الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Um al-Kitab


    Surah yang dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, al-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghimpunkan 12 nama fatihah sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai 22 nama, sama ada secara tauqif daripada Nabi atau ijtihad para sahabat.

    Pada hakikatnya surah ini banyak fadhilat yg tidak terhitung..tapi yg kita tahu sekadar ini

    Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah, antaranya:

    Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.
    Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.
    Dua cahaya yang digembirakan oleh Malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.
    Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.
    Kelebihan al-Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Abu Hurairah.
    Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin al-Salt al-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w dan pulang kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya: “Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w) yang amat baik.”

    Cerita Kharijah bin al-Salt al-Tamimi apabila membaca surah ini,ketika dia sakit..APA KATANYA

    Aku pun baca al-Fatihah selama 3 hari dengan dua kali pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w (yang bermaksud): “Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya awak berjampi dengan sebenarnya.”


     بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    Dalam urusan-urusan yang besar, seperti surat Rasulullah s.a.w kepada Raja-raja Rom, Parsi dan lain-lain. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abi Thalib dan lainnya.


    Ketika wuduk. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Abi Hurairah

    Ketika masuk masjid. Seperti riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Fatimah al-Zahra.

    Ketika masuk rumah. Seperti riwayat Abu Daud daripada Abi Malik al-Asy’ari.

    Ketika keluar rumah. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Ummu Salamah.

    Ketika menaiki kenderaan. Seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ali bin Rabi’ah.

    Ketika menutup pintu. Seperti riwayat Bukhari dan Muslim daripada Jabir.

    Ketika makan dan minum. Seperti riwayat Ashab al-Sunan daripada Aisyah RAnha.

    Ketika sembelih binatang. Seperti hadis muttafaq alaih daripada ‘Abayah bin Rifaah daripada datuknya.

    Ketika masuk pasar. Seperti riwayat al-Tabarani, al-Hakim dan lain-lain daripada Buraidah.

    Ketika hendak tidur. Seperti riwayat Abu Daud dan al-Hakim daripada Abi al-Azhar.

    Ketika pagi dan petang. Seperti riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Uthman bin Affan.

    Ketika sangat sakit dan lapar. Seperti riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas.

    Ketika mendatangi ahli. Seperti riwayat Syaikhan dan Imam Ahmad daripada Ibn Abbas.
     
     


    Dalam tafsir imam Ibnu Kathir yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Abu Daud:

    Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhailul Quran, dari Abu Said AL-Kudri, 

    katanya “ kami pernah berada dalam suatu perjalanan, lalu kami singgah, tiba-tiba seorang budak wanita datang seraya berkata:

    “ Sesungguhnya kepala suku kami tersengat, dan orang-orang kami sedang tidak berada ditempatnya, apakah ada diantara kamu yang boleh memberi ruqyah? Lalu ada seorang lelaki berdiri bersamanya, yang kami tidak pernah menyangkanya boleh merruqyah.

    Kemudian orang itu membacakan ruqyah, kemudian kepala suku itu pun sembuh. Lalu dia menyuruh memberikan tiga puluh ekor kambing, sedang kami diberi minum susu. Setelah ia kembali, kami bertanya kepadanya:

    “ Apakah engkau memang pandai dan boleh beruqyah?” 

    Maka dia pun menjawab: “ Aku tidak meruqyah kecuali dengan ummul kitab ( al-Fatihah ). 

    Jangan berbuat apapun sehingga kita datang dan bertanya kepada Rasulullah sahut kami. Sampai di Madhinah kami menceritakan kepada nabi, maka beliau pun bersabda:

    Dari mana dia tahu bahawa surat al-Fatihah itu sebagai ruqyah ( jampi ) , berbagi-bagilah kambing itu dan berikan satu bahagian kepadaku” 


    Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Said bin Al- Mualla katanya

    “ Aku pernah  solat, lalu Rasulullah saw memanggilku, tetapi aku tidak menjawabnya hingga aku menyelesaikan solat. Setelah itu aku mendatangi beliau, maka beliau pun bertanya: 

    “ Apa yang menghalangimu datang kepadaku? 

     Maka aku menjawab : Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tadi sedang mengerjakan solat, 

    lalu beliau bersabda: “ Bukankah Allah taala telah berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyerumu kepada yang memberi kehidupan kepadamu ( Al-Anfal :24 ) dan setelah itu beliau bersabda:’ 

    Akan aku ajarkan kepadamu suatu surah yang paling agung di dalam Alquran sebelum engkau keluar dari masjid ini: Maka beliau pun memimpin tanganku. 

    Dan ketika beliau hendak keluar dari masjid ini, aku katakan: Ya Rasulullah, engkau tadinya telah berkata akan mengajarkan kepadaku surat yang paling agung dalam Al-Quran.

    ’Kemudian beliau menjawab: Benar, ia adalah as-Sabul Matsani dan Al-Quran al-azhim yang telah diturunkan kepadaku”

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA