وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ
وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ
مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
DAN hendaklah kamu
beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua,
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat,
dan anak-anak yatim
dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran
tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan
juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
(An-Nisaa’: 36)
Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Sesiapa yang
mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya
seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun
daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan,
maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya
dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
(Riwayat Muslim)
Kewajipan mengajak
manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia
yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul a.s. Walaupun
menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas seperti yang disebutkan
di dalam Al-Quran:
فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَمَا سَأَلْتُكُم مِّنْ أَجْرٍ ۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى
اللَّـهِ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ
مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah
menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu
(mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari
Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula
diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri
bulat-bulat kepada Allah)".
(Surah Yunus ayat 72)
Telah menjadi lumrah
alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru
kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu
orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama.
Firman Allah SWT:
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ
بَصِي
DIAlah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir
dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala
yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
(Surah al-Taghabun ayat 2)
Rasulullah SAW
menerangkan di dalam hadis yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi
sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu
ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya.
Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada
tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan
mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya
adalah adil dan saksama malah dilipat-gandakan lagi oleh Allah SWT.
Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk
orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan
dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga
menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana
dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang
itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan
amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.
Maka dengan itu, di
manakah jalan kita sebenarnya?. Adakah
kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi? Ataukah kita
hanya mengagungkan kesombongan kita terhadap Allah sehingga kita lupa dan lalai
bahawa kita memikul amanah Allah untuk menyempurnakan agama kita. Kerana kita
adalah MUSLIM yang MUKMIN di mana keduanya wajib seiringan.