الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Bisikan dan godaan iblis laknatullah

    Bisikan dan godaan iblis laknatullah kerana dia boleh memasuki hati anak Adam melalui tujuh pintu. Pintu-pintu tersebut adalah seperti berikut :

    1. Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.

    2. Hati yang memandang biasa pada dosa-dosa kecil.

    3. Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.

    4. Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.

    5. Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.

    6. Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.

    7. Hati yang ujub, sombong, riak dan buruk sangka pada orang lain.

    Mau dihurai?....wawak hurai....panjang..na pelan2 bacanya....

    1. Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.

    Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar ayat 53)

    Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan sentiasa di uji oleh Allah SWT.. Ujian Allah SWT datang berbagai bentuk. Ada ujian berupa bala dan musibah, penyakit, kemalangan, gagal dalam peperiksaan dan mencari pekerjaan . Ujian juga datang dalam bentuk perselisihan di dalam keluarga atau mendapat gangguan sihir dan di fitnah .

    Manusia sering merasa putus asa dan kecewa kerana gagal mengendali diri dalam kehidupan, kecewa kerana gagal mendidik ahli keluarga, kecewa kerana sering gagal dalam percintaan, kecewa kerana selalu gagal dalam melaksanakan tugasan dipejabat, kecewa kerana gagal mendapat projek-projek mewah atau sederhana mewah malah kecewa kerana diri masih berada di takuk lama (hidup susah) bertahun-tahun walau berbagai cara telah dilakukan.

    Di dalam ayat di atas Allah SWT menyeru kepada hamba-hamba-Nya supaya jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Susah dan gagal macamana sekali pun kita dilarang untuk berputus asa dan merasa kecewa.

    Putus asa dan kecewa datang dari hati iaitu segumpal daging yang ada di dalam diri kita. ianya berbentuk satu rasa yang mempunyai perkaitan dengan mental, emosi, kerohanian dan fizikal. Apabila seseorang tu putus asa dan kecewa, maka iblis akan masuk dalam hati manusia, beliau tidak dapat berfikir secara waras (mental), emosi mengalami tekanan yang sukar dikawal , semangat menjadi pudar malah berada pada tahap paling rendah dan kesihatan badan juga akan terganggu. Ingatlah Allah SWT sebanyak-banyaknya semoga Dia membarikan kekuatan untuk kembali tenang dan redha dengan qadak dan qadar-Nya.

    2. Hati yang memandang biasa pada dosa-dosa kecil.

    Iblis akan membisikkan kepada manusia bahawa dosa-dosa kecil ini tidak mengapa jika dibuatnya kerana Allah SWT itu Maha Pengampun. Sehingga orang yang digoda iblis akan terus melakukannya tidak merasa bersalah dan menganggap perkara itu kecil sahaja.

    Sedangkan Nabi SAW pernah bersabda yang maksud : “Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Ulama menjelaskan bahawa sesiapa yang berterusan melakukan dosa-dosa kecil maka dia akan menjadi fasik dan akan jatuh kepada dosa besar. Oleh itu jauhilah semua dosa samaada dosa-dosa besar maupun dosa-dosa kecil dan sentiasalah beristighfar setiap hari semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT.

    3. Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.

    Daripada Anas bin Malik r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Dalam semua perkara pada anak Adam yang akan menjadikan mereka tua adalah dua perkara : Tamak dan angan-angan." (Hadis Riwayat Bukhari - dalam al-Sahih 11/243 dan Muslim dalam al-Sahih 2/724 no. 1047 dan Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin)

    Saidina Ali k.wj berkata: “Yang paling aku takutkan menimpa kamu adalah panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Panjang angan-angan dapat melupakan kehidupan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu dapat menghalang-halangi kebenaran.”

    Panjang angan-angan atau banyak berhayal menyebabkab seseorang berada dialam fantasi bukan lagi realiti. Sedangkan ini adalah racun yang berbahaya apatah lagi angan-angan tersebut tidak kesampaian di samping membazir masa sahaja . Lantas, dia sentiasa rugi dalam kehidupannya dan menempuh kehinaan. Sebaliknya mereka yang bercita-cita dan disertakan dengan perlaksanaan mengikut strategi dan buah fikiran yang baik sudah tentu akan mengecapi kejayaan. Angan-angan adalah racun dalam kehidupan dan musibahnya jauh lebih banyak daripada manfaatnya.

    Orang yang suka dipuji sebenarnya adalah mereka yang tidak ikhlas beramal kerana amalannya adalah untuk mendapat pujian manusia bukannya mencari kerehaan Allah SWT. Di akhirat nanti amalan seperti ini akan dilemparkan dimuka orang yang beramal tersebut. Iblis akan cuba merosakkan niat manusia supaya niatnya bukan kerana Allah SWT supaya manusia akan masuk neraka bersama-samanya. Nauzubillahiminzalik.

    4. Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.

    Orang yang jahil adalah orang yang paling disukai oleh iblis kerana dengan kejahilan dan kebodohannya amal-amalannya tidak diterima oleh Allah SWT kerana rosak dan tidak betul mengikut hukum syarak.

    Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW, "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".(Hadis Riwayat Ibnu Ady)

    Nabi SAW menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarya iblis telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang­-orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, iblis selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah SWT. Iblis tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah SWT yang bererti kekalahan di pihak iblis.

    5. Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.

    Sifat suka merendahkan orang lain adalah sifat iblis kerana orang yang melakukan perbuatan ini adalah orang yang sombong. Bagaimana iblis merendahkan kejadian Nabi Adam a.s. yang di ciptakan oleh Allah SWT daripada tanah dan merasa bangga dengan penciptaannya daripada api.

    Rasulullah S.A.W turut bersabda, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaddhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Hadis Riwayat Muslim dan Abi Daud)

    6. Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.

    Apabila seseorang marah maka iblis akan membolak- balikkan hati anak Adam seperti bola. Jika marahnya sudah sampai kemuncak maka ketika itu manusia dan hilang pertimbangan akal yang waras dan sanggup melakukan perbuatan yang tercela sehingga sanggap membunuh atau mencederakan orang lain.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya : " Sesungguhnya, kemarahan itu berasal dari syaitan. Dan syaitan tercipta dari api. Dan sesungguhnya, api itu dapat dipadamkan dengan air. Jika salah seorang diantara kalian marah, maka berwuduklah. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud, hadis ini hasan.)

    7. Hati yang ujub, sombong, riak dan buruk sangka pada orang lain.

    Semua sifat-sifat mazmumah seperti ujub, riak dan buruk sangka pada orang lain adalah pintu-pintu yang memudahkan iblis menguasai hati manusia.

    Firaman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri," (Surah Luqman ayat 18)

    Al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata: “Iblis jika ia dapat melumpuhkan bani Adam dengan salah satu dari tiga perkara ini: ujub terhadap diri sendiri, menganggap amalnya sudah banyak dan lupa terhadap dosa-dosanya. Dia berkata: “Aku tidak akan mencari cara lain.” Semua perkara di atas adalah sumber kebinasaan. Berapa banyak pelita yang padam kerana tiupan angin? Berapa banyak ibadah yang rosak karena penyakit ujub?"


    Strategi si iblis dgn kuncu2nya:

    PERTAMA : Syaitan menawarkan kekufuran.

    Manusia dengan kadar keimanan yang tidak stabil sangat mudah terumbang ambing dalam kehidupannya. Peluang inilah yang dimanfaatkan sebaiknya oleh iblis atau syaitan untuk menggoda dan menghasut manusia untuk mengingkari Tuhan. Contohnya jika seseorang manusia itu ditimpa bencana, sakit atau sebarang musibah, lalu orang itu akan mudah berkata bahawa "Tuhan ini tidak adil". Sejak mendengar ucapan itu, syaitan telah mendorong manusia untuk terus mengingkari jalan Tuhan dan para nabi dan rasul-Nya bahkan memesongakn ajaran yang telah dipegang sehingga menjadi kufur dan sesat. Na'uzubillahiminzalik

    Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah."
    (Surah Ali-Imran ayat 154)

    Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa."
    (Surah al-Hujurat ayat 12)

    Do'a Sa'id bin Jabir, "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dan sebaik-baik sangkaan dengan-Mu."

    KEDUA: Syaitan menawarkan segala hal yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

    Apabila manusia lari daripada sunnah Rasulullah SAW , dan mengambil sunnah yang lain iaitu amalan Yahudi dan Nasrani maka sebenarnya syaitan telah berjaya menguasainya. Segala bentuk penipuan dalam perniagaan, mengambil rasuah, malas menuntut ilmu, tidak mahu solat jemaah, menghina para ulama, mengambil asabiyah dalam perjuangannya dan banyak lagi. Semua hal itu adalah kenikmatan yang ada di dunia yang kosong dan menipu.

    Oleh itu pastikan hidup kita sentiasa dihiasi dengan amalan, ajaran dan sunnah Nabi SAW semoga kita terselamat daripada tipu daya syaitan.

    Sabda Nabi SAW maksudnya : “Berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk..(”Musnad Imam Ahmad, 4/126-127, Abu Daud, 5/13.no.4607, at-Tirmidzi, Kitab al-ilm, 5/44.no.2676, dia berkata, hadits Hasan Sahih, Ibnu Majah.no.96.43.)

    KETIGA: Syaitan menawarkan dosa-dosa kecil .

    Dalam kehidupan sehari-hari, manusia sangat mudah melakukan dosa-dosa kecil. Semua sifat-sifat mazmumah adalah dosa-dosa kecil seperti makan dan minum berlebih-lebihan, suka membuang masa dengan sia-sia, suka membazir, marah, hasad dengki, iri hati, kasih pada harta, riak, takbur, ujub dan kasih dunia.

    Akhbar arus perdana atau media elektronik juga turut menyuburkan dosa-dosa kecil ini dengan menyajikan sajian berita atau gosip-gosip artis, politik bahkan sesiapapun. Perlu diingat berterusan melakukan dosa-dosa kecil akan menjadi dosa besar. Jika satu dosa kecil dilakukan akan menjadi satu titik hitam, bila titik-titik hitam ini menjadi banyak maka hati akan mati dan tertutup hijab dengan Allah SWT.

    Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

    Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
    (Surah Ali Imran: 135)

    Kita tidak boleh menganggap remeh ke atas dosa-dosa kecil kerana Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    KEEMPAT: Syaitan menawarkan hal-hal yang melalaikan sehingga manusia terlalai dengan sifat-sifat yang wajib.

    Ia dipanggil mubah atau boleh ertinya hal yang boleh dilakukan, jika tidak dilakukan tidak mendapat pahala dan tidak juga menjadi dosa. Bagaimana pun, mubah adalah awal kepada perbuatan dosa.

    Contohnya dalam konteks keluarga, ibu-bapa yang leka dengan hiburan atau banyak membuang masa menonton television, melayan hobi-hobi yang kurang manfaatnya sehingga terlupa mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangganya dan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat. Suka kepada kemewahan dalam menyediakan makanan, menghias rumah, kereta, kerap kali melancung tetapi rukun Islam ke 5 (menunaikan fardu haji) belum ditunaikan.

    Sikap orang mukmin pula akan menjadikan perkara harus itu menjadi sunat apabila dia niatkan kerana Allah SWT. Makan, minum, tidur dan riadah semuanya adalah kerana Allah, insya Allah akan mendapat pahala.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
    (Hadis Riwayat Tirmizi).

    KELIMA: Syaitan menawarkan dosa besar seperti syirik, rasuah, zina, derhaka pada orang tua, fitnah, minum arak dan dosa besar yang lain.

    Matlamat utama iblis dan syaitan laknatullah adalah untuk mensyirikkan dan memurtadkan orang yang beriman jika ini berjaya maka iblis dan syaitan tak perlu bekerja keras lagi kerana matlamat utamanya telah tercapai. Jika yang ini gagal dia akan menggoda orang beriman supaya melakukan dosa-dosa besar yang lain kerana janji Allah SWT bahawa sesiapa yang melakukan dosa-dosa besar sedangkan dia tak bertaubat maka nerakalah tempat tinggalnya.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; “Wahai Iblis, bagaimanakah caranya kamu memperdayakan manusia?”

    Berkata Iblis ; “ Ya Nabi Allah, pertama sekali aku palingkan imannya supaya manusia itu berubah I’tikadnya dari Mukmin kepada musyrik, baik dari segi perkataan maupun dari segi perbuatan dan niatnya. Kalau aku tidak dapat memalingkan dia dari I’tikad, maka aku akan mencari jalan supaya mengurangkan pahalanya didalam ibadah. Lama kelamaan dia akan terjerumus juga kedalam perangkap aku. Sebenarnya aku tak pernah lalai dan letih didalam melaksanakan kerjaku ini”.

    KEENAM: Syaitan menawarkan ibadat yang dianggap utama sehingga ibadat yang lain lebih utama sampai dilupakan.

    Hal ini biasanya berkaitan dengan ibadat kepada Tuhan yang berlebihan sehingga ibadah kepada sesama manusia dan alam tidak ditunaikan. Contohnya kerana sibuk dengan amalan berzikir dan melakukan ibadah khusus maka mereka melupakan amalan kerja-kerja kebajikan dan sosial seperti membantu kaum dhu'afa, menyelamatkan ekonomi umat Islam, membantu pendidikan dan keperluan sosial yang lain. Malas menuntut ilmu kerana banyak berzikir (ibadah khusus) sebenarnya adalah datangnya daripada hasutan syaitan.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat."

    KETUJUH: Syaitan membawa bala tentera yang terdiri daripada jin dan pengikut manusia yang lainnya.

    Firman Allah SWT maksudnya : "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (daripada jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." (Surah al-An'am ayat 112)

    Manusia yang menjadi pengikut syaitan adalah manusia yang suka mencaci, saling memfitnah, berjudi, pelacuran, ataupun mengambil dadah sebagai makanannya. Manusia pengikut ajaran syaitan itulah yang akhirnya akan menjadi iblis besar.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA