الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    At-Tausiyah

    1. Imam Ibnu Kathir menceritakan tentang seorang ulama besar dan kadi bernama Abu al-Tayyib Tahir bin Abdullah bin Tahir bin Umar al Tabari al-Syafi'i dalam kitab "al-Bidayah wa al- Nihayah."

    Ulama ini telah berumur lebih dari 100 tahun, namun memiliki kesihatan yang baik dan akal yang cerdas.

    Pada suatu hari, beliau telah melompat dengan lompatan yang tinggi. Orang yang melihat ketika itu mencelanya. Kalau zaman kita, mungkin akan dikatakan: "Buang tabiat agaknya orang tua ini".

    Namun apa jawapan Abu al-Tayyib Tahir?

    "Aku menjaga badan ini daripada membuat maksiat ketika remaja, maka Allah S.W.T. menjaganya ketika aku telah tua."

    Maksud beliau, jika kita menjaga suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya ketika usia muda, maka Allah S.W.T. akan membalas dengan memberikan kesihatan yang baik.

    2. Diriwayatkan oleh at-Tahawy dari Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
    "Ada seorang hamba dari hamba-hamba Allah S.W.T. yang diperintahkan untuk dipukul 100 kali dalam kuburnya, tetapi oleh kerana hamba itu semasa hidupnya selalu berdoa agar dilindungi dari siksa kubur, maka dia dipukul hanya satu kali. Dengan sekali pukul itu, kuburnya dipenuhi dengan api. Setelah api hilang dan dia sembuh dari pukulan itu, ia bertanya kepada Malaikat:
    "Kenapa aku dipukul?".
    Malaikat menjawab: " Engkau pernah solat tanpa wuduk dan pernah melewati orang yang sedang dianiaya tetapi engkau tidak memberikan pertolongan".

    3. Abu-Laits berkata: "Tanda - tanda takut kepada Allah S.W.T. itu kelihatan dalam 7 perkara".

    1) Lisannya.
    Dia menghindarkan daripada dusta, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

    2) Hatinya.
    Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
    "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu".

    3) Pandangannya.
    Maka dia tidak suka memandang pada hal -hal yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
    "Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah S.W.T. akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat".

    4) Perutnya.
    Maka perutnya tidak diisi makanan yang haram. Itu dosa besar. Sebagaiman Nabi S.A.W. bersabda:
    "Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuatu atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."

    5) Kedua tangannya.
    Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakan untuk taat kepada Allah S.W.T.

    6) Langkah kakinya.
    Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah S.W.T., mencari keredhaaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang soleh.

    7) Ketaatannya.
    Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaaan Allah S.W.T.
    Takut pada riak dan munafik.

    Barangsiapa melakukan 7 perkara tersebut, maka dia termasuk kategori orang-orang yang dikasihi oleh Allah S.W.T.

    4. Dari A'masy, dari abi Shalin, dari Abi Hurairah dan Abi Said al-khudri;

    Rasulullah S.A.W. bersabda:
    "Sesungguhnya Allah S.W.T. punyai malaikat yang tinggal di bumi. Jika mereka bertemu dengan kaum yang berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla, mereka memanggil: "Kemarilah pada keinginanmu". Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka ke langit

    Maka Allah S.W.T. berkata: "Apa yang diperbuat para hamba-Ku waktu kau tinggalkan?".
    Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang memuji, mengagungkan dan menyucikan-Mu.".
    "Apakah mereka melihat-Ku?" tanya Allah S.W.T.
    "Tidak", jawab para malaikat.
    "Bagaimana kalau mereka melihat-Ku?" tanya Allah S.W.T. lagi.
    Para malaikat menjawab: "Tentu saja, Jika mereka melihat-Mu, akan lebih menyucikan, memuji dan mengagungkan Engkau".
    Allah S.W.T. bertanya: "Dari bahaya apa bahawa mereka memohon perlindungan?".
    "Dari neraka".
    "Apakah mereka pernah melihat neraka?".
    "Tidak".
    "Bagaimana seandainya mereka melihatnya?".
    "Jika mereka melihatnya, tentu akan lebih menjauhinya".
    Kemudian Allah S.W.T. bertanya: "Apa pula yang mereka minta?".
    Mereka menjawab: "Syurga".
    "Apakah mereka itu pernah melihatnya?".
    "Tidak".
    "Bagaimana jika mereka melihatnya?".
    Mereka menjawab: "Jika mereka melihatnya, tentu mereka akan lebih merindukannya".
    Kemudian Allah S.W.T. berkata: "Aku saksikan padamu bahawa Aku telah mengampuni mereka".

    5. Kata Ibnu Mas'ud r.a: Ahli Quran ialah orang yang beramal dengan isi kandungan al-Quran walaupun dia tak menghafaznya. Bacalah apa yang engkau ingin. Hafazlah apa saja yang engkau inginkan. Tulislah apa saja yang engkau inginkan. Akan tetapi selagi ianya bukan Al-Quran, kamu sekali-kali tidak akan berjaya, tidak akan bahagia dan tidak akan selamat. Al-Quran itu penghidup hati.

    6.   Ketika pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq seorang hamba Allah lelaki telah meninggal dunia. Maka jenazahnya diuruskan dengan sempurna sepertimana yang disyari'atkan. Setelah selesai jenazah dikafankan, maka jenazah diletakkan di suatu sudut untuk disolatkan dengan diimamkan oleh Sayinada Abu Bakar.
    Ketika semua jemaah berdiri, kelihatan mayat itu bergerak-gerak. Para  jemaah dan hadirin kehairanan. Lalu seorang daripada jemaah membuka ikatan kafan pada jenazah itu. Rupanya terdapat seekor ular sedang membelit tubuh jenazah itu. Masya Allah. Seorang jemaah yang lain mengambil sesuatu untuk membunuh ular berkenaan yang sedang membelit mayat lelaki itu.
    Maka berlakulah suatu keajaiban atas izin Allah. Ular itu berkata-kata lalu bertanya kepada orang yang ingin membunuhnya :" Kenapa engkau hendak membunuhku?. Sedangkan Allah telah memerintahkan untuk menyiksa orang ini sehingga ke hari kiamat."
    Kehairananlah semua yang hadir. Maka salah seorang bertanya kepada ular itu :"Apakah kesalahan si fulan ini?"
    Ular itu menjawab : " Apabila azan solat dikumandangkan, ia tidak memperdulikannya. Apabila solat telah didirikan, ia tetap dengan dunianya. Apabila diberikan nasihat dan teguran oleh orang yang alim (berilmu), ia memperlekehkannya."

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA