Takrifan isbal ( اَلاِسْبَالُ )
Isbal (
اَلاِسْبَالُ) bermaksud:
“Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis
pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh
yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.
Berkata Imam as-San’ani rahimahullah:
المسبل ازاره : هو الذى يطول ثوبه ويرسله الى الارض اذا مشى.
“Mengisbal pakaiannya: Iaitu orang yang memanjangkan pakaiannya dan melabuhkannya sehingga (mencecah) ke bumi apabila berjalan (Rujuk: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجال hlm. 32. Al-Imam Muhammad bin Ismail al-Amir as-San’ani)
عَنِ
الْمُغِيْرَة رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آخِذًا بِرِدَاءِ سُفْيَانِ بْنِ سَهْلٍ وَهُوَ
يَقُوْلُ :يَا سُفْيَانُ ! لاَ تُسْبِلْ اِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ
الْمُسْبِلِيْنَ.
“Dari Mughirah radiallahu
‘anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
memegang pakaian Sufiyan bin Sahl dan baginda bersabda: Wahai Sufyian!
Janganlah engkau berisbal, kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang
berisbal” (Riwayat (1) Ibn Majah 2/1183 No. 3575. (2) An-Nasaii
dalam Al-Kubra dan Tuhfatul Asyraf. (3) Ibn Hibban dalam Sahihnya 7/397
No. 5418. (4) Ahmad dalam Musnadnya 4/246. 253. (5) Ibn Abi Syaibah
8/207)
Tidak Berisbal Sebagai Salah Satu Sikap Taqwa:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ رَآهُ يَجُرُّ اِزَارَهُ : اِرْفَعْ اِزَارَكَ وَاتَّقِ اللهَ
“Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam telah menegur seorang lelaki yang berpakaian labuh
(baginda bersabda): Angkatlah (tinggikanlah) kain kamu dan bertaqwalah
kepada Allah. ( Riwayat Ahmad, Musnad. 4/395)
عَنْ
اَبِيْ ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ وَلاَيَنْظُرُ اِلَيْهِمْ وَلاَيُزَكِّيْهِمْ وَلَهُمْ
عَذَابٌ اَلِيْمٌ قَالَ : فَقَرَاَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاَثَ مَرَّاةٍ . قَالَ اَبُوْ ذَرٍّ : خَابُوْا
وَخَسِرُوْا ، مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : اَلْمُسْبِلُ ،
وَالْمَنَّانُ الَّذِيْ لاَيُعْطِيْ اِلاَّ مَنَّهُ ، وَالْمُنْفِقُ
سَلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ . وَفِى رِوَايَةِ مُسْلِمٍ :
اَلْمُسْبِلُ اِزَارَهُ .
“Dari Abi Zarr radiallahu
‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Ada
tiga golongan yang tidak ditegur oleh Allah di Hari Kiamat dan Allah
tidak melihat kepada mereka, tidak mengampunkannya dan mereka mendapat
azab yang pedih, Rasulullah mengulang-ulangi ucapannya ini tiga kali.
Maka Abu Zarr berkata: Alangkah rugi dan menyesalnya mereka wahai
Rasulullah! Siapakah mereka itu? Baginda menjhawab: Orang yang musbil
(melabuhkan pakaiannya sehingga menutup buku lali), orang yang
mengungkit (menyebut-nyebut) pemberiannya dan orang yang menjual
barangannya dengan sumpah palsu. (Dalam riwayat Muslim: Orang yang melabuhkan pakaiannya.”
( Riwayat Muslim, 1/102. Kitabul Iman - No. 106, Hadis Riwayat Abu
Daud, Dalam Sunannya, 4/347, No. 4087. Tirmizi, Dalam Sunannya - 2/342.
No. 1229)
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا مَرْفُوْعًا : ثَلاَثَةٌ لاَ يَنْظُرُ
اللهُ اِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ : اَلْمَنَّانُ عَطَاهُ
وَالْمُسْبِلُ اِزَارَهُ خُيَلاَءُ ، وُمُدْمِنُ الْخَمْرِ
“Dari Ibnu Umar radiallahu
‘anhu secara marfu’: Tiga golongan Allah tidak melihat kepada mereka:
Orang mengungkit pemberiannya, orang yang melabuhkan pakaiannya dan
orang yang menagih arak. ( at-Tabrani: “Majma’ud az-Zawaid)
Berisbal Adalah Sebahagian Daripada Kesombongan
Berkata Ibn Hajar al-Asqalaini rahimahullah:
ان الاسبال يستلزم جر الثوب ، وجر الثوب يستلزم الخيلاء ولو لم يقصد الخيلاء
“Sesungguhnya isbal itu ialah
melabuhkan pakaian, melabuhkan pakaian itu adalah suatu kesombongan
walaupun tidak bermaksud (berniat) untuk sombong.( Fathul Bari, 10/264)
Rasulullah s.a.w bersabda:
وَاِيَّاكَ وَاْلاِسْبَالُ فَاِنَّهُ مِنَ الْمَخِيْلَةِ
“Berjaga-jagalah kamu dari berisbal, sesungguhnya isbal itu perbuatan sombong. (Riwayat Ahmad 5/63-64. Isnadnya sahih)
Hadith di atas ini
mengkategorikan orang yang isbal (melabuhkan pakaiannya) sebagai orang
yang sombong walaupun ia tidak bermaksud atau berniat demikian. Oleh itu
isbal diharamkan kepada setiap lelaki beriman dan awaslah mereka yang
mengisbalkan seluar, kain atau pakaiannya kerana telah diberi amaran
oleh sekian banyak hadith yang sahih.
Had Isbal
عَنْ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَرَرْتُ عَلَى
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِى اِزَارِيْ
اسْتِرْخَاءٌ . فَقَالَ : يَا عَبْدَ اللهِ ، اِرْفَعْ اِزَارَكَ .
فَرَفَعْتُهُ . ثُمَّ قَالَ : زِدْ ! فَزِدْتُ ، فَمَازِلْتُ اَتَحَرَّاهَا
بَعْدُ ، فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ اِلَى اَيْنَ ؟ فَقَالَ : نِصْفُ السَا
قَيْنِ.
“Dari Abdullah bin Umar
radiallahu ‘anhuma berkata: Aku pernah melintas (di hadapan) Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dengan mengenakan pakaian labuh. Maka
baginda bersabda: Wahai Abdullah! Naikkan/ tinggikan kainmu. Maka aku
menaikkannya. Baginda bersabda lagi: Tambahkan (naikkan) lagi. Maka aku
tambah lagi. Kemudian saya terus tidak meninggalkan cara berpakaian yang
seperti selepas itu. Beberapa kaum yang bersama bertanya: Sampai ke
paras mana? Baginda bersabda lagi: Pertengahan betis (Riwayat Muslim dalam Sahihnya, 3/1650, No. 2086. Imam Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. 2/43)
عَنِ
الْعَلاَءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ اَبِيْهِ قَالَ : سَاَلْتُ
اَبَا سَعِيْدٍ عَنِ اْلاِزَارِ فَقَالَ : أخْبِرُكَ بِعِلْمٍ : سَمِعْتُ
رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ :اِزَارَةُ
الْمُؤْمِن اِلَى نِصْفِ السَّاقَيْنِ ، وَلاَ جُنَاحَ فِيْمَا بَيْنَهُ
وَبَيْنَ الْكَعْبَيْنِ . فَمَااَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ فَفِى النَّارِ ، لاَ
يَنْظُرُ اللهُ اِلَى مَنْ جَرَّ اِزَارَهُ بَطرًا.
“Dari ‘Ala bin Abdulrahman
dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu Saied tentang kain
(pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan ilmu, aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Pakaian seorang
mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di antara betis dan
maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di neraka, Allah
tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan megah (sombong).(Riwayat
Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303. No. 4093. Ibn Majah 2/1183. No.
3573. Malik dalam Mu’ta hlm. 914-915. Ahmad dalam Musnad jld.2. No. 6,
31, 44, 52 dan 97. Ibn Abi Syaibah dalam Musanaf 8/244. Al-Humaidi dalam
Musnadnya 2/323. No. 737. Al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/244. Dan
al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah 12/12)
Berkata Imam An-Nawawi rahimahullah:
بَطَرًا : أيْ عَجبًا وَخُيَلاَء
“Batran: iaitu megah dan sombong
Ber-Isbal Kerana Lupa, Tidak Sengaja Dan Kerana Terlalu Marah
Jika bersolat dalam keadaan isbal (berpakaian labuh) kerana lupa (tidak
disedari), tidak disengajakan atau dalam keadaan marah, maka tidak ada
hukum baginya (sah solatnya). Ini berdasarkan beberapa hadith Rasulullah
terutamanya tentang cara pakaian baginda dalam solat semasa kesiangan:
اَنَّهَا لَمَّا كَسَفَتِ الشَّمْس خَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزْعًا يَجُرُّ اِزَارهُ.
“Sesungguhnya setelah
didapati matahari telah kelihatan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam keluar (solat) tanpa disengajakan (tidak disedarinya) baginda
berpakaian labuh. (Riwayat Bukhari 2/526, 547 dan 10/355. An-Nasaii 3/127, 146 dan 152. No. 1464, 1491, 1492 dan 1502)
عَنْ
عِمْرَانِ بْنِ حُصَيْنِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فِى قِصَّةِ سُجَوْدِ
السَّهْوِ ، وَاَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ غَضْبَانًا
يَجُرُّ اِزَارَهُ
“Dari Imran bin Husin dalam
kisah sujud sahwi bahawasanya baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam
keluar (solat) dalam keadaan marah dan dalam keadaan labuh pakaiannya. (Riwayat Muslim 1/99, 404. No. 101, 574. Abu Daud 1/618. No. 1018. An-Nasaii 3/26. No. 1237. Ibn Majah 1/384. No. 1215.)
Melalui hadith di atas, jelaslah
bahawa hanya orang yang tidak perasan (tidak sedar), marah dan terlupa
yang tidak berdosa jika berpakaian isbal, termasuklah semasa mengerjakan
solat, kerana ia berlaku tanpa ada maksud atau dirancang.
HAD ISBAL TIDAK MELEBIHI MATA KAKI (BUKU LALI)
Rasulullah s.a.w penah menegur seorang lelaki yang berpakaian isbal dengan sabdanya:
وَارْفَعْ
اِزَارَكَ اِلَى نِصْفِ السَّاقِ ، فَاِنْ اَبَيْتَ فَاِلَى الْكَعْبَيْنِ
، وَاِيَّاكَ وَاِسْبَالَ اْلاِزَارِ ، فَاِنَّهَا مِنَ الْمَخِيْلَةِ ،
وَاِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ الْمَخِيْلَةَ.
“Tinggikanlah kainmu sehingga
pertengahan betis, jika tidak mahu berbuat seperti itu, maka
(angkatlah) ke paras mata kaki, takutilah olehmu dari mengisbalkan kain,
kerana yang demikian itu termasuk kesombongan dan sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang yang sombong.(Riadhus Solihin. 2/869. Imam
Nawawi. H/R Abu Daud dengan isnadnya yang sahih. Dan diriwayatkan juga
oleh Imam Turmizi. Beliau mengatakan bahawa ini adalah hadis hasan
sahih)
Hadith ini menunjukkan bahawa panjangnya pakaian yang diizinkan
oleh Rasulullah untuk orang lelaki ialah tidak melebihi mata kaki, yang
melebihinya dianggap isbal dan hukumnya haram. Dan hadith-hadith
seterusnya yang mengharamkan isbal:
عَنْ
اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : بَيْنَمَا رَجُلٌ يُصَلِّى
مُسْبِلاً اِزَارَهُ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : اِذْهَبْ فَتَوَضَّاْ ،فَذَهَبَ فَتَوَضَّاَ ثُمَّ جَاءَ ،
فَقَالَ لَهُ : اِذْهَبْ فَتَوَضَّاْ . فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ : يَا رَسُوْلَ
اللهِ مَالَكَ اَمَرْتَهُ اَنْ يَتَوَضَّاَ ثُمَّ سَكَتَّ عَنْهُ ، قَالَ :
اِنَّهُ كَانَ يُصَلَّى وَهُوَ مُسْبِلٌ اِزَارَهُ ، وَاِنَّ اللهَ
لاَيَقْبَلُ صَلاَةَ رَجُلٍ مُسْبِلٍ .
“Dari Abu Hurariah radiallahu
‘anhu berkata: Diketika seorang lelaki solat dalam keadaan labuh
(mencecah bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk, kemudian (setelah
berwuduk) dia datang semula. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya:
Pergilah berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain kepada Rasulullah:
Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya berwuduk kemudian engkau diam (tidak
menerangkan sebabnya). Maka Baginda bersabda: Sesungguhnya dia bersolat
dengan keadaan iabal (kainnya labuh menutupi mata kaki/mencecah tanah),
sesungguhnya Allah tidak menerima solat lelaki yang isbal (melabuhkan)
pakaiannya”. (Riwayat Abu Daud 1/419-420 No. 638. Baihaqi dalam
Sunan al-Kubra 2/241. Berkata an-Nawawi: Sesungguhnya hadis ini menurut
syarat Muslim, lihat: Riyadhus Solihin hlm. 278. Lihat: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجل hlm. 27 oleh As-San’ani)
Orang-orang lelaki yang sengaja
mengisbalkan (memanjangkan) seluar, kain atau pakaiannya terutama semasa
mengerjakan solat, maka mereka hendaklah menghayati dan memikirkan isi
hadis di atas ini, kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
memerintahkan lelaki yang isbal agar berwuduk dan mengulangi solatnya
sehingga dua kali. Malah diwaridkan dengan ancaman neraka bagi mereka
yang berpakaian labuh mencecah bumi (isbal), sama ada semasa solat atau
di luar solat. Baginda seterusnya mengancam dengan sabdanya sebagaimana
hadis sahih riwayat Ibn Mas'ud:
عَنِ
ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ اَسْبَلَ اِزَرَهُ فِى
صَلاَتِهِ خُيَلاَءَ ، فَلَيْسَ مِنَ اللهِ فِى حَلٍّ وَلاَ حَرَامٍ.
“Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesiapa yang
mengisbalkan kainnya dalam solatnya dengan megah, maka dari Allah tiada
lagi yang halal dan haram. (Riwayat Abu Daud 1/419. No. 637.
At-Tabrani dalam Majma al-Kabir 9/315, 10/284. Abu Daud at-Tayalisi No.
351. Al-Baihaqi 2/242)
Berkata Imam an-Nawawi rahimahullahu tentang hadis di atas ini:
معناه : قد برئ من الله وفارق دينه
“Hadis ini memberi makna: (Orang yang isbal) telah berlepas dari Allah dan dia telah meninggalkan agamanya. (Lihat: استيفاء الاقوال فى تحريم الاسبال على الرجال hlm. 28. As-San’ani)
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalaini rahimahullah:
“Isnadnya mauquf. Selanjutnya
beliau berkata: Hadis seperti ini tidak dikatakan mengikut pendapat
(ar-rakyu), maka pada hadis ini, tidak ada larangan untuk menerimanya
secara zahirnya. ( Fathul al-Bari 10/257)