CARI IBRAH
Pada zaman Nabi Musa A.S, Bal’am bin Ba’ura, dari kaum bani
Israel ialah seorang ulama yang ada pengetahuan luas tentang ilmu dunia dan
ilmu ghaib berkaitan jin dan malaikat, serta ilmu berkenaan sebahagian Luh
Mahfuz, arasy Allah SWT.
Doa Bal’am senang makbul sebab tingkat ilmunya yang cukup
tinggi kerana beliau mampu memahami sifat-sifat nama Allah dengan sempurna.
Bal’am bin Ba’ura ni dididik Nabi Musa A.S.
Nabi Musa hantar Bal’am untuk ajak kaum Madyan kembali
kepada Islam ajaran Nabi Musa. Ketika diseru Bal’am, pemerintah Kaum Madyan
mintak Bal’am doakan kecelakaan pada Nabi Musa sebab penduduk Madyan takut Nabi
Musa datang bawa ajaran dan tenteranya.
Bal’am tak
nak tapi dipujuk dengan kemewahan dan kekayaan,
Bal’am berkeras takkan doakan keburukan pada Nabi Musa dan tenteranya.
Bal’am dipujuk lagi dengan kemewahan harta dan diberikan
padanya wanita-wanita sehinggakan isterinya sendiri pujuk gunakan doanya
terhadap Nabi Musa. Akhirnya, Bal’am tewas dengan godaan.
Bal’am bin Ba’ura doakan keburukan kepada Nabi Musa dalam
hatinya tapi lidahnya hanya keluarkan kata-kata murni mendoakan kesejahteraan
gurunya Nabi Musa dan pengikutnya.
Orang lain hairan apasal beliau doakan kebaikan pulak,
Bal’am kata tu apa yang Allah SWT nak dan dia tak mampu doakan keburukan pada
Nabi Musa.
Bal’am dah dirasuk dengan kemewahan dunia, dia mintak
pemerintah Madyan untuk kumpulkan perempuan-perempuan paling cantik dari kaum
mereka untuk dihantar kepada tentera Nabi Musa yang majoritinya orang-orang
musafir yang pasti mudah tergoda dengan wanita.
Rancangannya, Bal’am berharap Allah SWT takkan ampunkan
tentera Nabi Musa yang berzina dan akan dilemahkan dengan mudah kerana tak
tahan godaan nafsu syahwat.
Apa yang diharapkan tu berlaku memang betul-betul jadi sampaikan
ramai tentera Nabi Musa tewas dengan godaan wanita-wanita yang dihantar pada
mereka. Larangan Nabi Musa untuk pengikutnya tak dekati wanita-wanita langsung
tak diendahkan.
Allah SWT turunkan wabak sebagai hukuman kepada tentera Nabi
Musa yang melakukan zina sehingga 70 ribu orang mati dilanda wabak tu.
Bal’am bin Ba’ura teruskan kehidupannya di situ dengan
dihujani kemewahan atas kejayaan menghalang kedatangan tentera Nabi Musa kepada
kaum Madyan.
Lama-kelamaan Bal’am bin Ba’ura dan pengikut setia Nabi Musa
yang ada ilmu melebihi manusia lain, ditinggikan darjatnya di sisi Allah SWT,
menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan binasa dan bingung bila ilmunya
ditarik satu per satu.
Kehidupannya dan matinya Bal’am tak ubah seperti seekor
anjing yang tak tau lagi apa hala tujunya. Hidupnya hanya sekadar memuaskan
nafsu seperti anjing yang hidupnya hanya mencari makan.