الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Tazkirah: Tingkatan Nafsu
Mata,
telinga, lidah merupakan pancaindera atau hawas yang memerlukan akal
untuk menafsir tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Oleh itu manusia apabila
ada mata yang sempurna tetapi dia tidak dapat melihat akan kebenaran,
ada telinga tetapi sengaja dipekakkan dari mendengar seruan yang haq,
ada lidah tetapi dibisukan dari
memperkatakan perintah Allah maka taraf manusia akan turun kepada
haiwan. Bahkan lebih teruk lagi dari haiwan kerana haiwan adalah makhluk
yang taat kepada Allah SWT. Itu yang Allah sebutkan dalam surah
al-An'am.
Manusia dibekalkan dengan Nafsu. Ulamak membahagikan nafsu itu kepada 3 iaitu:
1. Nafsu Ammaaratu Bissu'. Nafsu ini sentiasa membisikkan perkara-perkara kejahatan untuk dilakukan oleh manusia. Ditambah oleh iblis yang sentiasa menghiasi dan menampakkan pada mata manusia akan perbuatan jahat lagi buruk tetapi dipandang baik untuk dilakukan. Dalam surah Ibrahim Allah menyebut perkara ini. Nafsu ini amat menyukai manusia yang suka berbuat kejahatan dan sahabat sejati kepada mereka yang berbuat derhaka kepada Allah SWT.
2. Nafsu Lawwamah
Nafsu ini kata ustaz adalah nafsu yang sering rasa tidak berpuas hati atau serba tidak kena. Jika ada orang berbuat maksiat, tidak solat dan sering melakukan kesalahan maka dia akan memarahi dan rasa tidak selesa dengan perbuatan mereka itu. Namun apabila orang itu berbuat kebaikan dan kebajikan pula dia kata buat apa buat perkara baik banyak-banyak sangat, buat apa buat perkara baik bukan gerenti masuk syurga dan lain-lain. Dalam hal ini nafsu itu kadang-kadang menunggang manusia dan kadang-kadang dalam satu masa yang lain manusia itu yang menunggang kuda ini. Satu kes bagaimana telah terjadi pengakuan seorang yang telah murtad dan telah berpaling ke agama lain menyatakan bahawa umat Islam masih lagi tercari-cari jalan kebenaran. Sebabnya umat Islam sering membaca surah al Fatihah " Ihdinas siratol mustaqim" maknanya umat Islam adalah sesat dan agama Islam adalah agama kesesatan. Hakikatnya dialah yang telah menyesatkan dirinya sendiri kerana berpaling dari agama kebenaran ini dan telah disesatkan oleh hawa nafsunya kepada kebatilan.
3. Nafsu Mutmainnah
Nafsu ini adalah kategori nafsu yang baik menyuruh kepada ketaqwaan dan ketaatan Penciptanya iaitu Allah SWT. Nafsu ini adalah mendorong manusia agar redha kepada Allah SWT dan Allah pula redha kepada mereka. " Ya Ayyatuhan nafsul mutmainnah, irji'ie ila rabbiki radhiyatan mardiyyah"-surah al Fajr ayat 27-30. Sesiapa yang ada nafsu seperti ini dia akan mendapat 2 kebaikan "fadkhuli fi 'ibadi wad khuli jannati" iaitu masuk dalam golongan hamba-hamba Allah SWT yang dikasihiNya dan masuk ke dalam syurga Allah. Itulah balasan mereka yang dapat mengekang dan menunggang hawa nafsu lantas nafsu dapat dijinakkan untuk tunduk patuh kepada Allah SWT.