
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_

ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”
LAHIRNYA INSAN BERNAMA MUHAMMAD S.A.W
Berita kelahiran Nabi Muhammad ﷺtelah menarik perhatian ramai sehinggakan seorang pedagang
Yahudi Makkah telah jatuh pengsan. Kaum Yahudi mengetahui tentang
kebenaran fakta bahawa akan kedatangan Nabi terakhir, namun mereka menyembunyikannya, malah semakin melakukan kezaliman dan kebongkakan mereka pada setiap zaman.
Kaum
Yahudi pun tahu waktu dan tibanya kelahiran Rasulullah, mereka
berduyun-duyun berhijrah menuju Jazirah Arab untuk menunggu kedatangan
Nabi terakhir. Sebahagian daripada mereka mendiami kota Mekah dan
berdagang di sana.
Ketika
tibanya malam Nabi terakhir dilahirkan, mereka menghampiri kaum Arab
Quraisy dan bertanyakan apakah ada bayi yang lahir pada malam tersebut.
Daripada Riwayat Hakim Masjid, Aisyah r.a. berkata: “Pada Malam Kelahiran Rasulullah ﷺ
seorang pedagang Yahudi yang tinggal di Makkah bertanya kepada
sekumpulan orang-orang Quraisy: “Adakah anak yang lahir di antara kamu
pada malam tadi?” Mereka menjawab : “Kami tidak tahu!”
Si pedagang Yahudi menjelaskan : “Pada
malam ini akan lahir Nabi terakhir ummat ini, Ahmad (yang terpuji).
Kalau kamu salah, bererti dia lahir di Palestin. Di antara dua bahunya
terdapat tahi lalat hitam kekuningan.”
Orang-orang
Quraisy kemudian terperanjat hairan mendengar perkataan orang-orang
Yahudi tersebut. Ketika pulang ke rumah masing-masing, mereka pun
memberi tahu berita berkenaan kepada sanak keluarga serta sahabat
handai. Lalu mereka mendapat khabar bahawa pada malam itu telah lahir
seorang putera dari Aminah dan suaminya, Abdullah bin Abdul Mutalib yang
diberi nama Muhammad.
Kemudian
mereka segera menyampaikan berita kelahiran tersebut kepada Yahudi
tadi, lalu segeralah dia minta orang-orang Quraisy bersama-samanya untuk
menemui Aminah, ibunda Nabi dan meminta untuk ditunjukkan bayi tersebut
kepada mereka.
Apabila melihatnya dan ketika matanya tertumpu pada ‘tahi lalat besar’
(Khatam Al-Nubuwah) di bahagian belakang, di antara kedua belikat
Baginda, tiba-tiba si Yahudi terkejut dan menggigil lalu terus pitam
sehingga jatuh pengsan.
Setelah sedar dan pulih dari pengsan, orang ramai Quraisy bertanya : “Mengapa dengan kamu, sahabat?” Jawabnya : “Betapa ruginya… Kenabian telah hilang daripada bani Israel, al-Kitab telah terlepas daripada tangan mereka.”
Apabila telah dapat melihat ada tanda ‘Nubuwah’ (kenabian) di belakang Nabi ﷺ, maka tahulah dia bahawa terlepaslah peluang sama sekali untuk kaum Yahudi menjadi Nabi terakhir
yang selama ini amat dicita-citakan oleh mereka. Bangsa Yahudi
menyangka penutup segala Nabi datang dari kaum mereka tapi sebaliknya
yang berlaku.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ ﴿١٧١﴾ إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ ﴿١٧٢﴾
“Dan
demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi
hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya
merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan.” (Surah As-Saffat 37; Ayat 171-172)
Mengenai penyaksian Yahudi Yatsrib, Ibnu Ishak meriwayatkan dengan sumber mereka Hassan bin Tsabit : “Semasa
aku masih kecil, ketika usiaku sekitar tujuh atau lapan tahun, masih
segar dalam ingatanku, seorang Yahudi berteriak dengan sekuat hati dari
bangunan yang tinggi di Yatsrib (Madinah): “Wahai orang-orang Yahudi …!”
Setelah orang ramai berkumpul, mereka bertanya : “Ada apa, kenapa?” Jawabnya : “Malam ini telah muncul bintang tanda kelahiran Ahmad.”
Orang
Yahudi memang menunggu-nunggu kebangkitan Rasul yang akhir dalam
kalangan bangsa mereka dengan harapan, Rasul inilah nanti yang akan
dapat menyatupadukan masyarakat mereka yang telah berpecah-belah itu dan
menolong mereka menang kembali setelah mereka dikalahkan oleh umat yang
lain serta mengangkat mereka ke taraf yang mulia setelah mereka
dihinakan oleh perbuatan mereka sendiri.
Maka itu, mereka sentiasa memohon kemenangan ke atas Nabi yang akhir itu. Tetapi kebijaksanaan Allah سبحانه وتعالى tiada tandingannya. Allah سبحانه وتعالى
telah menghendaki bahawa nabi yang akhir itu dibangkitkan daripada
kalangan bangsa Arab dan bukan daripada bangsa Yahudi yang sering mereka
bangga-banggakan.
Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى
mengetahui bahawa bangsa Yahudi tidak lagi mempunyai kelayakan untuk
memegang teraju kepimpinan baharu yang sempurna bagi umat manusia,
sebagaimana akan diterangkan dalam surah berikut:
وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ ﴿١٣﴾ وَإِذَا رَأَوْا۟ آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ ﴿١٤﴾
“Dan
apabila mereka diberi pelajaran mereka tiada mengingatinya. Dan apabila
mereka melihat sesuatu tanda kebesaran Allah, mereka sangat
menghinakan.” (Surah As-Saffat 37; Ayat 13-14)
Bangsa
Yahudi itu telah menyimpang dari jalan yang benar dan sesat sebagaimana
telah diterangkan dalam surah as-Saffat di atas. Oleh kerana itu,
mereka tidak layak untuk memikul amanah akidah setelah berlaku
penyelewengan dalam sejarah mereka yang panjang.
Justeru itu, betapa pentingnya umat Islam mengenali dan menyayangi Rasulullah ﷺ.
Baginda sebenarnya bukanlah seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cahaya
kerasulan telah terpancar sejak dari dalam kandungan bonda Baginda ﷺ sendiri.
Mukjizat merupakan sesuatu kelebihan atau kejadian di luar kebiasaan akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun. Mukjizat
hanya dimiliki oleh para rasul yang dianugerahkan oleh Allah سبحانه
وتعالى kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang
memilki sesuatu yang luar biasa, ia tidak boleh dikatakan sebagai
mukjizat melainkan keramat.
Ketika Siti Aminah Binti Wahab mengandung Rasulullah ﷺ,
beliau melihat berbagai keajaiban. Ia merasakan sesuatu yang luar biasa
yang tidak pernah dirasakan oleh wanita-wanita hamil yang lain.
Sehingga mempunyai firasat atau dugaan yang baik terhadap bayi yang
dikandungkan itu.
Pada
suatu malam beliau bermimpi, seolah-olah ada cahaya dari perutnya yang
memancarkan sinar yang terang menyinari seluruh alam. Sehingga dalam
mimpi tersebut Siti Aminah dapat melihat bangunan yang tinggi yang terletak di Kota Syam.
Pada waktu paginya beliau menceritakan tentang mimpinya itu kepada suaminya, beliau berkata, “Wahai
suamiku! Sesungguhnya malam tadi aku bermimpi seolah-olah ada cahaya
dari perutku yang menerangi alam, sehingga aku dapat melihat
bangunan-bangunan tinggi di Kota Syam. Setelah itu aku mendengar suara
yang mengatakan bahawa aku sedang mengandung pemimpin umat pada akhir
zaman.”
Isteri Abdul Ash pula berkata, “Ketika aku datang ke rumah Aminah pada malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺ,
aku melihat rumah Abdullah ada cahaya yang menerangi seluruh rumah. Aku
melihat seolah-olah ada bintang yang turun, sehingga aku khuatir ia
akan jatuh.”
Keadaan
di rumah Abdullah menjadi riang dan gembira, sehingga ramai kaum
keluarganya datang untuk mengucapkan selamat atas kelahiran bayi yang
ditunggu-tunggu itu. Abu Lahab pun ketika itu turut merasa kegembiraan.
Kegembiraanya itu dibuktikan dengan dimerdekakan hamba sahayanya. Ia
merasa sempurna dan tidak ada aib dan gangguan-gangguan yang buruk.
Abdul Muthalib sebagai datuk Rasulullah ﷺturut
merasa bahagia atas kelahiran cucunya itu. Kemudian ia pergi membawa
bayi penuh berkah tersebut untuk bertawaf mengelilingi Kaabah sebagai
bukti kesyukuran terhadap Allah سبحانه وتعالى.
.
Pada waktu yang sama, ketika malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺitu, banyak perkara pelik dan ajaib telah berlaku di seluruh dunia:
.
1. Terpancar Sinar Terang

b) Pada
malam kelahiran Baginda, cahaya dari rumah bapanya Abdullah menyinari
bangunan-bangunan yang tinggi di negeri Syam. Peristiwa ini sebagai
isyarat bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda akan sampai ke negeri
Syam, dan penduduk-penduduk di kota itu akan disinari dengan ajaran yang
murni dan diredhai Allah سبحانه وتعالى.
c) Ada
juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh
dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal
yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila
baginda dilahirkan.
.
.
2. Diselimuti Awan
a) Aminah sendiri melihat Rasulullah ﷺdalam keadaan berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
b) Bonda Baginda melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar suatu seruan, “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”
c) Kemudian
itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat
menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit
kemudian meletakkan tangannya ke tanah lalu bersujud ke arah kiblat
sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
.
.
3. Bersih Tanpa Darah
a) Aminah semasa mengandungkan dan melahirkan Rasulullah ﷺ, beliau tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain.
b) Di
waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak
lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.
.
.
4. Telah Terputus
a) Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Rasulullah ﷺdilahirkan dalam keadaan tali pusatnya telah siap diputuskan.
b) Dengan kehendak Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah ﷺjuga tidak seperti bayi yang lain, Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah sedia terkhitan (bersunat).
.
.
5. Kemusnahan Tempat Sembahan
a) Pada
malam itu juga berhala-berhala yang berdiri tegak di depan Kaabah telah
jatuh di atas tanah. Ini sebagai bukti bahawa patung-patung itu akan
dibersihkan oleh bayi yang baru lahir pada suatu masa nanti.
b) Api
kuil Persia yang telah dijaga rapi agar terus menyala sejak lebih
seribu tahun, tidak pernah terpadam walaupun di landa ribut dan hujan
lebat. Namun pada malam itu, api tersebut menjadi padam. Ini sebagai
isyarat, terhapusnya kerajaaan agama Majusi setelah lahirnya seorang
insan yang mulia.
c) Pada
malam itu juga tembok mahligai raja Persia menjadi retak. Disusuli
dengan 14 buah tingkapnya jatuh berguguran. Padahal tembok itu dibangun
dengan teguh dan kukuh. Walaupun demikian rumah-rumah rakyat jelata yang
dibangunkan dengan bahan yang sederhana pada malam itu tidak mengalami
apa-apa keretakan. Ini juga sebagai bukti bahawa pada suatu hari nanti
kerajaan Persia akan runtuh.
.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَمَا نُرِيهِم مِّنْ آيَةٍ إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَاۖ وَأَخَذْنَاهُم بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤٨﴾
“Dan tidaklah Kami perlihatkan kepada mereka sesuatu mukjizat
kecuali mukjizat itu lebih besar dari mukjizat-mukjizat yang
sebelumnya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala
bencana), supaya mereka kembali (bertaubat / ke jalan yang benar).”
(Surah Az-Zukhuf 43; Ayat 48)
.
Betapa beruntungnya kita menjadi umat Islam dianugerahkan Nabi yang agung lagi dimuliakan, Muhammad ﷺsebagai penutup segala para nabi. Marilah kita bersyukur dan menghargai keistimewaan ini dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda ﷺ sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ
اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّۚ يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾
“Sesungguhnya
Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah Al-Ahzab 33; Ayat 56)
NAMIMAH
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu." Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada
ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain."
