الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Siddiq (Benar)
Suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul yang dikirim tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya yang suci murni di mana ia disebut siddiq, amanah, tabligh (menyampaikan), fatanah (kebijaksanaan).
Sebenarnya kita umat Islam telah pun mengenali dan mempelajari sifat-sifat ini sejak di bangku
sekolah lagi, akan tetapi antara kita yang lemah tidak dapat mengamalkan sifat benar ini sepenuhnya. Mungkin terdapat salah faham tentang hal ini dengan mengatakan hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang wajib atau perlu memiliki sifat-sifat ini. Manakala orang lain (umatnya) tidak perlu.
Sebenarnya, selain tabligh (menyampaikan ajaran Ilahi), tiga sifat itu adalah perlu dimiliki umatnya dalam melaksanakan ajaran Islam dan menghayati kehidupan di dunia ini.
Disamping itu, ada pula orang yang berkata :
" Benar itu adalah perhiasan para wali (kekasih Allah)''
" Iman itu asasnya ialah benar, sedang kepuraan itu asasnya dusta (bohong), maka tidaklah akan bersua antara dusta dan iman melainkan salah satunya mengusir yang lain."
Benar itu mempunyai 5 martabatnya iaitu :-
1. Benar pada kata-kata atau ucapan
2. Benar pada niat dan kehendak (menurut syarak)
3. Benar pada melaksanakan cita-cita (selari dengan keredhaan Allah)
4. Benar pada amalan (zahir dan batin mengikut syarak)
5. Benar pada merealisasikan kemuliaan amalan agama seluruhnya. Inilah martabat tertinggi seperti benar pada sifat takut, harap, membesarkan Allah, benar pada zuhud (hidup sederhana), redha, kasih, tawakal dan sebagainya.
Justeru, kita mendapati Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya Nabi saw dengan pertanyaan yang bermaksud : " Apakah sifat yang dapat dikenali seseorang mukmin (yang beriman) ?
Rasulullah saw menjawab yang bermaksud :
" Ialah dengan ketetapan (ketenangan) hatinya, kelunakan pertuturannya dan kebenaran ucapannya."
Kebenaran yang sebenarnya sungguh dapat membuahkan kesan yang berfaedah sampai ke akhirat, sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :
" Siapa memohon pada Allah SWT akan mati syahid dengan benar (sungguh-sungguh), maka Allah akan menyampaikan dia kepada kedudukan para syuhada, sekalipun dia mati di atas hamparannya (dirumah)."