إِنَّ الْحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بلله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ
سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إلهَ إلا الله وَحْدَهُ
لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللهم صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ
حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اللهم بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ، وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ .
ﺍﻋﻮﺬ
ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
وَقُلْ
لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا
يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ
عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ
آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي
أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ
التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ
الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ
بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى
اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak
tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Islam adalah al Din yang kamil dan syamil. Ia lengkap dan sempurna. Firman
Allah yang mafhumnya:
"Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan atas
kamu ni'mat Ku, dan Aku reda bagi kamu Islam sebagai al Din." (Al-Ma' idah:
3)
Kesyumulan inilah yang merupakan sifat asli Islam yang sekali kali tidak dapat
dipisahkan dari Islam. Islam mengatur semua sudut kehidupan dan perbuatan
manusia. Sifat ini menjadi ciri khusus Islam sehingga menjadikannya berbeza
dengan sistem sistem atau agama agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau
sesuatu sudut tertentu sahaja di dalam kehidupan manusia.
Kesyumulan Islam merangkumi seluruh kegiatan utama dalam kehidupan manusia
sehingga tiada sesuatu pun dalam kehidupan manusia yang terbiar tanpa mendapat
petunjuk dan bimbingan daripada Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami turunkan ke atas kamu al-Qur'an sebagai keterangan
dan penjelasan
bagi segala sesuatu." (An-Nahl: 89)
Tidak sesuatupun yang diabaikan di bawah kesyumulan peraturanperaturan Islam.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Tidak Kami abaikan sesuatupun dalam al Kitab (al Qur
an )." (Al An'am: 38)
Dengan kata kata 'ulama', kesyumulan Islam diungkapkan sebagai:
"Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur
segenap sudut hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat."
Islam meliputi semua zaman kerana is diturunkan pada kemuncak tertingai
pembangunan asas asas tamaddun kemanusiaan. Di mana pada kemuncak kemajuan ini
Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai penutup segala nabi dan sebagai
rahmat kepada seluruh 'alam. Dengan berakhirnya kenabian bererti manusia telah
mencapai peringkat tertinggi dalam asas asas perkembangannya ke arah kemantapan
dan kematangan. Kemantapan dan kematangan ini adalah batu asas bagi pertumbuhan
tamaddun tamaddun manusia yang seterusnya. Ini bererti sesuatu asas atau ajaran
yang telah boleh menghidupkan serta mengembangkan tamaddun manusia di peringkat
kematangannya pada satu zaman dan di satu tempat tertentu sudah pasti dapat
mengembangkannya pada zaman zaman dan tempat tempat yang lain. Islam telah
menghidupkan serta mengembangkan asas tamaddun kemanusiaan pada masa
kemantapannya empat belas abad yang silam. Oleh kerana pertumbuhan tamadun
kemanusian adalah berlandaskan kepada batu asas tersebut, maka sudah pasti Islam
akan tetap mampu dan berupaya untuk mengatur kehidupan manusia di mana mana
zaman sekalipun.
Firman Allah yang mafhumnya:
"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui." (Saba: 28)
"Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua."
(Al A'raf: 158)
Islam mampu mengatur segenap sudut kehidupan manusia kerana ruang lingkup
ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali, mulai dari
sekecil kecil urusan sampailah kepada sebesar besarnya. Mulai dari urusan
peribadi. keluarga, masyarakat. negara dan hubungan antarabangsa. Demikian juga
dalam bidang 'aqidah, akhlaq, mu'amalah, jinayah, ekonomi dan lainnya.
Islam pula merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat kerana
ia berteraskan kepada dasar dasar rabbani yang jelas dan sepadu, tidak membahagikan
kehidupan manusia kepada juzu' juzu yang terpisah pisah, tidak menolak
pentingnya daya keyakinan hati yang dikuatkan dengan kemampuan 'aqal, dan Islam
sentiasa mewujudkan keseimbangan di dalam kehidupan manusia bagi kebaikan mereka
di dunia dan di akhirat.
Kesyumulan Islam merangkumi empat bidang utama:
-
Kesyumulan dalam 'Aqidah
-
Kesyumulan dalam 'Ibadah
-
Kesyumulan dalam Syari'at
-
Kesyumulan dalam Akhlaq
PENJELASAN KEPADA AYAT 31 SURAH ANNUUR
Mereka hendaklah menghindarkan diri daripada memuaskan nafsu
syahwat secara haram dan juga daripada membuka aurat mereka di hadapan orang
lain. Walaupun perintah kepada lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini,
tetapi sempadan aurat untuk wanita adalah berbeza dari yang diperintahkan kepada
lelaki. Lagipun, aurat wanita terhadap lelaki adalah berbeza dengan yang
diperintahkan terhadap wanita sendiri.
Aurat seorang wanita terhadap lelaki ialah keseluruhan tubuh
badannya kecuali tangan dan muka. Ia tidak boleh dibuka di hadapan lelaki lain.
Wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang nipis atau yang ketat yang mengikut
bentuk badan dan yang boleh menampakkan kulit. Menurut satu hadith dari A'ishah,
pernah kakaknya Asma' datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis.
Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata:
"Wahai Asma', apabila seorang wanita telah baligh,
dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan" (Abu
Dawud)
Ibnu Jarir telah meriwayatkan peristiwa yang sama daripada
kata kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang
menziarahinya. Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah, baginda nampak
perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain.
A'ishah berkata:
"Ya RasululLah, dia itu anak saudaraku". Lalu Rasuiullah
s. a. w. pun berkata: Apabila wanfta itu sudah baligh haram baginya
menampakkan badannya kecuali tangan dan muka". Kemudian baginda menunjukkan
maksud tangan itu dengan menggenggam tangannya sendiri daripada pergetangan
tangan supaya tidak ada bahagian lebar yang tertinggat antara pergelangannya
dan tapak tangannya"
Kelonggaran ini hanyalah untuk saudara mara yang rapat,
seperti saudara lelaki, bapa dan lain lain, kerana keadaan yang memerlukan
seperti membuat kerja kerja rumah. Contohnya dia boleh menggulung lengan bajunya
semasa mengaul tepung atau melipat seluarnya semasa mencuci lantai.
Sempadan aurat wanita terhadap wanita, sama seperti sempadan
aurat lelaki terhadap lelaki, iaitu daripada pusat hingga ke lutut. Ini tidak
bermakna bahawa wanita boleh berkeadaan separuh telanjang di hadapan wanita
lain. Ia hanyalah bererti yang bahagian dari pusat ke lutut mestilah sentiasa
ditutup dan tidak pula bahagian lain.
Jika diperhatikan, tuntutan undang undang Allah yang
diberikan terhadap wanita bukan hanya tuntutan yang dibuat terhadap lelaki,
iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi ia juga menuntut
beberapa perkara lain daripada wanita yang tidak dituntut dari kaum lelaki. Ini
menunjukkan bahawa wanita dan lelaki berbeza dalam hal ini.
"Perhiasan" termasuklah baju baju yang menarik, barang barang
perhiasaan dan lain lain perhiasaan kepala, muka, tangan, kaki dan lain lain
yang selalunya digunakan oleh wanita yang disebut dengan perkataan moden 'alat
solek'. Perintah melarang menunjukkan 'alat solek' ini akan diperbincangkan
secara terperinci dalam nota berikutnya.
Berbagai bagai terjemahan yang diberikan oleh berbagai bagai
mufassirin tentang ayat ini dan telah mengelirukan pengertiannya yang sebenar.
Maksudnya yang jelas kelihatan ialah "Wanita dilarang menampakkan persolekan dan
perhiasan mereka kecuali yang nampak dengan sendiri" dan yang melebihi had
kawalan mereka. Ini jelas bermaksud bahawa wanita dilarang dengan sengaja
menampakkan alat solek mereka. Tetapi tiada dosa jika alat soleknya ternampak
kerana tidak sengaja dan tanpa ditiup angin dan menampakkan perhiasannya atau
baju luar itu sendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi walaupun is boleh
menjadi satu tarikan kerana ia adalah sebahagian daripada pakaian wanita. (Talfsiran
ini yang telah diberikan pada ayat ini ialah daripada Abdullah bin Mas'ud,
Hassan Basri, Ibnu Sirin dan Ibrahim Nakhai.)
Berlainan dengan ini, pihak mufassirin lain pula berpendapat
bahawa ayat ini bermaksud "semua bahagian badan yang setaIunya nampak dan
terbuka" dan mereka maksudkan juga tangan dan muka dan segala perhiasannya. (lnilah
pendapat Ibnu Abbas dan pengikut pengikutnya dan segolongan ulama Hanafi)
Oleh itu, menurut mereka, wanita dibenarkan keluar dengan
bebas dengan. muka yang terbuka yang telah disolek perhiasan perhiasana di
tangan.
Walaupun begitu, kami (Sayyid Abul Ala al Mawdudi) tidak
dapat menyetujui pendapat ini. Terdapat perbezaan yang besar antara "menampakkan
sesuatu" dan "yang menjadi nampak dengan sendirinya". Yang pertama bererti "sengaja"
dan yang kedua bererti "terpaksa atau dalam keadaan tiada berupaya". Lagipun
tafsiran seperti itu menyalahi hadith hadith yang menyatakan bahawa wanita
dilarang keluar dengan muka yang terbuka pada zaman Rasulullah s.a.w. dan
selepas perintah purdah ditununkan. Perintah perintah ini juga bererti menutup
muka menjadi sebahagian daripada pakaian wanita kecuali semasa haji di mana
seseorang itu mesti berkeadaan ihram dan membuka mukanya. Satu lagi' hujah yang
diberikan untuk menyokong pendapat ini ialah tangan dan muka tidak termasuk
aurat wanita, padahal aurat dan purdah adalah dua perkara yang berbeza. Kesucian
aurat tidak boleh dicabuli walaupun di hadapan muhrim lelaki seperti bapa.
saudara lelaki dan lain lain. Purdah pula melebih aurat yang bererti
mengasingkan wanita daripada lelaki bukan muhrim; perbincangan di sini hanyalah
berhubung dengan perintah purdah dan bukan satar.
Semasa zaman jahiliyyah sebelum Islam, wanita wanita selalu
menggunakan sejenis ikat kepala yang diikat dan disimpulkan di belakang kepala.
Belahan bajunya di hadapan dibiarkan terbuka separuh dan menampakkan leher dan
sebahagian atas dada. Tiada lain yang menutupi dada dan buah dada kecuali hanya
baju itu dan rambutnya pula didandan dengan dua atau tiga jalinan dan diikat di
belakang seperti ekor.
Pada masa ayat ini diturunkan. tudung kepala pun
diperkenalkan kepada wanita Islam yang digunakan untuk menutup kepala, buah dada
dan bahagian belakang sepenuhnya. Bagaimana wanita Islam menyahut perintah ini
telah diceritakan oleh A'ishah dengan jelas sekali. Dia menyatakan bahawa
apabila surah al Nur diturunkan dan orang orang Islam pun mempelajarinya
daripada Rasulullah s.a.w, mereka pun segera balik ke rumah masing masing dan
membacanya kepada isteri isteri, anak anak perempuan dan saudara saudara
perempuan mereka. Merekamereka ini menyahut dengan serta merta. Wanita Ansar,
seorang demi seorang dan kesemuanya bangun serta merta untuk membuat tudung itu
daripada apa saja kain yang ada di tangan mereka. Keesokan paginya, kesemua
wanita yang datang bersembahyang di Masjid Nabi berpakaian yang berbungkus.
Dalam satu hadith lain, A'ishah berkata bahawa kain kain yang nipis dibuang dan
semua wanita itu memilih kain yang kasar untuk bertudung.
Kain penutupan yang diperintahkan itu hendaklah bukan dibuat
daripada kain yang halus dan nipis. Wanita Ansar memahami tujuan sebenar
perintah ini dan mengetahui kain jenis apakah yang patut digunakan. Allah
sendiri telah menjelaskannya dan tidak membiarkan perintah Nya difahami sendiri
oleh manusia.
Dihya Kalbi menyatakan yang mafhumnya:
"Satu ketika, Rasulullah s. a. w. dihadiahkan dengan
sekeping kain kasa yang halus. Baginda berikan sedikit daripada kepadaku dan
berkata: "Gunakan sebahagian daripadanya untuk baju kamu dan selebihnya
berikan kepada isterimu untuk dibuat tudung tetapi dia hendaklah jahitkan
sekeping kain lain di dalamnya supaya badannya tidak kelihatan menerusinya"
(Abu Daud)
Ayat ini menceritakan batas kawasan yang dibenarkan. untuk
wanita berjalan dengan bebas dengan segala persolekan dan perhiasan mereka. Luar
dari lengkongan ini is tidak dibenarkan keluar dengan alat solek di hadapan
orang lain, saudara mara ataupun orang yang tidak dikenali. Maksud perintah ini
ialah wanita tidak boleh menampakkan perhiasannya di luar lengkongan ini dengan
sengaja atau kerana kecuaiannya. Walaupun begitu apa yang ternampak dengan tidak
sengaja setelah diberi perhatian dan jagaan atau apa apa yang adak boleh
disembunyikan, adalah dimaafkan Allah.
'Bapa' termasuk juga datuk dan bapa datuk (moyang)
daripada pihak bapa dan juga pihak ibu. Wanita juga boleh menampakkan dirinya di
hadapan datuk suaminya seperti dia berhadapan dengan bapanya sendiri atau bapa
mertuanya.
'Anak lelaki' termasuk juga cucu lelaki dan anak cucu
lelaki (cicit) daripada anak lelaki atau anak perempuan. Tiada bezanya antara
anak sendiri dan anak tiri.
'Saudara lelaki' termasuk juga saudara kandung dan
saudara tiri.
Anak lelaki saudara lelaki dan saudara perempuan termasuk
juga anak lelaki, cucu lelaki dan cicit lelaki daripada ketiga tiga jenis
saudara lelaki dan saudara perempuan.
Selepas saudara masa, orang lain pula disebut. Tetapi sebelum
kita teruskan, adalah lebih baik jika difahami tiga perkara ini untuk
menghindarkan kekeliruan.
-
Sesetengah 'ulama' berpendapat bahawa kebebasan untuk
bergerak dan menunjukkan perhiasan wanita hanyalah dihadkan dalam lingkungan
keluarga yang telah disebutkan di dalam ayat ini. Yang lain, seperti bapa
saudara daripada pihak ibu dan bapa dikecualikan daripada senarai ini dan
kerana mereka tidak disebut dalam al guran. Ini bukanlah satu pendapat yang
betul. Rasulullah s.a.w melarang A'ishah memakai purdah di hadapan bapa
saudara kandungnya dan juga bapa saudara angkatnya.
Satu hadith dari A'ishah yang mengatakan pada satu ketika
Aflah, abang Abul Qu'ais, datang menemui A'ishah dan memohon kebenaran untuk
masuk ke rumah. Oleh kerana perintah purdah telah pun diturunkan A'ishah
enggan memberikan kebenaran. Dengan ini Aflah pun mengirim pesan iaitu:
"Adakah engkau berhijab depanku sedangkan aku bapa
saudaramu." (Sihah Sitta dan Musnad Ahmad)
Tetapi A'ishah masih ragu ragu sama ada is boleh keluar
tanpa menutup muka di hadapan saudara yang seperti itu. Sementara itu
Rasulullah s.a.w pun balik dan dia membenarkan Aflah melihat A'ishah. Ini
menunjukkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak menafsirkan ayat ini seperti yang
dibuat oleh para ulama yang mengatakan kebenaran keluar tanpa purdah hanyalah
di hadapan saudara mara yang disebut di dalam ayat ini sahaja dan bukan kepada
orang lain. Baginda mentafsirkan bahawa tidak perlu memakai purdah di hadapan
saudara mara yang mana perkahwinan dengan mereka dilarang, seperti bapa
saudara pihak ibu dan bapa, menantu lelaki dan saudara saudara angkat.
-
Terdapat masalah tentang saudara mara yang dilarang
berkahwin hanya buat sementara waktu sahaja; mereka ini tidak masuk dalam
kumpulan mahram (di mana wanita bebas menampakkan diri mereka dan perhiasan
mereka) ataupun dalam kumpulan orang yang asing yang langsung (di mana wanita
dikehendaki memakai purdah di hadapan mereka). Dalam hal ini keputusan yang
mutlak tidak ditenukan oleh syari'ah kerana tidak mungkin hal ini ditentukan.
Memakai purdah atau tidak dalam keskes tersebut akan bergantung kepada
perhubungan antara satu sama lain, umur wanita dan lelaki, ikatan keluarga dan
perhubungan mereka dan lain lain keadaan (contohnya: penghuni sebuah rumah
atau rumah rumah yang berasingan) Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi
contoh dalam perkara ini sebagai panduan kepada kita. Banyak hadith telah
menetapkan bahawa Asma', anak perempuan Abu Bakar, iaitu kakak ipar Rasulullah
s.a.w menampakkan dirt di hadapan baginda tanpa menutup muka dan tangan (sehingga
pergelangan tangan). Keadaan ini berjalan seterusnya hinggalah Haji Perpisahan
yang berlaku beberapa bulan sebelum wafat Rasulullah s.a.w (Abu Daud)
Ummu Hani, anak Abu Talib dan sepupu Rasulullah s.a.w. juga
tidak pernah menutup muka dan tangannya di hadapan Rasulullah s.a.w daripada
mula hingga ke akhir hayatnya. Dia sendiri telah meriwayatkan ssatu peristiwa
tentang penaklukan Mekah yang mengesahkan bahawa dia tidak memakai purdah di
hadapan Rasulullah s.a.w.
Berbeza dengan ini, Abbas pernah menghantar anak lelakinya
Fadal, dan Rabi'ah bin Harith bin Abdul Muttalib, sepupu Rasulullah s.a.w,
pula menghantar anaknya Abdul Muttalib kepada Rasulullah s.a.w untuk memohon
pekerjaan supaya mereka boleh berkahwin setelah mereka boleh mencari
pendapatan sendiri. Mereka berdua berjumpa Rasulullah s.a.w di rumah isterinya
Zainab, iaitu sepupu Fadal dan sepupu dengan bapa Abdul Muttalib bin Rabi'ah.
Tetapi Zainab tidak keluar menemui mereka tetapi hanya bercakap di belakang
tabir dengan kehadiran Rasullulah s.a.w. Dengan kedua dua peristiwa tadi maka
dapatlah kita buat keputusan seperti yang telah disebutkan di atas.
-
Dalam kes di mana perhubungan itu sendiri masih ragu-ragu
maka purdah hendaklah digunakan walau pun di hadapan saudara yang mahram.
Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan kes Saudah, isteri Rasulullah s.a.w
yang mempunyai saudara lelaki daripada hamba wanita. Utbah, bapa Saudah dan
bapa budak lelaki itu, meninggalkan wasiat menyuruh abangnya, Saad bin Abi
Waqqas memelihara budak lelaki itu sebagai anak saudara kerana di adalah
daripada zuriatnya. Bila kes itu diketahui Rasulullah s.a.w baginda menolak
tuntutan Sa'd, dan berkata:
"Budak lelaki ini adalah hak dia yang mengeluarkan
benihnya dan untuk penzina, biarlah batu menjadi nasibnya." (Muslim
dan Abu Daud)
Tetapi dalam masa yang sama dia menyuruh Saudah memakai
purdah di hadapan budak lelaki itu kerana ragu ragu itu adik lelakinya.
Perkataan 'Arab nisa-i-hinna bererti "wanita di
kalangan mereka". Sebelum kita membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan
wanita, adalah lebih baik jika diperhatikan bahawa perkataan yang digunakan
bukanlah al Nisa', yang hanya bermaksud "wanita" tetapi nisa-i-hinna yang
bermaksud "wanita di kalangan mereka". Dalam kes yang terdahulu, wanita Islam
dibenarkan membuka purdahnya di hadapan semua jenis wanita dan menampakkan
perhiasannya. Walaupun begitu, perkataan nisa-i-hinna telah menghadkan
kebebasan ini dalam lingkungan yang terhad. Para ulama mempunyai pelbagai
pendapat mengenai apa yang dimaksudkan dengan lingkungan yang terhad ini.
Menurut satu kumpulan, "wanita di kalangan mereka", ialah
wanita Islam sahaja: wanita bukan Islam, zimmi ataupun yang lain dikecualikan
dan purdah hendaklah digunakan di hadapan mereka ini seperti juga di hadapan
lelaki. Ibnu Abbas, Mujahid dan Ibn Juraij berpendapat demikian dan menyebut
satu peristiwa untuk menguatkan pendapat mereka: Khalifah Umar menulis surat
kepada Ubaidah:
"Aku mendengar setengah wanita Islam sudah mula pergi ke
tempat mandi umum bersama sama dengan wanita yang bukan Islam. Dilarang wanita
Islam yang beriman kepada Allah dan akhirat menampakkan badannya di depan
wanita lain selain daripada golongannya." Apabila mendapat surat ini, Abu
Ubaidah menjadi amat sedih dan berkata "Semoga muka wanita yang pergi ke
tempat mandian itu yang inginkan putih dijadikan hitam di hari akhirat nanti"!
(Ibn Jarir, Baihaqi)
Sekumpulan lain, termasuk Imam Razi berpendapat bahwa "Wanita
di kalangan kamu" ialah kesemua wanita tanpa pengecualian. Tetapi tidak mungkin
pendapat ini boleh diterima kerana jika demikian, perkataan al-nisa sahaja sudah
memadai dan tidak perlu lagi dengan perkataan nisa-i-hinna.
Pendapat yang ketiga adalah lebih munasabah dan lebih hampir
dengan ayat al Quran, iaitu "wanita dari kalangan mereka" bererti wanita yang
biasa dan kenal kepada mereka yang selalu mereka temui dalam kehidupan harian
mereka dan wanita yang bersama sama mengerjakan kerja kerja rumah dan
kerja-kerja lain, baik yang Islam ataupun yang bukan Islam. Tujuan sebenarnya di
sini ialah untuk mengasingkan wanita asing dari lingkungan mereka yang mempunyai
latarbelakang kebudayaan dan akhlak yang tidak diketahui ataupun wanita yang
perangainya sebelum itu diragukan dan sukar dipercayai.
Pendapat ini juga di sokong oleh beberapa hadith sahih yang
menyebut bahawa wanita zimmi pernah melawat isteri isteri Rasulullah s.a.w
Perkara sebenar yang menjadi faktor penentu berhubung dengan ini ialah akhlak
dan bukan kepercayaan agama. Wanita Islam boleh bertemu dan membuat perhubungan
sosial yang baik dengan wanita wanita yang mulia, baik dan suci yang datang dari
keluarga yang dikenali dan dipercayai walaupun mereka itu bukan Islam. Tetapi
mereka mesti memakai purdah di hadapan wanita yang jahat, buruk akhlak dan keji
walaupun mereka itu "Islam". Pergaulan mereka daripada segi akhlak adalah
merbahaya sama seperti pergaulan dengan lelaki lain. Perhubungan dengan wanita
yang tidak biasa dan tidak dikenali hendaklah dianggap seperti saudara bukan
muhrim. Seseorang wanita boleh membuka mukanya dan tangannya di hadapan mereka
tetapi hendaklah menutup badannya yang lain dan menyembunyikan perhiasannya.
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang makna
yang betul berkenaan perintah ini. Sekumpulan mereka berpendapat ia hanya
ditujukan kepada hamba wanita yang dipunyai oleh seorang perempuan. Mereka
mentafsirkan perintah Allah ini dengan maksud bahawa seorang wanita Islam boleh
menampakkan perhiasannya di hadapan seorang hamba perempuan walaupun hamba itu
seorang Musyrik atau Yahudi atau Nasrani. Tetapi ia tidak boleh keluar di
hadapan seorang hamba lelaki walaupun hamba itu adalah hak miliknya yang sah
kerana menurut perintah purdah, hamba lelaki hendaklah dianggap seperti seorang
lelaki asing. (Inilah pendapat Abdullah bin Mas'ud. Mujahid. Hassan Basri.
Ibn Sirin. Sa'id bin Musayyab, Ta'us dan Imam Abu Hanifah dan terdapat satu
kenyataan dari Imam Shafi'i yang juga menyokong pendapat ini.)
Hujah mereka ialah hamba bukanlah mahram tuannya; jika ia
dibebaskan, dia boleh berkahwin dengan tuannya dahulu. Oleh kerana ia seorang
hamba tidak bererti ia berhak dianggap sebagai mahram dan membenarkan tuan
wanitanya menampakkan diri dengan bebas di hadapannya.
Satu pertanyaan timbul iaitu kenapa perkataan "budak yang
mereka milik" hanya dihadkan kepada hamba wanita padahal ianya satu istilah
yang umum dan boleh digunakan untuk kedua dua hamba lelaki dan juga wanita.
Menurut ulama walaupun rangkai kata "budak yang mereka miliki" disebut
selepas "Wanita di kalangan mereka" dalam ayat ini dapatlah difahamkan
ianya ditujukan kepada saudara mara dan rakan rakan wanita ini boleh memberi
salah faham yang hamba wanita tidak termasuk dalam kumpulan ini. Oleh itu
perkataan "budak yang mereka miliki" digunakan untuk menjelaskan bahawa seorang
wanita boleh mempamerkan perhiasannya di hadapan hamba wanita seperti di hadapan
wanita di kalangan mereka.
Sekumpulan lain pula berpendapat bahawa perkataan "budak
yang mereka miliki" termasuk hamba lelaki dan wanita. (Ini adalah
pendapat A'ishah. Umm Salamah dan ulama‑ulama lain daripada keluarga Rasulullah
s.a.w. dan dari Imam Shafi.)
Hujah mereka bukan hanya atas dasar maksud am perkataan ini.
tetapi mereka juga mengambil beberapa peristiwa daripada peristiwa daripada
sunnah untuk menguatkan hujah mereka. Contohnya ialah peristiwa di mana
Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah anaknya, Fatimah bersama dengan hambanya
Abdullah bin Musa'dah al Fazari. Pada masa itu Fatimah sedang memakai sekeping
kain yang jika cukup menutupi kepalanya akan menampakkan kakinya dan akan
menampakkan kepalanya jika ia cuba menutup kakinya. Rasulullah s.a.w sedar akan
keadaan yang memalukannya dan berkata:
"Tiada salahnya: hanya ayahmu dan hambamu"
(Abu Daud, Ahmad. Baihaqi dari Abas bin Malik)
Ibn Asakir menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah memberikan
hamba itu kepada Fatimah dan dipeliharanya sehingga besar dan kemudian
dibebaskan tetapi lelaki itu tidak berterima kasih. Dalam peperangan Siffin, dia
menjadi musuh ketat kepada Ali dan penyokong kuat kepada Amir Muawiyah. Mereka
juga menyebut kata kata ini daripada Rasulullah s.a.w. untuk menguatkan
pendirian mereka iaitu:
"Bila salah seorang dari kamu bersetuju untuk
membebaskan hambanya dan hamba itu pula mempunyai apa apa yang diperlukan
untuk membeli kebebasannya, maka tuan wanitanya hendaklah memakai purdah di
hadapannya." (Abu Daud. Tarmizi. Ibnu 'vIajah dari Ummu Salamah)
Terjemahan dalam erti kata yang sebenarnya ialah: "pelayan
pelayan Ielaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)". Maksudnya
yang paling ketara selain lelaki mahram ialah lelaki yang memenuhi syarat ini
yang membolehkan wanita menampakkan perhiasannya:
Dia hendaklah bebas dari kehendak nafsu syahwat kerana sudah
tua ataupun mati pucuk atau lemah akal atau papa dan rendah kedudukan sosialnya
serta tidak berdaya menaikkan nafsunya ataupun yang boleh memikirkan perkara
perkara yang keji terhadap isterinya, anak perempuan, kakak atau ibu tuannya.
Sesiapa yang mempelajari perintah ini dalam semangat yang benar dengan tujuan
untuk mentaatinya dan bukan untuk mencari jalan dan helah untuk lari darinya
atau melanggar nya, adab menghargai bahwa pembawa surat, tukang masak, tukang
pandu kerata tuannya dan lain lain pembantu rumah yang diambil bekerja tidak
termasuk dalam kumpulan ini.
Penjelasan yang berikut diberikan oleh beberapa mufasirin dan
ulama tentang perkara ini yang menunjukkan lelaki manakah yang dimaksudkan oleh
ayat ini :
Ibn Abbas: Maksud ayat ini ialah seorang lelaki yang lurus
dan dada minat terhadap wanita.
Qatadah: Lelaki yang miskin vang hanya membuat hubungan
denganmu kerana memerlukan sara hidupnya.
Mujahid: Seorang yang bodoh yang hanva memerlukan makanan
dan tiada keinginan terhadap wanita.
Al Sha'bi: Seorang yang rendah pangkatnya dan mengharap
sepenuh kepada tuannya dan tidak berani memandang dengan pandangan yang jahat
kepada wanita wanita di dalam rumah tuannya.
Ibnu Zaid: Seseorang yang tinggal lama dengan satu keluarga
sehinggakan ia dianggap sebagai ahli keluarga itu dan telah diperbesarkan di
dalam rumah itu dan tidak mempunyai keinginan terhadap wanita-wanita dalam
rumah itu. Dia berada di situ hanyalah kerana perlukan sara hidup daripada
keluarga itu.
Ta'us dan al Zuhri: Seorang yang bodoh yang tidak
berkemahuan kepada wanita ataupun berdaya untuk melakukannva.
Penjelasan yang paling baik berhubung dengan ini ialah satu
peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah disebut dalam
Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad daripada A'ishah dan Ummu Salamah.
Terdapat seorang lelaki yang telah dikembiri di Madinah dan telah dibenarkan
bertemu isteri Rasulullah s.a.w. dengan bebas dan juga wanita-wanita llain di
bandar itu kerana ketidakupayaannya melakukan hubungan jenis. Satu hari,
Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah isterinya Ummu Salamah iaitu Abdullah bin Abi
Umayyah. Dia memberitahu Abdullah jika Taif dapat ditawan keesokan harinya, dia
akan cuba mendapatkan Badia, anak perempuan Ghailan Thaqafi. Kemudian dia mula
memuji kecantikan Badia dan juga keghairahan tubuh badannya dan sampai
menceritakan tentang auratnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan ini,
beliau pun berkata yang mafhumnya:
"Wahai musuh Allah, kamu seolah olah telah melihatnya
betul-betul."
Kemudian baginda memerintahkan wanita berpurdah di hadapannya
dan dia dilarang bebas masuk ke dalam rumah rumah mereka lagi.
Selepas ini baginda menghalaunya keluar dan melarang lelaki
kembiri yang lain memasuki rumah rumah kerana wanita wanita tidak melarang
kehadiran mereka tetapi dalam masa yang sama lelaki lelaki itu akan menceritakan
hal wanita wanita dari sebuah rumah kepada lelaki di rumah yang lain. Ini
menunjukkan bahawa perkataan "tiada nafsu syahwat" tidak hanya bererti
tidak boleh melakukan hubungan jenis sahaja. Sesiapa yang cacat anggota tetapi
masih melayan kehendak nafsunya dan berminat terhadap wanita juga boleh menjadi
punca kejahatan.
Aurat Wanita Iaitu kanak kanak yang belum mempunyai nafsu
syahwat yang biasanya dalam umur paling tinggi, 11 hingga 12 tahun. Budak lelaki
yang lebih tua mungkin sudah mempunyai perasaan syahwat walaupun mereka masih
belum dewasa.
Rasulullah s.a.w. tidak membataskan perintah ini hanya dengan
bunyi perhiasan itu tetapi baginda telah menetapkan satu prinsip darinya. Selain
dari menenung segala yang menaikkan perasaan adalah bercanggah dengan tujuan
Allah melarang wanita menampakkan perhiasannya. Oleh itu baginda melarang wanita
keluar dengan memakai bau bauan. Menurut Abu Hurairah, Rasulullah berkata yang
mafhumnva:
"Janganlah melarang wanitamu datang ke masjid, tetapi
janganlah mereka datang berbau wangi wangian." (Abu Daud, Ahmad)
Menurut satu hadith lain, Abu Hurairah lalu di sebelah
seorang wanita yang baru keluar dari masjid dan berasa yang wanita iaitu ada
memakai wangi wangian. Dia menahannya dan berkata:
"Wahai hamba Allah, adakah kamu datang dari masjid?"
Apabila wanita itu mengiakannya, dia berkata lagi. 'Aku telah mendengar orang
yang aku kasihi Abul Qasim berkata sembahyang seseorang wanita yang datang ke
masjid dengan bau bauan yang harum tidak akan diterima sehingga dia
membersihkan dirinya dengan mandi yang sempurna seperti mandi setelah
mengadakan hubungan jenis". (Abu Daud. Ibnu Majah, Ahmad. Nasa'i)
Abu Musa Ash'ari berkata bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
“Seseorang wanita yang lalu di jalan dengan memakai bau
bauan harum supaya orang lain dapat menikmati keharuman itu adalah ini dan ini:
(iaitu penzina).” (Tarmidhi, Abu Daud, Nasa'i)
Tetapi Rasulullah memerintahkan supaya wanita memakai bau
bauan yang terang warnanya tetapi nipis baunya. (Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga melarang suara wanita didengari lelaki
jika tidak perlu. Dalam kes yang memaksa al Quran sendiri membenarkan wanita
bercakap dengan lelaki dan isteri Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar orang lain
dalam hal hal keagamaan. Tetapi bila tiada keperluan atau ada tujuan agama dan
kebaikan, wanita tidak digalakkan memperdengarkan suaranya kepada lelaki. Oleh
itu, jika imam tersalah dalam sembahyang berjemaah dia hendaklah diberi amaran
oleh lelaki dengan berkata "SubhanAllah" (Maha Suci Allah) dan wanita
pula hendaklah menepuk tangan mereka sahaja. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi,
Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah)
Adalah berfaedah juga jika kita memberikan satu ringkasan
tentang perkara perkara kebaikan yang lain yang diperkenalkan oleh Rasulullah
s.a.w kepada masyarakat Islam setelah turunnya perintah perintah ini.
-
Dia melarang lelaki lain (walaupun saudara mara) berjumpa
dengan seorang wanita sendirian atau duduk bersamanya tanpa kehadiran saudara
muhrim wanita itu. Jabir bin Abdullah meriwayatkan kata kata Rasulullah s.a.w
iaitu yang mafhumnya:
"Janganlah menziarah wanita yang suaminya tiada di rumah
kerana syaitan itu berada di dalam dirimu seperti darah.” (Tarmidhi)
Menurut satu hadith lain dari Jabir, Rasulullah s.a.w
berkata yang mafhumnya:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhhirat,
jangan sekali kali berjumpa seorang wanita sendirian kecuali bersama seorang
mahramnya kerana orang yang ketiga ialah syaitan". (Ahmad)
Imam Ahmad telah menyebut satu hadith dari 'Amir bin
Rabi'ah yang sama bunyinya. Rasulullah sendiri sangat berhati hati dalam soal
ini. Satu ketika, baginda ditemani oleh isterinya Safiyyah untuk ke rumahnya
pada waktu malam. Dua lelaki Ansar lalu di situ. Rasulullah s.a.w.
memberhentikan mereka dan berkata yang mafhumnya:
"Wanita yang bersamaku ialah isteriku, Safiyyah." Mereka
berkata: " Maha Suci Altah. Ya Rasulullah, bolehkah kami berasa syak
terhadapmu?. Rasulullah s.a.w, menjawab: "Syaitan bergerak seperti darah di
dalam badan: aku khuatir syaitan akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik ke
dalam fikiranmu." (Abu Daud)
-
Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan tangan lelaki menyentuh
badan wanita yang bukan mahramnya. Sebab itulah semasa berbai'ah, baginda
hanya memegang tangan lelaki tetapi tidak pernah berbuat demikian terhadap
wanita. A'ishah berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menyentuh badan
wanita lain. Baginda akan mengambil bai'ah mereka hanya dengan kata kata;
setelah bai'ah dijalankan, baginda akan berkata yang mafhumnya:
"Kamu boleh pergi sekarang, bai'ah sudah sernpurna" (Abu
Daud)
-
Baginda melarang keras seseorang wanita bepergian seorang
diri tanpa seorang mahram atau ditemani oleh seorang bukan mahram. Satu hadith
dari Ibnu Abbas yang disebut dalam Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. memberi khutbah dan berkata yang mafhumnya:
"Jangan seorang lelaki pun menziarah seorang wanita lain
yang sedang bersendirian kecuali seorang mahram berada di sisinya. Janganlah
seorang wanita pun berjalan seorang diri kecuali ditemani oleh seorang mahram."
Seorang lelaki bangun dan berkata: "Isteriku hendak pergi mernbuat haji dan
aku pula di bawah arahan untuk mengikuti satu peperangan." Rasulullah s.a.w.
berkata: "Kamu boleh pergi haji bersarna isterimu." (Bukhari dan
Muslim)
Beberapa hadith yang lain daripada Ibnu Umar, Abu Said
Khudri dan Abu Hurairah tentang hal ini yang terdapat dalam buku buku hadith
sahih juga menyebut larangan wanita Islam yang beriman kepada Allah dan hari
Akhirat bepergian tanpa seorang muhrim.
Walaupun begitu. terdapat perbezaan tentang jangka masa dan
jauhnya perjalanan itu. Sesetengah hadith menyatakan batas yang minima ialah
12 batu dan setengah pula berpendapat satu hari, sehari semalam, dua hari
ataupun tiga hari.
Perbezaan ini tidak membuatkan hadith itu tidak sahih
ataupun kita memilih satu pendapat sahaja untuk dijadikan undang undang
daripada pendapat pendapat yang lain. Penjelasan yang munabasah tentang
perbezaan pendapat ini ialah mungkin Rasulullah s.a.w telah memberi arahan
yang berbeza menurut dan keperluan sesuatu keadaan. Contohnya, seorang wanita
yang hendak keluar selama tiga hari tanpa mahram dilarang sementara wanita
lain yang hendak keluar sehari perjalanan juga mungkin dilarang. Perkara yang
sebenarnya di sini ialah bukan arahan yang berbeza beza untuk orang yang
berbeza beza dalam keadaan yang berbeza beza, tetapi prinsipnya ialah wanita
tidak boleh bepergian tanpa seorang mahram seperti yang disebutkan di dalam
hadith di atas dari Ibnu 'Abbas.
-
Baginda bukan hanya mengambil langkah langkah praktikal
untuk melarang pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tetapi juga melalui
kata kata: Setiap orang tahu betapa pentingnya sembahyang jemaah dan
sembahyang Jumaat dalam Islam. Sembahyang Juma'at telah diwajibkan oleh Allah
sendiri. Kepentingan sembahyang berjemaah juga boleh dinilai dari hadith
Rasulullah s. a.w. iaitu yang mafhumnya:
"Jika seseorang tidak hadir di masjid tanpa alasan yang
boleh diterima dan bersembahyang di rumah, ia tidak akan diterima Allah."
(Abu Daud, Ibnu Majah, Daraqutni, Hakim daripada Ibnu Abbas)
Walaupun begitu Rasulullah s.a.w telah mengecualikan wanita
daripada sembahyang Jumaat di masjid. (Abu Daud, Daraqutni, Baihaqi)
Bagi sembahyang sembahvang jemaah yang lain, kedatangan
mereka tidak dipaksa. Baginda berkata: "Jangan menghalang mereka jika mereka
hendak datang ke masjid." Kemudian. dalam masa yang sama baginda menjelaskan
bahawa sembahyang mereka di rumah mereka adalah lebih baik daripada di masjid.
Menurut Ibnu Umar dan Abu Hurairah. Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
“Jangan menghalang hamba Allah dari datang ke masjid
Allah”. (Abu Daud, hadith‑hadith lain daripada Ibnu Umar)
"Benarkan wanita hadir di masjid pada waktu malam."
(Bukhari. Muslim. Tarmidhi, Nasa'i. Abu Daud)
"Jangan melarang kaum wanitarnu daripada datang ke
masjid walaupun rumah mereka adalah lebih baik untuk meraka dari masjid." (Ahmad.
Abu Daud)
Umm Humaid Sai'idiyyah berkata bahawa dia pernah berkata
kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, aku tersangat ingin sembahyang di
belakangmu." Jawab baginda yang mafhumnya: "Sembahyangmu di bilikmu
lebih baik daripada sembahyang di serambi dan sembahyangmu di dalam rumahmu
lebih baik daripada di dalarn masjid yang berhampiran dan sembahyangmu di
masjid besar di bandar." (Ahmad, Tabarani)
Satu hadith yang sama diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud
dalam Abu Daud. Menurut Umm Salamah, Rasulullah s.a.w. berkata: "Masjid
yang paling baik untuk wanita ialah bahagian yang paling dalam sekali di dalam
rumahnya.” (Ahmad, Tabarani)
Tetapi bila A'ishah melihat keadaan semasa zaman Umayyah,
dia berkata:
"Jika Rasulullah dapat menyaksikan kegiatan wanita,
tentu dia akan melarang wanita masuk ke masjid seperti larangan terhadap
wanita Israel." (Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga telah mengarahkan satu pintu masuk
masjid dikhaskan untuk wanita dan semasa Umar memerintah, dia melarang keras
lelaki menggunakan pintu itu. (Abu Daud)
Dalam sembahyang jemaah, wanita disuruh berdiri di belakang
dan diasingkan dari lelaki; apabila sembahyang telah tamat, Rasulullah s.a.w
dan sahabatnya duduk sebentar supaya wanita boleh meninggalkan masjid sebelum
lelaki beredar. (Ahmad, Bukhari)
Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
"Barisan yang paling baik bagi lelaki ialah yang paling
hadapan sekali dan barisan yang paling tidak baik ialah yang di penghabisan
(paling dekat dengan barisan wanita) dan barisan yang paling baik bagi wanita
ialah yang paling belakang dan yang sebaliknya ialah yang hadapan (yang hampir
belakang lelaki)." (Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa'I, Ahmad)
Wanita juga turut sama bersembahyang jamaah hari raya
tetapi mereka mempunyai kawasan tertutup yang berasingan dari lelaki. Selepas
khutbah, Rasulullah s.a.w. selalunya memberi taklimat yang berasingan kepada
meraka. (Abu Daud, Bukhari, Muslim)
Satu ketika Rasulullah s.a.w. ternampak lelaki dan wanita
berjalan sebelah menyebelah di khalayak ramai di luar masjid. Baginda
memberhentikan para wanita itu dan berkata kepada meraka yang mafhumnya:
"Tidak sopan bagi kamu berjalan di tengah tengah jalan;
berjalanlah di tepi."
Apabila mendengarnya. wanita wanita itu pun mula berjalan
di tepi tembok. (Abu Daud)
Kesemua perintah ini jelas menunjukkan perhimpunan yang
bercampur gaul di antara lelaki dan wanita memang tidak dapat diterima Islam.
Tidak mungkin undang undang Allah yang melarang lelaki dan wanita berdiri
sebelah menyebelah untuk bersembahyang di dalam rumah rumah suci Allah
membenarkan mereka bergaul bebas di kolej kolej, pejabatpejabat, kelab kelab
dan lain lain perhimpunan.
-
Baginda membenarkan wanita menggunakan alat solek dengan
sederhana malah menyuruh mereka berlaku demikian tetapi melarang keras jika
berlebih lebihan. Dari beberapa jenis persolekan dan perhiasan yang banyak
digunakan oleh wanita .Arab zaman dahulu ada beberapa jenis yang diisytiharkan
oleh baginda sebagai sesuatu yang terkutuk dan merosakkan masyarakat, iaitu:
5.1 Menambah rambut palsu kepada
rambut sendiri supaya rambut kelihatan lebih panjang dan lebat
5.2 Mencacah (tattoo) kulit badan
dan membuat tahi lalat palsu
5.3 Mencabut bulu kening untuk
membentuknya atau mencabut bulu roma di muka supaya muka kelihatan lebih
bersih
5.4 Mengasah gigi supaya lebih taj
am atau melubangkannya dengan sengaja
5.5 Menyapu muka dengan kunyit (atau
warna kuning) atau lain lain alat solek untuk menjadikan air muka yang lain
daripada asal.
Kesemua perintah ini diriwayatkan dari A'ishah, Asma' binti
Abu Bakar. Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Amir
Muawiyah melalui perawi perawi yang boleh dipercayai.
Setelah memahami perintah perintah Allah dan Rasul Nya yang
jelas ini, seseorang Islam itu hanya mempunyai dua pilihan. Satu, dia hendaklah
mengamalkan semua perintah perintah ini dalam kehidupannya dan mensucikan
dirinya, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya daripada keruntuhan akhlak.
Untuk menghapuskan nilai nilai buruk ini, Allah dan Rasul Nya telah memberi
hukum hukum secara terperinci. Pilihan kedua pula, seseorang Islam yang
mempunyai beberapa kelemahan, akan melanggar satu atau dua daripada perintah
perintah ini. Sepatutnva dia hendaklah sedar bahawa dia telah melakukan dosa dan
menghindarkan diri daripada salah faham dengan menganggap perbuatannya sebagai
satu perbuatan yang baik.
Selain dari dua pilihan ini, mereka yang mengambil cara hidup
barat yang bercanggah dengan perintah al Quran dan sunnah serta cuba sedaya
upaya mereka untuk membuktikan yang ianya Islam dan cuba membuktikan tiada
purdah dalam Islam, bukan hanya melakukan dosa kerana ingkar tetapi juga
menunjukkan kejahilan, kedegilan dan kepura puraan. Sikap yang begitu tidak
sepatutnya dipunyai oleh seseorang yang berfikiran baik di dunia ini ataupun
yang akan mendapat kebaikan dari Allah di Akhirat nanti. Tetapi di kalangan
orang orang Islam, terdapat segolongan masyarakat moden yang berpura pura dan
oleh kerana terlalu jauh kepura puraan mereka sehingga sanggup menolak suruhan
suruhan Allah dan memalsukannya pula dan mempercayai cara cara hidup barat yang
mereka pinjam daripada masyarakt bukan Islam itu betul dan berasaskan kepada
kebenaran.
Orang orang seperti ini tidak dikatakan Islam langsung dan
jika mereka masih dianggap Islam. maka perkataan perkataan 'Islam' dan 'tidak
Islam' hilang ertinya dan kepentingannya sama sekali. Jika mereka menukarkan
nama Islam mereka dan mengumumkan di khalayak ramai bahawa mereka sudah
meninggalkan Islam, maka sekurang kurangnya kita telah yakin akan keberanian
mereka. Tetapi, di sebalik sikap mereka yang jahil itu, mereka masih menunjukkan
yang mereka Islam. Mungkin tidak terdapat golongan manusia yang lebih hina
daripada mereka di dunia ini. Manusia yang bersifat dan berakhlak demikian
mesti bergelumang dalam kepalsuan, kekecohan, kecurangan dan penipuan.
ﺍﻋﻮﺬ
ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ
الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ
أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا
رَحِيمًا
الاحزاب: 59
"Wahai
Nabi! Katakanlah kpd isteri-isteri kamu dan (latakanlah kpd) anak-anak
perempuan kamu dan (katakanlah kpd) wanita-wanita iman supaya menurunkan (atau merendahkan) dari tudungnya;
dgn demikian lebih dekat bahawasanya (mudah) dikenali (oleh orang yg
melihatnya), maka (kerana itu) tidak disakiti mereka (oleh orang yg
berniat jahat terhadap mereka).; dan adapun Allah (a.w) itu adalah Zat
yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
ayat
ini diperintahkan supaya wanita itu melabuhkan tudungnya supaya
tertutup kepala dan rambutnya serta lehernya dan bahagian dadanya. Ayat
itu menyebutkan pula apabila berpakaian seorang wanita iman itu mengikut
ketetapan ayat ini, tidaklah mudah dilihat kecantikan tubuh badannya,
terutama bahagian dadanya, pinggangnya, peha dan betisnya, maka dia
mudah dikenali sebagai orang Islam dan iman dan tidaklah dia, kerana
pakaiannya itu, menjadi tarikan kpd kaum lelaki yg bukan makhramnya.
Maka lebih selamat dia dari godaan lelaki yg berniat serong atau jahat
terhadapnya! Apabila pakaian wanita spt yg ditetapkan di dalam ayat itu -
tubuh badannya tertutup kesemuanya, khususnya bahagian kepala, leher
dan dadanya itu - maka dia telah memenuhi syarat pertama dan kedua mengenai pakaian wanita Islam itu.
Hadith
berikut adalah satu lagi dalil tentang syarat pertama dan kedua tehadap
pakaian wanita Islam itu (i.e. menutupi seluruh tubuh badan, kecuali yg
boleh ternampak oleh orang bukan makhramnya adalah bahagian muka, kedua
telapak tangan dan kulit jari-jarinya dan tidak ada perhiasan pada
pakaian tersebut). Selian itu, wanita Islam itu tidak wajar keluar
rumah, kerana apakala keluar rumah dia maka syaitah akan menghiasi
dirinya kelihatan menarik dan mengancam kpd lelaki lain:
Diriwayatkan
hadith dari Abdullah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Wanita itu
adalah 'aurat', maka ketika keluar dia dari rumahnya, maka memperhiasi
syaitan akan dirinya nampak mulia (yakni, cantik dan menarik pada
manusia yg melihatnya).' [Hadith at-Termidzi]
Hadith
ini memberitahu kita bahawa wanita itu seluruhnya adalah 'aurat', yakni
tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mukhrimnya kecualilah yg
dibenarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (i.e. muka, kedua telapak
tangannya dan cincin, termasuk belakang jari-jarinya). Kemudian apabila
wanita itu keluar rumah, orang suka melihatnya kerana sememangnya resmi
kaum lelaki itu sukakan wanita, dan sudah menjadi naluri wanita suka
kalau orang melihat kecantikannya. Maka apabila dia berada di luar
rumahnya, maka syaitan menghiasi dirinya supaya kelihatan lebih cantik,
menarik dan menawan pada lelaki. Maka, mudah terbuka 'auratnya'. Maka
dgn itulah wanita Islam itu tidak digalakkan keluar atau meninggalkan
rumahnya kecuali dgn diiringi oleh lelaki makhramnya, supaya lebih
selamat dia dan lebih mudah menjaga 'aurat'nya.
Saudara, hadith berikut menjelaskan lagi tentang kelabuhan pakaian wanita Islam itu:
Diriwayatkan
hadith dari Safiah bt Abi 'Ubaidin sesungguhnya dia diceritakan kpdnya
oleh Nafi' bahawasanya Ummu Salamah, isteri Nabi (s.a.w), berkata
(yakni, bertanya) kpd Rasulallah (s.a.w) ketika menyebutkan pada pakaian
lelaki iman (iaitu kelabuhan pakaian bawah lelaki itu adalah setakat
separuh betis mereka): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana pakaian
bawah wanita?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Menurunkanlah kamu
sejengkal ke bawah (yakni, ke bawah separuh betis lelaki).' Berkata Ummu
Salamah: '(Jika menurunkan sekadar sejengkal sahaja dari paras separuh
betis) Akan terbukalah pakaian dari wanita!' Bersabda Rasulallah
(s.a.w): 'Maka (turunkanlah) satu hasta.Dan tidak menambah lebih dari
itu (yakni, jangan dilabuhkan lagi).' [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]
Hadith
ini menyebutkan bahawa bagi lelaki Islam itu pakaian bawahnya - kaki
seluar atau jubah atau kain - hendaklah tidak melebihi separuh betisnya,
dan dibolehkan labuh lagi sehingga ke paras bahagian atas buku lali
mereka. Lelaki Islam yg memakai pakaian bawah yg melebihi dua buku lali
kaki mereka adalah dilaknat dan dikira sebagai orang yg sombong dan
menyombongkan diri, maka dihukum tidak masuk syurga di akhirat kelak.
Maka dgn itu apakala ditanya oleh Ummu Salamah tentang pakaian bawah
wanita pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu hendaklah dilabuhkan
sejengkal lagi ke bawah separuh betis, maksudnya sampai ke bahagian buku
lali kaki wanita itu. Tetapi, apabila Ummu Salamah menyebutkan jika
begitu akan juga mendedahkan sebahagian anggota kaki wanita, maka
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan supaya dilabuhkan setakat tidak melebihi
satu hasta ke bawah separuh betis. Maksudnya dilabuhkan sampai menutupi
buku lali dan kaki serta jari-jari kaki. Tidak boleh dilabuhkan lagi
kerana nanti akan menyulitkan wanita berjalan kerana terlalu labuh akan
terpijak kainnya.
بَارَكَ الله لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ
الْكَرِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ،
فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
واوق سم