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana
dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari
kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."
Maksud bukan dosa besar itu dalam pandangan
kita padahal akibatnya besar sebab bila cepat dalm memcebok (mencuci)
sesudah buang air kecil lalu masih menitis bererti tidak sah memakai
pakaian yang najis, kerana itu tidak memperhatikan bersuci itu besar
akibatnya disisi Allah s.w.t.
kerana diakhirat itu tidak ada tempat selain syurga atau neraka, maka
bila dinyatakan tidak masuk syurga maka bererti masuk neraka.
Maka wajib atas orang yang adu dumba atau
pemfitnah supaya segera bertaubat sebab adu domba itu suatu kehinaan
didunia dan siksa didalam kubur dan neraka dihari kiamat tetapi bila ia
bertaubat sebelum mati maka insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah s.w.t.
Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sejahat-jahat manusia ialah yang bermuka dua, mendatangi dengan satu
wajah dan yang satu wajah dan siapa yang mempunyai dua lidah didunia
maka Allah s.w.t. akan memberikannya dua lidah api dari api neraka."
Qatadah berkata: "Sejahat-jahat hamba Allah
ialah tiap tukang menghina, tukang maki dan tukang mengadu (adu
domba/fitnah). Siksa kubur kerana tiga perkara iaitu:
- Sepertiga kerana ghibah
- Sepertiga kerana tidak membersihkan selepas buang air kecil
- Sepertiga kerana adu domba/fitnah
Hammad
bin Salamah berkata: "Seorang menjual budak, lalu berkata kepada
pembelinya: "Budak ini tidak ada cirinya kecuali suka adu domba." Maka
dianggap ringan oleh pembeli dan tetap dibeli, dan setelah beberapa hari
ditempat majikannya, tiba-tiba budak itu berkata kepada isteri
majikannya: "Suamimu tidak cinta kepadamu dan ia akan berkahwin lagi,
apakah kau ingin supaya ia tetap kasih kepadamu?" Jawab isteri itu:
"Ya." "Lalu kalau begitu kau ambil pisau cukur dan mencukur janggut
suamimu yang bahagian dalam (dileher) jika suamimu sedang tidur." kata
budak itu. Kemudian ia pergi kepada majikannya (suami) dan berkata
kepadanya: "Isterimu bermain dengan lelaki lain dan ia merencanakan
untuk membunuhmu, jika engkau ingin mengetahui buktinya maka cuba engkau
berpura-pura tidur." Maka suami itu berpura-pura tidur dan tiba-tiba
datang isterinya membawa pisau cukur untuk mencukur janngut suaminya,
maka oleh suaminya disangka benar-benar akan membunuhnya sehingga ia
bangun merebut pisau itu dari tangan isterinya lalu membunuh isterinya.
Oleh kerana kejadian itu maka datang para wali (keluarga) dari pihak
isterinya dan langsung membunuh suami itu sehingga terjadi perang antara
keluarga dan suku suami dengan keluarga dan suku dari isteri."
Yahya bin Aktsam berkata: "Tukang fitnah itu
lebih jahat dari tukang sihir sebab tukang fitnah dapat berbuat dalam
sesaat apa yang tidak dilakukan oleh tukang sihir dalam satu bulan dan
perbuatan tukang fitnah lebih bahaya dari perbuatan syaitan naknatullah
sebab syaitan laknatullah hanya berbisik dan khayal bayangan tetapi
tukang fitnah langsung berhadapan dan berbuat. Dan Allah s.w.t. telah
berfirman (Yang berbunyi): "Hammalatal hathab. Ahli-ahli tafsir banyak yang mengertikan hathab itu fitnah/adu domba. Sebab fitnah itu bagaikan kayu untuk menyalakan api permusuhan dan peperangan.
Aktsam bin Shaifi berkata: "Oranag yang rendah hina itu ada empat iaitu:
- Tukang fitnah
- Pendusta
- Orang yang berhutang
- Anak yatim
Utbah
bin Abi Lubabah dari Abu Ubaidillah Alqurasyi berkata: "Seorang
berjalan tujuh ratus kilometer kerana akan belajar tujuh kalimat dan
ketika ia sampai ketujuannya ia berkata: "Saya datang kepadamu untuk
mendapatkan ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu,
- Beritakan kepadaku apa yang lebih berat dari langit?"
- Dan apakah yang lebih luas dari bumi?
- Dan apakah yang lebih keras dari batu?
- Dan apakah yang lebih panas dari api?
- Dan apakah yang lebih dalam dari laut?
- Dan apakah yang lebih rendah (lemah) dari anak yatim?
- Dan apakah yang yang lebih jahat dari racun?
Jawabnya ialah:
- Membuat tuduhan palsu terhadap orang yang tidak berbuat, maka itu lebih berat dari langit
- Hak kebenaran itu lebih luas dari bumi
- Hati yang qana'ah (beriman) lebih dalam dari laut
- Rakus itu lebih panas dari api
- Hajat kepada keluarga yang dekat jika tidak tercapai lebih sejuk dari zamharir
- Hati orang kafir lebih keras dari batu
- Fitnah dan adu domba jika kedapatan (diketahui) pada yang difitnah lebih hina dari anak yatim
- Dan fitnah itu lebih jahat dari racun yang membinasakan
Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Allah s.w.t.
menjadikan syurga lalu diperintah: "Bicaralah." Maka berkata syurga:
"Sungguh bahagia siapa yang masuk kedalamku." Maka firman Allah s.w.t.: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu tidak boleh tinggal padamu lapan jenis orang iaitu:
- Orang yang selalu minum khamar (arak)
- Orang yang tetap menjadi pelacur
- Tukang fitnah/ adu domba
- Germo (orang lelaki yang membiarkan isterinya berzina)
- Polisi (siapa yang tahu maknanya diharap email kepada webmaster)
- Wadam (wanita Adam, lelaki yang berlagak wanita)
- Pemutus hubungan kekeluargaan
- Orang yang bersumpah dengan nama Allah akan berbuat kemudian tidak menepati sumpahnya
Alhasan
Albashri berkata: "Siapa yang menyampaikan khabar berita orang lain
kepdamu, maka ketahuilah bahawa orang itu akan menyampaikan khabarmu
kepada orang lain." Umar bin Abdil Azizi didatangi seseorang lalu
menceritakan hal orang lain, maka ditanya oleh Umar: "Jika kau suka maka
kami akan menyelidiki kebenaran keteranganmu itu, jika kau dusta akan
kau termasuk didalam ayat (Yang berbunyi): "In jaa akum faasiqun binaba'in fatabayyanu." (Yang bermaksud): "Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah." Dan jika kamu benar kau termasuk ayat (Yang berbunyi): "Hammaazin masysyaa'in binamin." (Yang bermaksud): "Tukang ejek dan suka berjalan mengadu (memfitnah)." Dan jika kau suka kami maafkan kepadamu." Maka jawab orang itu: "Maafkan saya ya Amirul Mukminin dan saya tidak akan mengulangi lagi."
Abdullah bin Almubarak berkata: "Anak zina
tidak dapat menyimpan amanat pembicaraan dan orang bangsawan ialah yang
tidak mengganggu tetangganya." Yakni siapa yang suka memfitnah dan adu
domba maka tabiat anak zina sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Hammaazin masysyaa'in binamin, mannaa'in lil khairi mu'tadin atsiim utullin ba'da dzalika zaniem." (Yang bermaksud): "Tukang
mengejek dan berjalan memfitnah, bakhil tidak berbudi melampaui batas
pendurhaka, sombong selain dari semua itu ia anak zina."
Seorang hakiem (cendiakawan) didatangi oleh
kawannya, tiba-tiba kawan itu menceritakan hal kawan yang lain, maka
ditegur oleh cendiakawan itu: "Kamu telah lama tidak datang dan kini
datang membawa tiga dosa iaitu:
- Pertama membencikan kepadaku kawanku
- Kau telah merisaukan fikiranku
- Saya menuduh engkau berdusta
Ka'bul-ahbaar
berkata: "Terjadi kemarau pada Bani Israil maka keluar Nabi Musa a.s.
membawa Bani Israil untuk berdoa minta hujan sebanyak tiga kali tetapi
tidak juga hujan sehingga Nabi Musa a.s. berdoa: "Tuhanku, hambaMu telah keluar sampai tiga kali tetapi belum juga Engkau terima." Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu: "Aku
tidak menerima doamu bersama kaummu kerana diantara kamu ada seorang
tukang fitnah." Nabi Musa a.a. bertanya: "Siapakah itu, supaya kami
dapat mengeluarkan dari anatara kami?" Jawab Allah s.w.t.: "Hai Musa, Aku melarang kamu dari namimah (adu-domba), apakah Aku akan mengadu-adu, taubatlah kamu semuanya." Maka bertaubatlah mereka lalu turunlah hujan.
Sulaiman bin Abdil-Malik ketika ia duduk
bersama Azzuhri tiba-tiba ada orang datang maka Sulaiman berkata
kepadanya: "Saya mendapat khabar bahawa engkau telah membicarakan dan
membusukkan saya." Jawab orang itu: "Tidak, saya tidak berkata itu dan
tidak berbuat sedemikian." Sulaiman berkata: "Orang yang menyampaikan
berita kepadaku itu benar dan jujur." Azzuhri berkata: :"Tukang adu
domba (fitnah) tidak benar dan tidak jujur." Sulaiman berkata kepada
Azzuhri: "Benar engkau." Lalu berkata kepada tamunya itu: "selamat
jalan."
Seorang
cendiakawan berkata: "Jika ada orang menyampaikan kepadamu makian
kawanmu, maka dialah yang memaki engkau bukan orang yang disampaikan
beritanya kepadamu." Wahb bin Munabbih berkata: "Siapa orang yang
memujimu dengan sesuatu yang tidak ada padamu, maka tidak aman
daripadanya akan memaki engkau dengan apa-apa yang tidak ada padamu."
Abul Laits berkata: "Jika ada orang
memberitahu kepadamu bahawa Fulan menjelekkan kau, maka harus menghadapi
dengan enam macam iaitu:
- Jangan percaya kerana tukang fitnah atau tukang adu domba itu tidak dapat diterima persaksiannya Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanu in jaa'akum faa siqun binaba'in fatabayyanuu an tushibu qauman bijahaalatin fatush bihuu ala maa fa'altum naa dimiin." (Yang bermaksua): "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq (satu kaum) membawa berita, maka hendaklah kamu selidiki, jangan sampai kamu membalas kepada suatu kaum dengan kebodohan, maka kamu kelak akan merasa menyesal. (Surah Alhujuraat ayat 6)
- Engkau harus mencegahnya dari fitnah itu sebab nahi unkar itu wajib
- Engaku harus membenci kepadanya sebb telah berbuat maksiat
- Engkau jangan bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu sebab jahat sangka terhadap seseorang muslim itu haram. Firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Inna ba'dhadh dhanni itsmun." (Yang bermaksud): "Sebahagian dari sangka-sangka itu dosa."
- Jangan kamu selidiki keadaan orang yang difitnah itu sebab Allah s.w.t. melarang menyelidiki kesalahan orang
- Apa yang tidak kau suka dari perbuatan orang yang mengadu-adu itu maka jangan sampai berbuat seperti itu, yakni engkau jangan memberitahu kepada sesiapapun apa yang dikatakan oleh tukang fitnah itu.
- Rasulullah SAW berpesan kepada Saidina Ali k.w yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)."
"Wahai Ali ! Janganlah engkau mencaci-maki orang Islam atau mencaci-maki binatang kerana cacian itu akan kembali dirimu sendiri."
"Wahai Ali ! Kuasailah lisanmu dan biasakanlah dia mengucapkan yang baik, kerana tidak ada yang lebih berbahaya bagi manusia pada hari kiamat yang melebihi ketajaman lisannya."
"Wahai Ali ! Jauhilah tukang caci-maki kerana ia suka membuka aib orang dan ia tidak akan masuk syurga."
"Wahai Ali !Tidaklah dianggap beragama bagi orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Allah. Dan tidaklah berakal orang yang tidak menjaganya. Dan tidaklah beriman orang yang tidak menjaga kesucian dirinya. Dan tidaklah sempurna ibadah orang yang tidak berilmu. Dan tidaklah mempunyai harga diri orang yang tidak bersedekah. Dan tidaklah bertaubat orang yang tidak mempunyai taufik Allah. Dan tidaklah ada rasa murah hati bagi orang yang tidak mempunyai rasa malu."
"Wahai Ali ! Barangsiapa yang tidak mahu menjaga dirinya dari maksiat, maka perut bumi itu lebih patut baginya daripada muka bumi kerana sesungguhnya tidak ada iman di dalam hatinya."
"Wahai Ali ! Pokok menjaga kesucian hati itu adalah meninggalkan yang haram dan yang diharamkan Allah, sedangkan puncak kemuliaan itu adalah meninggalkan kemaksiatan."
"Wahai Ali !Sesungguhnya orang yang berbudi luhur itu tingkatannya (bagaikan) orang yang berpuasa, bangkit untuk beribadah, dan berperang di jalan Allah."
"Wahai Ali ! Jadilah engkau orang yang selalu bermuka manis (cerah). Kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang selalu manis mukanya dan tidak menyukai orang yang mukanya masam dan berwajah sinis."
"Wahai Ali ! Pokoknya ibadah itu adalah diam, kecuali berzikir kepada Allah SWT."
"Wahai Ali ! Kebanyakan tidur dapat mematikan hati dan menghilangkan kebaikan, sedangkan memperbanyakkan dosa dapat mematikan hati dan mendatangkan penyesalan."
"Wahai Ali ! Barangsiapa diberi nikmat oleh Allah lalu bersyukur, dan kalau diuji-Nya lalu bersabar, dan jika berbuat salah lalu memohon ampun, maka ia masuk syurga dari pintu mana saja dikehendaki."
"Wahai Ali ! Janganlah engkau bersenang ria kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang bergembira ria. Tetaplah engkau bersedih kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersedih."
"Wahai Ali ! Tiadalah dari suatu hari yang baru, kecuali ia berkata, “Hai anak Adam ! Aku adalah hari baru. Terhadap asalmu aku menjadi saksi (hari ini). Maka renungkanlah perbuatan yang kamu kerjakan.”
IBLIS
Tempat Tinggal Iblis
Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada
Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat
kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah
padaku tempat kediaman untukku."
Firman Allah:
"Tempat kediamanmu adalah di
dalam tandas."
Iblis bertanya lagi:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah
berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku
berkumpul?"
Firman Allah:
"Tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta
majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau
berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah
apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah:
"Bacaan untukmu ialah syair
dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah
berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
Firman Allah:
"Cerita bagimu ialah
kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah
berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula
azan untukku?"
Firman Allah:
"Azan untukmu ialah
seruling."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah
menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi
utusanku?"
Firman Allah:
"Para utusan mu terdiri
daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau
berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan
bagiku?"
Firman Allah:
"Tulisanmu ialah tatu, gincu
serta lukisan di badan."
Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan
anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
Firman Allah:
"Perangkap bagimu ialah
wanita."
Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan
mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman
untukku?"
Firman Allah:
"Minumanmu ialah sesuatu
yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (Hadis Riwayat Muslim)
Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan(kiamat)". [Al-Hijr : 36]
Kedasyatan Saat-saat Kematian Iblis
Abu Laits Assamarqandi meriwatkan dengan sanadnya dari Ahnaf bin Qays berkata;
Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Sayyidina Omar bin Al-Akhattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang-orang sedang mengerumuni Ka'bul Ahbaar yang sedang bercerita:
Ketika Adam Alahissalam akan mati, ia berkata;
"Ya Rabbi, musuhmu pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat."
Allah menjawab;
"Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedangkan si Mal'uun ditunda hingga hari Qiamat supaya merasakan sakit maut sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir."
Maka Adam bertanya kepada Malikulmaut:
"Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut".
Maka sesudah diterangkan, maka berkata Adam;
"Tuhanku...cukup, cukup".
Maka bergemuruhlah suara para hadirin berkata;
"Hai Abu Ishaq, ceritakan kepada kami, bagaimana ia merasa maut".
Pada mulanya Ka'bul ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata:
Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang-orang sibuk di pasr bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang sangat keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sadar kecuali sesudah tiga hari, sedangkan sisanya yang tidak pengsan, bingung bagaikan kambing ketakutan melihat binatang buas. Ketika orang-orang dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tiada seorang pun melainkan mati kerananya. Maka binasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini seseorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.
Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudian Allah Taala berfirman kepada Malakulmaut:
"Aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marahKu kepada si mal'uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang-orang yang dahulu hingga terakhir dari Jin dan Manusia, berlipat-lipat ganda.
Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan. dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari Neraka Ladha dan cabutlah dengan 70,000 cungkil (bantolan) dari Neraka Ladha dan beritakan kepadsa Malaikat Malik supaya membuka pinu-pintu neraka".
Maka turunlah Malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan, sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.
Maka apabila sampai kepada iblis dan dibentaknya sekali saja langsung ia(iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengar oleh penduduk timur hingga ke barat , nescaya pengsanlah mereka.
Lalu Malakulmaut membentak iblis:
"Berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah hari yang telah ditentukan oleh Tuhan bagimu. Maka kemanakah kamu akan lari?".
Maka larilah iblis itu ke hujung timur tiba-tiba Malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.
Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam Alaihissalam sambil berkata;
"Keranamu aku telah menjadi Mal'uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan".
Lalu ia tanya kepada Malakulmaut;
"Minuman apakah yang akan akan kau berikan kepadaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?"
Jawab Malikulmaut;
"Dengan minuman dari neraka ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda".
Maka berguling-gulinglah iblis di tanah sambil menjerit(berteriak) sekeras-kerasnya, kemudian lari-lari dari barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tempat yang ia pertama diturunkan, sudah dihalang oleh Malaikat Zabaniyah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia(iblis) dikerumuni oleh Malaikat Zabaniyah yang menikamnya dengan bantolan dari neraka itu sehinggakan merasakan nazak (sakaratulmaut) akan mati itu.
Kemudian dipanggil Adam dan Hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya untuk meilhat itu. Dan sesudah melihat itu, keduanya berdoa;
"Ya Tuhan kami, sungguh Engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami".
Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?" [Shad :75]
Nas Al-Quran Tentang Permusuhan Syaitan
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. [Baqarah : 34]
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." [Al-Araaf : 12]
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".[Al-Araaf : 14]
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; [Al-Araaf : 16]
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)". [Al-Hijr : 36]
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya [Al-Hijr: 39]
Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. [Al-Isra': 63]
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). [Al-Isra' : 65]
Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya). (Saba : 20)
Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. [Saba : 21]
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya [Saad : 82]
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [Al-Baqarah : 208]
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka[Al-Faatir: 6]
"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! [Yasin : 60]
Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " [Shad :75]
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. [[Al-Hijr : 29]
(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, [Al-Hijr : 30]
Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. [Al-Hijr : 31]
Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".[Al-Hijr : 32]
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.[Al-Hijr : 34]
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat" .[Al-Hijr : 35]
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".[Al-Hijr : 36]
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh .[Al-Hijr : 37
"Hingga ke hari - masa yang termaklum".[Al-Hijr : 37]
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." [Al-A'raf :12]
Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " [Shad :75]
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. [[Al-Hijr : 29]
(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, [Al-Hijr : 30]
Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud. [Al-Hijr : 31]
Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?".[Al-Hijr : 32]
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.[Al-Hijr : 34]
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat" .[Al-Hijr : 35]
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".[Al-Hijr : 36]
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh .[Al-Hijr : 37
"Hingga ke hari - masa yang termaklum".[Al-Hijr : 37]
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." [Al-A'raf :12]
"Jika ia ujub bangga diri, dan telah merasa banyak amalnya, dan lupa dosanya, maka di situ aku (iblis) berkuasa"