Berkulit hitam...bersuara garau...suara tidak semerdu siapapun di zamannya. Sehingga bila dia melaungkan azannya dahi para sahabat lain berkerut hanya kerana pelat dan tidak fasih menyebut makhraj huruf "SYIN" yang menjadi "SIN"....Namun dia masih dibela oleh kekasihnya Muhammad s.a.w.
Sehinggalah suatu seseorang mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w agar dia direhatkan untuk melaungkan azan di waktu subuh dengan seseorang yang lebih baik sebutannya....lebih baik sauaranya...lebih baik kemerduannya.
Dan pada pagi subuh itu, bergemalah suara merdu dengan laungan azan, sehingga ada yang tertanya-tanya "suara siapakah itu?"...Dan di waktu itu juga Rasulullah s.a.w datang berjamaah bersamanya sepertimana biasanya.
Di ketika para jamaah berangkat pulang, Baginda s.a.w masih duduk sepertimana kebiasaannya menunggu sehingga terbitnya matahari. Di kala bersendirian terdengar suara memanggilnya dari belakangnya "Ya Rasulullah...Ya Rasulullah...Ya Rasulullah...". Maka berpalinglah Baginda melihat siapakah yang memanggilnya. Rupa-rupanya sahabat setianya Jibril a.s datang menemuinya yang datang tanpa membawakan wahyu Allah.
Maka bertanyalah Baginda s.a.w kepada Jibril : "Wahai Jibril, apakah yang menyebabkan engkau datang bertemu dengan ku dengan keadaan kelam kabut?".
"Wahai Rasulullah kekasih Allah, aku ingin bertanya denganmu, adakah sesiapa di antara kalian yang tidak mendirikan solat subuh tadi?" Tanya Jibril.
Maka dijawab oleh Baginda s.a.w " Semua telah mendirikan dan mengerjakan solat subuh wahai sahabatku".
"Jika begitu wahai Rasulullah, kenapakah kami yang berada di langit tidak mendengar azan subuh tadi?" Tanya Jibril. Maka Rasulullah tergamam.
Ketika kewafatan Rasulullah s.a.w, kerinduan para sahabat tidak tertanggung. Sehinggalah perlantikan Sayidina Abu Bakar menjadi Khalifah. Ketika solat berjamaah, para sahabat berkumpul untuk menunaikan solat, sahabat Rasulullah s.a.w yang menghuni syurga ini, sahabat Rasulullah s.a.w yang berkulit hitam ini diminta melaungkan azan. Ketika mana lafaz "ASYHADU ANNA MUHAMM......" beliau mengulanginya beberapa kali sambil menangis.
SubhanAllah...itulah Bilal bin Rabah Al-Habsyi yang rindukan Rasulullah s.a.w. Terlalu rindu sehingga tidak mampu menyebut nama Baginda s.a.w. Lalu bagaimanakah kerinduan kita kepada Rasulullah?....Lalu bagaimanakah kita ketika nama Baginda di sebutkan?
Ketika Rasulullah s.a.w menaiki mimbar untuk berkhutbah, Baginda menyebut "AMIN...AMIN...AMIN...." berulangkali (makna Amin : Perkenankanlah). Ketika selesai solat Jumaat Sahabat-sahabat Baginda bertanya " Ya Rasulullah, kenapakah tuan berulang-ulang menyebut Amin ketika khutbah tadi?"
Lalu Baginda menjawab " Aku menyebut Amin berulangkali kerana apabila bila aku meyebutnya aku melihat tidak ada seorangpun yang bersalawat kepadaku. Bakhil...Bakhil....Bakhil". Lalu tercenganglah para sahabat. Amin adalah gelaran Baginda s.a.w.