الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    RUKUN IMAN : AL IMANU BILLAH

    RUKUN IMAN
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Rasul telah beriman kepada barang yang diturun kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan Rasul rasul Nya (mereka berkata): Kami tidak membezakan di antara seorang pun (dengan yang lain) dari Rasul rasulNya dan mereka mengatakan kami dengar dan kami taat (mereka berdoa) Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tetap kami kembali." (Al-Baqarah : 285)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    "Wahai orang orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikatNya, Kitab Nya, Rasul rasulNya dan Hari Kemudian maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya." (An-Nisa' : 136)
    Dan Firman Nya, yang mafhumnya:
    "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaikan, akan tetapi yang berbakti itu ialah mereka yang beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat mataikat, Kitab dan Nabi nabi."  (al-Baqarah :177)
    Dalam hadith Jibril yang masyhur, iaitu ketika ia datang kepada Nabi s.a.w. dalam rupa seorang Arab Badwi bertanya Rasulullah mengenai al Islam, al-Iman dan al Ihsan, baginda bersabda mengenai al Iman:
    "(Al Iman) ialah engkau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab kitabNya, Rasul rasulNya dan Hari Kemudian dan engkau beriman dengan Qadr, baiknya dan jahatnya."  (Bukhari, Muslim)
    Enam perkara itulah yang dikatakan Rukun al Iman. Dan ialah yang menjadi asas. Dengannyalah diutuskan para rasul salawatullahi 'alaihim dan diturunkan kitab kitab.
    Keimanan seseorang tidak akan sempurna melainkan setelah ia beriman dengan semua yang disebut itu mengikut cara yang ditunjuk oleh kitab Allah dan sunnah RasulNya s.a.w. Barangsiapa mengingkari sesuatu daripadanya sudah tentu dia terkeluar daripada lingkungan al Islam dan termasuklah ke dalam golongan al kafirin.
    BERIMAN KEPADA ALLAH
    Beriman kepada Allah Azza wa Jalla ertinya beri'tiqad dengan tegas bahawa Allah ialah "Rabb" yang memilik dan mencipta segala galanya. Dialah Tuhan yang berhak diibadatkan dengan ikhlas seperti melakukan salat, qiam, doa, mengharap rahmat Nya, takut kepada azab Nya, menyerahkan diri kepada Nya. Dan Dialah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat sempurna dan suci bersih dari segala kekurangan.
    Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian tauhid iaitu:
    1. Tauhid Rububiyyah
    2. Tauhid Uluhiyyah
    3. Tauhid Asma' dan Sifat
    Mengenai beriman kepada ketiga tiga bahagian tauhid itu ialah i'tiqad keesaan Allah Ta'ala pada Rububiyyah, Uluhiyyah dan Sifat sifat Nya yang sempurna dan Nama nama Nya yang mulia. Seorang hamba tidak menjadi mu'min sehingga ia beri'tiqad bahawa Allah adalah Tuhannya, Pembela dan Pemimpin bagi segala sesuatu, bukan yang lain. Dialah Tuhan yang berhak disembah, bukan yang lain. Dialah Tuhan Yang Maha Sempurna pada Sifat Nya dan pada Nama nama Nya. Tidak ada yang sempurna selain daripada Nya..
    Ketiga tiga bahagian tauhid itu termasuk di dalam pengertian: Beriman Kepada Allah.

    BAHAGIAN PERTAMA: TAUHID RUBUBIYY'AH
    Pengertian secara ringkas ialah beri'tiqad dengan jazam atau tegas bahawa Allah adalah "Rabb atau Tuan punya" bagi segala sesuatu, tidak ada "Rabb" selain Nya. Dan inilah keterangan selanjutnya:
    Perkataan "Rabb" dalam bahasa ertinya "Tuan milik dan pengurus". Rububiyyah Allah ke atas makhluk Nya bererti "Keesaan Allah pada penciptaan, pemilikan dan pentadbiran hidup makhluk".
    Tauhid Rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah Ta'ala sahajalah yang mencipta, memilik, menghidup, memati, memberi manfaat, memberi mudarat, memperkenankan doa ketika kesusahan hamba, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurnia sesuatu dan menahankan daripada mereka, kepunyaan Nyalah segala urusan makhluk dan titah perintah.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    Ingatlah, kepunyaan Nyalah segala makhiuk dan segaia titah perintah, Maha Berkat Allah Tuhan sekalian alam.  (Al‑A'raf : 54)
    Termasuk dalam bahagian tauhid ini juga beriman kepada Kudrat Allah. Iaitu meyakini bahawa tiap tiap suatu yang berlaku tidak terkeluar daripada qudrat dan iradah Allah.
    Dengan perkataan lain, tauhid bahagian ini memberi erti: Iqrar bahawa Allah adalah fa'il atau Pencipta mutlak bagi alam ini; dalam mengadakan, mentadbir, mengubah, mengurus, menambah, mengurang, menghidup, memati dan lain lain tanpa menyengutuinya oleh yang lain dalam penciptaan Nya.
    Mengenai tauhid bahagian ini, al Qur'an al Karim telah menerangkan sejelas-jelasnya. Boleh dikatakan tiap tiap surah al Qur'an menyebutnya atau sekurang kurangnya mengisyaratkan tauhid bahagian ini.
    Tauhid ini ialah asas bagi tauhid bahagian lain kerana Pencipta, Pemilik dan Pentadbir sahajalah yang berhak ditujukan ibadah, khusyu' dan khudhu', dan Dialah yang berhak menerima pujian, syukur, ingat, doa, harapan, takut dan lain lain. Ibadat kesemuanya tidak sah melainkan kepada zat yang mempunyai hak mencipta dan hak memerintah kesemuanya.
    Di sudut lain pula, pencipta yang memilik dan mentadbir sahajalah yang berhak dengan sifat sifat yang mulia dan sempurna, kerana sifat sifat ini tidak layak melainkan bagi Allah yang menjadi "Rabbul Alamin", dan kerana mustahil tabiatnya Rububiyyah dan milik bagi Tuhan yang tidak hidup, tidak mendengar, tidak melihat, tidak berkuasa, tidak bercakap, tidak membuat apa apa yang ia kehendaki dan tidak bijaksana, baik pada perkataan mahupun perbuatan.
    Lantaran itu kita dapati al Qur'an al Karim menyebut tauhid, bahagian ini di makam pujian, makam ibadat, tunduk dan menyerah diri dan makam penerangan sifat sifat Allah Yang Mulia dan Nama namaNya yang elok.
    Di makam pujian, kita selalu menyebut di setiap rakaat solat.
    "Maka bagi Allah segala pujian, Pencipta langit dan bumi, Pencipta sekalian alam."  (Al-Jathiyah: 36)
    Di makam penyerahan diri dan tunduk kepada Nya, firman Allah yang mafhum:
    "Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenar) dan kita disuruh agar menyerah diri kepada Tuhan yang memilikki semua alam."  (A1‑An'am: 71)
    Di makam tawajjuh kepada Allah dan mengikhlaskan niat kepada Nya firman Allah:
    "Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadah sembelihanku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah yang menjadi Rabbul alamin" (Al-An'am: 162)
    Di makam wala' kepada Allah bukan kepada yang lain, firman Allah yang mafhum:
    "Katakanlah, adakah selain dari Allah aku jadikan wali/kekasih, (sedang) Allah Pencipta tujuh petala langit dan bumi, dan Dialah yang memberi makan bukan diberi makan. Katakanlah, aku ini diperintah supaya menjadi orang pertama yang menyerah diri, dan janganlah engkau jadi salah seorang dari orang orang musyrikin" (Al-An'am: 14)
    Di makam doa firman Allah yang mafhumnya:
    "Ingatlah, kepunyaan Nyalah sekalian makhluk dan segala titah perintah. Maha Berkat Allah Rabbul alamin. Serukanlah Rab kamu dengan terang dan suci, kerana sesungguhnya ia tidak suka kepada orang yang melampaui batas" (Al - A'raf :54-55)
    Di makam ibadah pula, firman Allah yang mafhumnya:
    "Kenapakah aku tidak beribadah kepada Tuhan yang menciptakan aku dan kepada Nyalah kamu dikembalikan." (Ya-Sin : 22)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    "Hai manusia sekalian! Beribadatlah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dan yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. Tuhan yang telah menjadikan bagi kamu bumi sebagai hamparan dan langit sebagai binaan dan menurunkan air hujan dari langit, maka dengan air itu ia mengeluarkan buah buahan sebagai rezeki bagi kamu. Kerana itu janganlah kamu jadikan bagi Allah "nid /sekutu", pada hal kamu mengetahui" (Al-Baqarah: 21‑22)
    Oleh itu, Pencipta tujuh petala langit dan bumi sahajalah yang berhak dianggap sebagai Tuhan dan Wali atau Kekasih untuk menyerah diri.
    Di sudut lain pula, kita dapati al Qur'an al Karim mencantumkan Rububiyyah Allah dari segi memilik dengan Nama nama Nya yang elok dan sifat sifat Nya yang sempurna. Perhatikanlah firman Allah dalam ayat al Kursi:
    "Allah, tidak ada sebarang Tuhan melainkan Dia, yang hidup kekal terus menerus, mengurus (makhluk), tidak mengantuk dan tidak tidur, kepunyaan Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa IzinNya. Allah mengetahui apa apa yang berada di hadapan dan di belakang mereka, manakala mereka pula tidak mengetahui apa apa dari ilmu Allah melainkan perkara yang dikehendaki oleh Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak terasa berat menjaga kedua dan Allah Maha Tinggi dan Maha Besar" (A1‑Baqarah : 255)
    Tuhan yang mencipta langit dan bumi sahajalah yang hidup tidak mati, adanya dengan sendiri, amat mengetahui, menjaga, Maha Tinggi dan Maha Besar.
    Dan perhatikanlah firman Allah yang mafhum:
    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" (Qaf : 16)
    Dan firman Allah yang mafhum:
    "Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui apa (yang kamu lahirkan dan yang kamu rahsiakan) dan Dia Maha Lemah lembut lagi Maha Mengetahui" (Al -Mulk : 14)
    Tidak ada sebarang bantahan sama sekali tentang Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk itu adalah Tuhan yang mengawal mereka, yang sangat halus lagi bijaksana dengan apa yang mereka kerjakan.
    Adapun mereka yang mengaku bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala gala tetapi tidak mentauhidkan pada uluhiyyah Nya, yakni masih mempersyirikkan Nya dalam beribadah dan tidak mentauhidkan Nya pada Asma'/Nama dan sifat sifat Nya, masih menta'tilkan (membekukan) sifat-sifatNya atau menyerupakan sifat sifat Allah dengan sifat sifat makhluk atau pun menta'wilkannya dengan ta'wilan yang salah, maka tauhid ini tidak memberi manfaat kepadanya dan tidak dapat mengeluarkan mereka dari kufur kepada iman. Allah menerangkan orang orang musyrikin yang mengaku Allah Tuhan yang mencipta segala sesuatu tetapi mereka masih menjadi musyrik, kerana mereka belum mentauhidkan Allah pada uluhiyyah Nya hingga mereka beribadat kepada yang lain. Dan mereka belum mentauhidkan Allah pada Nama nama dan sifat sifatNya hingga mereka mengingkari dan tidak beriman kepada Nya.
    Dalam hal itu Allah berfirman yang mafhum:
    "Dan kebanyakan mereka itu tidak beriman kepada Allah, malah masih menjadi musyrikin" (Yusuf : 106)
    Berkata Mujahid mengenai ayat di atas: "Iman mereka kepada Allah hanya dalam perkataan sahaja iaitu mereka berkata, Allah menciptakan kita, berikan kita rezeki dan mematikan kita di samping kepercayaan demikian mereka mensyirikkan Allah dengan yang lain dalam beribadah."
    Sebahagian dari ulama' dulu mengatakan: "Jika kita tanyakan mereka, siapakah yang menjadikan langit dan bumi ini? Lantas mereka menjawab, Allah tetapi dalam hal itu mereka beribadah kepada yang lain bersama-sama Allah."
    Allah menceritakan tentang musyrikin bahawa mereka mengaku Allah sebagai Khaliq/Pencipta, Raziq/Pemberi rezeki dan Malik/Pemilik seperti firman Nya yang mafhum:
    Dan jika engkau tanyakan mereka: Siapakah yang menciptakan mereka? Mereka menjawab: Allah. (Az-Zukhruf : 87)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    Katakanlah, siapakah yang memberikan kamu rezeki dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah mentadbir segaIa urusan? Nanti mereka akan menjawab Allah. Oleh itu katakanlah, Maka tidakkah kamu bertaqwa?  (Yunus : 31)
    Jelaslah bahawa tiap tiap mereka yang ikrar Rububiyyah Allah bukanlah semuanya mengesakan Nya pada Uluhiyyah atau pun pada Asma'/Nama nama dan pada sifat, kerana kebanyakan mereka tidak mengingkari Pencipta dan Rububiyyah Nya di atas sekalian makhluk, tetapi kebanyakan mereka kufur kerana beribadat kepada lain dari Allah.

    BAHAGIAN KEDUA: TAUHID ULUHIYYAH
    Pengertian secara ringkas ialah beri'tiqad dengan jazam bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar, tiada Tuhan selainNya dan Dialah Tuhan yang mesti diesakan dalam beribadah. Inilah keterangan selanjutnya:
    Perkataan "Ilah" bererti "Ma'luh" dan "Ma'luh" dalam bahasa Arab bererti "Ma'bud/Yang Disembah". Dan "Ma'bud" pula berasal dari perkataan "Ibadah".
    Ibadah di segi bahasa memberi erti: Tunduk patuh dan merendahkan diri. Setengah ulama' memberi erti ibadah dengan cinta yang sempurna dan taat yang tidak berbelah bagi.
    Tauhid Uluhiyyah ini berasaskan ikhlas kepada Allah pada lahir dan batin, dalam ertikata segala kegiatan ibadah tidak dikerjakan untuk lain daripada Allah. Kerana itu orang yang beriman kepada Allah, ia beribadah hanya kepada Allah, bukan kepada yang lain. Ia mengikhlaskan cinta, takut, harapan, doa, ' tawakkal, taat, patuh, tunduk, segala j enis dan bentuk ibadah hanya kepada Allah sahaja.
    Tauhid Uluhiyyah ini pada hakikatnya mengandungi tauhid Rububiyyah dan tauhid al Asma' wa al Sifat. Sebaliknya Tauhid Rububiyyah tidak mengandungi Tauhid Uluhiyyah. Kerana kadang kadang seseorang itu mengaku Rububiyyah Allah tetapi tidak beribadah kepadaNya.
    Begitu juga Tauhid al Asma' wa al Sifat tidaklah mengandungi Rububiyyah dan Uluhiyyah, akan tetapi siapa yang mentauhidkan Allah di segi Uluhiyyah dengan mengaku bahawa Allah sahajalah yang berhak diibadah, manakala yang lain tidak berhak diibadah sedikit pun, bererti ia pada hakikatnya mengaku bahawa Allah itu adalah Rabbul Alamin. Dialah yang mempunyai Nama nama yang elok dan sifat sifat yang sempurna, kerana mengikhlaskan ibadah tidaklah untuk selain dari "al Rabb" itu atau tidak layak bagi zat yang bersifat dengan kekurangan, sebab layakkah disembah zat yang tidak kuasa mencipta dan mentadbir urusan makhluk? Dan layakkah diibadahkan zat yang bersifat dengan sifat sifat kekurangan?
    Dengan itu, ternyatalah bahawa syahadah itu mengandungi ketiga tiga bahagian tauhid, kerana syahadah ini adalah tauhid Uluhiyyah. Dan Tauhid Uluhiyyah ini mengandungi Tauhid bahagian Rububiyyah dan Tauhid bahagian al Asma' wa al Sifat.
    Justru itu, Tauhid Uluhiyyah ini adalah awal awal agama dan penghabisannya, batinnya dan zahirnya. Berdasarkan tauhid bahagian inilah dijadikan sekalian alam, firman Allah yang mafhum:
    Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan. supaya mereka beribadah kepada Ku sahaja. (Ad-Dhariyat : 56)
    Syeikh al Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata, "Tauhid inilah yang membezakan di antara Muwahhidin (golongan yang mengesakan Allah) dengan Musyrikin (golongan yang mempersyirikkan Allah). Dan di atas asas inilah diberi balasan atau pahala di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang tidak berpegang dengan tauhid ini sudah tertentu termasuk ke dalam golongan Musyrikin."
    Berdasarkan tauhid bahagian ini jugalah diutuskan para Rasul dan diturunkan Kitab kitab. Oleh itu Rasul rasul dahulu tidaklah diutus kepada kaumnya melainkan menjadikan tauhid bahagian ini asas dakwah dan intinya.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    Dan sesungguhnya Kami bangkitkan di kalangan tiap tiap umat seorang Rasul (membawa seruan): "Beribadahlah kamu kepada Allah dan jauhkanlah dari taghut." (An-Nahl : 36)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    "Dan Kami tidak mengutuskan mana mana Rasul sebelum engkau (wahai Muhammad) melainkan Kami turunkan wahyu mengatakan kepadanya: 'Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Aku', maka beribadahlah kepadaKu."  (Al-Anbiyaa' : 25)
    Dalam al Qur'an Allah menceritakan tentang rasul rasul Nya seperti Nuh, Hud, Soleh dan Syu'aib, mereka menyeru kaum mereka dengan seruan: maksudnya, Beribadahlah kamu kepada Allah, (kerana) tidak ada Tuhan selain Nya.
    Juga Allah menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s., ia berkata kepada kaurnnya:
    "Sesungguhnya aku telah hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi dengan lurus dan tidaklah aku ini dari golongan orang orang musyrikin." (Al-An'am : 79)
    Apabila tauhid merupakan hakikat Din al Islam, maka dua kalimah syahadah pula merupakan rukun pertama bagi "ad Din". Sabda Rasulullah s.a.w.:
    "Dibina al Islam di atas lima (rukun iaitu): Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, mendirikan salat, mengeluarkan zakat, melakukan siam di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baituliahil Haram."  (Muttafaqun 'alaih)
    Tauhid Uluhiyyah ini menuntut kita supaya bertawajjuh/menghadap kepada Allah dalam setiap jenis dan bentuk ibadah. Dan menuntut dari kita supaya kita membersihkan hati dari terikat dengan pihak atau pengaruh lain.
    Ibadah ini mengandungi pengertian yang luas, di antaranya:
    1.     Wajib mengikhlaskan cinta kepada Allah
    Seorang hamba janganlah mengadakan yang setanding (nid) dengan Allah dalam mencintainya, dengan ertikata ia mencintakan "nid" itu sama dengan ia cintakan Allah, atau ia mengutamakan cinta kepada "nid" itu lebih dari Allah. Sesiapa berbuat demikian, ia termasuk ke dalam golongan musyrikin.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    Dan di antara manusia, ada yang menjadikan selain dari Allah akan "nid/yang setanding" dengan Allah, mereka cintakan "nid" itu seperti cinta mereka kepada Allah, manakala orang orang mukmin pula lebih cinta kepada Allah.  (Al-Baqarah : 165)
    Di antara syirik akbar (besar) yang Allah tidak ampun dosanya melainkan dengan bertaubat ialah menjadikan bagi Allah akan "nid" yang setanding dengan Allah. la cintakan "nid" sebagaimana ia cintakan Allah. Manusia diciptakan di atas dasar cinta kepada diri sendiri, bapa, anak pinak, watan dan harta benda, maka mengikhlaskan ibadah kepada Allah tidaklah bererti menghapuskan tabiat semulajadi itu, malah dituntut dari mukmin supaya cintakan segala sesuatu di dunia ini selepas cintakan Allah. Cintakan Allah hendaklah mengatasi segala kecintaan, hingga ia sanggup mengorbankan segala kesayangannya demi pada sabilillah bila berhimpun kedua dua cinta ini.
    Allah mengugut mereka yang mengutamakan cinta perkara perkara keduniaan lebih dari cintakan Allah Azza wa Jalla dan Rasul Nya dengan siksa seperti firman Nya yang mafhum:
    Katakanlah, jika bapa bapa kamu, anak anak kamu, saudara-mara kamu, isteri isteri kamu, keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut kerugiannya dan tempat kediaman yang kamu sukai itu kamu lebih kasih daripada Allah, Rasul Nya dan berjihad pada jalan Nya? Maka tunggulah kamu hingga Allah mendatangkan perintah Nya (dengan menurunkan bala bencana) dan Allah tidak akan memberi petunjukNya kepada kaum yang fasiq.  (At-Taubah : 24)
    2.     Wajib mengesakan Allah dalam berdoa, bertawakkal dan mengharapkan perkara yang hanya Allah berkuasa
    Firman Allah yang mafhum:
    Dan janganlah kamu menyeru (meminta) selain dari Allah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan memberi mudarat kepada kamu. Jika kamu berbuat demikian kamu akan termasuk ke dalam golongan orang orang zalim. (Yunus : 106)
    Firman Allah yang mafhum:
    "Dan kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal jika kamu orang orang yang mu'min."  (Al-Maidah : 23)
    Dan firman Nya yang mafhum:
    ''Sesungguhnya orang orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang mengharap rahmat Allah. (Al-Baqarah : 218)
    3.     Wajib mengesakan Allah dalam takut
    Siapa beri'tiqad bahawa setengah setengah makhluk boleh memberi mudarat dengan iradahnya sendiri, lalu ia takut kepadanya maka ia telah mensyirikkan Allah dengan yang lain, kerana firman Allah yang mafhum:
    "Maka kepadaKu hendaklah kamu takut."  (Al-Baqarah : 40)
    Dan firmanNya yang mafhumnya:
    Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Ia. Dan jika Allah mengkehendakki kebaikan bagi kamu maka tak ada yang dapat menolak kurnia Nya. Dia memberi kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki dari hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.  (Yunus : 107)
    4.     Wajib mengesakan Allah dalam melakukan segala jenis ibadah badaniyyah
    Seperti salat, ruku', sujud, qiam, sembelih dan tawaf. Dan dalam segala ibadah qauliyyah (perkataan) seperti nazar, istighfar dan lain lain.
    Segala ibadah badaniyyah dan qauliyyah ini wajib dikerjakan semata mata kerana Allah. Siapa mengerjakannya kerana lain daripada Allah sudah tentu ia mensyirikkan Allah dengan yang lain. Dalam hal mensyirikkan Allah dengan yang lain, firman Allah yang mafhumnya:
    Sesungguhnya Allah tidak mengampun dosa syirik dan Dia mengampun akan segala dosa yang lain daripada syirik bagi siapa sahaja yang dikehendaki Nya. Barangsiapa menyengutui Allah maka sesungguhnya dia telah mengadakan dosa yang besar sekali. (An - Nisa' : 48)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA