الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    PENERIMAAN WAHYU

    FIQH AL-SIRAH 

    Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

    Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith daripada Saidatina ‘Aishah RadiyaLlahu ‘Anha tentang bagaimana ditemukan wahyu yang pertama:




    Daripada ‘Aisyah Ummil Mu’minin RadiyaLlahu ‘anha dikhabarkan bahawa ia telah berkata;
    “Permulaan wahyu yang dimulakan kepada RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Junjungan bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan)

    kepadanya untuk berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira’ lalu berta hannuth (beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalarn masa beberapa malam.
    Setelah itu baginda SailaLlahu ‘alaihi Wasallarn kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuthnya; kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sarna seumparna itu juga hingga datanglah
    kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira’ maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Berkata Junjungan: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca). Bercerita Junjungan:
    “Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Maka Aku berkata: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca), kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat kali yang kedua hingga terasa kepada aku kepayahan kemudian itu dilepaskan aku dan dia berkata: Iqra’! (Bacalah), maka berkata aku: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca), setelah itu rnengambil ia akan daku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh hingga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata:

    Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang rnenjadikan, yang menjadikan manusia daripada darah, bacalah derni Tuhan engkau yang mulia.
    (Surah al—’Alaq 96:1, 2, 3)
    Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu rnasuklah ia kepada Khadijah binti Khuwaiid seraya berkata: (Selimutkanlah aku! selimutkanlah aku!) maka diselimutkan akan dia hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata ia kepada Khadijah setelah rnenceritakan khabar itu: “Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku) lalu Khadijah pun berkata kepadanya “Tidak sekali! demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau mernikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak baja.” Kemudian pergilah Khadijah bersamanya menemui Waraqah bin Naufal Ibnu Asad bin ‘Abdul ‘Uzza iaitu anak bapa saudara Khadijah, Waraqah itu adalah seorang yang beragarna Nasrani di dalam zarnan jahiiyyah dan pandai menulis kitab ‘Ibrani. Maka disalinnya daripada kitab daripada kitab Injil itu dengan bahasa ‘Ibram apa yang dikehendaki Allah bahawa ia menulis dan adalah ia seorang yang telah berusia tua dan buta maka Khadijah pun berkata kepadanya “Ya anak bapa saudara! Cuba dengarkan kepada anak saudara engkau ini”; kemudian bertanya kepadanya Waraqah: “Wahai anak saudara ku! Apakah dia yang engkau lihat itu?” Lalu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallarn menceritakan apa yang (dialami dan) dilihatnya. Setelah itu Waraqah pun berkata kepadanya “Inilah Jibril yang pernah diturunkan Allah ke atas Nabi Musa. Sekiranya aku rnasih muda remaja dan aku masih pula hidup ketika dikeluarkan (diusir) engkau oleh kaum engkau... “Segera bertanya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam: (Apakah mereka hendak rnengeluarkan aku?) Jawabnya: (Ya! kerana tidak pemah datang seorang pun yang mernbawa (risalah) Seumparna yang engkau bawa itu melainkan ia akan dimusuhi dan sekiranya aku dapatilah hari engkau itu tentulah aku akan menolong engkau dengan pertolongan yang sungguh sungguh), kemudian tidak berapa lama sesudah itu Waraqah pun meninggal dunia dan wahyu pun berhentilah.
    Para ‘ulama’ telah berselisih pendapat tentang masa waktu dibekukan atau diberhentikan sementara waktu. Ada yang mengatakan tiga tahun, ada yang mengatakan kurang dan itu dan yang paling hampir sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu enam bulan.
    Berkata Ibnu Syihab: Dan telah dikhabarkan kepada aku oleh Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman bahawajabir Ibnu ‘Abdullah Al Ansari telah berkata semasa bercerita tentang terputusnya wahyu: seterusnya junjungan bersabda di dalam percakapannya itu”:
    “Sedang aku masih berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran oleh ku suara daripada langit, lalu aku angkatkan pandanganku, sekoyong-koyongnya Malaikat yang datang kepada aku di Gua Hira’ itu sedang duduk di atas kerusi yang terletak di antara langit dan bumi menyebabkan aku pun terperanjat melihatnya lalu aku pun balik, maka aku katakan: ‘(Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku!) maka diturunkan Allah ‘Azzawajaila. Erti nya: “Wahai orang yang berselimut! bangunlah, maka berikanlah peringatan, dan Tuhan engkau hendaklah engkau agungkan dan pakaian engkau bersihkanlah dan perbuatan dosa tinggalkanlah.”
    (Surah Al-Muddaththir: Ayat 1 — 5)
    Dengan itu wahyu pun mula diturunkan dan ia datang secara berturut-turut.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Hadith permulaan penurunan wahyu ini merupakan masa utama yang memberi implikasi terhadap seluruh hakikat dan de facto ‘aqidah dan Syari’ah Islamiyyah, memahami serta mempercayai dengan penuh yakin. Ia merupakan titik permulaan dan pengenalan yang semestinya ke arah mempercayai segala apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti perkhabaran ghaib dan suruhan syari’at lantaran hakikat wahyu itu adalah jenis yang tunggal yang memisahkan di antara manusia yang berfikir merangkakan undang undang itu dengan otak pemikiran yang bersifat serba kemanusiaan dengan manusia yang menyampaikan segala sesuatu yang telah diturunkan oleh Tuhannya tanpa menukar, menokok tambah dan sebagainya.
    Oleh yang demikian seteru-seteru Islam yang professional menimbulkan persoalan-persoalan tentang wahyu yang diturunkan dan melipat-gandakan segala tenaga pemikiran mereka demi untuk memutar-belitkan atau mengelirukan Ummat Islam agar syak-wasangka di antara kebenaran, wahyu dan ilham, serta inspirasi biasa kerana mereka meyakini bahawa objek hakikat wahyu itu merupakan sumber kepercayaan dan keyakinan orang Islam terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan Allah Subhanahu Wata’ala. Kalaulah mereka dapat mempesonakan dan menyuntikkan jarum hasad dengki mereka dengan syak-wasangka kepada hakikat wahyu tadi maka tidak syak lagi mereka dengan mudahnya dapat menjadikan orang Islam itu mengingkari sebahagian daripada kepercayaan dan hukum. Begitu juga mereka dapat memasukan racun-racun yang begitu bisa yang pernah dicanangkan iaitu segala Syari’at prinsip kepercayaan Islam adalah ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasailam sendiri.
    Untuk mencapai matlamat mereka yang tersebut tadi maka puak penyerang idealogi mi akan berusaha gigih dengan menterjemahkan dan menganalisa wahyu itu mengikut kehendak hati mereka sendiri dan cuba memisahkan atau mendustakan akan hakikat kebenaran wahyu itu. Di antara mereka pula ada yang cuba memberi tafsiran mengikut nilaian khayalan dan lamunan mereka masing-masing. Ada juga yang menuduh RasuluLlah itu cuba memerah segala tenaga fikirannya terjalin ke dalam jiwa dan pandangan batinnya suatu anutan dan pegangan yang dipandang logik dalam penyembahan berhala.
    Puak yang lain pula menuduh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah mempelajari Al— Qur’an dan prinsip ajaran Islam daripada paderi Buhaira dan ada pula yang menuduh, RasuluLlah itu seorang yang terganggu urat sarafnya atau telah diserang penyakit jiwa. Andaikata kita memerhatikan kepada tuduhan-tuduhan dan tafsiran-tafsiran yang melulu ini maka ternampaklah kepada kita bahawa manusia tersebut tidak boleh menerima segala—galanya malah segala—galanya itu sebagai helah mereka untuk menjauhkan diri Umat Islam daripada mengakui kebenaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai Nabi. Segala-galanya dapat diperhatikan dengan terang dan jelas segala kebenarannya semasa pendedahan hadith mengenai penurunan wahyu.
    — Kenapakah RasuluLlah dapat melihat Jibrail dengan niata kepalanya sendiri? Tidakkah boleh disampaikan wahyu itu di sebalik tabir sahaja?
    — Kenapakah Tuhan meresapkan perasaan takut dan kagum di dalam hati RasuluLlah ketika menerima dan membaca wahyu?
    — Tidakkah sewajarnya diresapkan perasaan tenang dan tenteram ketika itu kerana ini merupakan tanda sayangnya Tuhan terhadap RasulNya.
    — Sehingga baginda tidak gentar dan merasa takut kerana apabila RasuluLlah berasa saksi yang mendatanginya di Gua Hira’ dulu adalah jin dan langsung baginda tidak menyangkakannya sebagai malaikat utusan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
    — Kenapakah wahyu telah terputus penurunannya buar beberapa ketika? Peristiwa im telah menyebabkan RasuluLlah merana dan keluh kesah yang amat sangat, malah RasuluLlah pergi mendaki ke kemuncak bukit untuk menunjukkan dirinya seperti mana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari.
    Ini adalah beberapa pertanyaan yang biasa sahaja mengenai rupa bentuk wahyu yang pertama kali diturunkan. Bagi orang yang berfikir untuk mendapatkanjawapan ini ia akan bersua dengan beberapa rahsia dan hikmah-hikmah yang terang lagi nyata, iaitu orang—orang yang berfikiran bebas akan bertemu dengan hakikat yang paling nyata tanpa dipersonakan oleh racun dan ganja.
    Penyerang-penyerang dan golongan orientalis yang profesional yang mendakyahkan bahawa wahyu ini adalah hasil renungan dan fikiran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di cetuskan dan lubuk hatinya sendiri.
    Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diperanjatkan di Gua Hira’ dengan ketibaan Jbrail ‘Alaihissalam dengan mata kepalanya yang telah menyeru kepadanya, “Bacalah oleh mu.” ini ialah supaya ternyata bahawa pintu sinar wahyu itu bukanlah suatu perkara dan dalam jiwa atau jeritan batin, tetapi yang sebenarnya ialah menerima suatu hakikat dari suara yang tidak ada kena mengena dengan dorongan jiwa dalam. Jibrail ‘Alai hissalam telah memeluk baginda seerat—eratnya sebanyak tiga kali dan membebaskan dan pelukan itu sebanyak tiga kali, dan telah menyerui baginda, “Bacalah olehmu” sebanyak tiga kali juga merupakan penegasan dan gambaran hidup tentang wahyu yang datang dari luar bukanlah rekaan khayalan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
    Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah serba ketakutan dengan apa yang telah didengar dan dilihat, dengan serta—merta beliau telah berhenti dan pertapaan di gua itu dan bergegas pulang ke rumah dengan hati yang berdebar-debar, kesemuanya ini supaya ternampak kepada tiap-tiap yang berfikir bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidaklah mengharap-harapkan hendak menjadi pembawa Risalah yang akan disebarkan ke seluruh alam sejagat. Dan bukan pula wahyu itu untuk memberes atau menyempurnakan apa yang telah dirangka dan difikirkan di otak kepalanya. Tidak! Malah kedatangan wahyu itu kedatangan yang mendadak dengan tidak disangka-sangka mempengaruhi kehidupannya. Perkara ini tidak syak lagi sungguh berbeza dengan mereka-mereka yang telah berlatih merenung dan berfikir dengan jalan renungan hingga terbentuk suatu dogma kepercayaan untuk di seru ke arahnya nanti.
    Soal ilham, inspirasi atau jeritan batin jiwa atau renungan ke alam atas tidak akan diserang perasaan takut, kagum dan pucat badan. Tegasnya tidak ada titik pertemuan atau hubungan di antara renungan mencari ilham dan diserempak dengan perasaan takut yang berturut—turutan.
    Anda sendiri pun lebih mengetahui bahawa perasaan takut, gerun dan menggeletar seluruh anggota badan disertai dengan pucat warna tubuh badan adalah perasaan-perasaan yang tidak boleh dibuat-buat atau dipura-purakan? Kalau hendak diandaikan bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah cuba sedemikian maka ini suatu andaian (hypothesis) yang mustahil di mana perangainya telah begitu berubah corak dan satu keadaan kepada suatu keadaan yang terlalu berbeza dan berlainan sangat selepas pengutusan.
    Kegemaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas bila baginda menyangka yang mendatanginya di gua itu yang memeluk dan menyuruh baginda membaca adalah sejenis jin. Ini dapat dikesan dan apa yang diceritakan kepada Khadijah Radhiyállahu ‘anha.
    Katanya; “Aku takut ke atas diriku” tegasnya dari jin tetapi Khadijah telah menenangi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan memberi penawar bahawa ini bukanlah rasukan jin syaitan kerana baginda berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.
    Memang mudah bagi Allah menenangkan dan mencekalkan jiwa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bahawa yang mendatanginya itu tidak lain dan Jibrail salah seorang dan malaikat suruhan Allah yang membawa perkhabaran wahyu dan berita-berita Ilahi tentang pengutusan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai Rasul untuk manusia sejagat tetapi hikmat Ilahi yang nyata mahu mendedahkan pertentangan dua peribadi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang paling nyata perbezaannya; laitu Muhammad sebagai manusia biasa sebelum pengutusan dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul selepas pengutusan dan untuk menerangkan lebih lanjut lagi bahawa prinsip ‘aqidah Islamiyyah atau perundangan Islam belum pernah dicanai di otak kepala RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan belum pernah tergambar di kepalanya mengenai da’wah itu.
    Suatu kehendak Ilahi yang telah mengilhamkan Khadijah agar membawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menemui Waraqah bin Naufal dan membentangkan perkara ini kepada beliau. mi merupakan suatu sudut yang lain ke arah memperkuatkan lagi bahawa apa yang memeranjatkan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semasa di gua sana tidak lain dan wahyu dan Allah yang pernah disampaikan kepada para Anbiya’ lain yang terdahulu dan untuk menyingkap perasaan dan kesangsian yang menakutkan, yang menyelubungi jiwa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. (yang kelak akan membawa kepada pentafsiran dan penganalisaan)
    Mengenai pemberhentian sementara penurunan wahyu, kemudian disambung semula selepas enam bulan atau lebih itu mengandungi mu’jizat Ilahi yang mendalam. Tanya merupakan suatu tempelak kepada penyerang-penyerang ‘aqidah (Islam) yang profesional yang telah cuba menganalisakan wahyu yang diterima oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu dengan mengatakan ianya silauan ma’rifat diri hasil dan menungan dan renungan yang panjang yang bersumber dan dalam jiwa.
    Sebagai rahsia dan hikmat ilahi malaikatJibrail yang ditemui oleh baginda di Gua Hira’ dahulu telah menghilangkan diri buat beberapa ketika. Lantaran itu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diselubungi oleh perasaan was-was kemudian bentukar pula menjadi takut dan bimbangkan Tuhan telah melucutkan pemberian dan kumiaan wahyu serta pengutusan kerana suatu kesilapan yang telah dilakukan oleh baginda sehingga terasa oleh baginda bahawa dunia ini sempit baginya. Penasaan dalam dirinya sering membisii kepadanya ketika baginda menerimanya hingga disuatu ketika yang lain baginda telah melihat sekali lagi malaikat Jibrail ini yang bentuk-rupanya telah memenuhi ruangan di antara langit dan bumi serta melaungkan dengan katanya “Hai Muhammad engkaulah utusan kepada manusia”.
    Perasaan takut dan gerun sekai lagi menguasai seluruh diri Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Dengan keadaan sedemikian baginda terus kembali ke rumahnya di mana Tuhan telah menurunkan ayat-ayat Al-Qur’an yang lain pula yang berbunyi:

    “Wahai orang yang berselimut (Muhammad) bangunlah untuk menyampaikan perkhabaran yang menakutkan.”
    (Surah Al-Muddaththjr 74:1 — 2)
    Dengan keadaan dan suasana yang dilalui oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam itu orang yang berfikir dan berpendapat bahawa wahyu itu sama dengan inspirasi dalam jiwa manusia lain adalah dianggap pendapat yang gila kerana dengan berfikir secara ringkas pun kita mendapati bahawa pancaran inspirasi dan dalam tidak perlu menempuhi segala keadaan dan suasana itu.
    Hadith mengenai penurunan wahyu ini merupakan satu—satunya senjata untuk mempertahankan malah untuk merobohkan segala cemuhan dan serangan yang dibuat oleh seteru—seteru Islam terhadap penurunan wahyu dan terhadap keNabian yang dikurniakan kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Dari sini maka dapatlah kita fahami sejauh manakah dan betapa agungnya hikmat ilahi yang terkandung di dalam penerunan wahyu itu tadi. Boleh jadi seteru Islam akan kembali bertanya kalaulah wahyu itu diturunkan kepada Muhammad SallaLLahu ‘alaihi Wasallam dengan perantaraan Jibrail ‘Alaihissalam kenapa pula para-para sahabat yang lain tidak melihat?
    Sebagai jawapannya kita boleh mengatakan bahawa tanda wujud dan adanya sesuatu itu tidak semestinya dapat dilihat oleh mata kasar manusia kerana tenaga dan penglihatan manusia itu terbatas. Apakah suatu benda yang telah pergi jauh dan pandangan manusia dan tidak dapat dilihatnya bererti zatnya sudah tidak ada lagi?
    Memang mudah bagi Tuhan memberikan sesuatu tenaga penglihatan yang luar biasa kepada seseorang itu hingga dapat melihat segala apa yang tidak terlihat oleh, manusia lain.
    Di dalam soal ini Malik bin Nabi menegaskan buta warna itu telah memberi suatu contoh kepada kita untuk menunjukkan bahawa ada di antara beberapa warna yang tidak dapat dilihat oleh mata sipesakit buta warna. Dan di sana terdapat beberapa silauan cahaya infra merah (infra red ray) dan cahaya altera ungu (ultra voilet ray) kedua—duanya ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, tetapi kenyataan ilmiah rnenegaskan bahawa bukan semua mata yang tidak dapat melihat malah ada manusia yang matanya kurang atau tenlalu sensitif melihat cahaya itu.
    Sebagai kenyataan waqi’i menunjukkan kebenaran wahyu ialah penurunannya yang berturut-turut bukannya suatu petanda penyakit jiwa yang dialami oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti mana yang pernah dianalisa oleh seteru seteru Islam. Di sini kita cuba membuat kesimpulan tentang bukti-buktinya ini:
    i. Terdapat perbezaan di antara Al—Qur’an dan Al Hadith al-Sharif. Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah menyuruh dan meminta para sàhabatNya supaya menulis Al-Qur’an selepas diturunkan. Sebaliknya Al-Hadith memadai dengan hafalan mereka, kerana A1-Qur’an merupakan kalam Allah yang diwahyukan dengan makna dan perkataannya sekali, sedangkan Al-Hadith pula maknanya dan Tuhan dan perkataannya dan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Ini dilakukan supaya Nas dan teks Al-Qur’an tidak bercampur aduk dengan nas Al Hadith. ii. Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan oleh para sahabatNya dengan serta merta dan mungkin berlalu beberapa ketika yang agak panjang tidak diberi jawapan Se hingga turunnya ayat Al-Qur’an di mana baginda menjemput si penyoal tadi, kemudian dibacakan ayat-ayat Al Qur’an yang baru diturunkan. Kadang kala RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertindak dengan sendirinya terhadap sesuatu perkara yang tertentu. Kemudian diturunkan ayat yang tertentu menerangkan lagi sesuatu hal yang lain yang lebih wajar dan kadang kala pula mengandungi teguran. iii. Seperti diketahui Rasulullah ‘alaihi Wasallam adalah seorang yang buta huruf dan tidak mungkin manusia itu dapat mengetahui peristiwa dan faktur sejarah dengan jalan “medition (retrocognition) perantaraan (clair yoyance)” seperti cerita Nabi Yusof ‘Alaihissalam…..peristiwa menghanyutkan Nabi Musa ‘Alaihissalam di dalam sungai..., dan cerita mengenai Fir’aun yang kesemuanya itu membuktikan bahawa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam buta huruf. Lantaran itu Allah Subhanahu Wata’ ala berfirman:

    Yang bermaksud:
    “Dan tidak engkau membaca terdahulu daripadanya sebarang kitab dan tidak pemah pun engkau menulis dengan tangan kanan engkau. Kalau tidak sedemikian sudah tentu memberi syak kepada penentang-penentang”. (Surah Al-Ankabut 29:48)
    Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terkenal di kalangan kaumnya sebagai seorang yang amanáh selama empat puluh tahun. Lebih-lebih lagi dengan diri sendiri baginda lebih teliti sewaktu menerima wahyu dan mengkaji secara mendalam agar tidak langsung berbau syak wasangka. Yang bermaksud:

     “Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca Al-Kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dan TuhanMu sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu ragu.”
    (Surah Yunus 10:94)
    Seolah-olah ayat ini merupakan jawapan kepada penelitian dan kajian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap wahyu dan diriwayatkan bahawa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah menegaskan selepas penurunan ayat ini dengan katanya, “Aku tidak syak dan waham lagi dan aku tidak akan bertanya-tanya lagi.” 

    PERINGKATDA’WAH ISLAMIYYAH 



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA