الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    TANGISAN BUAT PALESTIN

    Maafkan saya jika kurang...maka mohon di tambah...jika salah maka mohon
    perbetulkan...ini adalah dari hati saya seorang hamba Allah yang diujinya dengan berbagai cara

    Samada suka atau tidak...mahu atau tidak...percaya atau tidak....apa yang berlaku di sana...sekian lamanya...sebenarnya adalah berlaku kepada kita juga...berkaitan kita....kerana agama kita...iman kita...kepercayaan kita...saudara kita...maka kita adalah sama...musibah ini adalah juga kita...
    musibah ini adalah berkenaan kita...
    Adakah kita saudara mereka?
    Adakah kita seagama mereka?
    Adakah kita seiman mereka?
    Adakah kita sedar di mana kiblat pertama kita?
    Adakah kita  kenal di mana Nabi s.a.w di mi'rajkan?

    Allah mengingatkan kita di dalam firmannya :


    وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ﴿٧٥﴾ الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا ﴿٧٦

    Dan apakah yang menghalang kamu tidak mahu berperang di Jalan Allah dan untuk menyelamatkan orang-orang yang ditindas yang terdiri daripada kaum lelaki,perempuan dan kanak-kanak,iaitu mereka yang selalu berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! keluarkan kami dari negeri ini yang penduduknya zalim,dan jadikan bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (daripada ancaman musuh)”.
    Orang yang beriman,berperang pada jalan Allah,dan orang kafir pula
    berperang pada jalan taghut (pelampau).Oleh sebab itu,perangi kamu pengikut-pengikut syaitan itu,kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah (Surah An-Nisa' ayat :75-76)


    Rasulullah s.a.w mengingatkan kita :
    Bandingan orang beriman dalam kasih sayang ,kasihan dan simpati sama seperti satu jasad.Apabila satu anggota merasa sakit,maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam (Riwayat Muslim)

    Di kala kita leka dengan keamanan dan keselamatan yang kita peroleh sekarang ini, kita lupa bahawa saudara kita di bumi Palestin sedang berlari menyelamatkan diri dari terkena lontaran bom dan roket dari udara dan darat oleh tentera Israel.

    Setiap hari akan ada gambar-gambar dan video yang dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan kanak-kanak kecil Palestin yang tidak berdosa mati dibunuh. Dan ada juga video yang menunjukkan seorang ibu dipisahkan daripada anak-anaknya tanpa belas kasihan oleh tentera Israel.

    Apabila kita tengok video itu pun kita berasa geram dan marah. Tanpa kita sedar, mengalir air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi ini kepada saudara-mara kita di sana.

    Setiap hari kita berdoa. Kita bermohon agar ALLAH membantu dan memberi pertolongan buat saudara-saudara kita di sana juga buat kita malah seluruh ummah mukmin di mana saja yang ditindas samada secara jelas atau tidak.

    Walaupun kita telah berdoa, hati masih rasa tidak tenang.


    Tangisan mereka memanggil kita,jeritan serta ratapan mereka merayu kita,suara tangisan anak kecil yang tidak berdosa,suara wanita yang tidak bermaya,ratapan si tua yang lemah longlai,darah pemuda yang
    ditumpah,nyawa perwira yang digadai,Tidakkah kita mendengari mereka,dengan panggilan jeritan mereka yang mungkin kuat dari bunyi dentuman tembakan yang dilepaskan,sayu mengharapkan pertolongan mahupun sedikit bantuan.

    Sedang kita sibuk dibuai bersama kemewahan serta kesenangan yang ada...
    tergamakkah kita bersahaja dengan menjadi penonton serta pemerhati yang setia? sedangkan nyawa mereka sedang menjadi mangsa...
    manakah janji kita bahawa kita bersaudara? tertumpahnya darah mereka yang akan menuntut kita di sana nanti,kerana sanggup membiarkan mereka melarat di dalam derita tanpa sedikitpun bantuan yang ada dan tiba....

    Sekali lagi dentuman bom yang kuat jatuh menggegar bumi Gaza,maka bermulalah siri pembunuhan serta penindasan terhadap saudara kita di Palestin.Pembunuhan serta penyembelihan yang ganas dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza,begitu memilukan kita.Lantas ia mencabar perasaan persaudaraan Islam ataupun ikatan ukhuwah kita dengan saudara kita di sana.


    Maka marilah bersama-sama mengajak diri sendiri....jernihkanlah hati....genangkan airmata....tadahkanlah tangan...buat saudara kita...yang juga
    adalah kita...kerana tidak beriman bagi kita jika tidak mencintai saudara sepertimana mencintai diri sendiri...jika mencintai diri....maka marilah kita bersama-sama bermohon...meminta....merayu  kepada ALLAH....agar musibah kita ini di tamatkan...Mohonlah kepada ALLAH agar saudara kita di bantu dengan kasih sayangNya...Mintalah dengan keikhlasan...walaupun hanya sekadar SURAH AGUNG UMMUL KITAB SURAH AL-FATIHAH....

    Himpunkan keluarga anda dan dirikan Qiamullail(bangun malam) dan berdoalah kepada Allah untuk kemenangan Gaza.

    Memperbanyak zikir kepada Allah dan doa untuk pertolongan kepada Gaza pada setiap kali waktu lapang.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA