الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Tazkiyah

    Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata:
    "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
    Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit daripada golongan kamu yang dapat melakukannya."
    (HR Al-Bazzar dan At-Thabrani)

    Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin telah berkata:

    Ketahuilah, bahawasanya lidah itu besar pengaruhnya, tiada seorang pun yang akan terselamat dari bahayanya, melainkan dengan berdiam diri. Imam Syafi'i pula berkata : Dalam hal ini sewajarnya orang itu memikirkan terlebih dahulu apakah perkara yang nak dibicarakan itu. Sekiranya perkara itu baik dan berguna, tidak menarik kepada keburukan atau melibatkan hal-hal yang haram atau makruh, maka tidaklah dilarang untuk dilahirkannya.

    Uqbah bin Amir pernah bertanya kepada Rasulullah saw: Apakah keselamatan itu? Jawab Baginda: Peliharalah lidahmu"

    Rasulullah saw bersabda, "Tangisan dihantar ke neraka sehingga penduduknya menangis semuanya di dalamnya sehingga air mata mereka habis. Kemudian air mata itu diganti dengan darah yabg keluar dari mata mereka sehingga air itu terbentang di hadapan mereka seperti sungai yang jika dibawa kapal ke situ maka kapal itu boleh berlayar di dalamnya."
    (Hadis Riwayat Ibnu Majah daripada Anas bin Malik)

    Dari Abu Hurairah R.A. , Dari Nabi SAW, sabdanya :
    "Sesungguhnya Imam (Pemimpin, Pembesar, atau Penguasa) itu bagaikan Perisai,di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya Taqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu, maka dia mendapat seksa".
    (H.R. Muslim)

    Dari Abdullah Nu'man bin Basyir RA,
    dia berkata : 'Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda :

    "SESUNGGUHNYA YANG HALAL ITU JELAS DAN YANG HARAM ITU JELAS.
    DI ANTARA KEDUANYA TERDAPAT PERKARA-PERKARA YANG SYUBHAT  YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH ORANG BANYAK.
    MAKA SIAPA YANG TAKUT TERHADAP SYUBHAT BERERTI DIA TELAH MENYELAMATKAN AGAMA DAN KEHORMATANNYA.
    DAN SIAPA YANG TERJERUMUS DALAM PERKARA SYUBHAT, MAKA AKAN TERJERUMUS DALAM PERKARA YANG DIHARAMKAN.
    SEBAGAIMANA PENGGEMBALA YANG MENGGEMBALAKAN HAIWAN GEMBALAANNYA DI SEKITAR (LADANG) YANG DILARANG UNTUK MEMASUKI NYA, MAKA LAMBAT LAUN DIA AKAN MEMASUKINYA.
    KETAHUILAH BAHAWA SETIAP RAJA MEMILIKI LARANGAN DAN LARANGAN ALLAH ADALAH APA YANG DIA HARAMKAN.
    KETAHUILAH BAHAWA DALAM DIRI INI TERDAPAT SEGUMPAL DAGING, JIKA DIA BAIK MAKA BAIKLAH SELURUH TUBUH INI DAN JIKA DIA BURUK, MAKA BURUKLAH SELURUH TUBUH, KETAHUILAH BAHAWA DIA ADALAH HATI".

    (HR. BUKHARI DAN MUSLIM)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA