Hadis Sahih Bukhori
Dalam satu hadis yang panjang mengenai syafaat, ada dua hadis dr Anas ra,Nabi saw bersabda setelah 3 kali memohon syafaat, “ tiadalah yang tinggal di dalam neraka kecuali orang yang dipenjara Quran dan mesti kekal di dalamnya “
Jadi amatlah penting untuk kita ketahui siapa yang dipenjara Quran dan adakah dalil tiada syafaat bagi golongan ini.
Muddatsir ayat 48
Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
TETAPI juga amat penting diketahui bahawa kita dilarang keras melabel orang ini ahli neraka, orang ini ahli syurga kerana tiadalah diketahui penghabisan hayat seseorang. kecualibagi orang yang selalu buat maksiat. Kemungkinan juga orang kafir itu di akhir hayatnya memeluk Islam. Tiada siapa yang tahu pengakhiran seseorang kecuali Allah swt. Oleh itu jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita.
Kemungkinan taubat dihujung umur terbuka luas
An Nisa’ ayat 18
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Hak pemberian syurga dan neraka hanya dari Allah swt.
Surah Jin ayat 21
Katakanlah lagi; ” Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
Dalam surah Jin ayat 21. Allah mengajar Rasul saw utk berkata, bahawa Nabi tidak dapat beri mudarat dan kebaikan, kerana semuanya dari Allah. Allah yang berkuasa menentukan. Apatah lagi syurga dan neraka.
Adapun ayat ayat Al Quran adalah petunjuk supaya kita tidak tergolongan dalam golongan2 yang masuk ke neraka.Dan yang berhak bercakap siapa kekal di dalam neraka atau siapa yang berada di dalam neraka hanyalah ALLAH swt.
Dan dengan dasar dari surah al Baqarah ayat 281, kita mengkaji dan menyenaraikan ayat ayat yang menerangkan golongan ahli neraka.
Al Baqarah ayat 281
Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah.
--------------------
1. Syirik kepada Allah swt.
An Nisa’ Ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
2. Orang kafir dan munafik
At Taubah ayat 68
Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam,mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
2.1 → An Anfal ayat 36
Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.
2.2 → juga dalam surah Al Fath ayat 6.
2.3 → juga Al Ahzab ayat 64-65
Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang, -
kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong.
3. Orang Fasik
As Sajdah ayat 20
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".
4. Membunuh mukmin dengan sengaja
An Nisa’ ayat 93
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.
5. Orang yang sombong takbur
5.1→ An Nahl ayat 29 (kesinambungan ayat 23-24, org sombong yang mengatakan Quran cerita2 dongeng dahulukala) - kesombongan ini dijelaskan lagi dalam surah al ahqaf ayat 11-12
“Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur”.
5.2 → Ghoffir ayat 75-76
“Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).
“Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam”.
Dalam surah An Nahl dan Ghoffir sombong dan takbur ini keduanya golongan yang terpedaya.
→ An Nahl ayat 28 - golongan ini kata mereka tidak melakukan kejahatan pun
→ Ghoffir ayat 74 - golongan ini kata mereka tidak pernah sekutukan Allah.
Kenapa mereka terpedaya di perjelaskan dalam surah An Naml ayat 4-5
Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.
Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi.
6. Tidak mematuhi hukum syariat dalam hal pusaka
An Nisa’ ayat ayat 14(kesinambungan ayat sebelum)
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.
7. Orang yang kufur ingkar kepada al Quran.
7.1 → Tagabun ayat 10
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
7.2→ Jin ayat 23
dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.”
7.3→ An Nisa’ ayat 56
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
8. Makan Harta anak yatim dengan zalim.
An Nisa’ ayat 10
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
9. Orang yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya
Al Fath ayat 13
Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang menjulang-julang.
10. Orang yang menghalang dari jalan Allah
Al Hajj ayat 9
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
11. Orang yang lari dari medan perang
Anfal ayat 16
Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali.
12. Pencaci dan pencela
Surah Al Humazah
13. Mengaku Tuhan
Al Anbiya’ ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: “Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah”, maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
14. Orang alim yang menyembunyikan ayat Allah demi habuan dunia.
Al Baqarah ayat 174-175
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
15. Pemakan Riba
Al Baqarah ayat 275
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Al Baqarah ayat 279
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).
berdalilkan → At Taubah ayat 63
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar
16. Sokong Orang Zalim (Hati redha)
Hud ayat 113
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
17. Orang yang melampaui batas dan melebihkan kehidupan dunia
An Nazi’at ayat 37-39
Maka; adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
18. Menfitnah lelaki/perempuan beriman tanpa bertaubat
Al Buruj ayat 10
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
19. Orang yang tidak solat, orang yang tak pernah sedekah makan kepada fakir, orang yang mengumpat/fitnah dan orang yang mendustakan hari pembalasan.
Muddattsir ayat 42 -48
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):”Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?”
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
“Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
“Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
“Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
20. Orang yang menipu sukatan.
Mutaffifin ayat 1-3
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
21. Orang yang tidak ingat untuk menemui Allah, dan berpuashati dengan kehidupan dunia dan orang yang tidak memperdulikan ayat Quran.
Yunus ayat 7-8
Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -
Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
Al Kahfi ayat 105-106
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.