الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    PENYIKSAAN

    FIQH AL-SIRAH 

    Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

    Puak Quraisy begitu melampau dan bersangatan menentang RasuluLlah dan sahabat-sahabatnya. Antara apa yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru bin A1’As: “Ketika Nabi SallLlahu ‘alaihi Wasallam bersembahyang di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya, kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahunya sambil menolaknya dan RasuluLlah dan berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap “Tuhanku ialah Allah.” Satu lagi apa yang
    diceritakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar: “Ketika Nabi sedang sujud bersembahyang di tengah tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan melempar ke atas belakang RasuluLlah, menyebabkan RasuluLlah tidak mengangkat kepalanya dan sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah radiyallahu‘anha membuang najis-najis tadi sambil bertanya kepada ‘Ali siapa yang melakukan demikian. Di ketika yang lain pula Baginda terpaksa menanggung berbagai-bagai kejian dan maki-hamun ketika berjalan di tengah-tengah mereka dan diketika melalui di hadapan kelab-kelab mereka.
    Sahabat-sahabat RasuluLlah ridhwanuLlahi ‘alaihim ajma’in telah mengalami seribu satu penyiksaan, sehingga terdapat di antara mereka mati kerana penyiksaan yang melampaui batasan manakala setengah yang lain pula buta dan cacat anggota dan sebagainya. Penyiksaan yang sedemikian rupa tidak sedikit pun melemahkan semangat keimanan mereka dengan agama Allah. Dalam soal ini kiranya hendak kita memperkatakan secara mendalam mungkin tidak sempat, memadailah Setakat membawa apa yang telah diceritakan oleh Bukhari dan Khabbab bin A1-’Arat: “Aku datang menemui RasuluLlah, baginda sedang meletakkan kepalanya berbaring berbantalkan pakaiannya di bawah lindungan Ka’bah. Di kala itu kami tengah mengalami penyiksaan yang amat sangat, lantas aku berkata kepada RasuluLlah: “Wahai RasuluLlah kenapa tidak tuan hamba memohon daripada Tuhan untuk sekelian?” Baginda terus bangun dan duduk dengan muka yang merah dan berkata:
    “Sesungguhnya mereka yang terdahulu daripada kamu pemah diganyang dengan penyakar-penyakar besi hingga ketulang dan urat sadar, tapi sebiji padi pun mereka tidak berganjak dan ada pula di antara mereka dibelah kepala dengan gergaji namun demikian mereka tetap juga tidak mengubah pendirian mereka, biarlah Tuhan sempurnakan perkara ini (agama Islam) sehingga manusia yang berjalan dan Sari’a’ ke Hadhralmaut tidak akan gentar dan takut sesuatu melainkan Allah.

    PENGAJARAN DAN RENUNGAN

    Apa yang terlintas di otak kepala mereka yang membaca kisah penyiksaan RasuluLlah dan sahabatnya yang beranika rupa itu ialah satu pertanyaan: “Kenapakah Nabi dan sahabatnya rela menanggung segala azab sengsara dan penyiksaan sedang mereka ini dalam kebenaran? Kenapa pula Tuhan tidak melindungi mereka? Tidakkah mereka mi askar-askarNya dan RasuluLlah pula penda’wah dan pejuang ke jalanNya.”
    Untuk jawapannya, sifat pertama bagi manusia sebagai penghuni duma ini ialah “mukallaf” di mana dia mesti melaksanakan segala perintah dan suruhan-suruhan Allah yang berat dan susah. Berda’wah di dalam agama Islam dan berjihad untuk meninggikan kalimat Allah adalah sebahagian daripada kerja kerja mukallaf. Suruhan taklif pula adalah di antara sifat-sifat kehambaan terhadap Allah; tidak bererti kehambaan kita terhadap Tuhan tanpa suruhan dan perintah daripadaNya. Kehambaan manusia terhadap Allah faktor yang wajib bagi ketuhanan Allah Subhanahu Wata’ala, dan tidak bererti keimanan seseorang tanpa mengetahui kehambaannya terhadap Allah.
    Kehambaan membawa kepada taklif (iaitu tunduk kepada suruhan) sedangkan taklif pula membawa kepada menanggung beban dan melawan hawa nafsu. Untuk yang demikian maka kewajipan setiap hamba Allah di duma ini ialah melaksanakan dua perkara yang terpenting:
    Satu: Berpegang dengan pengajaran Islam dan mendirikan masyarakat Islam yang sejati.
    Dua: Mengharungi sebarang kepayahan dan menghadapi segala kesusahan serta membelanjakan harta kekayaan untuk mencapai tujuan di atas.
    Allah Subhanahu Wata’ala mewajibkan kita mempercayai dan beriman dengan tujuan matlamat dan saranan di samping itu juga dipinta melalui jalan-jalan yang penuh dengan onak-onak dan merbahaya untuk mencapai tujuan dan matlamat tadi.
    Kalaulah Tuhan mahu nescaya mudah sahaja bagiNya untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam tanpa bersusah payah, tapi keadaan yang seumpama ini tidaklah pula membuktikan perhambaan manusia akan dirinya kepada Allah ‘Azza wajalla dan tidak menunjukkan yang ianya telah bersabung nyawa, mengorbankan harta-bendanya di hari pertama ia beriman dengan Allah dan tidaklah menunjukkan yang ianya telah mengenepikan segala hawa nafsunya demi untuk memberi dedikasinya yang sepenuh kepada RasuluLlah. Tanpa ujud segala galanya ini maka tidaklah wujud perbezaan di antara mu’min sejati dengan munafiq dan di antara benar dengan dusta.
    Segala kesusahan yang dihadapi oleh pejuang-pejuang dan penda’wah kalimah Allah demi untuk menegak satu masyarakat Islam yang sejati adalah sunnah dan suratan Ilahi sejak dipermulaan sejarah lagi, yang di dalamnya tersemat tiga rahsia dan hikmat:—
    Pertama: Sifat kehambaan dan ke’abdian manusia terhadap Allah ‘Azza wajalla, seperti yang ditegaskan oleh Allah:
    “Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka men yembahKu.”
    (Surah A1—Zariyat 51:56)
    Kedua: Sifat taklif tanggungjawab adalah sebahagian dan sifat ke’abdian, setiap lelaki mahupun perempuan yang sudah baligh berakal dan dewasa adalah bertanggungjawab terhadap Allah Subhanahu Wata’ala untuk mempraktikkan syari’at syari’at Islam ke atas dirinya dan melaksanakan peraturan— peraturan Islam di dalam masyarakatnya. Dalam usaha mencapai tujuan ini ia terpaksa mengharungi lautan penderitaan maka dengan ini barulah terlaksana apa yang dikatakan taklif itu
    Ketiga: Menampakkan kebenaran mereka yang benar dan kedustaan mereka yang mendusta, kalau dibiarkan manusia mengaku Islam dan cintakan ALlah sekadar di lidahnya sahaja maka tidak wujudlah perbezaan di antara sibenar dengan sipendusta, tetapi kepahitan dan pencarobalah yang membezakan antara yang benar dan yang berdusta. Memang benar apa yang telah ditegaskan oleh Allah di dalam kitab suciNya A1-Qur’an 
    Yang bermaksud:—
    “Aliff Laam Mum. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
    (Surah A1-’Ankabut 29:1 — 3) TegasNya lagi di dalam surah yang lain:—
     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orangorang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar”. (Surah Ali-’Imran 3:142)
