الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN AGAMA ISLAM

    FIQH AL-SIRAH 

    Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti


    Sebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan
    Semenanjung ‘Arab di mana baginda hidup dan dipiih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpiihnya RasuluLlah dan bumi ini dan bangsa ‘Arab pula sebagai pembawa ubor da’wah Islamiyyah.
    Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa ‘Arab dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Romawi, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamaddun mereka.
    Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah ‘Arab sebelum Islam:
    Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.
    Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dan garis-garis yang bersifat kemanusiaan.
    Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani dalam kitabnya yang berjudul AlMilal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan.
    Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dan karangan mereka yang memang berhaluan demikian.
    Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk di sesuaikan dengan matlamat mencapai citacita dan kemahuannya.
    Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dan negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.
    Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali. Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India dipermulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam rnemerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.
    Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini kelembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamaddun yang berasaskan kepada mata benda (material) semata—mata. Tamaddun ini telah tidak mengambil contoh-contoh ma’nawi dan akhlak yang sempurna sebagai landasan dan asas kemajuan. Tamaddun dan kemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinya hanyalah tidak lebih dan satu jalan semata-mata iaitu satu jalan yang tidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan fikiran yang waras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayati maka tamaddun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawa kehidupan manusia mengalir ke tasik kecelakaan dan huru-hara. Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang waras dan pertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadi merupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arab kesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara ini tidak akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.
    Semenanjung ‘Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dan gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagungagungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitarnya. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.
    Tabi’at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu “bahan yang mentah” yang belum pernah dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan mereka seorang manusia semulajadi yang bersih mempunyai kemahuan yang kuat ke arab pembentukan manusia yang terpuji yang mempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya. Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiri dengan tujuan memper tahankan kehormatan.
    Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Al—Qur’an:
      
    Yang bermaksud;
    “Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang-orang yang telah sesat”.
    (Surah A1-Baqarah Ayat 198)
    Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke atas mereka.
    Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian.
    Di samping semuanya ini, Semenanjung ‘Arab di segi ke dudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya.
    Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan katanya:
    “Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa ‘Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba menciptakan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya.”
    Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa ‘Arab dan semenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung ‘Arab itu dan bangsa ‘Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan—jalan ke arah penyebaran obor seruan da’wah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruh pelusuk alam.
    Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-setengah golongan yang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini ta’sub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik. Sedangkan mengubati dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan basil tamaddun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini paling mudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka. Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat Ilahi, kerana penganalisaan yang seumpama ini hanya tepat kepada mereka yang mempunyai daya dan tenaga yang terbatas sahaja, memilih yang senang dan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.
    Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran da’wah Islamiyyah di mana-mana bahagian di Parsi atau di Rome atau di India bersinar cemerlang maka sudah pasti pula Allah akan menyediakan kemudahan dan cara-cara sehingga berjaya da’wahnya seperti mana yang berlaku di Semenanjung ‘Arab. Soal ini tidak pula menjadi bebanan, kerana Allah Subhanahu Wata’alah Pencipta ‘alam semesta. Namun hikmah Ilahiyyah memilih Semenanjung ‘Arab dan Rasul utusan itu tadi (seorang yang buta huruf tidak boleh membaca dan menulis seperti mana yang diterangkan oleh Allah dalam Kitab SuciNya) agar manusia seluruhnya tidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.
    Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasana persekitaran tempat RasuluLlah diutuskan di mana di dalanmya wujud suatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belum pemah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dan kerumitan falsafah yang berserabut.
    Di antara hikmat ilahi juga ialah menghindarkan perasaan syak wasangka manusia apakah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang mengandungi sejarah manusia purba dan tamaddun negara tetangga dan menghindarkan juga sangkaan buruk terhadap Muhammad sekiranya dakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia yang bertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atau Romawi. Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatu gambaran yang buruk iaitu dari siri tarnaddun dan falsafah yang terakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen serta kemas dengan perundangan yang lengkap.
    Hikmah_hikmah Ilahi ini telahpun diterangkan dengan tegas dan jelasnya dalam Al—Qur’an:
    هُ
    Yang bermaksud:.
    “Dialah (A11ah) yang telah mengutuskan di kelompok buta huruf seorang utusan daripada kalangan mereka ‘untuk,) menyampaikan kepada mereka ayat dan menjauhkan mereka daripada syirik dan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya dalam kesesetan yang amat sangat.”
    (Al-Jumu’ah 62: 2)
    Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf, begitu juga bangsa yang akan timbul Rasul di kalangannya juga satu bangsa yang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian dan syan’at Islam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma dan seruan manusia lain yang beranika corak.
    Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh diringkaskan seperti benkut:
    1.                  Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah menjadikan Baitul Haram itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umat manusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untuk manusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama. Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalan dan melaksanakan seruan bapa para Anbiya’ iaitu Sayyidina Ibrahim ‘Alaihi sallam. Tepat dan kena pada tempatnya di mana kawasan yang mulia ini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu agama
    Nabi Ibrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir 


    Kenapa tidak?

    Bukankah Nabi Muhammad ini dari keturunan Nabi Ibrahim ‘Alaihi sallam.
    2.                  Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung ‘Arab ini telah dipilih untuk bebanan tanggungjawab da’wah Islamiyyah, kerana situasi dan kedudukannya di tengah tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkan penyebaran da’wah Islamiyyah di kalangan bangsa—bangsa dan negara yang di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini ternyata sekali bila kita mengkaji semula perjalanan da’wah Islamiyyah di zaman permulaannya dan di zaman khulafa al Rashidin. Memang tepat seperti yang ditegaskan tadi.
    3.                  Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa ‘Arab itu sebagai media da’wah Islamiyyah dan bahasa yang pertama buat menerang dan mentafsirkan percakapan atau kalamullah ‘Azza wa jalla untuk disampaikan kepada kita.
    Kalau kita perhatikan dengan teliti tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikutidengan saW perbandingan dengan bahasa ‘Arab maka dengan jelas kita dapati yang bahasa ‘Arab mempunyai banyak keistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka sudah layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utama untuk umat Islam di mana mereka berada. 

    MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM NABIYANG TERAKHIR 


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA