الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Teman kita nanti



    Rasulullah S.A.W pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia.  Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut apabila mendapati kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya itu.  Apakah maklhluk tersebut?

        Lalu lelaki itu bertanya “ Siapa kamu?”.

        Makhluk itu menjawab “Kamu tidak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu sering baca di siang hari dan juga pada waktu malam”.

    Kemudian, barulah lelaki tersebut teringat bahawa makhluk tersebut ialah Al-Quran.  Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT.  Betapa gembiranya dia kerana berpeluang menatap zat Allah Yang Maha Suci.

    Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu.  Allah turut memerintahkan malaikat agar turut member perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.

    Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu.  Allah turut memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.

        Maka, terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata  “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”

        Lalu malaikat menjawab “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran.”

    Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud : “Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan segala apa yang terdapat di dalamnya,  maka Allah akan memakaikan mahkota kepada  kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak  di mana cahayanya lebih terang daripada  cahaya matahari di dunia.  Maka kamu tidak akan menduga bahawa pahala itu disebabkan amalan yang seperti ini”.

    Rasulullah SAW bersabda:
    “Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran “.

    Ketika mayat dikafankan orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat yakni Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

        Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :”Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

    Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

        “Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”. “Maka, janganlah engkau bimbang”.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA