Apr 13, 2015

PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD DALAM MEMAHAMI ISLAM

FIQH AL-SIRAH 


Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti 

Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat
kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khali fah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya.
2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
لَقَْدْ آَاَنَ لَكُْمْ ِفِي رَسُوِلِ الَّ لِهِ أسْوٌَةٌ حَسَنٌَةٌ لَمَن آَاَنَ يَرُْجُو الَّ لَهَ وَالْيَوَْمَ الْآخَِرَ وَذَآََرَ الَّ لَهَ آَثِيًرًا (21)
Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu
(Al-Ahzab 33 : 21)
3.                  Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
4.                  Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukumhukum Islam.
5.                  Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda (SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar; seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH


Berhubung dengan sumber-sumber sejarah RasuluLlah bolehlah kita bahagikan seperti berikut: Pertama: Kitabullah (A1-Qur’an)
Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasar penghidupan Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Pendedahan sejarah hidup RasuluLlah dalam al—Qur’an melalui salah satu aliran berikut:
a.                  Memaparkan beberapa bahagian dati penghidupan baginda, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzabjuga seperti kisah perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy.
b.                  Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Is1am terhadap sesuatu iktibar. Sebenarya segala-galanya ini mempunyai makna dan hubungkait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayat bidup RasuluLlah SallaLlahu alaihi Wasal lam. Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar danpada aspek-aspek penghidupan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan hal ehwal yang bersangkutan dengannya.
Sebenarnya pendedahan Al-Qur’an Al-Karim tentang segala-galanya ini adalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah. Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Qur’an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya’ yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.
Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith hadith).
Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain—lainnya.
Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama. Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sejak dilahirkan hingga wafat nya kerana beberapa sebab:
a.                  Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkut dengan syari’at Islam maka hadith hadith yang menceritakan tentang penghidupan RasuluLlah berselerak dan berkecamuk dalam maudu’-maudu’ fiqah.
b.                  Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadith yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu’ atau tajuk-tajuk fiqah seperti yang disebut tadi.
Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Perihal riwayat hidup Muhammad RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di zaman silam adalah melalui dan mulut ke mulut tanpa mendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangan kecil yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian dan peristiwa-penistiwa dalam sejarahnya itu.
Setelah beberapa ketika terdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannya antara mereka seperti ‘Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari bin ‘Othnan (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, I1OH), Syarhabil bin Sa’d (wafat. 123H) dan Ibnu Syihab Al Zubri (wafat, 124H).
Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanya tinggal-beberapa bahagian yang tercamuk, setengahnya terdapat dalam kitab Al-Tabani manakala sebahagian yang lain pula tersimpan di bandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman ini ialah sebahagian dan tulisan Wahb bin Manbah (1IOH).
Kemudian timbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup RasululLah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialah Muhammiad bin Isbaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antara mereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Sa’ad (wafat pada tahun 230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.
Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya makiumat (dokumen) sejarah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang paling benar dan boleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul Al Maghazi Wa Al Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkan hilangnya intisari perpustakaan di zaman itu.
Setelah masa beredar setengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaitu Abu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan Ibnu Hisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarah RasuluLlah Sal laLlahu ‘alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali.
 Sebenarnya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan “Al Maghazi Wa Al Siyar” yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalam bentuk ringkasan.
Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunya begini:
“Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat RasuluLlah daripada Kitab “Al Maghazi Wa Al Siyar” yang dikarang oleh Ibnu Ishaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan, tambahan dan ringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama “Sirah Ibnu Hisyam “.
Akhirnya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkah mereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yang cuba membentangkan pelbagai aspek hidup Rasu luLlah SallaLlahu ‘alaibi Wasallam. Sebahagian dan mereka yang lain pula cuba mengkaji sudut-sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalam bukunya “Dala’il Al Nu buwwah” dan “Tanda-tanda Kenabian”. Imam Tarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkap aspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy dengan bukunya “Zad Al Ma’ad”. 


RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ‘ARAB SEBAGAITAPAK PANCARAN AGAMA ISLAM