الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Abu Hurairah R.A : Si Bapa Burung Kecil

    Beliau Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.
    Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja
    mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.

    Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau.
    Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.

    Beliau memeluk Islam dalam tahun 7 hijrah, melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah.Beliau hanya semapat bersama Baginda selama empat tahun sahaja.

    Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau
    bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!".
    Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa
    kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan
    beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan
    panggilan: Abu Hurairah.

    Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda. Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu
    beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas
    Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau.

    Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah (sebuah tempat yang
    terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin). Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati.

    Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis
    daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk
    menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.

    Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka
    sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke
    peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di
    sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka:

    "Kamu duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s.a.w."

    Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah
    ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari
    pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana
    beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak.
    Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau,
    kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan
    beliau sedikitpun tidak berubah.

    Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan
    tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun
    sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.

    Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau:

    "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin.

    Abu Hurairah dan kucing

    Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

    Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

    Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

    Abu Hurairah dan syaitan

    Ditugaskan oleh rasulullah s.a.w untuk menjaga gudang zakat pada bulan Ramadhan. Seperti di ketahui pada zaman tersebut, zakat dibayar dalam bentuk makanan,bijirin dan sebagainya. Pada satu malam muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Abu Hurairah sedar akan hal itu dan mengejar pencuri tersebut dan berjaya menangkapnya.

    “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW,” gertak Abu Hurairah.

    Pencuri itu sangat takut mendengarkan ancaman Abu Hurairah, dan dia merayu :
    “Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya ramai dan saya sangat memerlukan makanan.”

    Kasihan melihat pencuri itu, Maka Abu Hurairah melepaskan pencuri itu.

    “Kamu janji jangan kembali lagi ke sini,” Abu Hurairah memberikan amaran.

    Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w.

    “Apa yang dilakukan kepada pencuri itu semalam, ya Abu Hurairah?” tanya Baginda.

    Dia mengeluh, “Ya Rasulullah, dia seorang miskin, keluarganya ramai dan sangat memerlukan makanan,” jawab Abu Hurairah.

    Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya dan pencuri itu berjanji tidak akan kembali lagi.

    “Dia berbohong ” kata Rasulullah SAW.

    “Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.” Kata baginda.

    Dan, tentulah benar sekali kata-kata Rasulullah SAW.

    Pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti semalam. Kali ini dia juga tertangkap.

    “Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah SAW,” ugut Abu Hurairah,

    Sama seperti malam sebelumnya. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun.

    “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.”

    Kasihan juga Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun dia dilepaskan.

    Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan baginda pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan:

    “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

    Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya kerana sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah SAW dan dia berjaya menangkapnya, dia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Beliau kesal. Kenapa pencuri semalam itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah SAW?

    Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dijaganya. “Benar, dia datang lagi,” katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

    “Kali ini kau pastinya ku adukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga.” Kata Abu Hurairah

    “Lepaskanlah saya,” pencuri itu memohon.

    Tapi, dari gengaman tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi.

    Maka dengan rasa putus-asa akhirnya pencuri itu berkata :

    “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

    “Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu.

    “Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.”

    Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah.

    Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah SAW. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

    “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah SAW.

    “Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah.

    “Kalimah apakah itu?” tanya Rasulullah SAW lagi

    Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

    Mendengar cerita Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.”

    “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?” Tanya Rasulullah SAW

    “Entahlah.” Jawab Abu Hurairah.

    “Itulah syaitan” jawab Rasulullah SAW

    "Apabila kamu masuk ke tempat tidur mu, maka bacalah ayat Kursi, 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini, maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi".
    (Hadith Riwayat Bukhari)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA