Bilal Bin Rabah
Setelah mana berpindahnya Rasulullah SAW kepada Rafiqul ‘ala, Bilal bin Rabah tidak mampu lagi menetap di madinah. Kerana
kesemuanya disitu mengingatkan Bilal bin Rabah peristiwa – peristiwa yang berlaku bersama Rasulullah SAW.
Lantas dia berpindah ke Syam, negara yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan oleh Rasulullah SAW. Lalu berkahwin di sana. Kemudian, beliau terjaga pada suatu hari dalam keadaan menangis. Lalu isterinya bertanya, “Apakah yang membuatkan dikau menangis?”
Bilal bin Rabah menjawab, “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW malam tadi. Rasulullah SAW memberitahu, ‘Wahai bilal, apakah keasingan ini? tidakkah sekarang ini waktu untuk kamu menziarahi aku?’”
Keluarlah Bilal bin Rabah menziarahi kota madinah.Ketika tibanya di madinah lantas beliau menangis dengan tangisan yang tidak dapat dibendung.
Abu Bakar al-Siddiq bertemunya lalu berkata, “Wahai bilal, mengapa tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana kamu azankan bagi Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.” Bilal berkata, “Maafkan aku wahai khalifah rasulullah. Demi Allah SWT aku tidak mampu untuk melaungkan azan di kota madinah ini selepas kewafatan baginda. Kerana dahulu setelah aku selesai azan aku terus menuju ke bilik Rasulullah SAW dan berkata, ‘solat ya Rasulullah.’ Dan sekarang… bagaimana pula hendak aku berkata demikian..”
Umar al-Khattab pun juga begitu.
Kemudian bertemu pula dengan Hasan dan Husain (cucu Rasulullah SAW). Bilal memeluk kedua mereka dan menangis. Tercium pada
kedua mereka wangian milik atuk mereka (Rasulullah SAW). Hasan dan Husain meminta bilal untuk melaungkan azan.
Bilal bin Rabah tidak mampu menolak permintaan kedua mereka. Dan terus beliau naik ketempat yang pernah beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah SAW. Ketika beliau azan “ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR”
Terkejut penduduk di kota madinah!
“ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR” Berteriak manusia di rumah, “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?” Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Rasulullah SAW suatu ketika dahulu.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” Keluar semua lelaki – lelaki dari rumah mereka. Keluar mereka dari pasar – pasar mereka.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” Keluar semua wanita – wanita dari rumah mereka. Lelaki dan wanita semua keluar ke lorong – lorong kota madinah sambil berteriak, “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW? Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?
Bilamana sampainya azan bilal kepada “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH” Terasa kesedihan yang sayu. Beliau tidak mampu menyempurnakan azannya. Lantas turun dari tempat azannya.
Kota madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan baginda. Melainkan pada hari bilal melaungkan azannya, “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”
Begitulah kisah Bilal bin Rabah yang sangat mencintai, merindui, dan mengenali Rasulullah SAW.
Jika tiada Rasulullah SAW, tidaklah kita mengenali azan dan juga tidaklah kita mengenali solat. Juga kita tidak akan mengenali “LA ILAHA ILLA ALLAH.” Dan tidaklah sempurna keimanan seseorang itu sehingga menjadikan baginda orang yang sangat dicintai dari dirinya. Telah Allah SWT jadikan kecintaan pada-Nya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Tidak Allah SWT jadikan kecintaan pada-Nya bersangkut paut dengan kecintaan terhadap makhluk-Nya, melainkan hanya dengan Muhammad SAW.
“Katakanlah, jika kamu benar – benar mencintai Allah SWT maka ikutilah aku (Rasulullah SAW)..” – ali imran : 31
Hasil daripada cinta Rasulullah SAW, Allah SWT akan mencintai kita. Tidak cukup hanya sekadar kita mencintai Allah SWT, bahkan menjadikan kecintaan pada Allah SWT itu menyebabkan lahirnya kecintaan terhadap Rasulullah SAW.