الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Suatu Kebenaran : Kubur dan soalannya

    Rasulullah s.a.w. yang terdiri daripada fitnah dalam kubur, soalan daripada dua orang malaikat yang akan bertanya tentang Tuhan, agama dan rasul sebagaimana sabit dalam beberapa hadith sahib menjelaskan bahawa manusia akan disoal dalam kubur:
    "Siapakah Tuhan kamu?
    Apakah agama kamu?
    Siapakah nabi kamu?"
    Seorang yang beriman akan menjawab:
    "Tuhan kami ialah Allah.
    Agama kami ialah at Islam.
    Nabi kami ialah Muhammad s. a. w"
    Ada pun orang yang ragu ragu, maka dia menjawab:
    "Saya tidak tahu.
    Saya mendengar orang berkata sesuatu, saya pun turut perkataannya"
    Lalu dia dipukul dan diseksa.
    Di antara hadith hadith yang menjelaskan demikian ialah:
    1. Daripada Asma' bahawa Rasululiah s.a.w. bersabda: "Tidak ada suatu perkara yang belum diperiihat kepadaku melainkan dapat juga aku meiihatnya di tempatku ini, sampai kepada syurga dan neraka pun (diperlihatkan kepadaku), kemudian diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya kamu akan diuji di dalam kuburmu yang semacam atau hampir dengan fitnah al Masih ad Dajjal. Kepada setiap orang akan ditanyakan: Apakah yang kamu tahu tentang lelaki ini (yakni Nabi Muhammad)? Ada pun orang yang beriman atau orang yang mempercayai dia akan menjawab: Dia adalah Muhammad utusan Allah, dia datang kepada kita semua dengan membawa keterangan keterangan yang nyata dan petunjuk yang lurus, kita semua menyahuti seruannya dan mengikutinya. Kata kata ini diucapkan olehnya tiga kali. Maka dikatakan kepadanya: Tidurlah sebagai orang yang saleh, kami telah riiengetahui bahawa kamu memang percaya kepadaNya. Sebaliknya orang munafiq atau orang yang masih ragu raga akan menjawab: Aku tidak mengerti, aku mendengar orang orang sama mengatakan sesuatu, jadi aku mengatakan seperti kata kata orang orang itu."
       
    2. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata ia, sabda Rasulullah s.a.w.: "Apabila diletak seorang hamba di dalam kuburnya dan berpaling balik oleh sahabat sahabatnya, sesungguhnya dia mendengar daripada selipar mereka, sambung baginda lagi  Datang kepada hamba itu dua orang malaikat, kemudian kedua dua mendudukkannya lalu menanya: Apakah engkau telah katakan terhadap lelaki ini (yakni Nabi Muhammad)? Ada pun orang mukmin akan menjawab: Saya menyaksi bahawa, dia adalah hamba Allah dan rasulNya, lalu dikatakan kepadanya: Lihatlah tempat kediaman engkau di dalam neraka sesungguhnya Allah telah menukarkannya menjadi tempat kediaman di dalam syurga. Sambung baginda lagi: Maka dia dapat melihat kedua dua tempat kediamannya. Berkata Qatadah: "Maka dibuka luas baginya di dalam kubur itu seluas tujuh puluh hasta dan tempat kediamannya dipenuhi dengan kehyauan hingga kepada Hari Kebangkitan". Ada pun orang munafiq dan kafir maka ditanya: Apakah telah kamu katakan terhadap lelaki ini? Dia menjawab: Saya tidak tahu, saya berkata menurut orang ramai berkata. Lalu dijawab: Engkau tidak memahami dan tidak ikut orang yang mengetahui lalu dipukulnya dengan pemukul dari besi dengan pukulan yang dia menjerit (kesakitan) didengari oleh semua kecuali manusia dan jin sahaja."
       
    3. Daripada al Bara' bin 'Azib r. a. daripada Nabi s. a. w. baginda bersabda: Firman Allah: diturunkan mengenai seksa dalam kubur. Ditanya simati: Siapakah Tuhan kamu? Maka dia menjawab: Tuhan kami Allah, Nabi kami ialah Muhammad s. a. w. Maka itulah dia makna firman Allah maksudnya: Allah menetapkan orang orang yang beriman dengan perkataan yang tetap dalam hidup di dunia ini dan di akhirat.
    Dan ada beberapa hadith sahih yang lain mengisbatkan adanya fitnah/ujian di dalam kubur dan soalan dua orang malaikat.

    AZAB DAN NI'MAT DALAM KUBUR
    Selain dari fitnah di dalam kubur, maka wajib kita beriman dengan adanya azab dan ni'mat di dalarn kubur. Al Qur'an dan hadith hadith sahih terang terang menunjukkan adanya demikian seperti firman Allah yang mafhumnya:
    "Dan Fir'aun berserta kaum dikepung oleh azab yang amat sangat. Kepada mereka dinampakkan neraka pagi dan petang: Dan pada hari terjadinya Kiamat (dikatakan kepada maiaikat): Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras."
    Dalam ayat ini Allah janjikan Fir'aun dan kaumnya dengan dua jenis azab iaitu:
    1. Azab yang 'disyaratkan : Kepada mereka dinampakkan neraka pagi dan petang.
       
    2. Azab yang diisyaratkan : Dan pada hari tejadinya Mamat (dikatakan kepada malaikat): Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.
    Menurut kaedah 'atf dalam bahasa Arab memberi erti bahawa yang kedua berlainan dari yang pertama. Maka azab yang disebut dalam ayat yang pertama lain dari azab yang disebut dalam ayat yang kedua. Apabila azab yang kedua menimpa selepas berlakunya Kiamat maka azab yang pertama sudah tentu berlaku dalam masa berada di dalam kubur iaitu masa dari selepas matt hingga berlakunya Kiamat.
    Dalam ayat yang lain Allah isyaratkan kepada azab kubur iaitu firman Allah yang mafhumnya:
    "(Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat) di waktu orang orang zalim (berada) di dalam tekanan tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat sedang memukul dengan tangannya (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu, di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghina."  (Al An'am: 93)
    Berkata Ibn 'Abbas mengenai ayat ini:
    "Azab itu ialah ketika mati iaitu dipukulkan muka mereka dan punggung mereka."
    Berkata Ibn Hajar: "Ayat ini disokong oleh pengertian ayat dalam surah al Qital iaitu firman Allah yang mafhumnya:
    "Maka bagaimanakah (keadaan mereka) apabila malaikat (al Maut) mencabut nyawa mereka secara memukul muka mereka dan punggung mereka. Dan tegas Ibn Hajar lagi: "Azab demikian meski pun berlaku sebelum dari dikebumikan simati, namun termasuk ke dalam jumlah azab yang ternyata berlakunya sebelum Kiarnat. Dan dinisbahkan azab kepada kubur adalah kerana kebanyakan azab itu berlaku di dalamnya"
    Adapun hadith hadith sahih yang mengisbatkan adanya azab kubur sangat banyak hingga sampai peringkat mutawatir. Berkata Imam al Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim maksudnya:
    "Ketahuilah bahawa pendapat ahl al Sunnah mengisbatkan azab kubur dan dalil dalilnya dari al gur'an dan al Sunnah memang banyak seperti firman Allah:maksudnya "Kepada mereka (Fir'aun serta kaumnya) dinampakkan neraka pagi dan petang". Dan banyak hadith hadith sahih dari Nabi s. a. w. yang diriwayat oleh kurnpulan sahabat pada beberapa ternpat dan munasabah. Dan tidak mustahil pada akal bahawa Allah menghidupkan satu juzu' dari tubuh badan manusia yang telah mati dan Allah menyiksakannya. Manakala hal ini tidak mustahil pada akal dan datang pula dalil dalil syar'i maka wajiblah kita menerimanya dan mempercayainya"
    Imam Muslim di dalam kitab sahihnya membawa beberapa hadith yang mengisbatkan:
    • Adanya azab di dalam kubur,
    • Nabi Muhammad s.a.w. mendengar suara orang yang diazab di dalam kuburnya,
    • Orang yang mati mendengar daripada selipar orang yang mengkebumikannya,
    • Pertanyaan Nabi kepada ahlul qalib (orang orang musyrikin Mekah yang dibunuh di dalam Peperangan Badar kemudian dicampak ke dalam telaga buruk: Apakah kamu mendapati benar janji Tuhan kepada kamu?)
    • Penegasan Nabi s.a.w. bahawa orang yang hidup tidaklah sedengar orang yang mati, Kubur menjadi luas bagi simati yang termasuk ke dalam golongan yang beruntung,
    • Dinampakkan kepada simati tempat kediamannya di dalam syurga atau di dalam neraka.
    Dan lain lain lagi. .
    Di antara hadith hadith,yang mengisbatkan demikian ialah:
    1. Daripada Zaid bin Sabit r. a. berkata ia, suatu masa Nabi s. a. w. berada di dalam pagar (kampung) Bani al Najjar. Baginda berada di atas himar dan kami bersama sama baginda, ketika itu himar baginda menjadi liar hingga hampir hampir menjatuhkan baginda, tiba tiba di situ ada empat, atau lima, atau enam kuburan.
      Tanya baginda: Siapa yang kenal kubur ini?
      Seorang lelaki menjawab: Saya kenal.
      Tanya baginda: Bilakah mereka coati?
      Dia menjawab: Mereka mati dalam keadaan musyrik.
      Baginda berkata: Sesungguhnya umat (ku) ini akan diuji dalam kuburnya. Aku bimbang kamu tidak mahu masuk kubur, kalau tidak, aku akan minta Allah memperdengarkan kepadd kamu akan seksa kubur seperti yang aku mendengar;nya. Kemudian baginda berpaling kepada karni,
      Lalu berkata: Berlindunglah dengan Allah dari seksa neraka.
      Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari azab neraka.
      Balas baginda: Berlindunglah dengan Allah dari azab kubur.
      Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dart azab kubur.
      Balas baginda: Berlindunglah dengan Allah dari segala fitnah, yang zahir dan yang batin.
      Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari segala fitnah, yang zahir dan yang batin.
      Berkata baginda: Berlindunglah dengan Allah dari fitnah al Dajjal.
      Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari fitnah at Dajjal..
       
    2. Daripada Ibn 'Abbas, berkata ia: Sewaktu Nabi lalu di atas dua kuburan baru, baginda berkata: Bahawa dua (orang dalam) kubur ini sedang diseksa oleh kerana kesalahan biasa dianggap orang ringan, salah satu daripadanya tukang fitnah dan satu lagi tidak beristinja' dari kencingnya.
       
    3. Daripada Abdullah bin Umar r.a.ma bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya seorang dari kamu apabila mati akan dinampakkan kepadanya tempat kediamannya waktu pagi dan petang. Jika dia termasuk ke dalam ahli syurga maka (tempat kediamannya dalam kalangan ahli) syurga. Tetapi jika dia termasuk ke dalam ahli neraka maka (tempat kediamannya dalam kalangan ahli) neraka juga. Dan dikatakan kepadanya: Inilah tempat kediaman engkau hingga Allah bangkitkan engkau pada Hari Kiamat.
    Ada pun mengenai kaifiat seksa dan nikmatnya di dalam kubur dan cara ruh kembali semula kepada simati maka tidak boleh kita membicarakan lebih dari yang dinukilkan dari Rasulullah s.a.w.
    Hadith hadith yang diriwayat dari Rasulullah s.a.w. adalah mutawatir pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya bagi mereka yang berhak demikian dan sabitnya soalan dua orang malaikat. Maka wajiblah kita i'tiqad demikian. dan beriman dengannya. Kita tidak boleh berbicara mengenai kaifiatnya, kerana akal kita tidak kuasa mengetahui kaifiatnya. Berdasarkan hal ini tidak ada yang serupa dengannya di dunia ini dan syara' pula tidak mendatangkan sesuatu yang mustahil pada akal tetapi kadang kadang mendatangkan sesuatu yang mengkagumkan akal. Kembalinya semula ruh kepada jasad bukanlah menurut/serupa dengan kebiasaan yang berlaku di dunia ini, bahlkan pengembalian ruh kepada jasad adalah suatu pengembalian yang tidak diketahui di dunia ini.
    Ketahuilah bahawa,azab kubur itu adalah azab di dalam alam barzakh, maka setiap yang mati yang berhak azab kubur dia akan merasai sama ada dia dikebumi atau tidak dikebumikan. Sama ada dia dimakan oleh binatang buas atau terbakar hingga menjadi abu dipuput angin, sama ada dia dihukum semula atau pun tenggelam di dalam laut. Azab itu akan menimpai ruhnya dan jasadnya sebagaimana azab itu menimpai orang mati yang dikuburkan.
    Adapun hadith hadith yang menerangkan bahawa malaikat menjadikan dia duduk dan tulang rusuknya bertindih, maka wajib kita faham dari penjelasan Rasulullah s.a.w. secara tidak melebih dan mengurang, tidak mentakwil kalimah kalimah yang tidak boleh ditakwil, tidak mengurangkan maksud baginda yang bertujuan menerang dan menjelas.
    Berkata Ibn al Qaiyim: "Menurut pendapat imam imam dan ulama Mama dahulu mengatakan: Bahawa orang yang telah mati berada di dalam nikmat atau azab. Itu berlaku pada ruhnya dan jasadnya. Manakala ruh pula masih kekal merasai nikmat atau pun azab selepas dari bercerai dari jasadnya. Dan kadang kala ruh itu berhubung dengan jasad lalu dia merasai nikmat atau azab bersama. Kemudian apabila sampai Hari Kiamat Kubra dikembalikan ruh kepada jasad, lalu bangkitlah mereka dari kubur menghadapi Tuhannya. Dan masalah kembali semula jasad manusia itu adalah sepakat kata (ittifaq) oleh umat Islam, Yahudi dan Nasrani.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA