan cawan minuman baginda.
Sekiranya inilah keadaan mereka yang selalu mengambil
berkat dan merestui sesuatu dengan kesan—kesan dan bekas benda dan objek
maddiyah maka bagaimana pula dengan mereka yang mengambil berkat dan restu dan
martabah atau kedudukan baginda di sisi Allah? Dan bagaimana pula berkatnya
jika baginda itu rahmat untuk sekelian ‘alam?
Saya rasa memadai setakat ini untuk mengulas perihal
peristiwa perpindahan (hijrah) Rasulullah di mana kita akan memperkatakan
selepas ini perihal usaha-usaha mulia yang dilaksanakan oleh paduka Rasul demi
masyarakat baru di Madinah Munawwarah.