    Sekiranya inilah sistem dan sunnah Allah ke atas hambaNya, hatta ke atas Anbiya’Nya sekali pun, justeru demikian maka tidak ada rombakan dan perubahan keatas sistem dan sunnah Allah itu. Demi itu maka RasuluLlah telah menempuh segala penyiksaan. Para Anbiya’ dan Rasul-rasul yang terdahulu disiksa dan diduga, begitu juga para sahabat RasuluLlah diduga dan disiksa malah di antara mereka ada yang mati dan ada yang cacat. Namun demikian mereka ini begitu mulia di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.
    Sekarang kita telah mengetahui kesengsaraan setiap Muslim itu dalam usaha menegakkan sesebuah masyarakat Islam. Oleh itu ketahuilah bahawa perkara itu bukanlah pancaroba dan sengsara yang menyekat pejuang-pejuang dan mencapai matlamatnya seperti yang difahami oleh setengah-tengah manusia. Tetapi pancaroba dan sengsara tadi adalah galangan-galangan yang telah sediakan oleh Tuhan untuk mereka-mereka yang ingin berjihad dan ingin membuktikan keimanannya; mereka yang telah ditentang dan terkandas.mati syahid maka merekalah orang-orang yang sebenarnya telah mencapai tujuan membuktikan keimanannya.
    Oleh yang demikian maka tidak seharusnya setiap Muslim itu terasa putus asa sekiranya bertemu dengan halangan dan dugaan di dalam perjalanannya untuk mencapai matlamat jihadnya, malah sebaliknya harus setiap Muslim merasa hampa dan putus asa sekiranya perjuangannya tidak menempuh sebarang cabaran dan halangan.
    Perhatikanlah ayat ini baik—baik:—
    “Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan tidak didatangkan (diujikan) kamu sebagaimana (diuji) mereka-mereka yang terdahulu dan kamu, mereka ditempuh kesusahan dan kesulitan, terasa (bumi ini) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama sama Rasul berkata: “Bila lagi pertolongan dan Allah? Rasul berkata: Bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
    (Surah A1-Baqarah 2:214)
    Kita dapat melihat kenyataan ini dengan jelas sekali mélalui peristiwa Khabbab bin Al-’Arat RadhiyaLlahu ‘anhu ketika mengadap RasuluLlah setelah disiksa di mana anggota badannya hangushangus meminta daripada RasuluLlah supaya berdo’a dan meminta pertolongan Allah agar mereka berjaya dalam perjüangan’ Apa yang telah dijawab oleh RasuluLlah (yang bermaksud)
    “Kalau engkau terasa pelik dan ganjil tentang azab sengsara yang kamu tempuhi itu ketika kejalan Allah maka percayalah itulah jalanNya. Inilah sistem dan sunnah Allah untuk sekelian hambaNya yang beriman denganNya, percayalah bahawa mereka yang terdahulu pernah dicakar-cakar badan mereka dengan penyakar besi, tetapi keimanan mereka tetap tidak berganjak.”
    Memang salah sekali sekiranya engkau menyangka yang azab sengsara itu tanda dan alamat kehampaan, putus asa dan kegagalan tetapi yang sebenarnya itulah kemenangan yang bersalurkan dugaan dan pancaroba. Allah akan menolong agama sehinggalah dapat seseoragn itu berjalan dan San’a’ ke ‘Hadhralmaut tanpa takut sesuatu kecuali Allah sahaja.
    Inilah rahsia mengapa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pernah menyampaikan berita baik kepada sahabatnya, iaitu Allah membuka negeri Rom dan Farsi untuk mereka. Sungguhpun demikian dua empayar tadi tidak terbuka kecuali setelah wafatnya RasuluLlah beberapa ketika. Andaikata RasuluLlah itu semulia dan sekasih-kasih makhluk di sisi Allah mengapa pula tidak dibuka dua Empayar tadi semasa hidup baginda, tanpa memberi peluang kepada salah seorang sahabatnya mencatat namanya di dalam sejarah perjuangan lantaran berjaya membuka Farsi dan Rom itu?
    `Sebenarnya orang Islam seluruhnya di masa itu belum lagi menggadai nyawa mereka sepenuhnya untuk menawan negeri Syam dan ‘Iraq dan nilai kemenangan mesti dibayar dengan harga yang setimpal. Persoalan yang sebenar, kemenangan (membuka sesebuah negara itu bukanlah di tangan RasuluLlah atau di bawah arahannya atau kerana Tuhan kasih dan sayangkan baginda. Bukan sedemikian, sebaliknya persoalannya ialah setiap Muslim yang mengaku dirinya Muslim beriman dengan Allah dan RasulNya wajiblah membuktikan keimanannya dengan usaha dan tenaga, rela menerirna tawaran Tuhan untuk menukar syurga dengan jiwa raga dan harta benda mereka: Firman Allah : 
    :
     “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu‘min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu membunuh atau terbunuh.”
    (Surah A1-Taubah 9:111) 

    RUNDINGAN DAN TAWARAN 


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA