Kepimpinan bukan sekadar
kedudukan, tetapi amanah yang menuntut kebijaksanaan, kejujuran, dan kesediaan
untuk berubah. Dalam jurnal ini, saya meneliti tujuh kesilapan lazim dalam
kepimpinan moden berdasarkan kajian Amy Gibson, lalu menghuraikannya dengan
dalil Aqli dan Naqli. Tujuannya ialah untuk membina kefahaman yang lebih
mendalam tentang bagaimana pemimpin boleh memperbaiki diri dan membina budaya
kepimpinan yang berteraskan hikmah, keterbukaan, dan tanggungjawab. Semoga
jurnal ini menjadi cerminan dan panduan buat para pemimpin dalam pelbagai
lapangan.