الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    semua tentang solat

    Semua tentang solat


    1. Akan dicabut keberkatan usianya.
    2. Ciri-ciri sinar keimanan akan dicabut dari wajahnya.
    3. Setiap amal yang dilakukannya tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT.
    4. Doanya tidak akan diangkat ke langit.
    5. Tidak mendapat bahagian dari doa-doanya orang yang soleh dan para solihin.
    3 azab ketika akan meninggal dunia
    1. Akan mati dalam keadaan hina (su’ul khotimah).
    2. Mati dalam keadaan lapar yang amat sangat.
    3. Mati dalam keadaan haus, walaupun diberi air minum tidak akan menghilangkan rasa hausnya (walau dituangkan air tawar laksana
    lautan ia akan tetap haus.)
    3 azab di dalam kubur
    1. Kubur akan menghimpitnya hingga tulang rusuknya bertemu antara satu sama lain.
    2. Akan dinyalakan api di dalam kuburnya, dan ia akan bergulingan di atasnya siang dan malam hingga ke hari kiamat.
    3. Allah akan memasukan ular dalam kuburnya. Ular itu yang bernama Sijaul Aqra dan ular itu akan memukulnya sampai hari kiamat.
    Setiap pukulan ular itu, ia akan ditenggelamkan ke dalam kuburnya sedalam 70 hasta.
    3 azah ketika hari kiamat
    1. Hisabnya sangat keras.
    2. Allah akan memurkai diri orang yang meninggalkan solat.
    3. Akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam.
     —



    APAKAH SOLAT KITA DILENGAH-LENGAHKAN?

    Di dalam Al-Quran diceritakan bagaimana mungkin perbuatan mungkar mampu ditinggalkan secara pasti dengan melakukan solat semata-mata, sedangkan dalam ayat yang lain Allah menyatakan kemurkaan kepada orang yang solat. Ini dapat dilihat pada ayat ke 4 surah al-Maa’un yang bermaksud :

    “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”

    Ibnu Abbas memberi gambaran bahawa yang dimaksudkan orang yang celaka disini ialah orang-orang yang munafiq. Dimana mereka mengerjakan solat ketika di hadapan banyak orang dan tidak mengerjakannya ketika ia dalam keadaan bersendirian. Samada lalai ketika dalam solat mahupun lalai untuk mengerjakannya pada waktu yang ditetapkan. Pendapat mengenai ayat ini ditegaskan kepada orang yang lengahkan solat juga dipersetujui oleh Masruq dan Abu ad-Dhuha.

    Menurut ‘Atha’ bin Dinar pula. Allah SWT telah menggunakan kalimah (‘an) "yang lalai dari solatnya". Allah tidak menggunakan kalimah ( fi ) "yang lalai di dalam solatnya". Ini bermaksud jelas bahawa lalai disini adalah lalai dengan melengah-lengahkan solat.

    Di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karangan al-Imam As- Suyuthi mengatakan bahawa, daripada Sa’ad B. Abi Waqash telah berkata: Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang FirmanNya: “(yaitu) orang-orang yang lalai dari (tentang) solat mereka” Nabi SAW telah bersabda: Mereka ialah orang-orang yang melewatkan solat dari waktunya.

    SOLAT ORANG MUNAFIQ?

    Sebab itu bukan semua solat yang dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu sudah pasti menghindarkan dirinya dari perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yang solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yang berpura-pura dengan solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.

    Gambaran yang lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yang munafik. Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah SWT menyatakan bahawa :

    “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”


    TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS

    Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dari Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dalam keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dalam keadaan wajah ceria, kemahuan yang tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.

    Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.

    Sebab itulah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka untuk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas, maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.


    SOLAT DALAM KEADAAN RIYA’

    Itu gambaran ciri-ciri zahir seorang munafiq dalam melakukan solat. Kemudian Allah menyambung semula ayat 14surah an-Nisa berkenaan dengan ciri-ciri batin yang terdapat di hati seorang munafiq dalam melakukan solat. Allah menyebut, “mereka  riya’ di hadapan manusia”. Iaitu mereka melakukan solat tanpa ada hubungan dengan Allah akan tetapi untuk tatapan manusia.

    Dari Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa memperdengarkan amalan amal perbuatannya kepada orang lain, maka Allah akan memperdengarkan amal orang itu kepada makhlukNYA serta menghina dan merendahkannya.” 


    SOLAT DENGAN TERGESA-GESA

    Antara sebab-sebab lain solat itu tidak mampu mencegah kita daripada perbuatan mungkar ialah, apabila ianya dilakukan dengan remeh temeh. Ianya dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ini jelas pada sambungan ayat sebentar tadi iaitu “Mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali”
    Ibnu Kathir berkata, ini kerana ketika solat mereka tidak khusyu’ malah tidak mengerti apa yang diucapkan. Bahkan dalam solat mereka bermain-main serta berpaling dari kebaikan yang ingin dicapai. 

    Imam Malik meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
    “Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Itu adalah solat orang munafiq. Ia duduk menunggu matahari, hingga apabila matahari itu berada di antara dua tanduk syaitan, kemudian ia solat (bagaikan burung) mematuk empat kali (solatnya cepat). Mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, kecuali sedikit sahaja”. Hal yang sama diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Nasai’e. 



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA