الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Anak Mamang Ketika Sakit








    <!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

    Waktu itu, mamang sedang duduk di tangga yang cuma 2 anak tangga saja…depan pintu rumah…melihat anak-anak…abang, kakak dan adik main basikal yang mamang beli walaupun ala kadar dengan kemampuan mamang…mamang duduk sambil melihat anak-anak takut-takut ada kenderaan jiran-jiran yang lalu waktu pulang dari kerja…

    Anak-anak mamang…mamang ajar mula main jam 5 petang…dan kembali sebelum jam 6 petang…masuk maghrib…bila saja kelihatan mega merah di kaki langit…Alhamdulillah anak-anak mamang faham yang waktu itu bukan masanya lagi untuk bermain…cukuplah sejam untuk riadah…mamang selalu cakap…main basikal untuk kesihatan bukan untuk sakit…

    Entah kenapa waktu itu matahari masih lewat lagi untuk terbenam dan jam pun baru lebih kurang 5.30 petang…mamang tunduk sekejap membetulkan susunan kasut-kasut anak-anak…tiba-tiba saja mamang mendengar suara anak perempuan mamang kedengaran sayu sambil menangis perlahan dan memanggil mamang…”Bah…tangan kakak…tangan kakak macam patah bah…”….mamang berlari yang waktu itu anak mamang itu terselindung dengan kereta buruk mamang…mamang melihat anak mamang itu menangis sambil memegang tangannya…mamang angkat…pegang tangannya…bawa masuk ke rumah dan duduk di kusyen yang mamang beli walaupun murah harganya…mamang tengok tangannya…memang benar patah…katanya dia di pegat (bahasa jawa)…kalau melayunya dihadang oleh kawannya yang juga teman sekolahnya…tapi memang mamang tengok anak mamang tu tidak pernah mengayuh basikalnya laju…

    Mamang, isteri mamang, abangnya dan adiknya, membawa anak mamang itu ke hospital terdekat…Tuaran…lama tunggu giliran…dengan sabar dan dengan airmata anak mamang yang menangis…akhirnya dapat jumpa pegawai perubatan…diperiksa…dibelek…kesakitan anak mamang tu…dalam hati mamang menangis…cuma airmata tidak mengalir…rasa menyesal tunduk menyusun kasut-kasut…tapi itu semua takdir dan ada hikmahnya…

    Anak mamang dibawa dengan ambulan ke QEH dengan ibunya…mamang bersama anak-anak mamang yang dua lagi menaiki kereta buruk…waktu itulah mamang mengalirkan airmata mengenang nasib anak mamang yang kesakitan…malah abangnya dan adiknya juga menangis….

    Sesampai di QEH anak mamang sudah dalam wad…dibagi ubat tahan sakit dan ubat tidur supaya tidak terlalu sakit…sedih mamang cuma dapat mamang tahan…bertanya doktor..esok baru diperiksa lagi…lama mamang di QEH…akhirnya ibunya suruh pulang…anak-anak yang dua lagi belum mandi…belum makan…mamang pulang dengan anak-anak…

    Esoknya anak mamang diusung ke wad bedah…mamang pesan baca doa banyak-banyak, baca salawat banyak-banyak…akhirnya tangan anak mamang disimen…sebulan tidak ke sekolah…

    Bagi orang lain mungkin itu biasa…patah tangan kecilan…tapi bagi mamang…kerana sayangkan anak-anak mamang ingat sampai ke hari ini…malah sampai ke matipun mamang akan tetap ingat…walaupun anak mamang sekarang sudah besar…dan mungkin lupa pada mamang…tapi dihati…difikiran..mamang sayangkan anak-anak mamang…walaupun mamang begini…hati mamang tetap ada abang, kakak, adik dan si bungsu yang juga sakit…

    Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku…semua mamang pendam…mamang simpan…mamang tidak tahu harus ke mana kepada siapa mamang beritahu…mamang luahkan…biarpun pahit…derita…pedih…sakit…terhina…dan segala macam…mamang telan dengan rela hati…cuma apa?...kenapa?...dikembalikan pada mamang kesemua salahnya…dan mamang terima itu semua….








    KENANGAN ANAK-ANAK MAMANG DI TANJUNG MALIM PERAK 2005


    ABANG DENGAN BASIKALNYA



    KAKAK BERGAYA DI HADAPAN PINTU RUMAH SEWA


    ADIK ANAK YANG PANDAI BERGAYA


    KAKAK DAN ADIK BERGAYA DI LAMAN RUMAH SEWA
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA