الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    ﺍﻟﻬﺒﻪ :APAKAH IA : PERLUKKAH ADIL

    Hebah (pemberian) iaitu memberi seorang akan suatu dengan tiada ganti pada ketika hidup.

    Sekiranya memberi dengan ada ganti dinamakan jual beli, seperti berkata seorang “ aku beri kepada engkau barang ini dengan pemberian engkau kepada aku seekor ayam”, dan sah jual beli dengan lafas hebah.

    Sekiranya memberi digantungkan dengan mati seperti berkata seorang “aku beri barang ini kepada engkau setelah aku mati” maka dinamakan wasiat.

    Memberi sesuatu dengan mengharapkan pahala akhirat dinamakan sedekah sementara memberi sesuatu yang dihantar kepada orang yang diberi kerana memuliakannya dinamakan hadiah.

    Syarat hebah hendaklah ada ijab (penawaran) dan kabul (terima tawaran).

    Contoh lafas ijab aku beri benda ini kepada engkau, aku mempermilik benda ini kepada engkau, aku muliakan engkau sambil menghulurkan barang kepada orang yang diberi dan sebagainya.

    Contoh lafas kabul aku terima, aku terima hebah, dan sebagainya.

    Sunat bagi bapa, datuk dan ke atas mensamakan pemberian kepada anak dan ke bawah sama ada anak atau cucu itu lelaki atau perempuan.

    Harus bapa atau datuk dan ke atas mengambil balik pemberian yang telah diberi kepada anak dan ke bawah.

    Tidak harus selain asal (bapa teratas) mengambil balik pemberian, contoh selain bapa teratas seperti saudara, bapa saudara dan lainnya.


    SUATU SIROH 

    Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata:

    Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?”
    Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?”
    Dia menjawab: “Tidak.”
    Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua.
    Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak)
    maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.”

    Al-Syaukani rahimahullah mengulas berkenaan hadis di atas:

    Dalam hadis (di atas) terdapat petunjuk bahwa berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih utama daripada berjihad. Manakala sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah di dalamnya terkandung dalil bahawa wajib (hukumnya) meminta izin ibubapa di dalam urusan berjihad dan yang sedemikian adalah pendapat jumhur ulama’. Dan mereka memutuskan dengan keharaman berjihad jika kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka menegah (anak mereka) daripada berjihad kerana sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa adalah fardhu ‘ain manakala jihad adalah fardhu kifayah. Akan tetapi apabila hukum jihad jatuh fardhu ‘ain maka tidak perlu meminta izin (daripada mereka berdua).



    Pernah seorang anak datang mengadu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

    “Wahai Rasulullah, saya memiliki harta dan anak akan tetapi ayahku ingin menghabiskan harta aku.” Rasulullah menjawab: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu.”

    Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya.

    menunjukkan betapa besar hak ibubapa ke atas kita sehingga harta kita dan apa yang pernah mereka berikan kepada kita boleh menjadi milik mereka. Sekalipun kedua-dua hadis di atas hanya merujuk kepada seorang ayah, akan tetapi seorang ibu termasuk sama. Ini kerana hak seorang ibu terhadap anaknya adalah lebih besar sebagaimana yang dijelaskan dalam beberapa hadis sebelum ini.

    Maksudnya diguna untuk kebaikan bukan maksiat..jadi kalau dpinjam orang talipon ka kereta ka anak punya..adakah kita yakin itu diguna untuk lebaikan..na apa mcm?

    dari hukum fiqh, maka hukum yang terkandung dalam kedua-dua hadis bukanlah secara mutlak tetapi dibatasi dengan kaedah bahawa ketaatan hanya dalam perkara yang ma’ruf, bukan maksiat. Sebelum ini telah dikemukakan dua buah hadis:

    Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat, perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.

    Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.

    Di samping itu terhadap sebuah hadis lain daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh dimana beliau menerangkan:

    Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghantar satu ekspedisi pejuang dan melantik seorang lelaki

    dari kalangan Ansar sebagai pemimpinnya. Baginda memerintahkan mereka (para pejuang) untuk mentaati pemimpin tersebut. Dalam ekspedisi itu, pemimpin tersebut menjadi marah kepada mereka

    (para pejuangnya) dan berkata:

    “Tidakkah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kalian mentaati aku?”

    Mereka menjawab: “Ya.”

    Dengan itu dia berkata: “Aku memerintahkan kalian memungut kayu api, nyalakan api dan lompat ke dalamnya!”

    Maka mereka memungut kayu api dan menyalakan api. Akan tetapi tatkala mereka ingin melompat ke dalam, mereka melihat kepada satu sama lain dan sebahagian daripada mereka berkata:

    “Sesungguhnya kita mengikuti Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (agama Islam) tidak lain untuk menyelamatkan diri daripada api, apakah patut kita memasukinya sekarang?”

    Sementara itu api padam dan kemarahan pemimpin mereka juga menjadi reda. Maka setelah itu mereka menceritakan apa yang berlaku kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda menjawab: “Seandainya kalian melompat ke dalamnya pasti kalian tidak akan keluar selama-lamanya. Sesungguhnya ketaatan tidak lain hanya dalam perkara ma’ruf (kebaikan yang selari dengan syari‘at Islam).”

    Oleh itu apabila dikatakan: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”, maka ia bukanlah keseluruhan harta sehingga meninggalkan kita dalam keadaan muflis dan merana. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah, ibubapa memiliki kedudukan yang amat besar terhadap kita sehingga mereka berhak kepada sebahagian daripada harta kita. Betapa tidak, bukankah ibubapa juga, ketika kita masih kecil, telah mengorbankan sebahagian besar harta mereka untuk membesar dan mendidik kita? Justeru berdasarkan hadis ini, kita tidak boleh bersikap kedekut terhadap ibubapa. Hendaklah secara rela kita berkongsi sebahagian harta bersama ibubapa dan memberikan lebih dari itu jika mereka berhajat kepadanya.

    Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan firman-Nya:

    Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
    “Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?”
    Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada kedua ibubapa…” [al-Baqarah 2:215]

    Dalam sebuah hadisnya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

    Seorang anak belum membalas budi ayahnya sehingga dia mendapati ayahnya seorang budak hamba, lalu dia membelinya dan memerdekakannya.

    hak ibubapa untuk mengambil semula pemberian mereka kepada kita. Pengambilan semula adalah dengan syarat ia tidak menjadikan kita dalam keadaan yang sukar. Sebagai contoh, jika ibubapa telah memberi duit pendahuluan kepada kita untuk membeli kereta, mereka hanya boleh meminta balik duit tersebut jika kita belum membeli kereta. Jika kita sudah membeli kereta, ibubapa tidak boleh meminta balik kerana ini akan membebankan kita.


    MAKA PERLUKAH ADIL DALAM PEMBERIAN KEPADA ANAK-ANAK?


    Al-Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu menjelaskan bahawa tabarru‘ (memberi sesuatu kepada orang lain tanpa gantian) seseorang akan hartanya kepada orang lain terbahagi kepada dua:

    1. Yang tergantung (tertakluk) kepada kematian iaitu wasiat.

    2. Yang terlaksana ketika hidup. Ia terbahagi kepada dua;

    Pertama: Memindahkan milik semata-mata, iaitu hibah, hadiah dan sedekah.

    Kedua: Wakaf.

    Hibah dalam istilah syara‘ ialah memindah milik sesuatu tanpa perlu menukar ganti. Hibah merangkumi sedekah dan hadiah, kerana ia mempunyai definisi yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan dan maksud semasa menyampaikannya.
    Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan mengharapkan pahala, maka ia adalah sedekah. Namun jika ia
    dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih, maka ia dinamakan hadiah, dan jika ia tidak dimaksudkan seperti di atas, maka ia hanyalah satu pemberian biasa (hibah).
    Hukum hibah (termasuklah hadiah dan sedekah) itu adalah sunat.

    Ini kerana hibah itu merupakan suatu kebajikan dan ia terkandung dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:
    “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.”

    (Surah al-Ma’idah: 2)

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    Maksudnya:
    “Wahai perempuan-perempuan Islam, janganlah kamu menghina seorang jiran (yang menghadiahkan) kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing (walau hanya sesuatu yang sedikit).”
    (Hadits riwayat Muslim)

    Sabda baginda lagi:

    Maksudnya:
    “Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan kasih mengasihi sesama kamu.”
    (Hadits riwayat Malik)

    Jelaslah bahawa Islam menggalakkan umatnya supaya bersikap saling beri memberi, kerana ia boleh melahirkan perasaan kasih sayang. Walau bagaimana kecil sekalipun pemberian itu, namun ia tetap dianggap suatu pemberian bahkan akan mendapat ganjaran pahala.

    Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    Tafsirnya:
    “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”
    (Surah az-Zalzalah: 7)

    Orang yang lebih utama diberikan hibah itu adalah kaum kerabat dan jiran. Sunat saling doa mendoakan memohon keberkatan dan sebagainya antara pemberi dan penerima, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha katanya:

    Maksudnya:
    “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan seekor kambing, baginda bersabda: “Bahagi-bahagikanlah ia.” Apabila tiba khadam (yang menghantar daging) ‘Aisyah bertanya: “Apa yang mereka katakan (ketika menerima daging)?” Khadam menjawab: “Mereka mengucapkan (semoga Allah memberkati apa yang masih tinggal pada kamu).” Maka ‘Aisyah berkata: “(Dan semoga Allah memberkati apa yang ada pada mereka), kita hendaklah menjawab sebagaimana yang mereka ucapkan, dan kekallah pahala kita untuk kita.”

    (Hadits riwayat Ibnu as-Sinni)

    Perlukah Adil Dalam Pemberian Kepada Anak?

    Makruh bagi ayah mengutamakan seorang anak daripada anak-anaknya yang lain dalam pemberian sama ada hibah, hadiah, sedekah, wakaf atau derma yang lainnya.

    Maka sunat bagi ayah berlaku adil kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan hatta kepada cucu-cucunya dalam memberi suatu pemberian, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh an-Nu‘man bin Basyir Radhiallahu ‘anhuma katanya:

    Maksudnya:
    “Ayahku telah bersedekah kepadaku sebahagian hartanya, maka berkata ibuku ‘Amrah Binti Rawahah: “Saya tidak rela sehinggalah engkau mempersaksikannya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Maka ayahku pergi kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk dipersaksikan sedekahku. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ayahku: “Adakah engkau membuat begini (memberi sedekah) kepada semua anakmu?” Berkata (ayahku): “Tidak.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.” Maka ayahku kembali dan menarik balik sedekah itu.”

    (Hadits riwayat Muslim)

    Selain ayah, disunatkan juga kepada ibu, nenek lelaki dan nenek perempuan berlaku adil kepada anak dan cucu mereka. Jika diutamakan salah seorang daripada mereka dalam pemberian maka
    hukumnya makruh (tapi pemberian itu sah), kerana ini boleh membawa kepada perasaan hasad dengki dan sifat menderhaka, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh an-Nu‘man bin Basyir
    Radhiallahu ‘anhuma ketika ayahnya datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk dipersaksikan pemberian yang dia beri kepada anaknya, lalu baginda bersabda:

    Maksudnya:
    “Adakah kesemua anakmu engkau berikan pemberian sepertimana yang engkau berikan an-Nu‘man?” (Ayah) berkata: “Tidak.” Baginda bersabda: “Maka persaksikanlah pekara ini (kepada orang) selain aku.” Kemudian baginda bersabda: “Apakah engkau suka mereka berbuat baik yang sama kepadamu?” Dia berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “Jika demikian tidaklah (aku mahu mempersaksikannya).”

    (Hadits riwayat Muslim)

    Menurut ad-Damiri bahawa berlaku adil kepada anak-anak itu adalah dituntut hatta dalam memberi ciuman kepada mereka. Sementara as-Syiekh Sulaiman al-Jamal menyebutkan bahawa bukan sahaja adil dalam pemberian bahkan juga berlemah lembut dalam percakapan dan sebagainya.

    Ketika Bila Ia Makruh?

    Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, ayah yang mengutamakan seorang anak daripada anak-anaknya yang lain dalam pemberian adalah makruh, apabila kesemua anak-anaknya
    itu sama-sama berhajat pada pemberian atau sama-sama tidak berhajat padanya.

    Adapun jika tidak sama keadaan mereka seperti salah seorang daripada anaknya berhajat pada pemberian dan anak-anaknya yang lain tidak berhajat, maka tidaklah makruh memberi keutamaan kepada anaknya yang berhajat itu.

    Demikianlah juga halnya tidak makruh memberi keutamaan kepada anaknya yang tidak menderhaka, yang tidak fasiq, yang berilmu dan wara‘. Sebagaimana para sahabat Radhiallahu ‘anhum mengutamakan sebahagian anak mereka. Adapun jika kedua-dua anaknya itu fasiq akan tetapi salah seorang daripadanya kefasiqannya lebih berat berbanding yang seorang lagi, seperti seorang anaknya itu peminum arak, penzina dan peliwat dan seorang yang lain hanya peminum arak, maka didahulukan yang lebih ringan kefasiqannya.

    Haram memberi sesuatu pemberian kepada anak yang fasiq, apabila diketahui bahawa ia akan membelanjakan pemberian itu pada kemaksiatan. Jika ibu bapa tidak adil dalam pemberian itu, contohnya seorang anak diberi dengan bahagian yang lebih banyak dan yang lain hanya sedikit, maka dalam hal ini ada dua cara penyelesaian:

    Pertama: Yang lebih utama, disama ratakan pemberian itu dengan menambah kekurangan pada anak yang mendapat bahagian yang sedikit.

    Kedua: Diambil lebihan daripada anak yang mendapat bahagian yang lebih banyak itu supaya menjadi sama rata. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa hendaklah berlaku adil kepada anak-anak dalam memberikan suatu pemberian sama ada berbentuk hadiah, sedekah ataupun wakaf agar tidak menimbulkan di hati mereka perasaan dengki dan penderhakaan.


    Sumber : Mufti Brunei
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA